Ikuti Blog Ini

Tuesday, September 25, 2012

Para Sahabat R.hum Generasi Mulia

                               Perkuburan baqi menempatan 10 000 sahabat-sahabat r.hum

Para sahabat sudah diangkat martabat mereka kepada satu tahap yang sangat tinggi. Mereka benar-benar mengikuti apa jalan yang Nabi SAW ajarkan pada mereka berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Martabat mereka bukan sahaja ditinggikan kerana akhlak, perjuangan, serta ilmu mereka sahaja, bahkan al-Quran dan al-Hadis telah mengiktiraf para sahabat ini, maka kita tidak perlu risau dalam masalah khilaf di antara sahabat kerana walaupun mereka berbeza, mereka akan tetap mengikut jalan al-Quran dan as-Sunnah dalam berijtihad.Allah Swt berfirman

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَمَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُواوَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.” (Surah Al-Fath: 29)
“orang-orang yang bersama dengannya” yang disebut dalam ayat di atas, telah ditafsirkan oleh ahli mufasirin (ulama tafsir) sebagai membawa maksud "para sahabat Baginda saw", (An-Nasafi,Tafsir An-Nasafi, jil.4,hlm.163)
Ayat tersebut merangkumi "semua sahabat Nabi saw" tanpa kecuali seperti yang ditafsirkan oleh al-Imam al-Razi iaitu “Semua mereka. (Ar-Razi, mafatih al-Ghayb, jil. 28, hlm. 107).
Allah swt berfirman:
لَا يَسْتَوِي مِنْكُمْ مَنْ أَنْفَقَ مِنْ قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ أُولَئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً مِنَ الَّذِينَ أَنْفَقُوا مِنْ بَعْدُ وَقَاتَلُوا وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَى وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hadid: 10)
Ayat di atas sangat jelas menafikan persamaan martabat antara para sahabat yang berjuang dan berbelanja sebelum Pembukaan Kota Makkah dengan mereka yang berbelanja dan berjuang selepas daripada peristiwa itu.Namun begitu Allah swt menjanjikan kepada kedua-dua golongan iaitu para sahabat yang masuk Islam sebelum Pembukaan Kota Makkah dan selepasnya dengan balasan yang baik iaitu syurga.Hal ini bererti kesemua mereka adalah ahli syurga.
Hal ini dikuatkan lagi dengan pentafsiran al-Imam al-Qurtubi mengenai ayat ini,beliau mengatakan: Firman-Nya: “Kesemua mereka Allah janjikan syurga” membawa maksud para sahabat yang awal dan yang terkemudian yang Allah janjikan kepada mereka semua syurga walaupun berbeza dari segi darjat.” (Lihat: Al-Qurtubi, al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, jil. 17, hlm, 241)
Demikian juga al-Imam Ibnu Hazam yang mengatakan perkara yang sama iaitu "Para sahabat Rasulullah saw adalah ahli syurga". (Lihat: al-Wahibi, I’tiqod Ahl al-Sunnah fi as-Sahabah, hlm. 18).
Allah swt berfirman 
لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.” (Surah Al-Fath: 18)
Ayat di atas merakamkan mengenai peristiwa Bai’ah al-Ridhwan (Perjanjian Setia al-Ridhwan) yang berlaku di antara para sahabat r.hum dengan Baginda saw.Maka dalam masa yang sama,Allah swt telah menyatakan betapa Allah swt telah meredhai mereka."Sesiapa yang Allah redhainya di dalam al-Quran,tidak mungkin dia mati di dalam kekufuran.Tidak mungkin Allah swt meredhai seseorang melainkan diketahui matinya dalam Islam.Sesiapa yang diketahui matinya dalam kekufuran tidak mungkin untuk Allah memberitahu bahawa Allah meredhainya".(Lihat: Ibnu Hajar al-Haithami al-Makki, al-Sawa’iq al-Muhriqah, hlm, 243)
Demikian juga hal ini dikuatkan lagi dimana Imam al-Bukhari di dalam sahihnya meriwayatkan hadis daripada Jabir ibn Abdullah r.ha.
قَالَ قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَوْمَ الْحُدَيْبِيَةِ « أَنْتُمْ خَيْرُ أَهْلِ الأَرْضِ » . وَكُنَّا أَلْفًا وَأَرْبَعَمِائَةٍ ، وَلَوْ كُنْتُ أُبْصِرُ الْيَوْمَ لأَرَيْتُكُمْ مَكَانَالشَّجَرَةِ . تَابَعَهُ الأَعْمَشُ سَمِعَ سَالِمًا سَمِعَ جَابِرًا أَلْفًا وَأَرْبَعَمِائَةٍ
“Bersabda Rasulullah kepada kami pada hari Hudaibiyah (ketika Bai’ah al-Ridhwan): “Kamu semua adalah sebaik-baik penghuni bumi.” Ketika itu kami berjumlah seribu empat ratus orang. (Riwayat Bukhari, No 4154)
Allah Memberi Jaminan Syurga Kepada orang-orang Muhajirin dan Ansar,seperti mana yang difirmankan Allah swt.
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَاأَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100)
 Al-Imam Ibnu Kathir tatkala ketika mentafsirkan ayat ini,beliau telah memberikan komentar yang sangat baik mengenai ayat ini,katanya:
Alangkah celaka sesiapa yang membenci dan mencerca mereka (para sahabat), atau pun mencerca dan membenci sebahagian mereka.Lebih-lebih lagi (membenci) penghulu para sahabat selepas wafatnya Rasul, yang paling baik dan paling afdhal di kalangan mereka iaitu al-Siddiq al-Akbar lagi khalifah yang agung,beliau ialah Abu Bakar ibnu Abi Quhafah RA.Sesungguhnya golongan yang hina daripada kalangan Rafidah (Syiah) memusuhi sebaik-baik  para sahabat serta membenci dan mencaci mereka – pohon perlindungan dengan Allah daripada yang demikian itu.Hal ini menunjukkan bahawa akal mereka terbalik dan hati mereka songsang.Di manakah keimanan mereka terhadap al-Quran apabila mereka mencerca sesiapa yang Allah dan Rasul cerca, mengangkat orang yang diangkat oleh Allah,memusuhi orang yang dimusuhi oleh Allah. Mereka itu (Ahl al-Sunnah) adalah pengikut,bukan pembid’ah,mencontohi bukan mereka-rekakan.Justeru, mereka hamaba-hama yang beriman. (Lihat: Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-Adzim, jil. 2, hlm. 398)
Jasa dan pengurbanan mereka terhadap agama Islam adalah tersangat besar.Mereka telah membawa cahaya-cahaya Islam menerangi alam,Mereka telah menunjukan contoh yang terbaik buat kita dalam kehidupan beragama.Perjuangan mereka dalam agama memang tiada tolok bandingannya.Walaupun,memang di akui ada diantara mereka,ada yang berselisih pendapat,tetapi perselisihan itu dianggap sebagai keluasan yang ada di dalam Islam.Rahmat bagi sekalian alam,tetapi hal itu tidak menjadikan kita semua untuk tidak memulia dan mengikuti mereka.Ya Allah jadikan kami seperti mereka.



Saturday, September 22, 2012

Ali bin Al-Husein Zainal Abidin


Nama sebenarnya beliau adalah Ali bin al-Husein bin Ali bin Abi Thalib,neneknya adalah Fatimah az-zahra binti Rasulullah,terkadang ia disebut dengan Nama Abu Husein atau Abu Muhammad,sedangkan nama panggilannya adalah Zainal abidin dan As-Sajad, kerana kebanyakan melakukan solat dimalam hari dan di siang hari.

Diriwayatkan bahawa beliau menerima beberapa orang tetamu dari Iraq,lalu tetamu tersebut membicarakan tentang Abu Bakar,Umar dan Utsman tentang sesuatu yang buruk mengenai mereka dan ketika selesai bicara, maka ia berkata, ”Apakah kalian termasuk kaum muhajirin yang didalam Alquran surat al-Hasyr 8 yang menegaskan ‘Mereka yang diusir dari kampung halaman dan dipaksa meninggalkan harta benda mereka, hanya kerana mereka ingin memperolehi kurniaan Allah dan keredhaan-Nya?”’ Mereka menjawab, ”Bukan…!”

Kalau begitu,kalian menolak untuk tidak termasuk ke dalam salah satu dari kedua golongan tersebut. Selanjutnya beliau berkata” Aku bersaksi bahwa kalian bukanlah orang yang dimaksud dalam firman allah, ”Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman.” (Qs. Al Hasyr:10). Maka keluarlah kalian dari rumahku, niscaya Allah swt murka kepada kalian”.

Ali bin al Husein Zainal ‘Abidin dianggap sebagai ulama yang paling masyur di Madinah dan pemimpin ulama tabi’in di sana.Hal ini keterangan yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, dan yang diriwayatkan Ibnu Abbas.Kurang lebih 30 tahun Zainal Abidin bergiat mengajar berbagai disiplin ilmu agama Islam di Masjid Nabawi di Madinah.Sikap beliau yang tidak berpihak kepada mana-mana kelompok pun mengundang simpati dari semua kelompok yang selalu berselisih pandangan.Ali Zainal Abidin disegani oleh segenap kaum Muslimin baik kawan mahupun lawan.Pada zamannya,Ali Zainal Abidin diakui masyarakat Muslimin sebagai ulama puncak dan berkarisma.Beliau sangat dihormati, disegani, dan dimuliakan nasihat-nasihatnya.Kenyataan itu tidak hanya kerana kedalaman ilmu pengetahuan agama beliau, tidak pula kerana satu-satunya lelaki keturunan Rasulullah, tetapi juga kerana kemuliaan akhlak dan ketinggian budi pekerti beliau yang menjadi bualan masyarakat pada ketika itu..

Salah seorang Putera ‘Amar bin Yasir meriwayatkan bahwa: pada suatu hari Ali bin Husein kedatangan suatu kaum, lalu beliau menyuruh pembantunya untuk membuatkan daging panggang, Kemudian pembantu itu dengan terburu buru sehingga besi untuk membakar daging terjatuh mengenai kepala anak Alin bin usein yang masih kecil sehingga anak tersebut meninggal. Maka Ali berkata kepada pembantunya,’ kamu kepanasan, sehingga besi itu jatuh’. Setelah itu beliau sendiri mempersiapkan untuk memakamkan anaknya.”. Menunjukan kesabaran dan kepasrahan beliau, dimana seorang pembantu telah menyebabkan kematian anaknya. sehingga ia membalas kejelekan dengan suatu kebaikan.

Sebuah keterangan yang diriwayatkan oleh Hisyam bin Abdul Malik ketika ia sedang menunaikan ibadah haji sebelum diangkat menjadi Khalifah, ia berusaha untuk mencium hajar aswad tetapi ia tidak mampu melakukannya, kemudian datang Ali bin Husein hendak mencium hajar aswad juga sehingga orang orang berada disekitarnya di singkirkan lalu beliau menciumnya.Kemudian orang orang bertanya kepada Hisyam siapa orang itu?, dia menjawab aku tidak mengenalinya.Maka seseorang telah berkata” Aku mengenalinya, dia adalah Ali bin al Husein.Para ulama sepakat bahwa Ali bin al Husein ini anak paling kecil dari Husein yang selamat,sedangkan kakak kakaknya dan kedua orang tuanya terbunuh sebagai syuhada. Zainal Abidin kecil selamat dari pembunuhan keluarga Rasulullah, ketika itu ia sedang terlentang diatas tempat tidur kerana sakit, sehingga keadaanya terselamat dari pembunuhan itu dan ketika itu saat itu beliau berusianya 23 tahun. Allah melindunginya dan menyelamatkannya.Beliau wafat pada tahun 74 H di Madinah dalam usia 58 tahun dan dimakamkan di Baqi Riwayat lain dikatakan ia wafat pada tahun 93 H dalam usia 57 tahun.

Sumber rujukan

Biografi Ali bin Husein dalam kitab Al ‘ilmu wa al Ulama Karya Abu Bakar al Jazairy. 

Thursday, September 6, 2012

Orang Kristian Masuk Kampung Melayu


         Kelihatan mereka(pendakyah Kristian) mengunjungi satu rumah keluarga Islam.
Dalam kita bertelingkah dan enggan bekerjasama demi agama dan bangsa,maka para mubaligh-mubaligh Kristian sudah berkeliaran masuk kawasan penduduk Melayu Islam untuk  menyebar dakyah mereka.Hal ini yang dapat dirakam oleh Pertubuhan Pembela Islam(sebuah NGO) sekitar taman perumahan berdekatan Kampung Pandan yang boleh dikatakan majoriti seluruh penduduknya adalah beragama Islam.


Mereka dilihat datang dalam kumpulan lebih 20 orang kemudian berpecah kepada beberapa kumpulan kecil berselerak sekitar kawasan perumahan tersebut.Kumpulan lebih 20 orang berbangsa Cina ini dikepalai oleh seorang lelaki Mat Salleh (lihat gambar di bawah).
Kesemua mereka berjalan membawa beg yang berisi dengan risalah Kristian dan setiap mereka membawa payung.Setiap daripada mereka bergerak dari setiap rumah ke rumah.
Jika di teliti kaedah metodologi/kaedah pendakyahan mereka,sedikit sebanyak menampakkan kesungguhan mereka dalam menyebarkan kepercayaan bathil ini.Saya sendiri berpengalaman bertemu dengan mereka,ternyata mereka lebih terkehadapan berbanding dengan kita dalam memberikan sumbangan terhadap agama dan kepercayaan masing-masing.

Saya sendiri tertanya-tanya,di manakah pendekatan sebegini oleh jemaah umat Islam.Kalaulah ada pun,pendekatan sebegini ada pada umat Islam,pendekatan sebegini terus di tohmah atas alasan yang "ini bidaah","ketinggalan zaman","suasana yang tidak kondusif" dan beribu-ribu lagi alasan yang telah menyebabkan kerugian kepada umat Islam.Jika ada jemaah kalangan kaum Muslimin yang bangkit atas pendekatan ini,maka jemaah ini telah dikatakan jemaah yang sesat,mempunyai akidah yang tidak sahih dan sebagainya.Boleh dilihat di setiap kampung dan bandar amat sedikit yang melakukan pendekatan dakwah sebegini.Sebaliknya ramai yang berdiam diri malah ada yang menentang.

Apakah kita hanya berbangga dengan masjid-masjid yang indah tetapi bilangan umat Islam yang datang mengimarahkannya boleh di kira dengan jari.Bayangkan,jika keadaan umat Islam,yang mana kehidupan mereka terpisah dengan amalan masjid,sudah tertentu kehidupan mereka menjadi kosong dan senantiasa mencari sesuatu yang menarik untuk memenuhi keinginan syahwat dan nafsu mereka.Sebenarnya tugas mendakwah agama ini,adalah tugas setiap orang Islam,cuba kita bayangkan,jika kita kita tidak berada di pihak yang menyebarkan agama,maka kita akan menjadi sasaran untuk di dakyahkan di atas perkara yang bathil.Amat malang bagi umat Islam sekarang,kerana mereka lebih selesa melihat beberapa individu atau jemaah-jemaah tertentu melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan ini tanpa mereka melibatkan diri mereka sendiri dalam aktiviti ini,dan natijahnya maka hal seperti ini (dalam gambar) terjadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini