Ikuti Blog Ini

Tuesday, July 30, 2013

Kemusykilan Yang Sering Di ajukan Kepada Jemaah Usaha Dakwah @ Tabligh

Malfuzat versi Urdhu

Al-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya rah berkata satu kemusykilan yang selalu kedengaran d telinga ialah orang Tabligh memberikan keutamaan kepada kitab Fadhilat dan tidak kepada kitab Masail.Kemusykilan ini lebih menghairankan saya apabila ia di ajukan oleh seseorang alim.Itulah realitinya dan itulah yang sebenarnya yakni dalam nisab Usaha Tabligh ialah kitab Fadhilat adalah lebih penting.

PENERANGAN AL-SYEIKH MAULANA MUHAMMAD ILYAS RAH

Kedudukan ilmu Fadhilat ialah sebelum ilmu Masail.Dengan perantaraan ilmu Fadhail keyakinan terhadap pahala atau ganjaran bagi sesuatu amalan akan dating dan itu ialah sebahagian daripada iman dan dengan keyakinan itulah seseorang akan terdorong untuk melakukan  amal.Keperluan untuk mengetahui tentang masail sesuatu amalan akan timbul setelah seseorang itu bersedai untuk melakukan amalan.Oleh itu pada sisi kami ilmu  Fadhail adalah lebih penting".(Di petik daripada Malfuzat al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas rah.Malfuzat ialah himpunan kata-kata dan nasihat seseorang alim atau ahlullah.)

Ada lagi beberapa Malfuzat al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas rah dan al-Syeikh Maulana Muhammad Yusof rah yang berkaitan dengan perbincangan tersebut yang boleh di dapati daripada kitab malfuzat dan biografi mereka.Alasan keadaan tersebut telah di jelaskan dengan sempurna dalam penerangan di atas.Lagi pun dalam ilmu Fadhail tiada ikhtilaf (perselisihan) sedangkan dalam ilmu masail ada ikhtilaf.Lagi pula apa-apa yang telah di lakukan oleh kedua-kedua Maulana tersebut adalah bertepatan dengan sunnah Nabi Saw dan keinginan Allah Swt.

Dalam kitab Sahih Bukhari ada hadith yang telah diriwayatkan daripada Sayyidatina Aisyah r.ha iaitu apa-apa yang diturunkan dalam al-quran pada zaman permulaan Islam (yang berkaitan dengan iman dan yakin) di terankan dengan terperinci.Penerangan sedemikian di dapati pada bahagian akhir al-quran.Penerangan itu ialah berkenaan syurga dan neraka.Sehinggalah keadaan apabila keyakinan orang rami telah berpusat kepada agama Islam maka barulah hokum-hakam berkenaan halal dan haram telah telah turun.jika pada awal-awal lagi hokum- hakam itu telah diturunkan seumpama. “Janganlah kamu meminum arak, maka  orang ramai pasti berkata “Kami tidak boleh meninggalkannya” Sekiranya turun ayat. “Tinggalkanlah oleh kamu akan zina.’ maka pasti orang ramai akan berkata “Zina tidak akan terlepas daripada kami.”

Telah turun ayat surah aI-Qamar ke atas Nabi Saw semasa saya masih gadis sunti lagi (yakni semasa kami masih berada di Makkah). Ayat itu bermakšud.”Bahkan itulah hari kiamat yang merupakan masa yang telah dijanjikan untuk mereka, sedangkan hari kiamat itulah hari yang sangat dahsyat lagi sangat pahit.” Sementara ayat-ayat surah aI-Baqarah dan surah an-Nisa’ (yang hanyak mengandungi hukum-hakam) telah turun setelah saya ada di samping Rasulullah Saw  (yakni semasa kami berada di Madinah Munawwarah).

Bahkan sebagaimana nasihat Nabi Saw terhadap Sayyidina Abu Musa al-Ashari r.hu dan Sayyidina Muaz bin Jabal r.hu.

“Berikan kemudahan kepada orang ramai,janganlah kamu menyusahkan mereka,berikanlah khabar gembira dan janganlah kamu jadikan mereka menjauhkan dari Islam.(HR Al-Bukhari).

P/S : akan bersambung dengan pandangan dan penerangan Al-Syeikh Maulana Qari Muhammad Tayyib,Guru Besar di Darul Ulom,Deoband.

Monday, July 22, 2013

Cara Pengambilan Hadith-Hadith Dalam Kitab Fadhail A’mal

Surat al-Syeikh Alwi al-Maliki kepada al-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya

Pada pemuIaan Kitab Fadhilat Al-Quran, al-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya rah menulis “ Di sini ada satu perkara yang tidak boleh tidak dan mesti perlu diberitahu iaitu saya banyak rnengambíl hadith-hadith daripada kitab Misykat,Tanqih Ur-ruwat,Mirqat,Syarh Ihya ‘ Ulum id-Din dan kitab Targhib Imam Munziri rah.Oleh kerana itu,rasanya tidak perlu  dinyatakan rujukannya. Sebaliknya jika hadith-hadith diambil dari kitab lain maka rujukannya akan dinyatakan.

Dalam satu surat kepada orang yang menyangkal, al-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya rah menulis :

“Berkenaan hadith-hadith Fadhilat,hendaklah ada dalam fikiran kita bahawa kelemahan yang ringan dalam hadith-hadith Fadhilat adalah di maafkan.Oleh kerana itu,kaedah itu telah di guna pakai terhadap mana-mana hadith yang telah di pertikaian kesahihannya oleh mana-mana  ulama maka hadith itu telah di jelaskan  dan dalil kelemahan hadith telah dinyatakan.Oleh kerana perkara ini tiada kaitan dengan orang awam sebaliknya ianya diperlukan  oleh orang alim,maka keterangan itu telah di tuliskan dalam bahasa Arab kerana ianya tidak mampu di fahami oleh orang awam.

Sekiranya ada dalam perhatian tuan mana-mana hadith yang kelemahannya tidak mungkin di tampung,maka silalah perjelaskan kepada saya.Setelah di pertimbangkan,hadith itu boleh di buang daripada kitab.Dalam menyusun kitab tersebut,saya tidak berpegang kepada pandangan saya seorang bahkan beberapa  orang ulamak khususnya al-Syeikh Maulana As’adullah Saheb rah,iaitu pentadbir Madrasah Mazahir ul-Ulum dan al-Syeikh Qari Ahmad Sa’id Saheb rah iaitu Mufti Besar Mazahir ul- Ulum telah menyemak kitab-kitab itu huruf demi huruf.Apa sahaja yang tidak dipersetujui oleh salah seorang daripada mereka telah di keluarkan daripada kitab.Justeru,setiap kitab telah berkurangan telah berkurangan daripada tulisan asal saya sebanyak satu perlima atau satu perempat.Selepas itu semua pun,pastinya kitab-kitab saya itu mungkin mempunyai banyak kekurangan lagi.

Surat Dari al-Syeikh Abd Al-Fattah Abu Ghuddah Kepada al-Syeikh Maulana Zakariyya rah.

Terdapat sesetengah ulamak menulis kepada al-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya rah mengesyor supaya kitab-kitab itu di semak kembali,sebagai jawapan kepada salah seorang daripada mereka . al-Syeikh Maulana menulis,”Selepas selawat dan salam,jika ada ulamak yang mengesyorkan  supaya kitab Fadhilat A’mal di semak semula maka katakan kepada mereka jika ada perkara-perkara yang perlu di perbaiki maka tulis dan hantar kepada saya.Selepas saya pertimbangkan,jika perkara itu perlu di perbaiki maka pembaikan akan di lakukan.Takkan  sampai  tak boleh di perbaiki?Sebaliknya untuk menukar cara berfikir kepada cara yang ada dalam fikiran orang lain adalah sesuatu yang susah.Jangan tuan mengangap terhadap mana-mana pun kitab karangan saya bahawa  ia tidak boleh di perbaiki.
Bahkan kitab-kitab al-Syeikh Maulana yang tersebut dan kitab-kitab lain lagi yang telah di karang oleh hadrat Maulana menjadi harapan para ahlullah dan di doakan penerimaannya di sisi Allah oleh mereka.Justeru,al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas rah menulis dalam salah satu surat  beliau kepada al-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya rah.

“Anak saudaraku yang di kasihi,tiada syak bahawa segala bentuk kesungguhan kamu dan segala bentuk peranan kamu telah menjadi asbab tersebarnya usaha Tabligh ini.Allah swt telah menganugerahkan kepada saya yang hina ini usaha Tabligh yang agung yang banyak memberi manfaat dan membela rukun-rukun Islam namun ia berjalan dalam bentuk yang sangat mudah.Saya dengan perasaan rendah diri ini mendapati diri saya yang hina ini terlalu lemah dalam menghargai nikmat Allah swt yang begitu agung serta lemah dalam mensyukurinya lantas saya menjadi bimbang takut-takut saya mengkufuri nikmat tersebut.Di samping,saya merasakan perlu untuk saya mengiktiraf kesungguhan kamu dengan menyatakan bahawa peranan berdamping dan bersuhbah dengan (berdamping) dengan kamu adalah sangat besar dalam saya menetapkan usul-usul usaha Tabligh ini.Semoga Allah swt memberikan taufiq kepada saya untuk berterima kasih kepada kamu.Usaha ini telah di terima Allah swt dan sebagai mana kesan-kesan yang tampak,usaha ini akan tersebar luas.Inshallah,kitab-kitab karangan kamu serta limpahan kerohanian kamu juga,bukan sahaja tersebar di India,bahkan ianya akan tersebar kepada seluruh orang Arab dan Ajam.Semoga Allah swt memberikan sebaik-baik ganjaran kepada kamu.Dan bantulah saya dalam menyebarkan agama ini dengan doa kamu dan saya sendiri pun selalu berdoa”.

Di petik daripada Muqadimah Kitab Fadhilat A'mal versi 2013 dan sedikit suntingan daripada saya.

Monday, July 15, 2013

Prakata Penerbit dan Penterjemah Kitab Fadhilat A'mal versi 2013

Kitab Fadhilat A'mal versi baru 2013 (semakan,kemas kini dan penambahan) menerima sentuhan terjemahan para asatizah MUSP.

Setelah berlalu selang waktu ,terdapat alim ulamak dan rakan-rakan yang telah memberi komentar membina,tunjuk ajar yang berharga,pembetulan-pembetulan yang sangat- sangat penting serta cadangan-cadangan yang bernas kepada pihak kami sehingga terasa besar keperluan agar di lakukan semakan dan pembaikan terhadap terjemahan yang lalu.
Berdasarkan komentar,cadangan,tunjuk ajar dan pembetulan tersebut maka beberapa penambah baikan dan tambahan telah di laksanakan pada edisi semakan terkini ini  seperti berikut :

  1. Pembetulan terhadap kesalahan dan kesilapan yang wujud dalam edisi lalu.
  2. Pentahqiqan ayat-ayat al-quran dan hadith-hadith  serta  terjemahannya,nama para sahabat,para tabiin dan para ulamak serta nama tempat.
  3. Keterangan mengenai masalah-masalah khilafiah fiqah menurut Mazhab Sayfi’e di letakan sebagai nota kaki atau kurungan dalam teks asal.
  4. Pembetulan struktur ayat-ayat agar Iebih sesuai dengan tatabahasa Melayu sebagai contoh mudah difahami tanpa menyimpang dari mafhum sebenar kitab asal yang berbahasa Urdu.
  5. Sandaran dan sumber petikan dijadikan sebagai nota akhir agar tidak mengganggu pembacaan ta’lim.
  6. Petikan ringkas biografi pengarang kitab.
  7. Lampiran keterangan kepentingan Fadhilat Amal oleh al-Syeikh  Maulana Muhammad Ilyas rah dan al-Syeikh Maulana Qari Muhammad Tayyib rah “ serta jawapan kepada persoalan- persoalan yang biasa diajukan terhadap kitab ini dan usaha Dakwah.
  8. Penyataan ringkas kandungan setiap hadith pada daftar kandungan untuk memudahkan para pembaca.
  9. Penyeragaman teks Arab dan Rumí yang lebih teratur, cantìk dan mudah untuk dibaca.
  10. Saiz kitab yang disamakan dengan kitab Muntakhab Al-hadith agar mudah dibawa dan diuruskan.
Kitab Fadhilat A'mal versi pertama cetakan 2004.

Dengan itu diharapkan kitab edisi semakan terkini ini memberi lebih banyak manfäat kepada kaum muslimin dalam menghidupkan amalan-amalan masjid Nabawi di rumah-rumah dan masjid-masjid dan juga dalam menaikkan semangat dan kegemaran umat secara umum untuk beramal (dengan amalan-amalan agama berserta sifat ihtisab sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt dan RasulNya.
Kami juga dengan penuh rendah hati dan terharu mengucapkan jutaan terima kasih dan mendoakan sebaik-baik balasan dan ganjaran untuk alim ulama dan rakan rakan yang telah sudi memberi saranan dan teguran tersebut.

Kitab Fadhilat A'mal yang di gunakan oleh Jemaah Dakwah dan Tabligh di Malaysia sebelum Kitab Fadhilat A'mal ini di terjemah sepenuhnya oleh para asatizah MUSP.

Zat Yang Maha Sempurna hanyalah Allah swt, Justeru itu, jika ada mana-mana pihak yang mendapati apa-apa kesalahan dan kekurangan pada edisi kali ini,hal ini adalah kelemahan dan kecuaian pihak kami serta natijah daripada kejahilan kami.Dalam hubungan ini,terlebih dahulu kami menyusun sepuluh jari dengan serendah hati memohon maaf dan berharap dapat kiranya kesalahan dan kekurangan kami  itu di sampaikan kepada kami dengan apa cara sekalipun mudah-mudahan ia menjadi pengajaran yang berharga untuk  kami dalam meneruskan khidmat ini  dan dapat ia diperbaiki dalam edisi seterusnya demi kebaikan umat.

p/s: Tawaran sudah di buat,jika terdapat sebarang kesilapan,tuan-tuan di minta untuk memberitahu panel penterjemah dan penerbit kitab ini,bukan tuan-tuan dengan sewenang-wenangnya mengatakan kitab ini adalah mardud (tertolak) kerana kesilapan yang sedikit di dalamnya.Jika tuan-tuan menjunjung tinggi adab penuntut ilmu,maka silalah tampil memberitahu pihak yang saya telah sebutkan di atas.

Kenyataan ini saya petik daripada muqadimah prakata Kitab Fadhilat A'mal versi baru terbitan tahun 2013.Inshallah akan bersambung ke siri yang lain.

Catatan : MUSP (Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini