Ikuti Blog Ini

Wednesday, January 1, 2014

Ketelitian Syeikhul Hadith Dalam Meriwayatkan Hadith

Semoga Allah merahmati Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi atas khidmatnya untuk agama Allah swt.

Entri ini merupakan petikan sebahagian daripada penulisan ilmiah pelajar di bawah seliaan saya, A’ali Imran bin Jamal Mohamad, mengenai Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah (1898-1982 M) dengan merujuk kepada kitab Aap Beeti autobiografi Maulana Muhammad Zakariyya sendiri. Saya kongsikan kerana nilai ilmu dan adab yang terkandung dalam petikan tersebut. Beberapa suntingan telah dibuat terhadapnya.

Sejak Maulana Muhammad Zakariyya rah mengajar hadith di dalam tahun 1340H (1922M), beliau dapati bahawa kesemua periwayatan sanad pengajaran hadith  dan keizinan talian para masyaikh adalah melalui Musnid al-Hind Hakimul Islam Shah Waliyyullah Dehlawi rah (1703-1762 M). Maka beliau telah mencatat seluruh rantaian-rantaian keizinan pengajaran hadith di India melalui hantaran surat-surat kepada semua madrasah, dengan tujuan; apakah terdapat sanad daripada Shah Waliyyullah  di dalam rantaian sanad mereka?

Akhirnya, beliau dapati tiada satu pun jawapan daripada madrasah-madrasah di India yang tidak mempunyai sanad Shah Waliyyullah. Kesemuanya mempunyai hubungan talian yang sampai kepada Shah Waliyyullah. Gurunya sendiri, iaitu Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri rah (1852-1927 M) juga mempunyai sanad daripada keluarga Shah Waliyyullah dan para masyaikh di Mekah, sebagaimana diterangkan di dalam muqaddimah Bazl al-Majhud, Lami’ ad-Darari dan Awjaz al-Masalik. Dengan ini, Maulana Zakariyya selalu menamakan Shah Waliyyullah sebagai Musnid al-Hind. (Aap Beeti 5. hlm. 154-155.)

Antara tiga kitab hadith  yang dikarang oleh Shah Waliyyullah, iaitu;

       1.pertama kitab al-Fadlul Mubin fi al-Musalsal min Hadithin Nabiyyil Amin,
       2.yang kedua kitab ad-Durr at-Thamin fi Mubasysyaratin Nabiyyil Amin, dan
       3.yang ketiga kitab an-Nawadir fi Ahadith Saiyyidil Awa‘ili wal Awakhir.

Dua daripada tiga kitab Shah Waliyullah, iaitu kitab ad-Durr dan kitab an-Nawadir terdapat beberapa hadith yang diriwayatkan oleh sesetengah sahabat RA di dalamnya yang mana para ulama hadith mempunyai rasa keengganan yang berat menerima hadith-hadith yang dinukilkan. Keputusannya, Maulana Zakariyya mula ragu-ragu tentang keizinan untuk meriwayatkan hadith-hadith tersebut.

Justeru itu, di dalam tahun 1352H (1933M) Maulana Zakariyya telah menulis kira-kira 50 keping surat kepada kesemua para masyaikh, antaranya Syeikhul Islam Maulana Husain Ahmad Madani rah (1879 -1957 M),Hakim Jamiluddin Naginwi rah (anak murid kepada Imam Robbani Maulana Abdul Rasyid Ahmad Gangohi rah (1826-1905 M)),Mufti A’zam Kifayatullah Dehlawi rah (1875-1952 M), dan berbagai-bagai ulama yang lain bagi meminta pandangan mereka. Kebanyakan mereka menyatakan ketidak arifan mengenai kitab-kitab tersebut dan belum lagi bertemu pandangan-pandangan kritikal daripada kalangan muhadithin. Dalam hal ini, Maulana Zakariyya juga menulis surat kepada Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi rah (1863 – 1943 M).

Berikut adalah ringkasan daripada kandungan surat Hadrat Syeikh kepada Hakimul Ummah :

“Kepada Hadrat Hakimul Ummah yang dihormati Maulana Thanwi,
(semoga Allah SWT menjadikan bayangan berkatmu tetap selalu)

Ketiga-tiga risalah oleh Mujadid India Shah Waliyyullah mengandungi banyak hadis yang mana menurut peraturan kaedah para muhadithin mengkritik menentanginya malah dianggap maudhu’, khususnya hadith yang diriwayatkan oleh Ratan Hindi dan Ibnu Abi Dunya. Bagi Ratan Hindi, tidak ada bukti putus bahawa beliau adalah seorang sahabi dan di dalam Isabah terdapat suatu kritikan yang panjang menentanginya. Di dalam Lisanul Mizan, Ibnu Abi Dunya telah menyebut kenyataan dan istilah yang tidak selari.

Periwayatan hadith-hadith ini berlaku secara meluas sejak dari zaman Shah Waliyyullah. Saya telah menerima keizinan daripada Maulana Saharanpuri untuk meriwayatkan hadith ini dan di atas desakan pelajar-pelajar, saya juga memberi keizinan terhadap banyak daripada hadith-hadith ini kepada mereka.

Dalam tahun ini, keraguan telah meningkat kepada saya bahawa menurut kaedah muhadithin, meriwayatkan hadith-hadith sedemikian adalah penerusan meriwayatkan hadis palsu. Tetapi di sebalik dan hakikatnya ialah hadith-hadith itu wujud di dalam karya Hadrat Shah Waliyullah. Sedangkan kajian-kajian muhaddithin di dalam ilmu asma’ ar-rijal melarang meriwayatkan hadith ini.

Sekarang soalannya ialah; kajian siapakah yang lebih dipilih untuk diterima dan dapat dipergantungi? Malahan di Hijaz, hadith-hadith ini secara umumnya diriwayatkan. Jikalau keizinan tidak diberikan kepada para pelajar untuk menyampaikannya dan memindahkannya, maka terdapat bahaya hadis ini menjadi hilang kesemuanya setelah ia hidup selama 1300 tahun.

Jikalau keizinan diberikan pula, berkemungkinan termasuk ke dalam medan penyebaran hadith palsu.”

Berikut adalah ringkasan daripada kandungan surat jawapan Hakimul Ummah Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi kepada Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya:

Saudara yang dihormati, assalamua’laikum.

Dengan pendekatanmu yang wara’ dan berhati-hati, kamu telah menjadikan perkara ini lebih mustahak daripadanya. Apapun, terdapat beberapa hadith, malahan di dalam Ibn Majah ada yang telah diisytiharkan palsu. Tetapi walaupun demikian, periwayatan hadith-hadith tersebut berterusan tanpa ada apa-apa bantahan.

Periwayatan hadith oleh saudara-saudara tua bukanlah bukti kesahihannya. Apa sahaja yang sampai kepada mereka, telah diriwayatkan oleh mereka. Meriwayatkan hadis merupakan satu perkara dan sama sekali berbeza dengan meletakkan tanda kesahihan dan betul terhadapnya. Walau bagaimanapun, meriwayatkan hadith yang sedemikian dengan menunjukkan penjelasan terhadap ketidak sahihannya yang samar adalah perlu. Dengan cara ini, periwayatan hadith-hadith palsu dibenarkan oleh pendapat sepakat para ulama.

Selain daripada ini, tidak ada apa-apa buat waktu ini di dalam fikiranku. Mungkinlah dengan merujuk perkara itu kepada ulama, banyaklah lagi kajian-kajian akan muncul mengenai perkara tersebut.

Wassalam,
Asyraf ‘Ali,
22 Rejab 1352 Hijri.

Begitulah serba sedikit perihal ketelitian dan kehalusan sifat yang ada pada Hadrat Syeikh sebelum dan sesudah meriwayatkan sesuatu hadith. Samada di dalam pengajian, kajian-kajian, mahupun karya-karyanya. Beliau sentiasa peka dan sangat memandang berat terhadap ketulenan ataupun kesahihan akan sesuatu perkara yang ingin disampaikan. Beliau tidak sekali-kali mengambil mudah di dalam setiap usaha-usahanya.

Rujukan : Ust Mohd. Khafidz Bin Soroni

P/s: Bagaimana pula orang-orang yang mengatakan bahawa Syeikhul Hadith memasukan riwayat-riwayat palsu dalam karya-karyanya.

24 comments:

  1. Para ulamak hanya mengesan riwayat palsu hanya dlm kitab fadhail amal shj tidak dlm kitabnye yg lain.hrp maklum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada bagi perinciannya, hadith mana? Mukasurat brp? Kitab mn?

      Delete
    2. http://kitabhadith.wordpress.com/2011/05/18/biografi-ulama-sunnah-di-india/

      Manakala Maulana Ilyas, Maulana Zakaria dan Maulana Yusuf al-Kandahlawi sangat dikenali oleh orang-orang jemaah tabligh. Pun begitu adalah sangat perlu diberi catatan bahawa 3 tokoh ini bersama jemaah tabligh yang mereke pimpin menerima kritikan dan koreksi dari sarjana Islam yang lain. Bahkan Maulana Zakaria rahimahullah menitipkan tidak sedikit hadis yang tidak sahih bahkan palsu ke dalam kitab keramatnya (di sisi jemaah tabligh) Fadhail Amal.

      Tetapi seperti yang disebutkan tadi, tetapi mereka terlencong dari dasar ilmu mereka apabila mereka berhadapan dengan mazhab mereka. Lihat kitab “Bahaya Mengingkari Sunnah”, Shalahuddin Maqbul Ahmad, Pustaka Azzam.

      Delete
    3. Kpd tn anon di atas.tn jgn sembrono buat tuduhan tanpa kajian yg mendlm.utk pengetahuan syekh zakaria tlh jelaskn riwayat yg tn maksudkn itu pada masa dia hidup bila ada ulama lain yg kritik.

      Syeikh hadis tu tak salah tulis hadis cuma yg salah kitab fadhail tu diberi pada golongan yg salah.

      Delete
    4. bior teman jelaskn,

      ini petikan dari tulisan beliau akan hal tersebut:
      Syaikhul Hadith, dipetik dari sepuck surat jawapan beliau, "Mengenai riwayat-riwayat dalam Fadha'il Amal, pada fikiran saya secara keadahnya bahawa ada sedikit kelemahan dalam riwayat-riwayat fadha'il tetaplah diterima kerana riwayat-riwayat yang diambil itu dijaga aturan kehormatannya. Dan Keluhan-keluhan mengenai hal ini tidaklah datang dari kalangan orang awam namun dari kalangan ahli ilmu. Oleh itu ditulis juga matan Arabnya. Akan tetapi hal itu tentu terlalu tinggi bagi taraf orang awam.

      Delete
    5. Seandainya pada fikiran anda ada riwayat-riwayat yang dianggap dha'if dan tidak diterima maka janganlah berat untuk memberitahunya. Setelah saya telaah ada kemungkinan akan dikeluarkan.Hamba yang hina ini tidak hanya cukup dengan pendapat peribadi tetapi telah mengambil juga pendapat beberapa ahli ilmu, terutama Maulana As'adullah (pengurus Madrasah Mazahir Ulum) dan Qari Said Ahmad (Mufti Azam Mazahir Ulum) yang secara huruf ke huruf turut menyemak kitab Fadha'il ini dan mereka diberikan kebebasan menorehkan tinta di dalam hal yang patut diperbaiki. Hasil dari itu lebih kurang seperempat atau seperlima dari naskah asal kitab ini telah dikurangkan. Walaupun telah melalui semakan demikian tetap masih banyak kekurangannya.

      Delete
    6. maknanya syeikhul pun menyedari perkara itu dan ambil inisiatif untuk perbetulkan.kemungkinan selepas kematian beliau ada orang lain yang menokok tambah tidaklah teman tahu pulak....wallahu'alam

      Delete
  2. Maksud akhie ?
    Di mana riwayat palsu dalam kitab Fadhilat A'mal ?

    ReplyDelete
  3. Fadhail amal dihimpunkan untuk orang awam dan maksud asalnya adalah menimbulkan keghairahan untuk amal. Sebahagian ulama berkata bahawa dalam kelemahan riwayat hadith ini memberikan kekuatan kepada ummat. Jika hendak melihat ketinggian ilmu Syeikhul Hadith, bolehlah telaah kitab Aujazul Masalik yg dipuji ulama-ulama Mazhab Maliki. Berkata Syeikh Alawi alMaliki, ulama Maliki Makkah "Jikalau beliau tidak menulis didalam mukadimah kitab bahawa beliau bermazhab Hanafi, pastilah kami menyangka bahawa beliau bermazhab Maliki kerana beliau menukilkan dengan penuh integriti kitab-kitab Maliki yang kami sendiri sukar untuk perolehi"

    ReplyDelete
    Replies
    1. isunya ialah kitab fadhail amal.kitab Aujazul Masalik bukan kitab rujukan JT.so ketepikan dulu kitab tu.banyak karkun melayu hanya baca terjemahan malayu yang mungkin telah banyak diubah tapi kalau baca kitab tu dalam versi inggeris hal itu masih ujud.cerita2 dongeng dan palsu masih di kekalkan.tak caya boleh baca link ni

      http://ideoband.wordpress.com/category/fazail-e-aamaal/

      Delete
    2. Kesian, tertipu juga anta dengan puak wahabi ni ye. Cerita hantu ye lah cerita dongeng, ini kisah ahlullah dan sebahagian besar dari ahlullah tu perawi hadith yang thiqah. Walaubagaimanapun kedudukan kisah-kisah ini lebih rendah daripada hadith yg dhoif, seperti dinyatakan oleh Syeikhul Hadith sendiri.
      Adakah tuan tak bernama pernah membaca usul fiqh mazhab hanbali? Kalau belum, sila baca utk tahu kedudukan hadith dhoif pada sisi salaf dlm soal feqah, apatalah lagi dlm soal fadhoil. Apakah tuan tahu beza antara dhoif, maudho' dan mungkar?

      Delete
    3. Dalam Siyar A'lam al-Nubala, az-Zahabi juga ada menukil cerita-cerita yang sukar dipercayai apabila membicara latarbelakang tokoh2 tertentu. Satu yang saya ingat, seorang tokoh itu dalam perjalanan, lalu keldai/untanya jatuh dan mati. Dia berdoa kepada Allah agar dihidupkan semula sebab dia dalam suasana musafir berseorangan. Maka keldai/unta itu pun tiba-tiba hidup kembali.

      Jika kisah ini ada dalam FA, sure kena reject. Tetapi dalam Siyar A'lam, diterima saja.

      Delete
    4. pada pendapat teman tn abu tak perlu perlekehkan pandangan orang lain hatta wahabi sekali pun sebab yg kritik pun kitab tu bukan semua dari wahabi tapi jugak ulamak sunni india mcm artikel ini-

      http://archive.org/stream/ObjectionOnFazail-E-Amaal-ABasicAnalysisByShaykhAbdullahMaroofi/ObjectionOnFazail-E-Amaal-ABasicAnalysisByShaykhAbdullahMaroofi_djvu.txt

      Delete
    5. tn fuad tak boleh samakan kitab az zahabi dgn fadhail amal sbb kitab Siyar A'lam al-Nubala dipelajari oleh penuntut ilmu secara talaqqi sebaliknya fadhail amal dibaca oleh org yg baru nak amal islam,baru nak dtg masjid

      Delete
    6. masalahnya di sini adalah nk terima kisah itu atau pun tidak.
      rasanya banyak kisah2 auliya@ahlulAllah ,karomah mereka Syeikh Zakariyya menyebutnya "sebagai contoh : beliau ambil kisah ini daripada sekian2"

      Saya malas nk bahas bab itu di sini.Saya dh tulis bab ini banyak kali dah...boleh cari dalam posting2 lepas..w/a

      Delete
    7. tuan jabbar nur, ana merujuk kepada blog yg diberikan oleh tuan tak bernama tu. Ini pandangan khusus bukan umum. Saya akan merujuk setiap link yg diberi kerana maklum blog ahle hadith, barelwi dan lain2.

      Delete
    8. http://www.youblisher.com/p/553710-Objection-On-Fazail-e-A-maal-A-Basic-Analysis-By-Shaykh-Abdullah-Maroofi/
      Ini lebih jelas. Buku ini ditulis sebagai satu thesis bagi menjawab penolakan segelintir umat atas kitab fadhoil a'maal. kalau reword A basic analysis of objection on Fazail-e-A-maal

      Delete
  4. Heran ye? Kalo betul kitab tu d susun ulamak hebat kenapa tabligh arab tolak baca kitab tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada penolakan drp ahbabul arab. kitab ditulis pd asalnya utk bacaan pengguna atau penutur urdu. kemudian diterjemah ke bahasa ibunda bekas2 pelajar mazihurul ulum dan deoband. Terjemahan ke bahasa arab bbrp kitab shj oleh ustaz dr nadwatul ulama dlm tahun 60an. utk org2 arab mrk menggunakan riyadussolihin yg juga memuatkan fadhoil dan dibaca tanpa syarahnya

      Delete
    2. Beban pembuktian pada org yg membuat tuduhan. Sila bawakan bukti wahai tuan tak bernama. Jika anta tiada bukti tapi mahukan jawapan bolehlah lapangkan masa bersama jemaah arab yg khuruj di Malaysia sehari atau 1/2 hari atau beberapa ketika yg mampu. Ketika waktu lapang/infiradi boleh ketua rombongan.
      Maklumat tambahan terjemahan arab. 3 buah kitab diterjemah oleh Maulana Muhammad Arrabi' An Nadwi iaitu Fadhoil Adda'wah ilal khair wa tabligh lidini, makaanatus solah fil islam wa ihtimamiha fi hayatil muslim dan fadhoil quranil hakim. Kata pengantar terjemah ditulis oleh Hadrat Maulana Syed Abul Hassan Ali An Nadwi dan dicetak Munshi Anis/ Idara Ishaat addiniat pada 1972-73

      Delete
    3. jemaah arab baca riyadussolihin

      Delete
  5. Riyadussolihin tuh dr fadhail Amal lh jgk...fadhail jgk...cuba ikut serta baru buat tuduhan...ni nk bukti jer tahu...Cari lh sendiri dgn khutuj

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini