Ikuti Blog Ini

Friday, January 24, 2014

Akhak Para Akabir Deoband

Pusara Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi rah (1863-1943 M) dan isterinya di Thana Bhawan,UP,India.

Ahmad Reza Khan Brelwi (1856-1921 M) di kenali di benua hind sebagai pengasas firqah Brelwi dan antara yang paling mencuri tumpuan mengenai dirinya adalah satu fatwa daripada beliau mengenai kafirnya para akabir Deoband seperti Maulana Muhammad Qasim Nanotwi rah (1833-1880 M),Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah (1829-1905 M),Maulana Asyraf Ali Thanwi rah dan ramai lagi.Tetapi apakah sikap dan akhak para Akabir Deobandi ini terhadap Ahmad Reza Khan.Di bawah ini saya letakan beberapa contoh tauladan  daripada para Akabir Deoband kepada orang pernah mentakfirkan mereka.

Ahmad Reza Khan di dapati tersilap mengeluar fatwa kafir atas para Akabir Deoband kerana kecintaan yang berlebihan terhadap Rasulullah Saw.Maulana Qari Muhammad Tayyib Qasmi rah (1897-1983 M),cucu kepada pengasas Darul Uloom Deoband juga merupakan bekas Mohtamim Darul Uloom Deoband lebih seabad menceritakan bahawa sekali seseorang telah menyebut  nama Ahmad Reza Khan dalam keadaan tidak hormat di hadapan Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi rah dan beliau berkata bahawa “Ahmad Reza Khan telah berkata itu dan ini kepada tuan “Hakimul Ummah dengan tegas dan marah telah memarahi orang tersebut lalu berkata “Walaupun ada perbezaan pandangan di antara kami berdua ,tetapi beliau (Ahmad Reza Khan) tetap orang yang kamu perlu hormati dan dia adalah seorang yang alim (ulamak),kamu sepatutnya memanggilnya sebagai “Maulana” sebelum namanya. [Malfuzat Hakimul Islam,Maulana Qari Muhammad Tayyib,Jilid 7].

Di sini selalu Hakimul Ummah menyampaikan syarahanya

Mufti A’zam Mufti Shafi’ Uthmani rah (1897-1976 M) seorang daripada murid Hakimul Ummah menceritakan bahawa “Apabila Ahmad Reza Khan meninggal dunia,seseorang telah datang kepada Hakimul Ummah  dan memberitahunya.Hakimul Ummah ketika dalam majlisnya telah memendekan syarahanya lalu mengangkat tangan seraya berdoa untuk keampunan Ahmad Reza Khan.Setelah selesai berdoa,seorang telah bertanya kepada beliau,si mati dalam kehidupannya telah mentakfirkan tuan tetapi tuan telah mendoakan keampunan untuknya”.Lalu Hakimul Ummah menjawab “Ahmad Reza Khan mendakwa dalam Fatwa Kafirnya menentang kami kerana beliau tersilap memahami daripada segala penulisan-penulisan kami dan kepercayaan kami bahawa kami telah menghina kemulian Rasulullah saw.Jika beliau memahami dengan baik segala penulisan-penulisan dan kepercayaan kami,kami pasti bahawa beliau tidak akan mentakfirkan kami bahkan beliau akan bersama dengan kami.Insyallah beliau akan di ampunkan dan Allah swt akan mengampuninya.[Maslak Aitedal,halaman 87].

Hakimul Ummah juga telah berkata bahawa “ Dalam hati aku,aku sangat menghormati Ahmad Reza Khan.Beliau telah memanggil kami sebagai kafir,tetapi beliau berkata demikian kerana tidak lain dan tidak bukan kerana kecintaannya kepada Rasulullah saw dan tidak sanggup untuk melihat Rasulullah saw di hina.[Maslak Aitedal,halaman 88].

Mufti Muhammad Hasan rah (1880-1961 M) menceritakan bahawa beliau mendengar bahawa Hakimul Ummah berkata “Jika aku di beri peluang untuk solat di belakang Ahmad Reza Khan ,aku pasti akan solat di belakangnya. [Hayaat Imdad,Halaman 38].

Syeikhul Islam Maulana Shabir Ahmad Uthmani rah (1886-1949 M) pengarang kitab Fathul Mulhim Syarh Sahih Muslim juga seorang ulamak yang memainkan peranan penting ketika kemerdekaan Pakistan.Bahkan bendera Pakistan pertama di naikan oleh beliau.

Syeikhul Islam Maulana Shabir Ahmad Uthmani rah mengatakan  bahawa “ Untuk menghakimi Ahmad Reza Khan atas fatwanya ke atas para akabir Deoband adalah sesuatu yang tidak adil,kerana beliau adalah seorang yang sangat alim.Kematian beliau adalah satu kehilangan kepada dunia Islam.[Safaid O Siyah,halaman 116].

Demikianlah bentuk-bentuk akhlak para Akabir Deoband di mana seluruh kehidupan mereka di wakafkan untuk agama Allah swt.Perasaan kasih sayang mengalir dalam tubuh mereka sehingga perasaan itu wujud dan bersemi sesama saudara mereka yang lain melebihi daripada kecintaan terhadap diri mereka sendiri.Mereka telah memenuhi kehidupan mereka dengan sunah Nabi saw sehinggakan Allah swt telah mengambil khidmat mereka dalam memperkukuh dan menyebarkan agamanya.Ya Allah luas dan terangkan pusara  mereka dengan cahaya yang sempurna,tingkat darjat mereka di sisimu.Amin ya Allah.

13 comments:

  1. Jadi, Ahmad Reza Khan dan BRELWI sesat tak?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Kepincangan Brelwi dari segi aqidah.
    Aqidah mereka berbeza dengan aqidah ASWJ.

    ReplyDelete
  4. Sekadar pandangan (yg mungkin saja salah, moga Allah ampunkan)..

    Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani, semasa safar ke benua India kali kedua, turut belajar dari Syeikh Mufti Musthafa Bin Imam Ahmad Ridha Khan Al-Berilewi.

    http://qaululjamil.blogspot.co.uk/2008/07/sayyid-muhammad-bin-alawi-al-maliki-al_02.html

    Terdapat beberapa persamaan diantara Syafiiyyah dan Brelwi misalnya konsep Hadir Nazhir dalam aqidah dan Maulid dalam syariat sehingga ada ulama' Deobandi yg mengatakan ulama' Syafii lebih Brelwi dari Brelwi. Ulama' Maliki juga bersetuju dgn konsep Hazir Nazir ini.

    http://www.youtube.com/watch?v=JrOZPNyzC1g

    Sepertimana yg diutarakan oleh Habib Umar yang dikasihi, bahawa perbezaan antara Deobandi-Brelwi hanyalah perkara2 kecil yg diperbesarkan.

    http://www.youtube.com/watch?v=FdE45IT-D9A

    Seperti yang dikatakan oleh Syaikh Nuh Ha Mim Keller, kesalahan kerana di kaitkan dgn satu2 aliran (guilt by association), tidaklah dapat dilakukan secara menyeluruh.

    http://shadhilitariqa.com/site/index.php?option=com_content&task=view&id=37&Itemid=20

    Dalam setiap aliran, ada saja segelintir yg ekstrim dalam mempertahankan alirannya, sehingga ekstrim pula dlm menyalahkan aliran lawannya.

    Sedangkan dalam isu aqidah sekalipun, ada perkara furu' didalamnya yg dibenarkan berlaku perbezaan pendapat, sebagaimana perbezaan kecil antara Asy'ari-Maturidi.


    Allah Ta’ala berfirman,

    إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
    “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perbaikilah (damaikanlah) hubungan antara kedua saudaramu (yang berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kalian diberi rahmat“. (QS. Al-Hujurat: 10)

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  5. http://books.google.com.my/books?id=uxnRQfRqIdwC&pg=PA283&lpg=PA283&dq=Maulavi+Sayyid+Muhammad+Murtaza+Deobandi&source=bl&ots=rvVqQDejFX&sig=sv8j8MTDClGq4SQasxvYMrV9aGg&hl=en&sa=X&ei=k0vzUqP9EMjYigfNDQ&redir_esc=y#v=onepage&q=Maulavi%20Sayyid%20Muhammad%20Murtaza%20Deobandi&f=false

    ReplyDelete
    Replies
    1. link diatas fatwa kafir seorang ulama deobandi keatas imam ahmad Raza khan barelwi.

      inikah akhlak deobandi???????

      Delete
  6. Encik 'anonymous' ni buat link, tapi tak adil dan tak baca artikel tu sendiri. sebelumnya disebut yg geng2 barelwi kafirkan deobandi.. mana pulak perginya akhlak diorang? tapi sebenarnya isu ini timbul sbb wujud perasaan defensive terhadap aliran masing2 dan segelintir manusia dlm mana2 kelompok ada saja yg bersikap demikian.

    tapi semua ni tak penting. Yg penting dan lawaknya ialah, en. anonimous quote kata2 ni semua dari buku tulisan org qadiyani. agaknya encik ni pengikut mirza ghulam ahmad, patutlah dok nak lagakan sunni. baik pergi ke blog lainlah wahai cik anonymous al-qadiyani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai bila kamu nak tipu semua org?
      bila ada je yg dedah kesesatan korang,cop qadiani la,wahabi la bla..bla..bla..
      sampai masa nanti semua penipuan korang akan terdedah...tunggu le
      Allah maha kaya

      Delete
    2. makin lawak la miss anonymouse ni.. dah terang2 buku yg dia rujuk dari qadiyani.. ye la, tak kesah la kan, nak rujuk buku qadiyani ke, syiah ke, khawarij ke, ayah pin ke, tuhan harun ke, janji bantai deoband.. alahai, punyalah sakit ati kat deoband, buku qadiyani pun bole jadi reference hehe..

      Delete
  7. Kesian...kesian...anonymouse yang kesian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lihat la apa yg didedah bukan tengok sapa yg dedah!!!

      Delete
    2. maaf mengampuk ,tahu ko gapo qadiyani ni ?

      Delete
  8. budak, cuba kau taip Pas Sesat...Hadi Awang Sesat.....Dr Asri Sesat...pertubuhan Qayyim sesat...ikhwan muslimin sesat. zakir naik sesat. uthaimin sesat. U/P semua mereka berjasa besar.alim.faqih.

    please, "tgk apa yg didedahkan.jgn tgk siapa dedah."
    tak adil bukan. punyala zalim ilmu budak ni.

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini