Setiap seratus tahun untuk Ummat
Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda
إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا
Sesungguhnya Allāh سبحانه و تعالى akan mengutus untuk ummat ini, pada setiap akhir seratus tahun, (Mujaddīd) orang yang memperbaharui untuk umat agama mereka (HR Imām Abū Dawūd no. 4291)
Dalam taqrīr Maulānā Hasnul Hizam Hamzah dalam kitab Midraj ul-Fawatih fi Syarh Misykat il-Masobih. Kata beliau tugas Mujaddīd ini akan mengeluarkan kesilapan dalam agama pada umat dan memperbetulkannya. Mengeluarkan bid’ah dalam agama dan kembali kepada asal agama sepertimana yang ditinggalkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم .
Antara contoh Mujaddīd yang dinuqilkan oleh beliau ialah :
1.Khalifah Umar Abd al-Azīz
2.Syaikh Ahmad Farūq al-Sirhindī yang juga dikenali sebagai Mujadid Alf Thanī
3.Hakim al-Ummah Maulānā Asyraf Alī al-Tāhanwī
4.Tok Kenalī Kelatan
5.Tok Janggut Kelantan
6.Syāikh Ahmad al-Tijanī
7.Habīb Abdullāh Alwi al-Hadad
Rujukan
(Maulānā) Hasnul Hizam Hamzah, Midrajul Fawateh Fi Syarh Misykatul Masobih, terbitan Hasnul Hizam Hamzah & S19 Publishing, (2014), hlm 533-534.
0 Komen kat sini:
Post a Comment
Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.