Ikuti Blog Ini

Thursday, May 28, 2009

Benarkah tutup aurat dapat selamatkan wanita???




Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang disebutkan diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar pandangan ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu."
(al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

Thursday, May 21, 2009

Pengorbanan ibu-bapa(Artikel sempena hari ibu)

Sabdaan Nabi saw”Ya Rasulullah!Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?Jawab Rasulullah Saw:Ibumu.Lelaki itu bertanya sekali lagi:Kemudian siapa lagi?Ujar baginda:Ibumu.Lelaki itu bertanya lagi?kemudian siapa lagi?Jawab Baginda:Ibumu.Lelaki itu bertanya lagi:Siapa lagi?Baginda menjawab:Bapamu(Muttafaqun alaih)

Ibu-bapa mempunyai kedudukan di sisi Allah swt sehingga Allah swt memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada mereka selepas perintah mengabdikan diri kepada-Nya.Allah berfirman” dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).(Al-Isra 23)

Pengorbanan wanita bergelar ibu tidak boleh dinilai demgan wang atau harta benda.Segala kesusahan ketika hamil sehinggalah melahirkan kita akan hilang apabila mendengar tangisan pertama anak.Sebagai anak kita dituntut mengenang jasa dan pengorbanan ibu.Allah berfirman” dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(Luqman 14)

Alangkah sedihnya melihat masyarakat hari ini apabila ada anak yang sanggup mendera,membiarkan malah sanggup mencederakan ibu mereka apabila kehendak hati mereka tidak dipenuhi.Anak yang menderhaka juga adalah disebabkan hilangnya nilai keimanan dalam diri seseorang(tidak usaha di atas iman mereka) dan jiwa mereka di kuasai nafsu.Tekanan hidup hari ini juga menjadikan hubungan kekeluargaan kian jauh dan intitusi kekeluargaan makin rapuh.Seperti mana pendapat saudari kayteeze yang menyatakan pengaruh dari kawan2 luar menyebakan mereka bertindak demikian.

Saya juga tertarik pada pendapat saudaracikgupj yang menyatakan bahawa didikan dari ibu bapa merupakan factor penting dalam hal ini.Hal ini di kuatkan lagi denagn hadith riwayat Bukhari”Setiap bayi yang dilahirkan bersifat fitrah(suci)maka ibu-bapa mereka lah yang akan menjadikan mereka sama menjadi yahudi,nasrani atau majusi”.

Begitu juga pendapat dari saudara izman yang menyatakan factor makanan juga menyumbang kepada masalah ini.Hal ini kerana makanan yang disertai dengan zikir dan doa akan menghasilkan insan yang terbaik dari segi rohani dan jasmani.Makanan yang tidak disertai dengan zikir dan bacaan tertentu merupakan makanan yang tidak ada nur dan natijahnya maka lahirlah zuriat2 yang derhaka ini.

Saudari Ms.Lilies juga berpendapat bahawa masalah ini juga berpunca dari kifarah yang di hadiahkan oleh Allah swt adalah mungkin disebabkan dosa2 yang dilakukan oleh ibu-bapa dahulu kepada ibu-bapa mereka ,mungkin Allah swt begitu sayang pada mereka dan telah memberi kifarah ini kepada para ibu dan bapa adalah sebagai untuk menyenangkan mereka di akhirat nanti.

Nabi saw “Semua dosa akan ditanngguhkan Allah,yakni balasan menurut kehendak-Nya,hingga ke hari kiamat,kecuali balasan menderhaka kepada ibu-bapa.Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati”(Riwayat Al-Hakim)

Sabdaan Nabi saw”Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu-bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu-bapa”(Riwayat Tirmizi)

Sabdaan Nabi saw”Redha Allah bergantung pada redha dua ibu-bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”.(Riwayat Al-Hakim)

Oleh itu,jadilah hari-hari kita sebagai hari-hari yang mengembirakan ibu-bapa kita.Balas segala kesusahan dan kepayahan ibu-bapa menjaga serta memelihara kita dengan sesuatu yang menggembirakan mereka.Perhatian dan kasih saying anak lebih kepada ibu –bapa berbanding wang ringgit.

Nota penting""Agama hanya bergerak/berkembang dengan pengorbanan.

Saturday, May 9, 2009

Sambutan Hari Ibu (pandangan/komen/nasihat)


Gambar sekadar hiasan????

Salam,pada keesokan harinya,tanggal 10/5/09,kita semua akan menyambut sambutan hari ibu,atau ia lebih di kenali sebagai hari memperingati pengorbanan ibu kita.Dalam kita sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari yang bertuah ini,negara kita telah digemparkan dengan satu berita,kisah bagaimana seorang ibu tunggal yang bersumpah tidak akan mengampuni dosa anaknya sehingga k akhir hayatnya,bahkan lebih teruk lagi,si ibu ini juga bertindak melaknati anaknya di dalam kehidupan dunia dan di dalam kehidupan akhirat.

Apa yang telah terjadi kepada si ibu ini dan juga si anak ini nanti.Jesteru itu,penulis memohon jasa baik pembaca2 supaya memberikan (pendapat/komen/nasihat dan etc)di atas masalah yang dihadapi oleh keluarga ini.Hasil daripada (pendapat/komen/nasiha dan etc)akan dijadikan ksimpulan kepada pnulis untuk menghasilkan satu artikel berkaitan hari ibu.

(pendapat/komen/nasihat/aduan/amarah dan etc)juga termasuk dalam kes2 sperti dibawah

Punca2 terjadinya masalah2 berikut!!

*Anak derhaka
#punca terjadi/siapa yang bersalah ibu bapa atau pun anak2..


SeLaMAt HaRi IBu.............................di ucapkan kepada semua2 yang bergelar ibu2..

Friday, May 8, 2009

"Mereka terpelanting"(Al-Fatihah)


Gambar Allahyarham di bilik mayat

ALOR STAR: “Saya nampak cahaya kilat diikuti dentuman guruh dan pada masa sama dua beranak itu terpelanting dalam tali air,” kata Phisol Hasbullah, 46, saksi kejadian seorang guru agama, Mohd Fauzi Saad, 41, mati dipanah petir ketika menunggang motosikal di Kampung Tok Keling, dekat sini, semalam.
M
Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal bersama anaknya, Muhammad Irdhi, 11, namun, kanak-kanak berkenaan terselamat walaupun parah.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika hujan renyai-renyai itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak keduanya itu parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Tanjung Bayam, kira-kira satu kilometer dari Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Mengkudu dengan melalui jalan kampung di tepi tali air berkenaan.(Berita lanjut baca kat sini)


Ini adalah kisah mengenai orang kampung saya,baru dua hari yang lepas,saya sempat bergurau dengan dia dan dari segi gurauan dia,dia tidak menunjuk sesuatu yang ganjil,tetapi kejadian kelmarin telah mengubah segala2nya..

Al-Fatihah buat Ustaz Mohd Fauzi Saad,semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya..

Tuesday, May 5, 2009

Sifat makan dan minum yang dituntut.

Salam,artikel kali ini berkaitan dengan bab makan dan minum.Selepas berehat agak lama,saya kembali menulis dan pada kali ini saya ingin menyentuh bab makan dan minum.Makan dan minum pada hakikatnya adalah perintah Allah swt dan sunnah Nabi saw.
Untuk membezakan di antara cara permakanan/minuman orang kafir dengan orang Islam rasulullah saw menyuruh kepada umatnya supaya mengamalkan cara makan dan minum seperti baginda saw untuk membezakan diri kita dengan orang2 kafir.

“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”
(Q.S. Al-A’raf, 7 : 31)

1.Berwudhuk,menutup kepala dan makan secara berjemaah(lebih daripada seorang).Rasulullah saw tidak pernah makan sendirian,sabdaan beliau”Makanan yang terbaik ialah makanan yang paling banyak mengambilnya”(Abu Daud).
Dari Wahsyi bin Harbin bahwasannya para sahabat Nabi berkata : "Wahai Rasulullah kami makan tetapi tidak kenyang, Rasulullah bertanya : ‘Barangkali kalian makan sendiri-sendiri?’ maka para sahabat menjawab : ‘Benar’ Rasulullah bersabda : ‘berkumpullah pada makanan kalian, berdzikirlah dengan menyebut nama Allah untuk makanan itu niscaya makanan kalian akan diberkahi untuk kalian." (Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban).

2.Mencuci tangan dengan air yang mengalair agar kotoran dan kuman-kuman akan jatuh bersama air,urutan yang memulai cuci tangan iaitu,anak kecil,orang dewasa dan kemudian orang tua dengan doa
Dengan nama Allah,berilah manfaat darinya
Rasulullah saw bersabda “Membasuh tangan sebelum makan menghilangkan kefakiran dan membasuh tangan sesudahnya menghilangkan(penyakit syaraf)(Ath -Thabrani)

3.Gunakan alas(saprah) agar makanan yang jatuh boleh di ambil kembali.
Makan berjama’ah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah. Salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti adalah : ”Tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam Syamail, shahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).
Qash’ah adalah piring besar untuk makan sepuluh orang sedangkan Shahfah adalah piring besar untuk makan lima orang. Adapun Sukurrajah adalah piring kecil yang biasa dipakai untuk memberi makan anak kecil. (Fathul Bari 9/532).

4.Di sunnah menunggu makanan dan apabila makanan telah datang.

5.Duduk dengan cara kaki kiri diduduki dan lutu kanan di tegakkan,agar perut kita kita terlipat menjadi tiga bagian,spertiga bagian untuk makanan.seprtiga bagian untuk air dan sepertiga bagian untuk udara.Rasulullah saw bersabda”Aku tidak pernah makan sambil berretelekan,sesungguhnya aku hanya seorang hamba dan makan sebagai seorang hamba dan duduk sebagai seorang hamba”(Al-Tirmizi)
Rasulullah pernah di berikan kurma. Saya melihat beliau makan sambil duduk dengan betis di tegakkan karena lapar” (HR Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

6.Makan dan minum dengan tangan kanan.
Apabila kamu ingin makan , maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila ingin minum , maka minumlah dengan tangan kanan.Sesungguhnya , syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.”(HR Imam Muslim)

7.Sebelum makan,disunnahkan merasa sedikit garam.Hal ini merupakan amalan Saidina Ali r.hu.
“Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnah aku dan sunnah khulafa ar-rasyidin”(Abu Daud dan Tirmizi)

8.Jika ada buah-buahan di anjurkan merasa sedikit terlebih dahulu sebelum menjamah makanan seraya membaca doa berikut”Ya Allah,berilah keberkahan pada buah-buahan ini”
Rasulullaj saw bersabda : "Sesunggunya syaitan akan mengusai makanan dan ikut serta makan makanan itu jika tidak disebut nama Allah." (Shahih Muslim 3/1597)

9.Apabila kita terlupa berdoa sebelum makan dan teringat ketika makan,maka ucaplah “بِسْمِ اللهِ فِيْ أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ”.
Rasulullah bersabda : "Jika salah seorang diantara kalian makan maka hendaklah membaca bismillah, jika ia lupa diawalnya hendaklah membaca dengan nama Allah diawal dan akhir makan."
(Abu Dawud 4/139, Ibnu Majah 2/1087, Imam Ahmad dalam Musnadnya 6/208, Ad-Darimi 2/94, Hakim 4/108)

10.Disunnahkan memakan 3 jari (3 suapan pertama)seterusnya boleh dengan 5 jari. “Rasulullah SAW makan dengan menggunakan ketiga jari beliau. Usai makan, beliau menjilati ketiganya” (HR Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)
Rasulullah saw bersabda : "Jika salah seorang diantara kalian makan hendaknya menjilati jari-jemarinya, karena sesungguhnya ia tidak mengetahui dibahagian mana barakah itu." (Muslim 3/1607)
Rasulullah bersabda : "Janganlah seseorang mengusap tangannya dengan sapu tangan sebelum menjilati jari-jemarinya." (Muslim 3/1606)


11.Disunnahkan memuji makanan denagn ucapan “Ya Allah,bagimu segala pujian dan bagimu segala rasa syukur” dan orang yang mendengar menjawab “Alhamdulillah”.

12.Jangan mencela makanan(tidak sedap la,tidak masin,manis,pedas,masam dan sebagaianya)Rasulullah saw tidak pernah mencela makanan.Jika baginda suka,baginda akan makan,dan jika baginda tidak suka,baginda tidak akan makan.

13.Usahakan mengambil makanan yang terdekat sekali.Rasulullah saw bersabda”Ucaplah nama Allah,makanlah dengan tangan kanan dan ambillah makanan yang terdekat”(Munttafaqun ‘Alaih).

14.Disunnahkan menjilat jari sebelum di cuci. , “Nabi SAW menjilati jari jari beliau sebanyak 3X’” (HR Tirmidzi)
Rasulullah menjilati ketiga jari jari beliau” (HR Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)
“Saya tidak makan sambil bersandar” (HR Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi)

15.Doa sesudah makan.

16.Tidak meninggalkan tempat sebelum yang lainnya selesai.Rasulullah saw bersabda”Jika seseorang diantara kalian makan bersama orang banyak(beramai) dan setelah merasa kenyang,maka janganlah ia mengangkat tangannya(meninggalkan tempat)kecuali jika semua orang telah mengankat tangannya kerana hal itu akan membuat malu temannya”(Baihaqi).

17.Tidak minum dan makan sambil berdiri” Nabi saw melarang minum sambil berdiri. Qotadah lantas bertanya kepada Anas, “Bagaimana dengan makan sambil berdiri?” “Itu lebih jelek dan lebih kotor” kata Anas. (HR. Muslim no. 2024).Ulama berpendapat bahawa tidak ada istilah silang menyilang tangan(seperti minum/makan tangan kiri dengan tangan kanan berada di bawahnya)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)

18.Tidak Makan sambil Berbaring; Dari Abu Juhaifah, telah bersabda Rasulullah saw:” sesungguhnya saya tidak pernah makan sambil muttaki ( berbaring ).” (HR.Bukhari)


Keadaan kelaparan Rasulullah saw.

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)

Tirmidzi memberitakan daiipada Abu Talhah ra. katanya: Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah Saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perutnya terikat dua batu demi dua batu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)

Nota penting**sesiapa yang berminat untuk copy silakan dan untuk di fhotostat pun silakan,,,penting sangat bab makan dan minum..tiap2 kita makan dan minum,kalo kena dengan gaya di atas,jadi ibadat..

**sesiapa yang ada soalan/kemusykilan boleh tulis pada ruang komen tu!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini