Ikuti Blog Ini

Thursday, February 25, 2016

Maulana Zakariyyā al-Kandhalawi dan Usaha Dakwah di UK

Apabila Maulana Zakariyyā al-Kandhalawi رحمه الله mendapat tahu usaha British membawa masyarakat Islam di India menetap di UK atas maksud pekerjaan dan sebagainya.
Beliau (Maulana Zakariyyā) telah mulai bimbang, beliau telah fikir mengenai nasib dan keadaan agama masyarakat Islam di sana. Jika melihat kepada kesan penjajahan British di India pun sudah memadai untuk melihat betapa teruknya fitnah dan doktrin yang telah dilakukan oleh British untuk merosakan masyarakat Islam di India, apatah lagi mereka (British) telah membawa masuk masyarakat Islam dari India tinggal di negara mereka (disebalik pekerjaan yang dijanjikan oleh British di sana pastinya ada usaha licik untuk merosakkan masyarakat Islam).


Melihat keadaan ini, Maulana Zakariyyā رحمه الله telah berbincang dengan menantu beliau iaitu Maulana Yusuf al-Kandhalawi رحمه الله dan Maulana Inam al-Hasan al-Kandhalawi رحمه الله bagaimana untuk menyelamatkan keadaan agama masyarakat Islam di UK. Hasil daripada perbincangan itu, Maulana Zakariyyā رحمه الله telah mengutus murid beliau iaitu Maulana Yusuf Motala حفظه الله manakala Maulana Yusuf al-Kandhalawi رحمه الله telah mengutus Syaikh Hafiz Patel رحمه الله untuk misi ini.

Maulana Yusuf Motala حفظه الله telah membuka madrasah (Dar al-Ulum Bury - institusi pengajian Islam pertama di UK) manakala Syaikh Hafiz Patel رحمه الله juga bekerja untuk memajukan institusi pengajian tersebut di samping terlibat dalam kegiatan Usaha Dakwah & Tabligh.

Kesan daripada usaha mereka masyallah, ajib perubahan telah datang dalam kehidupan masyarakat Islam di sana. Usaha Dakwah begitu subur d UK begitu juga usaha Madrasah. Tahun lepas sahaja sekitar 8-9 tempat di seluruh UK mengadakan majlis khatam Sahih al-Bukhari.

Semoga Allah merahmati usaha para masyaikh kita semua. Amin thumma amin

0 Komen kat sini:

Post a Comment

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini