Ikuti Blog Ini

Thursday, April 24, 2014

Doa Maulana Zakariyya Kandhalawi dan Gagasan Madrasah Aliran Deobandi

Seorang buzruk (orang lama) Tabligh Malaysia telah menceritakan kepada saya bahawa beliau telah berjumpa dengan Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah ( 1898-1982 M) di Markaz Dakwah/Tabligh Nizamuddin,Delhi,India.Pertemuan ini sekitar tahun 1978 iaitu kira-kira 4 tahun sebelum Syeikhul Hadith meninggal dunia.Antara kata-kata Syeikhul Hadith kepada beliau ialah :


1.Syeikhul Hadith memberitahu bahawa beliau mencintai dan menyayangi Jemaah-Jemaah dari Malaysia.
2.Syeikhul Hadith membuat doa khusus untuk Umat Islam di Malaysia.Dalam doanya beliau memohon kepada Allah swt supaya di Malaysia lahirnya pendakwah-pendakwah yang ikhlas dan lahirnya madrasah-madrasah aliran Deobandi di Malaysia.
3.Jangan berpecah daripada tiga kerangka kerja kenabian ini iaitu Dakwah,Madrasah dan Tazkiah.
Majlis Khatam Bukhari oleh Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling pada tahun 2013.


Alhamdulillah Summa Alhamdulillah,kesan daripada doa Maulana ini ialah kita dapati betapa banyak madrasah-madrasah yang menggunakan pakai kaedah Dars-Nizami (kaedah Deobandi) iaitu sistem pengajian peringkat Dauratul Hadith kelas 7 dan 8 mulai tumbuh mekar di negara kita.Di sini hasil daripada kajian saya,antara madrasah-madrasah yang yang telah di asaskan berdasarkan kaedah pengajian ini di Malaysia adalah :

1.Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling,Kuala Lumpur (Syeikhul Hadith Maulana Abdul Hamid Chin).
2.Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum,Hulu Langat,Selangor ( Syeikhul Hadith Maulana Abdul Razak Nokman Kushairi).
3.Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk,Kuala Terangganu,Terangganu (Syeikhul Hadith Maulana Abdul Fattah Abbas).
4.Madrasah Al-Quran Sinaran Baru,Johor Bharu,Johor (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Faisal Mohd Zain ).
5.Madrasah Mazahirul Ulum,Bukit Choras,Kota Sarang Semut,Kedah (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Arrozi).
6.Madrasah Tahfiz Mengkuang Titi,Penanti,Pulau Pinang (Syeikhul Hadith Maulana Najmi bin Abdul Hai).
7.Pusat Pengajian Darul Kautsar,Kota Bharu,Kelantan (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Asri Yusoff).
8.Darul Ulum Ihya Ulumuddin,Jalan Langgar,Alor Setar,Kedah (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Abdul Khadir An-Nadwi)
9.Madrasah Tahfiz Darul Ulum Islamiyyah Sungai Salan,Jerantut,Pahang (Syeikhul Hadith  Maulana Johari Ali).
10.Maahad Tahfiz Al-Quran Lorong Alif,Jitra (Syeikhul Hadith Maulana Amar Ma’ruf Haji Ahmad).
11.Darul Uloom Al-Hilmiah,Titi Besi,Kepala Batas,Kedah (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Sanadi Abu Bakar).
Pejabat Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk yang berwajah baru.

Perkarangan Madrasah Al-Quran Sinaran Baru,Johor Bharu.

Majlis Khatam Bukhari yang di anjurkan Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum,Hulu Langat telah di hadiri oleh Syeikhul Hadith Maulana Abdul Majid Krordpakka daripada Pakistan.

Maulana Johari Ali Syeikhul Hadith di Madrasah Tahfiz Darul Ulum Islamiyyah,Sungai Salan,Jerantut,Pahang.Insyallah tahun 2014 merupakan tahun pertama madrasah ini akan mengadakan majlis Khatam Bukhari.Buat julung-julung kalinya Syeikhul Hadith di Jamiah Binoori Town yang juga ulamak terkenal di dunia Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar akan mengendalikan majlis khatam Bukhari ini.

Hampir keseluruhan pelajar-pelajar Pengajian Alim (kitab) (8 tahun) termasuk Dauratul Hadith (2 tahun) di madrasah-madrasah ini 80-90 peratus sama para guru yang mengajar atau para pelajarnya adalah terdiri daripada mereka yang menghafaz al-Quran. Para pelajar yang tidak lancar hafalannya tidak akan diterima untuk memasuki kelas Pengajian Alim (kitab) .Maka tidak dapat tidak mereka wajib untuk melancarkan dulu mutu bacaan al-Quran mereka.Manakala pelajar-pelajar kelas Pengajian Alim (Kitab) akan diuji hafalan mereka seperti hafalan kitab-kitab lain akan diuji kemampuan hafalan mereka dalam peperiksaan.Walaupun begitu pengajian madrasah ala Deobandi ini masih lagi baru dalam kalangan masyarakat kita,dari sudut kemampuan madrasah-madrasah kita untuk menghasilkan kemampuan yang sama seperti yang terdapat di madrasah-madrasah di India/Pakistan masih jauh lagi,tapi insyallah,jika tidak bermula dan berusaha ke arah itu daripada sekarang,siapa lagi yang mulakannya.Dahulu madrasah-madrasah di India/Pakistan pun mereka juga bermula seperti ini juga, tetapi dengan kesabaran dan kegigihan mereka,natijahnya kita dapat lihat di mana madrasah-madrasah mereka di segani di seluruh dunia.

Umumnya mengetahui bahawa kebanyakan pengajian Hadith secara Dauratul Hadith ini didirikan berdekatan dengan markaz Utama Jemaah Tabligh dan yang menjadi pengasas kepada madrasah ini ialah mereka-mereka yang bergiat aktif di dalam Jemaah Tabligh.Manakala guru-guru yang mengajar di madrasah ini pula terdiri daripada ulamak-ulamak di dalam Jemaah Tabligh Malaysia.

Pelajar Dauratul Hadith Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling sedang mengulangkaji pelajaran pada sebelah malam

Kebanyakan pengajar di madrasah-madrasah ini adalah lepasan daripada pengajian Dauratul Hadith dari Madrasah-madrasah besar di India dan Pakistan yang sememangnya terkenal di dunia dengan pengajian hadith dirayah dan riwayah beserta sanad muttasil Rasulullah Saw.

Maka saya secara insafnya,merasakan bahawa pergerakan Jemaah Tabligh khususnya di Malaysia di pantau dan di beri garis panduan oleh para ulamak ini dan tuduhan setengah pihak bahawa Jemaah Tabligh mendahulukan hadith dhaif dan meminggirkan hadith sahih maka ia adalah dakwaan tak berasas sama sekali.

P/s: Jika ada sebarang kesilapan/ralat boleh di beritahu kepada saya di ruangan komen.Insyallah.

Monday, April 14, 2014

Satu Perjumpaan Di Masjidil Haram

Maulana Zafar Ahmad Uthmani Thanwi rah (pengarang kitab laa-us-Sunan yang juga anak saudara kepada Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi rah) telah menceritakan bahawa 


Kitab Ilaa-us-Sunan  sebanyak 21 Jilid. Satu kitab yang memperlihatkan dalil Mazhab Hanafi (furu' feqah Mazhab Hanafi berdalilkan hadith).Ianya di hasilkan sebagai tindak balas kepada orang-orang yang mengatakan bahawa Mazhab Hanafi tidak mempunyai dalil-dalil yang menyokong pendapat mereka. Jilid pertama adalah pengenalan kepada ilmu hadith (riwayat Nabi) dan jilid yang lain adalah satu pengenalan kepada sebab-sebab perbezaan (pendapat) dalam kalangan ulama-ulama.Selebihnya adalah feqah-feqah Hanafi yang di sokong dengan dalil-dalil.  

Sekali pada tahun 1328 selepas Hijrah (1910 M) (Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri rah telah berangkat menunaikan Haji dan setelah beliau tiba di Masjidil Haram,beliau memasuki Masjidil Haram dengan melakukan Tawaf Qudum (tawaf ketibaan),saya yang ketika itu duduk berhampiran dengan Maulana Muhibbuddin rah (seorang ahlul kasyaf yang juga khalifah kepada Haji Imdad Ullah Muhajir Makki rah) yang sedang membaca selawat daripada kitab selawat,tiba-tiba beliau (Maulana Muhibbuddin rah) telah berpaling kepada saya dan bertanya ,"siapa yang yang baru sahaja memasuki Masjidil Haram ini  kerana saya telah melihat bahawa tempat ini di penuhi dengan cahaya.Saya hanya mampu mendiamkan diri sahaja.Selepas selesai melakukan tawaf ,maka Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri berjalan ke arah pintu Sofa untuk melakukan ibadah Saie dan selepas itu datang menuju ke arah Maulana Muhibbuddin rah kerana maulana sedang duduk berehat di sini.Maulana berdiri dan kemudiannya ketawa lantas berkata " Saya tertanya-tanya siapakah yang telah datang ke Masjidil Haram pada hari ini. "Beliau kemudiannya berjabat tangan (musafahah) dan memeluk Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri yang kemudiannya memeluk beliau.Mereka berdua kemudiannya melakukan ibadah Saie bersama.

Bazlul Majhood Fi Halli Abi Daud merupakan satu kitab syarahan hadith (Bahasa Arab) kepada kitab Sunan Abu Daud sebanyak 13 jilid.Hal ini merupakan antara jasa dan sumbangan Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri rah dalam bidang hadith kepada masyarakat Islam.

Maulana Muhibbuddin rah kemudiannya duduk di tempatnya dan berkata ,"wahai Zafar,Maulana Khalil Ahmad rah adalah seorang Murobbi yang hebat dan tiadalah lain di jasadnya melainkan cahaya."Beliau kemudiannya berkata,"Saya tidak pernah melihat Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah dan saya di beritahu bahawa beliau adalah seorang Qutub Al-Irsyad.Walau bagaimanapun,sekarang barulah saya sedar bahawa dengan melihat pergantinya (Maulana Khalil Ahmad Saharapuri rah) memang terbukti bahawa memang benar bahawa beliau (Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah) adalah Qutub Al-Irsyad dan beliau berjaya melahirkan seorang yang hebat seperti Maulana Khalil Ahmad Saharapuri rah.


Rujukan dan Nota :
1.Maarif -e- Syeikh Hadith,Halaman 78 -79,yang disusun oleh Al-Hafiz Muhammad Akbar Shah Bukhari.
2.Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah adalah guru rohani kepada Maulana Khalil Ahmad Saharapuri rah di mana Maulana Khalil Ahmad Saharapuri rah juga adalah khalifah kepada beliau.Maulana Khalil Ahmad Saharapuri adalah guru kepada Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah di mana Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah dan Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi rah adalah khalifah kepada beliau.

Tuesday, April 1, 2014

Kanzul Mutawari Dan Sumbangan Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah

Kanzul Mutawari Fi Ma'adini Lami' al-Darari Wa Sahih Al-Bukhari,karangan Syeikhul hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah sebanyak 24 jilid.

Pada asalnya Maulana Zakariyya rah telah mengarang 2 buah kitab berkaitan dengan Sahih Al-Bukhari iaitu Lami' al-Darari' dan Al-Abwab Wattarajim Lil Bukhari.

Lami 'al-Darari' ala Jami 'al-Bukhari di tulis dalam bahasa Arab merupakan koleksi taqrir pengajaran dan pandangan yang istimewa mengenai Sahih al-Bukhari yang disampaikan oleh Maulana Rashid Ahmad Gangohi rah.Taqrir Sahih Bukhari ini di salin dalam bahasa Urdu oleh murid Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah iaitu Maulana Muhammad Yahya Kandhalawi rah yang juga bapa kepada Maulana Zakariyya rah di mana muqaddimah serta ta’liqnya di tulis oleh Maulana Zakariyya rah sendiri.

Al Abwab Wattarajim Lil Bukhari di mana kitab ini menerangkan perbahasan mengenai bab -bab sahih Al-Bukhari. Bab-bab dalam Sahih Al-Bukhari adalah merupakan perbahasan yang sangat rumit untuk di fahami yang memerlukan pengetahuan yang luas daripada ulama-ulamak hadith untuk menyelesaikannya. Dalam kitab ini beliau mengumpulkan semua pandangan kepada bab-bab yang diberikan oleh Shah Waliullah Muhadith Dehlawi rah dan Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani rah bersama-sama dengan pendangan dari beliau (Maulana Zakariyya rah) sendiri.
Shah Waliyyah Muhadith Dehlawi rah telah menyebutkan 14 usul untuk memahami abwab wa tarajim, kemudian ditambah oleh Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi rah menjadi 15 usul. Kajian yang dijalankan oleh Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya rah yang telah menemukan sebanyak 70 usul. Beliau menulis khusus tentang tarajim Shahih Al-Bukhari dalam kitabnya, Al-Abwab wa At-Tarajim li Shahih Al-Bukhari (di atas cetakan Pakistan) dan sebahagiannya dijelaskan dalam Muqadimmah Lami` 'al-Darari'  `Ala Jami` Al-Bukhari.

Berbalik kepada kitab Kanzul Mutawari Fi Ma'adini Lami' al-Darari Wa Shahih Al-Bukhari. Kitab ini pada yang hakikatnya adalah himpunan taqrir dari Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah, lalu disyarah dan diberi penjelasan tambahan oleh Maulana Zakariyya rah. Tetapi Syarahan Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah tidak menyentuh kesemua hadith dan bab di dalam Sahih Al-Bukhari. Justeru itu, banyak hadith-hadith dan bab-bab di dalam Shahih Bukhari yang masih belum disyarahkan.Kitab kedua pula hanya mensyarahkan berkenaan tajuk-tajuk bab (tarjamatul bab) yang terdapat di dalam Sahih Al-Bukhari. Sememangnya keistimewaan Sahih Al-Bukhari terletak pada tarjamatul babnya, dan ini sangat diambil berat oleh Maulana Zakariyya rah.

Maka Maulana Zakariyya rah terfikir alangkah baiknya kalau disempurnakan syarahan Sahih Al-Bukhari dengan lengkap. Kebetulan, taqrir syarahan Shahih Bukhari beliau semasa mengajar Dauratul Hadith sudah siap disalin oleh muridnya, maka muridnya mencadangkan agar dicetak sebuah syarah Shahih Bukhari yang diambil daripada kitab Lami' Al-Darari dan Al-Tarajim wal Abwab, kemudian di tempat yang masih kosong diisi dengan huraian yang diambil daripada taqrir Maulana Zakariyya rah dan kitab-kitab beliau yang lain.Maulana Zakariyya rah menerima dan sangat gembira dengan cadangan tersebut. Bagaimanapun, beliau mensyaratkan agar syarah Sahih Al-Bukhari tersebut diterbitkan selepas beliau wafat yakni selepas tahun 1982.

Akhirnya lahirlah kitab ini, Kanzul Mutawari Fi Ma'adini Lami' Al-Darari wa Shahih Al-Bukhari yang menghimpunkan 2 buah kitab Maulana Zakariyya rah, selain fawaid dan nukat daripada kitab-kitab beliau yang lain, dan juga ta'liqat yang bermanfaat daripada hasil kerja anak-anak murid Maulana Zakariyya rah.Kerja ilmiah Maulana Zakariyya rah bertambah lagi.Sumbangan Maulana Zakariyya rah di dalam ilmu hadith terlalu besar.Semoga Allah swt merahmati beliau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini