Ikuti Blog Ini

Sunday, October 6, 2013

Darul Ulom Deoband,Siapakah Mereka?

Maulana Muhammad Masihullah Khan,Maulana Husain Ahmad Madani,Maulana Qari Muhammad Tayyib Qasmi,Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi,Maulana Mufti Syafi`,Syed Ataullah Shah Bukhari,Maulana Anwar Shah Kashmiri

Darul Ulom Deoband tidak hanya menghasilkan para ulamak tetapi bersama-sama dengan mereka ialah yang besar iaitu ulamak yang sangat besar.Darul Ulom Deoband telah menghasilkan Darul Ulom yang tersebar dengan pesat di seluruh dunia,dari Amerika Utara hingga ke Australia,dari Indonesia, Malaysia ke Afrika Selatan,dari England dan Eropah ke Amerika Selatan.Darul Ulom Deoband telah menghasilkan ulamak yang telah banyak berjasa kepada masyarakat Islam di seluruh dunia.

Syeikh Abdullah bin Subayyiel rah (1912- 1999 M), bekas Imam Masjidil Haram,Mekah,Arab Saudi,telahmengatakan bahawa para ulama Deoband sedang dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 50 % untuk kebaikan umat ini di dalam pelbagai disiplin ilmu agama.Darul Ulom Deoband juga telah menghasilkan pelbagai tokoh yang berkaliber seperti As-Syeikh Maulana Asyraf Ali Thanwi rah yang mana beliau telah berjasa menghidupkan semula ilmu Tasawwuf mengikut sunnah Rasulullah Saw,beliau juga merupakan seorang mujaddid yang telah menghasilkan lebih 1000 karya dalam pelbagai disiplin ilmu dan setiap karya-karya beliau telah di iktiraf oleh dunia Islam dan di anggap sebagai seorang  reformis yang paling besar di dunia di zaman kita.


Darul Ulom Deoband tempat melahirkan para cendiakawan Islam yang banyak berjasa kepada dunia Islam

Darul Ulom Deoband telah Berjaya melahirkan tokoh-tokoh ulamak hebat seperti As-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas rah.Beliau ialah  insan  yang memulakan kerja-kerja  Dakwah dan Tabligh.Jasa beliau kepada dunia Islam sangat besar sehingga pergerakan jemaah beliau telah Berjaya mendatangkan perubahan besar pada seluruh dunia Islam.

Kehebatan Darul Ulom Deoband adalah di sebabkan berjayanya melahirkan ulamak-ulamak seperti As-Syeikh Maulana Anwar Shah Kashmiri rah.Beliau di berikan gelaran perpustakaan bergerak kerana kekuatan ingatan dan hafalan beliau.Beliau telah berjasa membongkar dakyah yang di polopori oleh gerakan Qadiani dan berjaya memelihara agama Islam dari di rosakan oleh gerakan ini.

Kehebatan Darul Ulom Deoband juga adalah di sebabkan berjaya melahirkan tokoh-tokoh seperti As-Syeikh Maulana Husain Ahmad Madani rah.Beliau adalah ulamak pertama yang mengesan fitnah dari gerakan  Maududinisme (gerakan pemikiran Maududi) dan membuka tabir  tentang bahayanya gerakan ini apabila yang lain tidak menyokongnya usahanya.

Satu keistimewaan yang di miliki oleh mempunyai para ulamak Deoband adalah mereka seolah-olah telah dikurniakan dengan satu perasaan untuk mengenalpasti fitnah,segala unsur-unsur yang boleh mendatangkan fitnah dari peringkat awal kemudian membuat pendedahaan dan penentangan dan di ikuti dengan sokongan daripara ulamak Deoband yang lain.Di antara tokoh-tokoh tersebut ialah al-Hujjatul Islam,As-Syeikh Maulana Qasim Nanotwi rah.Beliau telah berjaya menghalau penjajah British dan menghalau mereka keluar dari benua kecil selepas empayar mereka  mengalami kemerdekaan-kemerdekaan di seluruh dunia.

Kewujudan Darul Ulom Deoband sebenarnya adalah satu bentuk pertolongan daripada Allah Swt kepada dunia Islam untuk melindungi umat Islam dari kuasa-kuasa jahat seperti penjajah British yang datang dengan niat untuk menukarkan semua rakyat benua kecil India kepada agama Kristian.Darul Ulom Deoband adalah lambang satu  manifestasi doa daripada As-Syeikh Haji Imdadullah Muhajir Makki rah.

Arkitek sebanar penubuhan Darul Ulom Deoband adalah daripada  Rasulullah Saw yang mana mudir pertama Darul Ulom Deoband telah melihat dalam mimpi bagaimana Rasulullah Saw melukis garisan di mana Darul Ulom perlu dibina dan mereka (mudir pertama sebenarnya mendapati bahawa satu bentuk garisan di atas tanah di mana kelas Darul Ulum  terkenal dan dikenali sebagai Nodra.Dalam mimpi itu juga, Rasulullah saw di dalam dilihat memberi susu kepada pelajar-pelajar untuk minum dari perigi Molsri,yang telah ditafsirkan sebagai pemberian ilmu pengetahuan,yang mana setiap satu mengambil masa mengikut kemampuan diri sendiri.

Darul Ulom adalah nama Tauhid,mengikut Sunnah dan bersifat kesederhanaan.
Hanya dengan mendengar  nama-nama ulama Deoband  sahaja sudah cukup untuk mengisi hati orang yang mendengarnya dengan Nur Iman,lalu apatah lagi untuk di ceritakan mengenai  amalan mereka, akhlak,mu'amalah dan Mu'asharah mereka.Nama-nama seperti As-Syeikh Maulana Masîhullah rah,As-Syeikh Mufti Mahmud Hasan Gangohi rah,As-Syeikh Mufti Qari Muhammad Tayyib rah,As-Syeikh Maulana Fakhruddin rah,As-Syeikh Maulana Umar Palanpuri rah,As-Syeikh,Syeikhul Hadith,Maulana Muhammad Zakariyya rah  dan banyak lain-lain lagi.

Apa yang pentingnya,hari ini adalah untuk berpegang teguh dengan ulama Deoband,menjaga diri kita dan menangkis semua fitnah yang wujud seperti seperti Salafi/Wahabi,Syiah,Ahlul Bid'âh(Brelwi), Qadiani dan lain-lain lagi.Semoga Allah membimbing kita ke arah Siratul Mustaqim (jalan yang lurus ).Amin.

Sumber rujukan [Ulama Deoband,Penerbitan Madrasah Arabia Islamia,Azaaadville,Afrika Selatan].

Maulana Zaharuddin Nawi seorang pelajar lepasan Darul Ulom Deband selama 15 tahun.Beliau juga boleh santuni di http://ihyaaturaathina.blogspot.com/

22 comments:

  1. Alhamdulillah,seronok membaca tulisan saudara.
    Semoga saudara di limpahi barkah dari Allah swt.

    ReplyDelete
  2. sYUKRAN saudara..
    Deoand, deoband

    bila akan ku sampai

    at-tabib.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. subhanallah.. InsyaAllah satu hari nanti akan smpai d sana..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. posting yg sungguh, umpama meneguk air sejuk ditengah2 kepanasan tandusan padang pasir!

    semoga Allah terima keatas usaha ust menulis mengenai ulama2 n akabireen2 hind, lebih2 lagi yg berlatar-belakangkan daripada deoband!

    ya Allah, daku mohon kecintaan Mu dan kecintaan mereka (akabireen deoband dan org2 soleh) yg mencintai MU dan amalan2 yg mendatangkan kecintaan MU!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lastly, here's a short article on Darul uloom Deoband and its origins -

      AN INTRODUCTION OF THE MADRASAAH,
      “DARUL-ULOOM DEOBAND”

      “The foundation of Madrassah Deoband was laid upon the filth and rubbish area at the bank of the town of Deoband.”

      “The foundation of this Madrassah that was laid on this rubbish filthy bank, rather better known as “Dirt House” was 15th Muharram 1283 A.H. corresponding to 3rd May 1867 CE Thursday. ”

      “The very first person that laid the first brick was Munnai Shah Saheb.”

      In the aid of the establishment of Darul-Uloom Deoband, the Hindus can be regarded as to have contributed and donated a large amount of sum. From amongst the list of Hindu contributors include:

      1. Munshi Ram
      2. Ram Sahaa’ai
      3. Munshi Hardiwaaree Laal
      4. Laalaah Bayjaanth
      5. Pandit (Hindu Preist) Shree Ram
      6. Munshi Moti Laal
      7. Ram Laal

      On 31st January, Sunday 1867 CE one of Governor Luftant’s loyal secret agent on behalf of the British Empire visited Darul-Uloom Deoband and expressed good thoughts and support for this institution. This British wrote in his evaluation of Darul-Uloom Deoband:

      “This Institution is not in opposition to the British Government in any way, infact it is in accordance with British Government policies and is considered as a helper on behalf of the British Government.”

      Regarding the British Government Molvi Asheeq Ilahee Mirthee has written: “The kind-hearted government.” Asheeq Ilahee further writes regarding his great scholars that include Muhammad Qaseem Nanotwee etc:

      “Like all the scholars were heartrending toward their well-wishing government, the whole of their life they established this.”


      We conclude here with the brief review of the historical background of Darul-Uloom Deoband.

      Delete
    2. In the meeting of the Jamiat Ulema-e-Hind at Calcutta, in 1926, the participants included graduates of Darul ‘Uloom, Deoband and they supported the group which called for complete independence of India from the British rule. Indian National Congress was to declare complete independence as its goal three years later, in its session at Lahore. Majlis-e-Ahrar-ul-Islam or Majlis-e-Ah'rãr-e-Islam (Urdu: مجلس احرارلأسلام‎), also known in short as Ahrar, was a conservative Sunni Muslim Deobandi political party in the Indian subcontinent during the British Raj, prior to the Partition of India founded in December 29, 1929 at Lahore. Chaudhry Afzal Haq, Syed Ata Ullah Shah Bukhari, Maulana Habib-ur-Rehman Ludhianvi, Maulana Mazhar Ali Azhar, Maulana Zafar Ali Khan and Maulana Dawood Ghaznavi were the founder's of the party.[11] The Ahrar was composed of Indian Muslims disillusioned by the Khilafat Movement, which cleaved closer to the Congress Party.[12] The party was based in Punjab. It gathered support from the urban lower-middle class. The party was associated with opposition to Muhammad Ali Jinnah and establishment of an independent Pakistan as well as persecution of the Ahmadiyya community.[13] The famous freedom fighter Khan Abdul Ghaffar Khan, who visited Darul ‘Uloom during his visit to India in 1969, had said:[14] "I have had relation with Darul ‘Uloom since the time the Shaiykhul-Hind, Maulana Mehmud Hasan, was alive. Sitting here, we used to make plans for the independence movement, as to how we might drive away the English from this country and how we could make India free from the yoke of slavery of the British Raj. This institution has made great efforts for the freedom of this country".
      Kalau setakat internet google mcm2 boleh dapat. Apa yg penting usaha ini bukan mengajak manusia kepada dunia tetapi membesarkan Allah SWT.

      Delete
    3. ada lagi topik hangat rupenya...
      setahu teman lah deobandi terpecah 2 dlm soal jihad menentang inggeris .1 group di ketuai oleh syeikhul Hind mahmudul hasan meneruskan jihad.group satu lagi tak setuju dan mengambil jalan sufi yg diketuai oleh maulana aysraf ali thanwi .

      m.ilyas termasuk dlm group m.ahsraf ali thanwi yg menempuh jalan sufi.makna kata JT sendiri bermanhaj sufi sbb pengasasnya aliran sufi.tu sbb org tabligh tak nak bercakap bab jihad akan senjata dari dulu sampai sekarang pasal sejarahnya begitu

      Delete
    4. akhie Jabbar Nur : kena banyak membaca lagi,dapatkan pembacaan dari sumber yang sahih.

      Delete
    5. Teman perhatikan tuan blog x suka berterus terang.suka berdolak dalik.apalah salahnye nyatakan nama buku yg tuan kata sahih?.setakat ni teman rasa mklmt yg 4eman dpt dah sahih pun.
      Teman lebih yakin kajian pengkaji sejarah d india lg dari ulama deoband sbb ulama di luar tabligh pun arif ttg sejarah deoband

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
    7. Ada dua madrasah tu benar. Satu cenderung politik satu cenderung sufi tak benar. Penubuhan madrasah kedua tidak ada hubungan dgn penubuhan Pakistan. Madrasah kedua tubuh tahun 80an. Penubuhan Pakistan pula tahun 40an. Kedua2 anak murid Anwar Shah Kashmiri tak tahu siapa yg dimaksudkan. Penubuhan Pakistan hanya berkaitan dgn pertentangan antara Maulana Mufti Syafie dan Maulana Husain Ahmad Madani. Keduanya murid Maulana Asyraf Ali Thanawi dlm tasawwuf. maul. Husen sokong duk India. Maul. Mufti Syafie sokong tubuh Pakistan. Maulana Asyraf hanya silent supporter for the estabalishment of Pakistan.

      Delete
    8. kisah benar kekejian ulama deobandi di

      http://www.youtube.com/watch?v=zp2xCcDUKOE

      ...ulamak su'k

      Delete
    9. dh check ke jawapan dari Mohtamin DUD.

      Delete
    10. apa jawapan dia?
      tunjuk lah kat sini..

      Delete
  6. Anonymous : apa yang akhie merepek nie ? menyerlah kejahilan enta dalam berhujjah menggunakan keabsahan fakta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Ahl Para ulama as-Sunnat menulis banyak buku untuk menafikan kumpulan Tabligh dan mendedahkan hakikat bahawa mereka adalah bidaah. Mereka tidak dapat menjawab buku-buku ini di semua. Hadrat Mawlana 'Abd al-' Alim Siddiqi menulis bahawa guru Ilyas itu adalah dalam usaha untuk merobohkan Islam dari dalam. "[Ini ditulis secara terperinci juga dalam buku-buku al-mustanad, Usul al-arba'a tardid fi al-
      Wahhabiyya, ad-dawlat al-Makkiyya dan Hediyya-t-ul-Mehdiyyin, yang telah diterbitkan semula di Istanbul pada 1395 (1975).]

      Delete
    2. Anonymous : Lawaklah...
      Mu ikutlah puok2 mu,kami tahu apa pegangan kami.
      kalo puok mu nk ikut ahlul Bida'ah Brelwi ,sila la ikut....
      saya berlepas diri daripada kesesatan kamu.

      Delete
    3. Sila lihat buku "Al-Muhannad Alal Mufannad [aqidah Ulamak Deoband]" Oleh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri (guru kepada Syeikhul Hadith,Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi). Ulama dari Madinah, Makkah dan seluruh dunia telah menandatangani dan disahkan bahawa seluruh ulamak Deoband adalah ini aqidah sebenar ulamak Deoband.

      Buku ini telah ditulis dalam tindak balas dan penyangkalan dari Ahmed Raza Khan, apabila Ulama Haramayn bertanya 26 soalan dari Darul Uloom, soalan-soalan telah dijawab di dalam buku ini dan kemudian Ulama Haramayn mengesahkannya dan ditandatangani balas oleh Ulama Deoband bahawa ini adalah aqidah sebenar dan mereka berada atas jalan yang benar.

      Selepas penerbitan buku ini, Ahmed Raza Khan masih hidup selama kira-kira 12 tahun dan tidak menulis sebagai tindak balas kepada buku ini. Malah salah satu daripada Alim Barelwi (Khalil Ur Rehman yang berada di Makkah / Madinah) menyangka bahawa segala-galanya telah selesai, dan beliau berhenti mengucapkan kata-kata kesat terhadap Ulama Deoband.

      Jenis malas nk berlajar susah la mcm hanya tahu salin bulat2 dari Internet.Bahkan dengan sewenang2nya menghina para ulamak.Bertaubatlah kepada Allah.

      Delete
    4. Bacalah pandangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah terhadap ulamak Deoband.
      Enta ni dari aliran mana Sufi atau Salafi/Wahabi.

      Delete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini