Ikuti Blog Ini

Monday, February 29, 2016

Kisah‬ Maulana Muhammad Ayyub Surti bermimpi berjumpa Syaikh Hafiz Patel


حضرت مولانا محمد ايوب صاحب سورتي دامت بركاتهم كا خواب حضرت حافظ صاحب رحمة الله عليه کے بارے میں

حضرت نے آج 21/02/16 بروز اتوار مجھ سے فرمایا کہ فجر پڑھ کر سویا تو خواب میں حافظ صاحب کی زیارت ہوئی, بہت اچھے حال ميں ھشاش بشاش مسند پر جلوہ افروز تھے, چند احباب و متوسلین ومسترشدین حلقہ بگوش تھے, بلند آواز سے فرمایا کہ سن لو اور یاد رکھو بلکہ قلم سے لکھ لو کئی مرتبہ متوجہ کرنے کے بعد ارشاد فرمایا: کام میں لگو اور اپنے آپ کو مٹا دو ؛ 
ناقل. سید عمران فلاحی

Maulana Muhammad Ayyub Surti حفظه الله  (Guru Sahih al-Bukhari Dar al-Ulum Leicester) pada 21/2/2016 (pagi ahad) telah menceritakan kepada saya bahawasanya beliau telah mengatakan selepas solat subuh, beliau telah tidur dan telah melihat Syaikh Hafiz Patel رحمه الله dalam mimpinya.

Beliau telah melihat Syaikh Hafiz Patel رحمه الله dalam keadaan gembira, ceria dan bersandar di sandaran yang cantik (tempat duduk yang cantik) di kelilingi oleh sahabat-sahabat handal dan ditemani oleh anak muridnya. Dan Syaikh Hafiz Patel رحمه الله dalam suara yang tinggi, kuat mengatakan bahawasanya, dengarlah, ingatlah malah tulislah dengan pen-pen kamu (Syaikh Hafiz Patel رحمه الله ulang perkataan ini sebanyak 2-3 kali) seraya berkata, libatkan lah diri kamu dengan usaha dakwah ini dan fana' kan diri kamu dalam usaha ini. - intaha -

Kisah ini diceritakan oleh Maulana Sayyid Imran Falahi. Ditahqiq oleh Mufti Yusuf Shabbir. Alih dan susun bahasa Fuad, disahkan Ust Abu al-Majidee.

P/s : Benar mimpi bukan hujah @ dalil dalam agama tapi mimpi orang-orang soleh boleh jadi satu khabar mubasyarah (berita gembira) dari Allah.

Sunday, February 28, 2016

Menziarahi Maulana Syed Nur Muhammad (Alumni Dar al-Ulum, Deoband)

                                   
Maulana Syed Nur Muhammad Alumni Dar al-Ulum, Deoband (1958-1966)

Alhamdulillah, rezeki dapat menziarahi Maulana Syed Nur Muhammad hafidzahullah. Bekas pelajar Dar al-Ulum, Deoband dan al-Azhar al-Syarif.Alhamdulillah, rezeki dapat menziarahi Maulana Syed Nur Muhammad hafidzahullah. 


Beliau merupakan bekas pelajar Darul Ulum, Deoband dan al-Azhar al-Syarif.
Maulana Syed Nur Muhammad belajar di Dar al-Ulum, Deoband pada tahun 1958-1966.

Antara guru-guru Maulana pada waktu itu ialah :

1. Maulana Fakhrudin Ahmad al-muradabi - Bukhari
2. Maulana Mohd Ibrahim Balyawi - Tirmizi, Maulana Bashir Ahmad Khan - Muslim
3. Maulana Syed Fakhrul Hasan– Baidawi, Abu Daud
4. Maulana Naim –Sullam, Mukhtasar Ma`ani
5. Maulana Mian Asghar Husein- Hidayah 1.
6. Maulana Mirajul Haq – Hidayah 2 
7. Maulana Qari Tayyib - Hujjatullah Balighah
8. Maulana Mohd Salim- Tarjamatul Quran
9. Maulana Anzar Shah - Tarjamatul Quran
10. Maulana Nasir Ahmad Khan -Jalalain
11. Maulana Abd Jalil - Misykat Masabih

P/s : Beliau juga adalah guru kepada Pak Njang Izzudin Pendang sewaktu berada di Dar al-Ulum, Deoband.

Thursday, February 25, 2016

Maulana Zakariyyā al-Kandhalawi dan Usaha Dakwah di UK

Apabila Maulana Zakariyyā al-Kandhalawi رحمه الله mendapat tahu usaha British membawa masyarakat Islam di India menetap di UK atas maksud pekerjaan dan sebagainya.
Beliau (Maulana Zakariyyā) telah mulai bimbang, beliau telah fikir mengenai nasib dan keadaan agama masyarakat Islam di sana. Jika melihat kepada kesan penjajahan British di India pun sudah memadai untuk melihat betapa teruknya fitnah dan doktrin yang telah dilakukan oleh British untuk merosakan masyarakat Islam di India, apatah lagi mereka (British) telah membawa masuk masyarakat Islam dari India tinggal di negara mereka (disebalik pekerjaan yang dijanjikan oleh British di sana pastinya ada usaha licik untuk merosakkan masyarakat Islam).


Melihat keadaan ini, Maulana Zakariyyā رحمه الله telah berbincang dengan menantu beliau iaitu Maulana Yusuf al-Kandhalawi رحمه الله dan Maulana Inam al-Hasan al-Kandhalawi رحمه الله bagaimana untuk menyelamatkan keadaan agama masyarakat Islam di UK. Hasil daripada perbincangan itu, Maulana Zakariyyā رحمه الله telah mengutus murid beliau iaitu Maulana Yusuf Motala حفظه الله manakala Maulana Yusuf al-Kandhalawi رحمه الله telah mengutus Syaikh Hafiz Patel رحمه الله untuk misi ini.

Maulana Yusuf Motala حفظه الله telah membuka madrasah (Dar al-Ulum Bury - institusi pengajian Islam pertama di UK) manakala Syaikh Hafiz Patel رحمه الله juga bekerja untuk memajukan institusi pengajian tersebut di samping terlibat dalam kegiatan Usaha Dakwah & Tabligh.

Kesan daripada usaha mereka masyallah, ajib perubahan telah datang dalam kehidupan masyarakat Islam di sana. Usaha Dakwah begitu subur d UK begitu juga usaha Madrasah. Tahun lepas sahaja sekitar 8-9 tempat di seluruh UK mengadakan majlis khatam Sahih al-Bukhari.

Semoga Allah merahmati usaha para masyaikh kita semua. Amin thumma amin

Saturday, February 13, 2016

Maulana Sayyid Nur Muhammad dan Pak Njang Izzudin Pendang

                                 
Semasa berbual dengan Maulana Syed Nur Muhammad semalam, beliau banyak memuji Maulana Wan Izzudin Pendang @ Pak Njang Izzudin Pendang.

Maulana syed Nur Muhammad berkata " walaupun beliau anak murid aku di sini (Deoband)  dulu tapi beliau ini alim sungguh. Kuat sungguh beramal dengan mazhab Shafi'i. Aku bermazhab Hanafi, aku selalu berdebat dengan beliau, tapi aku mengakui yang beliau memang kuat beramal dengan mazhab Shafi'i". Tambah maulana Syed Nur Muhammad lagi " sebelum Pak Njang Izzudin datang ke Deoband (Darul Ulum, Deoband ) Pak Njang Izzudin sudah pun alim dah ".

P/s: Maulana Syed Nur Muhammad Sekelas dengan Maulana Wan Izzuddin Pendang di Darul Ulum, Deoband seketika dulu. Alangkah ruginya kita jika kita tidak ambil mengambil manfaat berterusan daripada ulama-ulama sebegini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini