Soalan
Benarkah ada
dakwaan mengatakan bahawa jika seseorang menyambut hari raya (aidil fitri atau
aidil adha ) di jalan Allah swt ,akan mendapat jemputan perkahwinan daripada
Nabi Saw di syurga nanti.Mohon penjelasan ustaz.
Jawapan
Waalaikumussalam wbt,Alhamdulillah,syukur
kepada Allah swt kerana telah menanamkan benih-benih kecintaan kepada agama
kepada saudara.Semoga Allah swt merahmati saudara.Sebenarnya,setelah membuat pencarian dan kajian,maka saya dapati bahawa tiada sebarang perkataan seperti itu di
dalam kitab-kitab hadith,walaupun perkara itu mungkin boleh terjadi.Cuma
persoalanya di sini ialah tindakan seseorang itu menyandarkan perkataan itu
kepada Nabi saw adalah salah sama sekali dan boleh di anggap berdusta atas nama Nabi saw.Kita cuma boleh meyakini bahawa ganjaran seseorang yang keluar di jalan
Allah swt adalah besar di sisi Allah swt tanpa
perlu kita menambah fadhilat-fadhilat yang tidak benar dalam keadaan
kita ghairah melakukan amalan terebut.
Memang benar
kitab hadith itu banyak,tetapi kitab-kitab hadith yang berlegar di sekitar kita ialah Kutubus
Sittah (Bukhari,Muslim,Abu Daud,Tirmizi,Nasaie dan Ibnu Majah) juga di tambah
dengan Muwattho dan beberapa kitab hadith lain belum saya jumpai lagi mana-mana
fadhilat seperti yang di utarakan oleh saudara.Juga sepanjang pengajian saya
dalam Daurah hadith dan pengalaman berdamping dengan para masyaikh dakwah di
Nizhamuddin,belum saya jumpai dan dengar mereka sendiri berkata dengan fadhilat yang
sedemikian.Wallahi,mereka tidak pernah berkata dengan fadhilat seperti itu.
Nasihat
saya,tinggalkan terus perkataan itu meskipun kita mempunyai niat yang baik
untuk melihat saudara kita beramal dengan kebaikan tetapi tindakan kita mereka-reka fadhilat-fadhilat palsu adalah satu perbuatan yang di larang di sisi agama.Jika
kita ingin berbiara tentang fadhilat-fadhilat ketika berdakwah,kita bicarakan
sahaja fadhilat-fadhilat yang sudah terdapat di dalam kitab-kitab seperti
Fadhilat A’mal karangan Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi dan Muntakhab
Hadith karangan Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi.Jika kita bukan ulamak,jangan
kita bicarakan selain daripada fadhilat di dalam kedua-dua kitab tersebut.Wallahu a'lam
Soalan kedua
Bagaimana
pula dengan kisah bagaimana Nabi saw menangisi kematian seorang Yahudi ketika
jenazah itu di bawa di hadapan Nabi saw dan berlaku satu dialog seperti berikut
“ kenapa Tuan menangis,jawab Rasul saw ,aku menangis mengenang Yahudi ini umat
aku,oleh kerana beliau meninggalkan dalam keadaan tidak beriman kepada Allah
swt,maka beliau akan kekal menjadi penghuni neraka buat selamanya.Benarkah dan
sahihkan kisah ini.Mohon pencerahan daripada ustaz.
Jawapan
Sebenarnya
ada 2 riwayat yang berbeza antara berdiri Nabi saw melihat jenazah Yahudi dan
tangisan Sayyidina Umar r.hu apabila melihat kesusahan dan penderitaan seorang
Yahudi.(Rujuk Hikayatush Sahabah,karangan Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi).Riwayat
yang menyebut tentang Nabi saw bukanlah tangisan tetapi hanya menyebut Nabi saw
berdiri sewaktu jenazah Yahudi di bawa di hadapan Nabi saw,maka Nabi saw di
tanya,mengapa Nabi saw bertindak sedemikian,maka baginda saw bersabda bahawa
ini juga satu jiwa (seperti yang di riwayat al-Bukhari ).
Hadith ini
sebenarnya di salah tafsir oleh sesetengah orang yang tidak cermat ketika menyampaikan sesuatu.Riwayat yang menceritakan
tentang tangisan itu adalah daripada riwayat Sayyidina Umar r.hu ketika melihat
para Rahib Yahudi bersusah payah hidup di dunia menahan nafsu kemudian
meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman kepada Allah swt dan terus di
masukan ke dalam neraka buat selamanya.Kedua-kedua riwayat ini telah di cantumkan
oleh segelintir orang yang tidak cermat
hingga berlaku kesilapan.Nasihat saya berhati-hatilah dalam menyampaikan
sesuatu yang berkaitan dengan hadith-hadith Nabi saw agar kita tidak termasuk
dalam kalangan orang yang melakukan pendustaan atas Nabi Saw.Wallahu a’lam.
Para ulamak telah bersepakat
mengatakan bahawa hukum meriwayatkan hadith palsu adalah haram berdasarkan
kepada hadis Nabi saw yang bermaksud: “Sesiapa yang menipu ke atasku secara
sengaja maka hendaklah dia sediakan tempatnya dalam neraka.” (HR al-Bukhari)
P/S :Soalan ini telah di jawab oleh Al-Fadhil Maulana Helmi,mudir Maahad Tahfiz Al Husainiyyah.Bukit Rang,Jerantut,Pahang dan sedikit suntingan dari saya.
alhamdulillah,dulu saya selalu beramal dengan perkataan ini.Jzk atas penulisan ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada juga sedikit pencerahan..just nak kongsi pengalaman aku .Aku penah beberapa kali dengar bayan dari jemaah arab..dorang memang low profile dan selalunya dorang go through dgn hadis2 sahih yang masyhur..terutamanya dorang always guna hadis dari arbain nawawi hadis 40) tapi Orang tabligh kat msia ni sebenarnya lagi power dr tabligh arab, mana taknya ,dorang selamber rock je dalam menyampaikan agama...terlalu banyak bahan2 agama yang super super dalam bayan ..setakat hadis palsu tu biasa ja...takde rasa salah dan nyesal sikit pun ,just happy go loucky je dalam menyandarkan sesuatu pada Rasul saw sampai orang yag tahu basic hadis sikit2 jadi takut nak duduk dalam majlis bayan dorang....aku penah join 3 hari...so sedikit sebanyak aktiviti dan pengisian dalam aktiviti aku tau la sikit2...Malangnya....banyak sangat hadis palsu..laa asla lahu ..dalam bayan,muzakarah adab, cerita2 sahabat...antara yg popular aku ingat ialah kisah kelebihan solat 2 rakaat saidina ali r.a baru balik dr medan perang ..sampai akhir sekali mesin kisar gandum berputar dgn sendirinya...betoi ke cerita ni..kalau tanya dalil buang masa je..memang dorang ni hidup tanpa dalil...lepas balik 3 hari..takde la aku cari dalil pun...tapi ada satu kisah dalam sahih bukhari...kisah jabir r.a buat kenduri masa peperangan khandaq..memang panjang hadis tu dan memang kisar gandum kat rumah jabir mengeluarkan gandum tanpa henti2 sehingga cukup untuk menampung keperluan makanan seluruh tentera islam dalam peperangan khandaq..berapa ribu orang aku taktau..mungkin ribuan orang...cer cek sendiri...
ReplyDeleteLagi satu terlanjur dok komplen kat sini..walaupun mungkin post aku ni kena delete...tak kisah la bro..kita sama2 manusia ..sama2 ada hujjah...nak tanya status hadis pelik2 dalam tabligh ni...aku rasa hadis2 pelik ni hidup subur di JT malaysia je sebab pemantauan memang takde dr Sri Petaling......apalagi hadis rahaba dan mutakallim la...dua hadis tu ada dalam adab gash...kalau hadis tu jatuh dhoif pun jadilah ...aku azam nak kuar 3 hari sebab hati dah sedap sikit..kalau takde tu do la somting..sebab ancaman menyebarkan hadis palsu ni adalah NERAKA...Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempat duduknya di NERAKA.” (Riwayat Al-Bukhari)
Ada mamat tu kata masuk masjid kalau ada majlis ilmu cukup zikir apa ntah aku dah lupa than dapat pahala tahiyyatul masjid...sakit jiwa Alhamdulillah time tu memang aku masih fresh ttg perbahasan ulama2 ttg tahiyyatul masjid.. so setau aku yang masih fresh ni mana ada amalan camtu dalam perbahasan hadis2 berkenaan tahiyyatul masjid...tapi aku still dapat ingat kisah Rasul saw menegur suaik al ghatafani ketika rasul saw berkhutbah jumaat..sulaik ghatafani massuk masjid ...dan rasul saw mengarahkan sulaik ghatafani r.a untuk bangun dan buat solat 2 rakaat..(bukhari) ...so aku pun mention hadis tu dalam muzakarah adab masjid...semua diam ..pastu muka sorang2 macam ikan talapia ..last2 ada sorang pakcik tu kata ...kalau hadis bukhari memang la sahih..tapi mungkin ada penjelasan yag kita rang awam ni tak paham...lepas ni kita buleh rujuk kat ustaz atau maulana2 kita..aku diam ja la...menghadapi kehebatan dorang dalam menolak hadis sahih ..bukhari plak tu..dan sudah semestinya memang depa lebih mencintai amal2 agama yang datang dari burzuq2 merekawalau takda dalil sekalipun...
ada lagi ni nak tulis.tapi nak tgk dulu kalau post ni kena delete ke tak..kalau tak boleh la aku sambung aku punya komplen...
Teruskan lagi akhie ,saya sedia mendengaqnya...
DeleteTapi jangan kaitkan dengan Tabligh,kerana Tabligh di Malaysia sudah ada pembaharuan.
laa...macamana saya tak kaitkan dengan Tabligh, saya dapat benda2 tu masa keluar 3 hari ja...Tapi saya rasa ini masalah Tabligh kat Malaysia ja, sebab tgk jemaah2 Arab selamat dari masalah2 ni...Apa pembaharuan Tabligh kat malaysia...
DeleteBagus juga blog tuan Fuad ni..nak kena amik masa sikit nak baca ..baru dapat info terkini...
boleh baca di sini
Deletehttp://wirapendang.blogspot.com/2013/03/tajdid-dalam-jemaah-usaha-dakwah.html
dan baca jugak siri2nya.
Delete"last2 ada sorang pakcik tu kata ...kalau hadis bukhari memang la sahih..tapi mungkin ada penjelasan yag kita orang awam ni tak paham...lepas ni kita boleh rujuk kat ustaz atau maulana2 kita..aku diam ja la...menghadapi kehebatan dorang dalam menolak hadis sahih ..bukhari plak tu"
Terang dah hadis tu hadis sahih bukhari...Takkan hadis sahih bukhari pun rujuk kat ulama kot..dah comfirm sahih...sepatutnya hang kata kat pakcik tu.."Pok cik hadis ni dah comfirm dah sahih, dah ramai ulama syarah hadis ni..saya cadangkan pakcik tak yah pi cek hadis ni buang masa pakcik je,ada baiknya pakcik balik pi jumpa ulama2 ke maulana ke, cek amalan masuk masjid yang pakcik dok amal dah bepuloh tahun tu ada dalil ke atau langsung tak dak dalil..heheh...
Terima Kasih tuan tanah....
ReplyDeleteAmpunkan daku Ya Allah
Am
at-tabib.blogspot.com
Pernah dengar hadis ni tak" Nak ilmu datang jumpa aku nak iman keluar jauh-jauh" ...Memang disandarkan disandarkan sepenuhnya ucapan ini kepada nabi saw oleh para pembayan...NGERI mendengarnya....
ReplyDeleteNanti saya cari ,inshallah....
DeleteRasul saw menegur suaik al ghatafani ketika rasul saw berkhutbah jumaat..sulaik ghatafani massuk masjid ...dan rasul saw mengarahkan sulaik ghatafani r.a untuk bangun dan buat solat 2 rakaat..(bukhari) ...
ReplyDeletekalu ikut ulamak hadis nie bukan untuk umum, tujuan nabi saw suh sahabat tu berdiri supaya para sahabat len bole lihat akan kemisikinan dia dan dapat ikram skit keperluan. ni berdasarkan syarah hadis oleh maulana zakaria.
kalu sume org baca hadis pastu bole bagi pendapat sendiri tanpa berguru atau belajar syarah hadis maka lingkup agama. apatah lagi tanpa sanad.
Assalammualaikum...ada ag beberapa pekara perlu di kemas kini raseny..mengenaai muzakarah lepas zuhur...terkadang tu kita bagi adab yg xada sumberny dr sunnah,ada mkn cntohny..ada ke mesti pakai kopia,terkadang tu dlm adab tidur,pernah amir jemaah sy ckap yg rasul klw bgn tido dia da step dia tersendiri,mcm berpusing skit cara bgn ny..sy terasa teramt pelik sgt2 masa tu..tp apakn daya,dia org lebih tua dri sy..dri mana dtgny semua adad2 pelik nih..bkn bersumberkn dri hadith maudu..malahan ia xda taw dr sumber mana...1 ag bila habis muzakarah kita akn taskil..klw nk taw tambah korban..tu yg bila sape2 blik dari taskil bwk cerita baru,adab baru..kita ambil bulat2...dlm pekare nih sy xbeberapa setuju...maaf kwn2..iany sebagai perkongsian..untuk kita sama2 belajar untuk cinta nabi dgndgn amalan yg betul dn sohih... :-) sy teringat pesanan ustaz razif,secara peribadi ia mengesyorkn untok adab sunnah..bacalah buku taman para kekasih dn insan teladan...dan sy sendiri baca buku tu..sekadar perkongsian wallahualm :-)
ReplyDeleteHadis Rasul saw mengarahkan Sulaik al ghtafani r.a solat sunat ringkas boleh didapatti dari 3 jalan perawi..Sahih bukhari, sahih muslim dan sunan ibnu Majah dengan matan yang sedikit berbeza tapi membawa maksud dan situasi kejadian yang sama..
ReplyDeleteDalam sahih Muslim dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu 'Anhuma, beliau berkata: Sulaik al-Ghatafani datang ke masjid pada hari Jum'at saat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam berkhutbah. Langsung ia duduk. Maka Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam berkata kepadanya: "Ya Sulaik, Berdirilah dan shalatlah dua rakaat dan ringankan keduanya." Kemudian beliau bersabda:
إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَتَجَوَّزْ فِيهِمَا
"Apabila salah seorang kalian mendatangi shalat Jum'at saat imam berkhutbah, maka shalatlah dua rakaat dengan ringan." (HR. Muslim)
Aku Huduh ...tuan mengatakan ini bukan hadis umum..sebenarnya ini adalah hadis umum..hadis ini digunakan oleh ulama2 hadis dan usul fiqh sepanjang zaman dalam menghujahkan tunututan menunaikan solat tahiyyatul masjid 2 rakaat yang ringkas semasa khutbah berlangsung..Ini adalah petunjuk dan dalil yang amat jelas..Tidak ada sahabat yang menongkah arus dengan hadis ini begitu juga dengan ulama2 hadis dan fiqh...Saya meragui kata2 Aku Huduh bahawa Maulana zakariya mensyarahkan hadis bahawa hadis ini bertujuan untuk sahabat2 lain tahu tentang kemiskinan Sulaik r.a. Bolehkah tuan Aku Huduh jelaskan kitab Maulana zakariya yang manakah yang telah mensyarahkan sedemikian...Sekiranya memang benar apa yang saudara utarakan ..bermakna satu sunnah baru dapat diamalkan iaitu imam yg berkhutbah boleh mengarahkan seseorang yg miskin utk bangun semasa khutbah supaya masyarakat yg hadir dapat melihat individu2 tertentu yang memerlukan ikram kerana kemiskinannya...Sebenarnya hadis inilah yang digunakan oleh ulama2 hadis sepanjang zaman dalam menerangkan kepentingan solat tahiyyatul masjid dan meringkaskannya walaupun ketika khutbah jumaat sekalipun..
Cukuplah dengan arahan dr Rasul saw yang terang dan jelas ini iaitu : "Apabila salah seorang kalian mendatangi shalat Jum'at saat imam berkhutbah, maka shalatlah dua rakaat dengan ringan." (HR. Muslim)
Lalu bagaimana dengan amalan zikir tertentu menggantikan solat tahiyyatul masjid...ada dalil ke?
Salam,
ReplyDeleteSebenarnya, saya tak layak untuk komen perbahasan para ulama/ulama dalam pembikinan ini. Tetapi memandangkan saudara Anonymous mengatakan beliau mempunyai pengalaman keluar 3 hari & mempunyai tholab untuk keluar lagi, maka saya teringat zaman pengajian di UIAM 10 tahun dulu, inilah ragam biasa kami budak2 bukan pengajian Islam dalam menghadapi rakan-rakan kami, bakal ulama kontemporari.
Nasihat saya kepada saudara/adik anonymous, semangat kamu adalah betul tapi mohon dikurangkan sedikit demi sedikit (nak buang semua sekaligus susah) pandangan kepada sisi negatif jemaah tabligh M'sia (mengapa?? perenggan seterusnya saya terangkan). Saya akui memang terdapat kepincangan, saya pun sendiri byk kali "pecah hati" dgn mereka, tapi semakin saya pergi jauh dengan sangkaan baik semakin yakin inilah usaha kenabian & saya dapat melihat kehidupan mirip2 perjalanan nabi & para sahabat dalam usaha ini membuat hati yang pecah ini bertaut kembali demi kasih saya kepada nabi-wlaupun saya tak buat kerja ini seperti disarankan oleh para ulama (org lain saya tak tau), saya telah mencuba/bergaul dengan byk fikrah yg lain, hati saya tenang di sini. Mungkin inilah yang dikatakan org2 lama/ust jemaah tabligh, "sifat istiklas".
Maksud saya jgn pandang sisi negatif bukan bermakna biarkan mereka tapi sebagai yg dikurniakan sedikit kefahaman agama, teguran kepada awamunnas perlulah hikmah ibarat kata pepatah menarik rambut dalam tepung. Bukan mudah untuk menarik hati-hati mereka untuk khuruj & sebenarnya pengorbanan mereka sgt besar-bukan semua org mampu. Hati mereka telah lembut, jgn dipecahkan hati2 mereka tapi perlu dibentuk dengan lemah lembut ibarat org mencanai tanah liat untuk dibuat tembikar/pasu (kalau adik pernah lihat). Kalau tak percaya, lagi lama adik berada dalaam jemaah ini, pelbagai jenis org akan dijumpai yang pada pandangan akal kita yang tak seberapa ini bagaimana mungkin org seperti ini boleh timbul keinginan pada agama? Salah satu pengalam saya khuruj dengan ahli geng P.Kalimuthu salah seorang penjenayah terkenal Msia 1 ketika dulu. Beliau keturunan Sink+Cina, Islam telah masuk dalam dirinya. Badannya bertatu, jalannya tempang kerana kesan beberapa das tembakan, tapi hidayah Allah mengatasi segalanya.
Adik boleh menggunakan pendekatan menerangkan apa yg dipelajari dengan niat untuk berkongsi ilmu bukan mencari salah mereka. Mungkin apa yg dimuzakarahkan ada hadis yang lain dari penerangan (kita pun bukan sampai tahap hafiz hadis/muhandithin), cuma kelemahan kita yg tidak memahami keseluruhan pendapat ulama. Kerap yang terjadi oleh kerana terlalu bersemangat tetapi jahil maka banyak yang bercampur aduk. Adalah tidak bijak mengatakan kepada mereka yang jahil lagi buta ada 'lubang' dihadapan, tapi pimpinlah tangan mereka.
"Mungkin apa yg dimuzakarahkan ada hadis yang lain dari penerangan (kita pun bukan sampai tahap hafiz hadis/muhandithin), cuma kelemahan kita yg tidak memahami keseluruhan pendapat ulama".
DeleteMinta maaf, Sesungguhnya seorang mukmin tidak beriman kepada perkara MUNGKIN,KALAU,KALAU ADA,JIKA dan yang seangkatan dengannya apatah lagi ia melibatkan Hadis2 nabi saw dan prinsip2 agama. Wajib bagi orang yg mengaku beriman kpd Allah untuk hanya beriman dengan dalil2 yg sahih yag sampai kepadanya dan HARAM beriman dengan sesuatu yang belum pasti keujudannya. kerana inilah yg diajar Nabi saw dan inilah sikap para sahabat r.anhum dalam beragama.Sikap bemudah-mudahan dalam menerima agama adalah sangat bertentangan dengan prinsip beragama yang dipegang oleh para sahabat r.anhum dan mereka yg mengikuti jalan para sahabat.. Bahkan mereka adalah seteliti2 dan setegas-tegas manusia dalam menerima dan menyampaikan agama. Sahabat2 r.anhum adalah manusia2 yg mendakwahkan iman dan amal, berjihad dengan diri dan harta dan mereka juga adalah pemelihara dan menjaga agama melalui sikap berhati2 dan tegas mereka dalam menerima dan menyampaikan hadis. Lihatlah betapa telitinya Umar r.anhu dalam menerima hadis "Dari Abu Said Al Kudri "Suatu hari Abu Musa Al-‘Asyari mendatangi rumah Umar, setibanya di rumah Umar, beliau memberikan salam sebanyak tiga kali, Umar tidak menjawab sekalipun. Abu Musa pun tidak jadi masuk ke rumah Umar. Ketika melihat Abu Musa sudah tidak ada lagi, lalu Umar mengejarnya sampai ketemu dan bertanya pada Abu Musa, kenapa anda berbalik? Abu Musa menjawab, bahwa kata Rasulullah barang siapa mengucapkan salam sampai tiga kali tidak dijawab maka tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah tersebut. Lalu Umar mengatakan, Saya belum percaya apa yang kamu sampaikan sebelum kamu menghadirkan seorang saksi, yang mau menjadi saksi apa yang kamu sampaikan itu.
Akhirnya Ubay bin Kaab datang da meyakinkan Umar r.a bahawa beliau juga pernah mendengar hadis yg serupa
إذا استأذن أحدكم ثلاثاً فلم يؤذن له فليرجع
“Apabila kamu mengucapkan salam sebanyak tiga kali dan tidak mendapat jawapan maka hendaklah kamu pulang”
. [Sahih al-Bukhari ]
Para Sahabat takut menjadi orang yang banyak meriwayatkan hadis dikhuatiri mereka terjerumus ke dalam kesilapan dan kesalahan, hingga akhirnya membawa mereka untuk berdusta ke atas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, suatu perbuatan yang amat tercela dan mendapat ancaman yang sangat buruk daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. [Manna’ Khalil al-Qathan, Mabahats Ulumul Hadis (Cara Mudah Memahami Ilmu-Ilmu Hadis), ms. 66]
Kemudian sikap inilah yang diwarisi oleh tabien dan tabiut tabien dan seterusnya ulama2 hadis sepanjang zaman. Dengan prinsip inilah hadis2 disaring dan ditarafkan oleh ulama2 hadis. Juga diatas prinsip inilah Hadis2 sahih dikumpul dan dibukukan juga hadis2 palsu dikumpulkan ,dibukukan dan akhirnya usaha memisahkan ummat ini dengan hadis palsu berjalan sepanjang zaman dengan adanya ulama2 hadis yg mentahqiqkan hadis2. ALhamdulillah ummat akhir zaman ini dipermudahkan oleh Allah swt dengan 2 buah kitab sohih dan 4 buah kitab sunan (sunan sittah). Tapi sayang ummat akhir2 zaman ini memandang sepi usaha ini dengan membiarkan diri mereka (ahli2 JT dan Ustaz2 diluar JT) menjadi mata rantai dalam menyebarkan hadis2 palsu. .bahkan sikap berhati2 ini seolah2 tidak wujud dalam JT kat malaysia. Apa sebabnya...tepuk dada tanyalah syura ...
DeleteAdakah talbis iblis membutakan hati kita hingga kita tak kesah dan terus dengan sikap tak kesah dengan menjadi penyebar dusta kepada Nabi saw walaupun diancam dengan api Neraka melalui lisan Nabi saw,
Adakah JT hanya ikut sahabat dalam 6 point. tapi tidak mengikut sahabat dalam memelihara agama dan menjaga agama...Masih adakah lagi yg berani mengatakan masuk masjid cukup dengan zikir ganti tahiyyatul masijd kalau ada majlis ilmu.(bidaah) .Adakah ini yg Rasul saw ajar, atau adakah ini amalan para sahabat r.anhum. atau adakah ini amalan maulana2 JT. sayang sekali jawapannya TIDAK. amalan ini hanya ada kat JT malaysia.
Semoga Allah swt dengan Rahimnya membetulkan apa2 kekurangan dan kelemahan JT malaysia dan ingatlah tidak ada jemaah yg maksum, Jemaah boleh jadi maju dan mundur ,boleh jadi betul boleh jadi gelong, tapi yg sentiasa betul selama2nya adalah alQuran dan Sunnah (hadis2 sahih nabi saw). Baginda saw bersabda
تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekali2 kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnah nabinya. (Muwattho’ Malik)
kalau dah pandai sangat kau pegi la muzakarah dengan sri petaling, yg kau nak tunjuk pandai kat sini ape hal.
Deletedia bukan nak tunjuk pandai cuma nak berkongsi agaknya.sangka baiklah....
DeleteCuba rujuk dalam Fathul qarib..hasyiah baijuri..jika enta seorang ahli ilmu,pasti enta akan menjumpainya.
DeleteTasbih sebagai ganti solat time dhorurah..sebab tu saya kata,kalau ilmu yg sedang berlangsung tu adalah fardhu ain bagi kita,lebih baik dahulukan ilmu yg wajib tu,dan ganti dgn tasbih..
akhie jaga lisan enta ? Jangan melempari fitnah pada ulamak2 kami.
DeleteCara yg terbaik untuk memastikan sesuatu hukum adalah muzakarah dengan ahlinya. Kata-kata 'orang tua' itu adalah tepat supaya merujuk kepada ust atau maulana di seri petaling dan yang paling penting untuk menjaga kesatuan hati jemaah khuruj demi maksud yang jauh lebih penting. Stigma jemaah tabligh m'sia sebenarnya menyanjungi maulana/ust mereka tidak bererti mereka tak respect kepada ust lain, tapi mungkin pada mereka, ust2 yg benar2 menelusuri perjalanan hidup nabi fizikal & praktikal yg lebih diyakini, kerana acapkali ust lain memberi hujah sesuatu hukum berdasarkan amalan mereka (takut ditempelak mungkin kerana mereka sendiri tak beramal), ramai juga yg menghentam & memandang hina dari pada membimbing. Tapi seperti admin katakan perubahan ke arah positif semakin ada dalam jemaah tabligh m'sia (ada perubahan walaupun perlahan, perubahan hati2 manusia memang mengambil masa, adik kajilah hikmah diturunkan al-quran secara berperingkat). Untuk melihat perubahan inilah sebab itu istilah "untuk tau lagi dan lagi kena korban lagi dan lagi" dengan sambungan terakhir "sehingga tiada lagi/mati" itulah titik noktahnya. Maksud korban ini adalah korban nafsu perasaan tetap menjalankan kerja ini dengan mentaati "usul-usul /peraturan2 yg telah ditetapkan ulama syura dunia" bagi org m'sia (negara lain ada yg tak sama usul2nya, bukan mengehadkan amalan tapi sebagai silibus tarbiah yg ditetapkan bersesuaian dengan kemampuan org/keadaan d M'sia umumnya), insyaAllah yakinlah, kefahaman tentang ilmu Allah akan beri & akan meresap dalam hati yg menyuburkan iman. Ilmu memang dah ada, tapi kefahaman itu yg tiada (cakap untuk diri saya sendiri, byk yg dah tau tapi amalan tak seperti apa yg tau). Sebab itu kata Abu Hurairah (kalau tak silap-rujuk ust, "aku paling takut soalan-adakah kamu buat mengikut apa yang kamu ketahui?"
ReplyDeleteSetelah bermuzakarah dengan ust jemaah tabligh, cuba dptkan pandangan dari ust jemaah tabligh yg lain (sekali lagi perlu dengan sangkaan yg baik) dengan semangat untuk mulaikan ulama, mencari kebenaran dan menambah ilmu. Kemudian hasil muzakarah ini boleh dikongsi dengan mesra semasa khuruj yg lain. Beginilah rutinnya, dengan ini akan berlaku perubahan sedikit demi sedikit dalam jemaah tabligh m'sia & adik adalah agen kepada perubahan itu & penyambung lidah rasulallah. Yg penting berkasih sayang, respect, lemah lembut, hikmah, tawaduk, merendah diri, bersangka baik dalam menyampaikan ilmu akan membuatkan org terkesan, jika tidak on the spot mungkin masa akan datang (ada hikmahnya Allah sembunyikan daripada kita, mungkin tak mahu kita riak). Inilah pengertian seluruh sural al-asr yg pendek tapi berat untuk diamalkan, terutaman pada ayat akhir "berpesan kepada kebenaran & kesabaran". Sabar sehingga bila??? sehingga akhir hayat, org ikut ke tak ikut, aku buat kerana Allah, kerja kena jalan terus, inilah maksud nabi2 diutuskan (rujuk persamaan kisah nabi2).
Dan akhir sekali, bangunlah disepertiga malam untuk mohon kepada Allah dengan air mata untuk diberikan kefahaman agama & diterima oleh Allah diri kita untuk asbab agamaNya tertegak. Nafikan segala daya usaha & kepandaian kita, semuanya dariNya jua. Jangan lupa untuk doakan juga hamba yang fakir iman & hina ini... Jazakallah...
Wassalam (Love & Respect ;^)
Insan Fakir Iman,
"Kata-kata 'orang tua' itu adalah tepat supaya merujuk kepada ust atau maulana di seri petaling dan yang paling penting untuk menjaga kesatuan hati jemaah khuruj demi maksud yang jauh lebih penting".
DeleteHeran sungguh, mamat tu bukan musykil dgn amalan dia...amalan dia InsyAllah berasaskan dalil yang sahih sebab drpd tulisan dia , memang dia jenis alert dengan bidaah2 dan hadis palsu...mamat tu musykil dgn amalan dalam JT yg nampaknya orang JT sendiri tak tau benar ke palsu...Sekarang ni yg bermasalah bukan mamat tu...orang JT yg sedang bermasalah sebab amal tanpa dalil ( dah berpuloh tahun ke?)...yg tak tahan tu...Orang JT pakat2 nasihat suruh dia pi cari dalil kat ustaz2 atau maulana..apa punya fenin...
Sepatutnya....ucap trim kasih kat dia dan ramai2 orang JT pi jumpa maulana2 utk tanya dalil.
Salam.
DeleteUntuk semua & sesiapa sahaja...Bca & cuba digest apa yg ingin disampaikn. Jika tidak mampu... cubalah sedaya upaya amalkn PERENGGAN TERAKHIR komen saya.
Perbincangan d alam maya hanya akan menghakis sifat hormat sesama insan jika d sertakn dgn emosi yg tak menentu...
Love & Respect
Wassalam
Insan Fakir Iman
Assalamualaikom tuan tanah dan semua,
ReplyDeleteAlhamdulillah jazakAllah di atas pemurnian ini. Sepanjang saya bersama dan bergaul dengan rakan2 seusaha dalam kerja ugama ini banyak perubahan telah berlaku. Dalam mudzakarah ustaz2 di Seri Petaling kepada jemaah bertolak dan program laporan setelah jemaah kembali, ada membimbing kami mengenai ayat-ayat yang tidak sepatutnya disampaikan seperti hadith palsu dan perbezaan adat dan adab.
Sekarang rata-rata saya merasai sudah ramai rakan seusaha apabila bermudzakarah adab akan mengeluarkan adab-adab yang ada nas dan sandarannya. Mungkin inilah perubahan yang sedang di alami sekrang.
Walaupun ramai rakan seusaha dahulu mereka jahil tetapi Alhamdulillah dapat juga belajar sedikit-sedikit dan amalkan agama secara asasnya. Banyak dorongan dan sokongan telah diberikan oleh ulamak-ulamak di dalam usaha tabligh mahupun yang diluar.
Doakan saya dan seluruh umat dapat mengamalkan agama dan menyebarkannya. Maaflah kalau ada tersilap salah kata. Minta izin dulu tuan tanah.
Alhamdulillah,terharu saya membaca komen saudara
Deletehadis misteri rahab dan mutakallim masih dok amal lagi ke?
ReplyDeletehadith apa akhie ?
Deleteboleh tlg naqalkan di sini.. ?
'rahaba takkan sesat dipadang mahsyar'
Delete'Sepatah kata mutakallim setahun ibadat sunat"
Pernah dgr karkun lama bgtau maulana2 nizamuddin sendiri dah pernah tegur dekat syura malaysia pasal hadis palsu ni...tapi masih dok camtu jugak.
Fadhilat rahaba itu sudah di jelaskan oleh Syeikhul Hadith Maulana Abdul Hamid Chin Hafidzahullah sebagai bukan hadith.w/a
DeleteBolehkah tuan Aku Huduh jelaskan kitab Maulana zakariya yang manakah yang telah mensyarahkan sedemikian
ReplyDeletenanti ler saya cari balik kitab tu, kot salah baca plak...
*paling syok dgar kisah jibrael terbang sampai patah sayap riki syurga abu bakar...
Hadis Jabir r.a dan kenduri masa perang khandak tidak wujud sama sekali perkataan "pengisar gandum"..Mohon maaf kerana saya anonymous ke 2 tidak berhati-hati dlm menyampaikan hadis.
ReplyDeleteTelah menceritakan kepadaku ‘Amru bin Ali telah menceritakan kepada kami Abu ‘Ashim telah mengabarkan kepada kami Hanzhalah bin Abu Sufyan telah mengabarkan kepada kami Sa’id bin Mina’ dia berkata, aku mendengar Jabir bin Abdullah radliallahu ‘anhuma berkata, “Tatkala penggalian parit pertahanan Khandaq sedang dilaksanakan, aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan lapar. Karena itu aku kembali kepada isteriku, menanyakan kepadanya, ‘Apakah engkau mempunyai makanan? Aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang lapar.’ Maka dikeluarkannya suatu karung, di dalamnya terdapat satu sha’ (segantang) gandum. Di samping itu kami mempunyai seekor anak kambing. Lalu aku sembelih kambing itu, sementara isteriku membuat adonan tepung. Ketika aku selesai mengerjakan pekerjaanku, aku lalu memotong-motong kecil daging kambing tersebut dan aku masukkan ke dalam periuk. Setelah itu aku pergi menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Isteriku berkata kepadaku, ‘Janganlah kamu mempermalukanku dihadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat beliau.’ Aku langusng menemui beliau seraya berbisik kepadanya, ‘Wahai Rasulullah! Aku menyembelih seekor anak kambing milikku, dan isteriku telah membuat adonan segantang gandum yang kami miliki. Karena itu sudilah kiranya anda datang bersama-sama dengan beberapa orang sahabat.’ Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berteriak: ‘Hai para penggali Khandaq! Jabir telah membuat hidangan untuk kalian semua. Marilah kita makan bersama-sama!” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata kepada Jabir: ‘Jangan kamu menurunkan periukmu dan janganlah kamu memasak adonan rotimu sebelum aku datang.’ Lalu aku pulang. Tidak lama kemudian Rasulullah datang mendahului para sahabat. Ketika aku temui isteriku, dia berkata, ‘Bagaimana engkau ini! Bagaimana engkau ini! ‘ Jawabku, ‘Aku telah melakukan apa yang engkau pesankan kepadaku.’ Maka aku mengeluarkan adonan roti kami, kemudian nabi meludahi adonan itu untuk memberi keberkahan. Setelah itu beliau menuju periuk (tempat memasak kambing), maka beliau meludahi dan mendo’akan keberkahan kepadanya, sesudah itu beliau berkata kepada isteriku: ‘Panggillah tukang roti untuk membantumu memasak. Nanti isikan gulai ke mangkok langsung dari kuali dan sekali-kali jangan kamu menurunkan periukmu. ‘Kala itu para sahabat semuanya berjumlah seribu orang. Demi Allah, semuanya turut makan dan setelah itu mereka pergi. Tetapi periuk kami masih tetap penuh berisi seperti semula. Sedangkan adonan masih seperti semula.” (Sahih Bukhari juga diriwayatkan dlm sahih Muslim dengan matan yang hampir sama)
kenapa sri petaling tak take action dengan perkara2 ni...hadis rahaba dan mutakallim dah berpuloh2 tahun pun masih tak selesai2 lagi...kenapa tak buat garispaduan dalam menyampaikan hadis2 nabi saw...adab2 sunnah dalam menyampaikan hadis....malu kalau ustaz yg 1st time keluar dapat detect menda camni...macamana kita yg buat usaha sampai dah ujung dunia tapi bila berhadapa dengan masalah ni..tak terjawab dan terkata bila ditanya..sebab kat tempat saya ada sorang dia dah menjauhkan diri denga jemaah dah lebih dari setahun...selalu jumpa dia time solat jemaah kat masjid....alasan dia ..dia tak nak dengar hadis palsu.sebab bila dengar dia wajib betulkan...kalau dia tak tegur dia berdosa..sebab dia tahu....dan dia tak boleh duduk bersama2 dengan mereka yg tidak kisah dengan dusta pd nabi saw.
ReplyDeleteSalam,akhie,sebenarnya perkara ini sudah pun di hebahkan,tetapi berapa ramai di luar sana yang cakna dengan perkara ini.
DeleteSalam.
ReplyDelete'alasan dia ..dia tak nak dengar hadis palsu.sebab bila dengar dia wajib betulkan...kalau dia tak tegur dia berdosa..sebab dia tahu....dan dia tak boleh duduk bersama2 dengan mereka yg tidak kisah dengan dusta pd nabi saw'
Semoga hidayah Allah kepada kta semua. Ketahuilah yg haq taktrtegak dgn mudah & dlm msa yg singkat. Kerap ada tipu daya syaitan antaranya.
Brputus asa, mmbiarkn bathil & sembunyikn yg haq bukanlah sifat ulama hikmah... saudara sesama Islam adalah cermin diri kta...
Semoga hidayah Allah kepada kta semua. Ketahuilah yg haq taktrtegak dgn mudah & dlm msa yg singkat. Kerap ada tipu daya syaitan antaranya.
DeleteBerputus asa , membiarkan penyebaran hadis palsu dan menyembunyikan dan mendiamkan pendustaan kepada nabi saw bukanlah sifat para sahabat r.anhum dan ulama2 dikalangan tabiin. ahli jemaah kamu adalah cermin diri ulama2 kamu.
AKu rasa sebahagian kecil khawas menjauhkan diri dan menyepi dari usaha kerana masalah ini, dan aku rasa masalah ni boleh diselesaikan...Wallahua'lam..
ReplyDeleteApa patut kita buat sebenarnya dalam menghadapi karkun2 yang menyebar hadis2 palsu yang berlegar2 dalam jemaah tabligh...dalam keadaan kita tahu ucapan2 palsu yg disandarkan pada rasul saw. Nak buat apa..takkan nak biar saja plak...naj tegur kang ..orang pandang sinis plak..dah tu takkan kerja nak tegur pasal tu jer sepanjang masa...konfius dibuatnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah, usaha pemurniaan sedang dilaksanakan..Saya rasa perkara-perkara ganjil yang dibayankan secara turun-temurun harus diteliti,disenaraikan,dibetulkan,dan masukkan dalam slot muzakarah / bayan hidayah berterusan tentunya dikendalikan ulama khususnya semasa musim banyak jama'ah khuruj di jalan Alloh dan untuk lebih mantap lagi dibukukan dan saya rasa Ustaz Fuad Akmal yang mulia munasib untuk ambil tanggungjawab.Kalau tidak saya rasa perkara ini sudah sebati di lidah dan sulit untuk dibetulkan kerana terlajaknya hikmah kita !
ReplyDeleteBuat masa sekarang,kami sedang mengusahakan satu buku panduan kecil susunan al-fadhil Ust kamal Taib ,Kandungan dalam buku tersebut mengandungi himpunan muzakarah2 adab sepanjang khuruj dilengkapi dengan dalil2 dan di tarjih dalam mazhab Syafie ,Mohon doakan dari sahabat2 semua ,semoga Allah permudahkan urusannya.
DeleteAlhamdulillah semoga cepat siap, semoga Allah berkati usaha tuan. dan mohon ia diterbitkan supaya dapat dijadikan rujukan dalam muzakarah adab,kalau boleh masukkan sekali adab2 dalam menyampaikan hadis Nabi saw.
DeleteAlhamdulillah semoga cepat siap, semoga Allah berkati usaha tuan. dan mohon ia diterbitkan supaya dapat dijadikan rujukan dalam muzakarah adab,kalau boleh masukkan sekali adab2 dalam menyampaikan hadis Nabi saw.
DeleteDalam pemerhatian sy dlm com entry ni ada yg ikhlas bertanya dan ada yg buat provokasi ..Dalam ramai2
ReplyDeleteKarkun ada berbagai latar blkg
dan pengalaman ..ada org alim ..awam baru klr3 h ada 4bln
ada yg baru sethn ikut usha ada yg
berpuluh thn...ada yg aktif ada yg
bila ada masa ..bila ada problem
baru ikut jemaah so nak seragamkn
dn nak bagi semua karkun tahu usul adab ..adalah sukar ..hanya
karkun ada tolab saja akn usha
utk baiki kekurangan diri
disamping korban utk usha agama.
Unsur2 wahabi @ salafi semakin berkembang di malaysia. Berdasarkan komen2 diatas saya merasakan individu2 yang menfokuskan tentang masalah amalan dan hadis yang tidak diketahui sumbernya dalam tabligh kat malaysia adalah mereka2 yang dipengaruhi atau terpengaruh dengan fahaman wahabi @ salafi.. Nampak macam betul dan baik,tapi awas ada perangkap atau fitnah akan menyusul jika perbicaraan ini dibiarkan. Ada baiknya jika masalah ini (jika benar) diselesaikan secara dalaman. Perbicaraan secara terbuka akan menyebabkan banyak masalah akan timbul dan tak mustahil jika selepas ini akan muncul versi Dr nasoha yang baru.
ReplyDeleteUntuk kebaikan semua.
bila kena atas batang hidung sendiri wahabi la, salafi la, provokasi la. Nampak sangat taksub dengan jemaah. Seandainya takleh terima teguran dr pihak luar takyah bergerak dalam masyarakat..pegi buat dakwah dalam hutan nun...takda sape nak kritik,,takda sape nak komen...berpuloh2 tahun tabligh bergerak kat M'sia ni..rupanya manhaj masih tak berkembang2 lagi...dengan hadis sahih boleh plak berhati2 nak terima...tapi ngan hadis yang takdak sumber (mungkin bukan hadis) selambe je dok amal berpuloh2 tahun..)..Tuan2..setiap amal mesti ada hujjah walaupn satu hadis..sekiranya tidak ia adalah bidaah (tambahan) dan tiada seorang ulama pun yang ada hak utk cipta amal dalam agama..
ReplyDeleteBukan semua akhie... kena jelas perbedaan di situ...
DeleteKepada Anonymous November 18, 2013 at 12:02 PM.
DeleteKau membebel tak tentu pasal ni kenapa pulak?
Macam mana kau tahu depa tak menerima teguran dari luar?
Habis yang menerima teguran tu kau tahu ker?
Senang cerita kalau ada sehelai kain putih tertompok tahi... yang tahi tu juga kau korek dan besarkan-besarkan. yang tahi tu juga kau kecoh-kecohkan.
Biasalah dah orang Islam mestilah ada macam-macam ragam, aliran, perangai, mazhab.
Apabila kau tengok dalam jemaah ada org wahabi kau marah.
Apabila kau tengok dalam jemaah ada orang tariqat kau marah.
Apabila kau tengok dalam jemaah ada orang jahil kau marah.
Apabila kau tengok dalam jemaah ada orang alim kau marah.
Dah umat Islam akhir zaman macam-macam ada. Semua nak islah dan belajar. Background macam-macamlah.
Lainlah kau nie malaikat...
Saya tak pernah jooin tabligh,,tapi bab masuk masjid zikir ganti solat tahiyaytul masjid memang tak pernah jumpa lagi la...kalau ada hadis tu kemukakanlah supaya orang yang tak pernah keluar ni takdala rasa 'tak syok' ngan ajaran tabligh.
Deletetakde hadis la tu...kalau ada dia dah kemukakan...
ReplyDeletesyyyy....diam2 sudah..nanti kat akhirat sama2 tanggung sebab sebar hadis palsu.."sepatah kata mutakallim 1000 tahun ibadat sunat..Dasat gila,,,kalau dapat malamlailatul qadar pun Allah bagi 1000 bulan @ 80 tahun pahala amal...tu pun sekali je dalam setahun..Tapi orang tabligh kalau katakan dalam sebulan dia jadi mutakallim 10 kali..sekali gash katakan 1000 patah perkataan ..1000 patah perkataan X 1000 tahun X 10 kali gash = 10 juta pahala./bulan..
ReplyDeleteApo nak kato ...kalau orang awam dapat malam lailatul qadar 10 tahun pun baru dapat pahala 800 tahun..tapi mamat tabligh sebulan jer dapat sepuloh juta..tu pu belum di darab dengan 700 bagi yg berkahwin.. 7 bilion tahun pahala sunat /bulan.
Tuan2 dapat 7 bilion tahun pahala sunat- hadis palsu
Tuan2 dapat 80 tahun pahala sunat- hadis sahih
sekiranya 7000 trillion pahala sekalipun..Allah boleh bagi sebab Allah maha kaya..tapi itu bukan persoalan..bahkan persoalannya adalah berkaitaan akidah/prinsip dalam mengamalkan agama...
prinsipnya adalah prinsip para sahabat ranhum dan dan ahlul hadis iaitu ;
' barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempat duduknya di NERAKA.” (Riwayat Al-Bukhari)
hmmm apa nak buat...nasi dah jadi bubur
Deletekalau bubur masih boleh dimakan..
Deletetapi masalaah hadis palsu dalam jt ni dah jadi ketul arang..
dah kronik..
Menjanjikan sesuatu yg tak pernah dijanjikan oleh Allah dan rasul adalah PENDUSTA. Dah terang nabi saw ancam dengan neraka untuk si pendusta hadis..."
ReplyDeleteHairannya ramai yg memilih untuk pegang dan amal dengan hadis2 palsu...
Inilah akibat taqlid dan taksub
1. Orang yg memberati dan menuruti sunnah rasul saw ,bila masuk masjid, baca doa masuk masjid , langkah kaki kanan dan kalau time ada kuliah ..dia pi kat sudut dan laksana solat tahiyatul masjid..pastu terus duduk dengar kuliah agama
ReplyDelete2. Orang yg tidak memberati sunnah bila masuk masjid time ada kuliah agama terus duduk dengar kuliah.
3.Orang yg menuruti bidaah masuk masjid time ada kuliah agama ,zikir 3 kali terus duduk..terus dia rasa dapat pahala solat tahiyyatul masjid.
ada dalilnya amalan zikir itu akhie,masalah khilafiah.
Deleteini bukan khilaf tuan, khilaf mesti berdiri atas beberapa prinsip, kalau amalan tak da dalil camni boleh dianggap sebagai khilaf, rosak agama kita . semua amalan bidaah, brelwi boleh kata "ini khilaf" walaupun amalan tersebut bertentangan dengan sunnah Nabi saw.
Delete1. Khilaf yang sahih adalah khilaf ,diantara hadis sahih dengan hadis lain yang sahih juga, namun kaifiyat atau hukum yang dikeluarkan berbeza..contoh khilaf dalam lafaz bismillah dalam solat jahar..nak jahar atau nak sirr boleh saja sebab dua2 ada sumber dalil hadis yang sahih
2. khilaf didalam mentafsirkan hadis. contoh Hadis 'aisyah memegang kaki Nabi saw semasa nabi saw solat. Imam Ahmad, abu Hanifah dan Imam Malik bin Anas mensyarahkan bahwa tidak batal solat jika menyentuhatau disentuh isteri . Tapi imam syafie kata batal sebab memikirkan mungkin 'aisyah memegang dalam keadaan berlapik.
3. Khilaf hadis sahih dgn hadis dhaif... wajib mengutamakan hadis yang sahih
4. Tiada khilaf antara hadis sahih dengan hadis maudhu'
5. Tiada khilaf antara hadis sahih dengan kata2 ulama kerana urusan syriat adalah hak Allah swt, ulama tiada hak untuk menambah atau mengurangkan syariat,ulama sebesar mana sekalipun tidak boleh meninggikan pendapat sendiri melebihi kalam Allah dan kalam Rasul apatah lagi mencipta ibadah sendiri yang bertentangan dengan sunnah kemudian mengklaim bahawa ibadah ini juga boleh amal kerana masuk dalam khilaf.
Ape kisah..orang amal kita amal dah le...takde la nak sakit kepala nak cari dalil..
DeleteAssalamualaikum.. Berkenaan dgn tidak peelu solat 2 rakaat apabila masuk masjid di ketika majlis ilmu ini sy sendiri pernah mendengar di dalam pengajian kitab.. Ilmu ini luas, jangan kita memyempitkannya, bukan ulama lupa nk sertakan dalil, cuma ilmu kita sendiri tidak sampai..
DeleteSemalam dengar karkun cakap tentang bantuan ALlah swt kepada nabi Nuh as iaitu tongkat yang bertukar menjadi ular setinggi 14 tingkat..pastu dia kata..saya dengar maulana bayan cakap camtu...Asyik2 maulana je yg kena serkap jarang..
ReplyDeleteItu yang masalah,nk banteras kejahilan dalam kalangan orang awam nie yang susah...
DeleteAgak2 masa bayan tu air liur dia keluar tersembur2 krn tgh josh
DeleteSekadar pandangan..
ReplyDeleteSatu sikap yang terbina didalam sekelompok dari ummat akhir zaman ni, hasil dari bentuk fahaman satu golongan, ialah bila baca satu hadith sohih dari Bukhari atau Muslim, maka akan terus kondem pendapat yang seolah-olah bertentangan dengan hadith tersebut. Dan dengan serkap jarang terus tuduh orang yang kata tu sebagai pegang dengan hadith palsu/dhoif, atau tolak hadith sohih, atau berdusta atas nama nabi.
Kalau orang yang ada belajar usul hadith dan usul fiqh, tentu takkan ambik sikap sembrono macam ni. Sebab orang yang faham, takkan cepat tolak satu2 pandangan.
Dalm fiqh, banyak kali terjadi beza pendapat, sebab ada ulama' pegang satu hadith sahih, dan ulama' lain pegang hadith sohih yang lain. Ini bukan soal betul salah, tapi lebih kepada preference masing-masing. Satu hadith sohih, mungkin sohih pada pandangan satu ulama', tapi tak sohih atau hasan atau kurang sikit darjatnya menurut ulama' lain. Bahkan ada hadith sohih yang tak diamal sebab telah dimansuhkan oleh hadith lain.. dan macam2 lagi yang dibincang dalam ilmu usul.
Sekadar nak ingatkan diri saya sendiri, kalau jumpa sesuatu yang kita nampak macam bertentangan dalam urusan agama ni, jgn cepat melatah, sebab biasanya benda tu dah lama dibahas oleh ulama2.. agama ni dah ada lebih 1400 tahun dah. sebab tu kita kena sentiasa rujuk kepada ulama' yang mengaji, sebab mereka lebih tahu berbanding kita yang jadi keyboard warrior ni. Jgnkan sunan sittah, entah kitab Riadhussolihin dah baca abis pun tak tau.
Dan kita muliakan ulama' Deoband dan Tabligh, sebab mereka dah baca, ngaji, bahas dan karangkan kitab2 hadith yang besar2 berribu2 jilid, dah beratus2 tahun dah. Dah masak dah ilmu hadith dalam dada mereka. Jgnlah kita yg jahil sembrono mengkritik alim ulama', nanti celaka berbalik kat diri sendiri. Nauzubillah..
Wallahu a'lam.
Wallahua'lam.
Ulama' bagi tamsil, orang nak belajar pandu kereta, pakai lesen L. Bwk sana sini terhoyong hayang kereta, sampai satu masa, langgar tiang lampu. Dia bersalah, tapi orang paham yang dia tgh belajar. Insyaallah kesalahan dia boleh dipertimbang dan dimaafkan.
ReplyDeleteOrang jahil ahli maksiat kaki judi minum arak zina dalm perut lubang maksiat, nak keluar baiki diri baiki iman baiki amal, dikutip oleh orang tabligh dari tepi jalan, bawak ke rumah Allah untuk belajar2 cerita agama. Kita yang dah pandai sangat ni, dgr dia cakap tersasul, terus tuduh dia ni sesat, jemaah ni mungkar, guna hadith dhoif palsu, mati masuk neraka. Bukan nak bantu tolong bagi nasihat bagi semangat, nak hancurkan lagi usaha baiki ummat adalah. Akhirat esok nak berharap bangun jadi ummat Nabi? Jawablah depan Allah esok.
Tanggungjawab orang yg dituduh adalah membuktikan dirinya tidak bersalah begitu juga yg beramal dengan hadis yang didakwa palsu untuk kemukakan dalil atau petunjuk apakah status bahawa hadis yang dipertikaikan tersebut , hadis dikeluarkan oleh siapa dan hadis tersebut ditahqiqkan oleh siapa.dan bagaimana para sahabat memahami hadis tersebut. Ini bukan masalah siapa benar dan siapa salah, tapi bagaimana cara kita beriman dengan MUhammdur Rasulullah.
ReplyDeleteBagaimana cara memahami agama yang sebenarnya? Maksudnya ialah bagaimana memahami AlQuran dan Sunnah. AlQuran dan Sunnah hanya dapat difahami melalui fahaman para sahabat. Sebesar apa pun ilmu ,apabila meninggalkan pemahaman sahabat r.anhum dalam memahami al Quran dan Sunnah
Sebab itu kita lihat banyak aliran yang sesat , apabila ditanya kepada mereka , mereka menjawab kami mengikut Alquran dan sunnah...tetapi mereka meninggalkan sahabat. dan mengamalkan agama cara yg mereka fahami.
Apabila Allah swt mengharamkan arak secara sepenuhnya , para sahabat memecahkan kendi2 arak dan meninggalkan arak serta merta, Pengharaman arak bukan sekadar minum semata2 bahkan ancaman terhadap mereka yang terlibat dalam rantaian dari penghasilan arak sehingga kepada peminumnya.
Ini adalah hukum yang sangat jelas, maka siapa saja yang mengatakan pada hari ini bahawa arak itu halal maka kita boleh mengatakannya sebagai orang kafir
Apabila nabi saw mengancam mereka yang terlibat dengan hadis palsu dengan tempat didalam neraka, maka ancaman itu bukan sekadar untuk penutur hadis palsu, bahkan ia meliputi mereka yang bersubahat dengannya. Hukum pengharaman menyebarkan hadis palsu tidak akan berubah sebagaimana hukum pengharaman arak juga tidak akan berubah.
Ikutilah sikap para sahabat r.anhum dalam berinteraksi dengan hadis2 rasulullah saw. dimana mereka keras dan tegas dalam memastikan kesahihan sesuatu yang disandarkan pada Rasul saw.
This comment has been removed by the author.
Deleteperbincangan yang mencerahkan.terima kasih
ReplyDeleteMasyaikh dakwah meminta agar setiap jemaah yang keluar di jalan Allah, kalau boleh ada sekurang-kurangnya seorang alim bersama-sama jemaah tersebut, supaya ahli jemaah yang rata-ratanya orang awam boleh belajar dengan mereka, termasuklah bab-bab mengenai hadith dan status hadith dan usul hadith yang dibincangkan disini. Tuan2 yang bijak pandai yang mengkritik golongan awam yang keluar utk baiki iman amal, eloklah keluar bersama2 mereka dan perbetulkanlah mana yang patut, daripada mengkritik di internet dan blog macam ni. Masalah takkan selesai kalau sekadar berkokok di sini.
ReplyDeleteTuan2 yang mengkritik diharap berfikirlah secara lojik. Takkanlah alim ulama' dan masyaikh dakwah yang dah menghabiskan umur dan harta mereka untuk agama dan usaha agama ini sanggup 'mencipta' hadith-hadith palsu dan maudhu' semata-mata utk memberi semangat dan galakan utk org2 awam keluar bersama2 jemaah dakwah dan tabligh. Jika benar, dah tentu mereka akan dihukum sesat sejak dulu lagi oleh alim ulama' dari seluruh dunia. Sedangkan kita tahu, hari ini bahkan begitu ramai alim ulama' dari pelbagai aliran mazhab, tariqah dan sistem pengajian yang telah bersama-sama mendokong dan menyokong usaha dakwah ini.
ReplyDeleteYang berlakunya, ialah apabila golongan awam yang keluar dijalan Allah melakukan sedikit sebanyak kesilapan didalam menyampaikan apa yang mereka dengar dan faham dari ceramah dan bayan alim ulama'.. dan kesilapan sebegini tentulah tidak disengajakan. Sedangkan bilangan ulama' yang bersama-sama dengan jemaah utk keluar dan mengasuh ummat dakwah ini begitu kecil bilangannya.
Sebilangan yang lain hanya pandai nak mencari kesalahan dan membesar-besarkannya tanpa diketahui niat sebenarnya, dan ramai dikalangan golongan ini sedang berdebat disini dan membaca tulisan ini.
Hanya kepada Allah kita mengadu.
Kalau tuan2 paham sistem usaha dakwah ini, tentu tuan2 takkan berkata yang bukan2 di laman dan blog sebegini. Satu contohnya ialah sistem 'feedback'/laporan/karguzari dari peringkat paling asas di kampung/mohalla ke peringkat kawasan ke peringkat markaz negeri ke peringkat markaz negara dan terus ke markaz Nizamuddin di India. Jika ada apa2 kemusykilan dan khilaf dalam mana2 peringkat, terus akan dibawa dlm mesyuarat dari masa ke semasa. Ini termasuklah penambahbaikan dan pembetulan dan usaha menguatkan kefahaman masyarakat awam mengenai ilmu seperti ilmu hadith dan alatnya. Perkara ini lebih melibatkan penyertaan alim-ulama yang ahli dan berkhidmat sepenuh masa dalam bidang agama dan pengkhususan seperti ilmu hadith. Kalau tuan2 tidak terjun ke dalam usaha ini, tuan2 tidak akan paham bagaimana usaha ini dibuat. Kritikan2 yang dibuat, walaupun betul tapi jika tak kena caranya, pun takkan membuahkan hasil seperti diharapkan (jika tuan2 benar2 menasihati dgn ikhlas).
ReplyDeleteBak kata Maulana Zakariyya, kalau kita nak bagi ketul emas kat orang dengan cara membaling ke arahnya, tentu orang tersebut tetap menolak pemberian kita.
Saya sangat setuju , masalah hadis palsu dalam JT ni yang dah jadi trend dalam bayan, taqrir dan sbgnya memang tak da kena mengena dengan nizamuddin ...saya pernah dengar dari karkun bahawa maulana dr nizamuddin (nama tak ingat) sendiri pun pernah tegur beberapa kali dalam mesyuarat malaysia..saya pernah baca dalam forum diinternet (saya cuba cari balik tapi tak jumpa)luahan seorang karkun yang keluar baris dan bawak diri dari JT kerana insiden ni ..pada tahun 90an takyah la sebut nama dia..karkun dari masjid tanah kuantan buat pertama kali dia ikut pergi mesyuarat malaysia di sri petaling. dalam mesyuarat tu maulana dari nizamuddin (tak ingat sapa) tegur tentang beberapa point. antaranya ialah supaya karkun meninggalkan hadis palsu tentang fadhilat rahaba dan satu hadis ttg ikhlas (tak ingat hadis apa) kerana ianya palsu. bila balik ke pahang dalam mesyuarat ,perkara tu tak dinyatakan dalam mesyuarat, tapi perkara lain yang maulana mention semua disebut. karkun ni tak puas hati dan dia direct ke orang yg lead mesyuarat dan tanya kenapa tak sebut ttg hadis palsu, kenapa nak sembunyikan, jawab orang yg lead mesyuarat tu, bab fadhilat tak perlu serius sgt.dia kata adakah berdusta pada rasulullah perkara remeh dalam JT. selepas tu mereka bertengkar dan sejak tu dia meninggalkan JT.
ReplyDeletelagi satu...Takkan sistem yang sistematik dari peringkat mohalla ke kawasan ke negeri ke sri petaling tak bleh detect benda yang hari2 dok berlegar kat cuping telinga. satu hari beratus mesyuarat dibuat pada semua peringkat di seluruh malaysia ni...bila ada orang tegur bab hadis palsu ni ...jawapannya yg selalu keluar "mailah bersama kami, kami perlukan orang macam tuan utk betulkan kami" (dok harap orang luar datang ubah)...sebenarnya sapa pun tak mampu ubah benda nih.kerana .nak membasmi hadis palsu dalam JT bukan kerja individu, tapi kerja bersepadu yang kata putusnya bermula dari atas (sri petaling) kalau ustaz yang datang nak ubah kanser hadis palsu dalam JT ni..berapa hari dia boleh tahan, berapa orang dia boleh ubah..last2 dia yang lari sebab tak tahan ..kes brader yang bawak hadis sahih bukhari tu pun depa tolak mentah2 je...tapi kalau perubahan tu datang dari Syura ,dari mesyuarat ,,,lain cerita...
kalau maulana tegur pun tak jalan, just berputar dalam mesyuarat malaysia je..so jangan harap dan mimpi ada orang luar boleh baiki masalah ni.
baru2 ni saya tanya seorang karkun, ada lagi ke hadis rahaba dan mutakallim dalam adab gash...selamba je dia jawab ada lagi walaupun dia tahu sebab saya pernah sembang ngan dia bab ni.
Nampaknya ada orang yang dah kecewa dengan jemaah tabligh, pertelingkahan dalam rumah pun dah terbongkar kat sini. tapi saya sokong pedang75, perjalanan perlu dihentikan seketika untuk membaiki kereta yang rosak..selepas dibaiki jalanlah balik cam biasa.. tapi kalau tak nak berhenti dan tengok apa yang rosak...tak tau la apa akan terjadi......go on bro..
ReplyDeleteApa hukum kita sebut sesuatu perkara tentang agama, fadhilat , cerita sahabat dan sbgnya, tapi kita tak sebut bahawa ia hadis dan tak sebut nama Rasul saw dan sahabat .contohnya
ReplyDelete1. " buat sekian2 dapat sekian2.
2. " dikatakan bahawa sesiapa yang .bla bla...
3. 'orang-orang alim bagitau' orang tua kita bagitau, saya dengar dalam satu bayan'
4." pernah sekali nabi saw bla bla..."
soalannya jika apa yang kita sebut itu menepati hadis yang sahih..ok tapi sekiranya apa yang kita katakan itu berasaskan hadis palsu atau bukan hadis...apa hukumnya, adakah ia termasuk dalam menyebarkan hadis palsu dan apa kata ulama2 hadis dalam perkara ni..minta penjelasan tuan2 yang lebih arif..
Dalam JT ada banyak hadis misteri
ReplyDeleteDr. Syaraf Mahmud al-Qudhah dalam kitabnya al-Minhaj al-Hadis fi ‘Ulum al-Hadis halaman 183, telah mengkategorikan periwayatan hadis palsu ini kepada tiga bahagian seperti berikut:
ReplyDeletePertama, meriwayatkan hadis palsu secara sengaja. Para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa hukum meriwayatkan hadis palsu adalah haram berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang menipu ke atasku secara sengaja maka hendaklah dia sediakan tempatnya dalam neraka.” (HR al-Bukhari, No. 6197)
Kedua, meriwayatkan hadis palsu secara tidak sengaja. Orang yang meriwayatkan hadis palsud secara tidak sengaja pula, dia dimaafkan dan tidak mendapat apa-apa dosa berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampunkan maksiat yang dilakukan umatku kerana tersilap, terlupa atau dipaksa.” (HR Ibnu Majah, Kitab al-Thalaq, Bab Thalaq al-Mukrah wa al-Nasi, No. 2033. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Ibnu Majah No. 1675).
Ketiga, meriwayatkan hadis palsu secara jahil atau sambil lewa. Orang yang meriwayatkan hadis palsu secara jahil atau sambil lewa pula, dia tidak dimaafkan dan tetap akan mendapat dosa menyebarkan hadis palsu walaupun dosa ini tidaklah sama seperti dosa orang yang mengetahui tentang kepalsuan hadis itu. Ini berdasarkan beberapa dalil seperti berikut; pertama, Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud: “Dan janganlah engkau ikut apa yang engkau tidak mempunyai ilmu tentangnya.” Dalil kedua, hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud, “Sesiapa yang meriwayatkan hadis daripadaku sedang ianya diketahui oleh para ulama sebagai tipu, dia dikira salah seorang daripada golongan penipu.” (HR Muslim dalam Muqaddimah Sahih Muslim). Dalil ketiga, hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud, “Para qadhi terbahagi tiga golongan; satu dalam syurga dan dua dalam neraka. Qadhi yang di dalam syurga ialah yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengannya. Qadhi yang mengetahui kebenaran lalu menzalimi dalam hukum, dia dalam neraka. Qadhi yang menghukum antara manusia dalam keadaan jahil pula, dia juga dalam neraka.” (HR Abu Daud, Kitab al-Aqdiyah, Bab fi al-Qadi Yukhti’, No. 3573. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud No. 3573.)
Betul ke saidina Ali r.a kata . Kalau datangkan syurga didepan kami pun, iman kami tak meningkat dah.
ReplyDeleteada dalil ke,bukan apa nampak macam riak je,,kalau ada dalil sahih Alhamdulillah , kalau takda taksedap hati la...
Jika tidak salah saya, perkataan ini ada diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Insyallah nanti saya tahqiq semula
DeleteMaksud iman tak meningkat dah.msksudnya iman dah sampai limit.. Macamana Ali r.a buat. Sahabat2 lain pakat dok risau ttg iman.hanzalah dan abu bakr sampai mengadu kpd rasul saw kerana menyangka depa dah jadi munafik. Kena comfirmkan hadis ni kot2 mai dr kerja syiah
DeleteAbu Bakr risau takut jadi munafik...Ali r.a plak kata Iman dia dah tak meningkat dah...Peliknya hadis tabligh bawak ni...sumber dr mana ni?sahih ke palsu ni?
Deletemusykil2
ReplyDeleteHadis Hanzalah dan Abu Bakar takut jadi munafik
ReplyDeleteHadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2364.
Dari Hanzhalah Al Usaidi r.a. salah seorang juru tulis Rasulullah saw. - katanya: "Abu Bakar menemui ku lalu bertanya : Bagaimana engkau, hai Hanzhalah?" Jawab ku, "Hanzhalah munafik." Kata Abu Bakar, "Subhanallah! Apa katamu?" Jawab ku, "Kami baru saja belajar dengan Rasulullah saw. di mana beliau menerangkan kepala kami tentang neraka dan syurga sehingga kami seolah-olah melihatnya. Setelah selesai pengajian, kami pulang lalu kami berhadapan dengan isteri, anak-anak, dan kepentingan-kepentingan hidup sehingga kami banyak lupa (akan pengajian itu)." Kata Abu Bakar, "Demi Allah! Kami juga sering mengalami hal yang demikian." Lalu aku dan Abu Bakar pergi menemui Rasulullah saw. Aku berkata, "Telah munafik si Hanzhalah, ya Rasulullah!" Tanya Rasulullah saw., "Mengapa begitu?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Kami belajar kepada Anda tentang neraka dan syurga sehingga kami seolah-olah melihatnya. Setelah kami pulang, kami berhadapan dengan isteri, anak-anak dan kepentingan hidup sehingga kami banyak lupa (pengajian itu)." Sabda Rasulullah saw., "Demi Allah, yang jiwa ku dalam kekuasaan-Nya! Seandainya engkau terus menerus berada dalam keadaan seperti ketika mendengar pengajian dari ku, iaitu selalu ingat (zikir) kepada Allah, nescaya malaikat menjabat tanganmu, biar di tempat tidur atau di jalan-jalan sekalipun. Tetapi, hai Hanzhalah! Keadaan itu memang demikian, sewaktu-waktu begini. dan sewaktu-Waktu begini. Beliau mengatakannya sampai tiga kali."
menarik perbincangan ni...sambunglah lagi..kenapa berhenti camtu je?
ReplyDelete