Ikuti Blog Ini

Thursday, October 31, 2013

Karomah Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah

Surat ini dari Syeikhul hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah kepada Syeikhul Hadith Maulana Yunus Jaunpuri.Surat ini diberikan oleh Syeikhul Hadith Maulana Yusuf Motala kepada muridnya (beliau telah mohon pada saya untuk rahsiakan namanya) kemudian beliau amanah kepada saya untuk terjemahkannya.Lalu saya telah meminta Maulana Zaharuddin Nawi untuk menterjemahkannya kerana tulisan Maulana yang sangat ringkas (tulisan tangan) memerlukan seseorang yang berkemahiran yang tinggi untuk menterjemahkannya.

Terjemahan surat itu seperti berikut :

Dari Syeikhul hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah kepada Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jounpuri hafidzahullah.

Umurkan masih baru-baru apa yang dia tahu tentang ishq.Tentang hati yang tidak tenang tu anggap sahaja satu shikwa (aduan) atau shokwa (kekuatan).Kamu itukan baru tahun pertama mengajar daurah. Aku yang banyak dosa inikan sudah mengajar Daurah Hadith tahun yg ke-41.Manakala mengajar hadith itu sendiri sudah tahun yang ke-47.

Semoga Allah memberkati umur kamu dan memberkati kerja kamu sehingga tempoh yang panjang.Nanti bila dah sampai umur 47 tahun,Inshallah kamu akan menjadi lebih alim daripada aku.

Sekian

Zakariyya
27 rejab 1387h/1967.

Simpan kertas ini baik-baik dalam mana-mana buku
Selepas 40 tahun baca semula.

p/s :

Hal ini menunjukan salah satu daripada bentuk karomah Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah bahawa doa guru beliau telah di makbulkan oleh Allah swt.Maka setelah itu, Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jounpuri hafidzahullah hidup lebih daripada 40 tahun selepas surat itu diberikan.
Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jaunpuri hafidzahullah sedang mengerjakan solat di dalam perpustakaan miliknya.Gambar ini insan sahabat saya yang menziarahi beliau di Madrasah Mazahirul Ulom,Shaharanpur, pertengahan tahun ini.Ya Allah,lanjutkan usia ulama dan auliyyamu ini supaya umat dapat ambil istifadah sepenuhnya daripada beliau.Menurut sahabat saya lagi,dalam perpustakaan peribadi beliau,terdapat kitab-kitab hasil takrir dari guru beliau yang belum di cetak,masih bertulisan tangan lagi.

Guru saya pernah mengatakan kepada saya bahawa Hadrat Ji,Maulana Inamul Hasan Kandhalawi rah pernah mengatakan bahawa jika umat Islam hendak lihat auliyya Allah pada zaman ini,maka lihatlah Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jounpuri hafidzahullah.

Tuan-tuan juga di galakan membaca tulisan dibawah ini.


Sunday, October 27, 2013

Jemaah Dakwah & Tabligh adalah Tetamu Rasulullah Saw

Saya beranggapan bahawa,jika saya menulis kisah sebegini untuk tatapan umum,barangkali ianya boleh menimbulkan pelbagai persoalan.Antaranya mereka di luar sana pasti akan mengatakan bahawa saya ini terlalu ghuluw terhadap Jemaah Dakwah & Tabligh kerana menulis artikel sebegini.Sebenarnya ini bukan masalah ghuluw atau seumpama dengannya,tetapi ini adalah salah satu tanda keberkatan dan penerimaan di sisi Allah swt atas kerja-kerja yang di lakukan oleh mereka-mereka yang bergiat secara aktif di dalam Jemaah Tabligh.Seperti kisah di bawah ini saya petik dari buku Malfuzat (himpunan kata-kata nasihat) Faqihul Ummat,Mufti Mahmud Hasan Gangohi.
Malfuzat Faqihul Ummat,Muft Mahmud Hasan Gangohi,bekas ketua Mufti di Darul Ulom,Deoband.Mengenai cerita Mufti Saheb ini,boleh di baca di sini.


Satu Jemaah Dakwah & Tabligh daripada India telah melakukan usaha dakwah mereka di negara Palestin.Maka seorang Mufti besar satu daerah di Palestin telah datang untuk menyambut dan meraikan kedatangan mereka lalu beliau (mufti tersebut) mulai menangis.Beliau dengan sungguh-sungguh telah memberikan penghormatan yang besar terhadap jemaah ini.

Beliau kemudiannya menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian dan bersedia untuk melayan mereka dengan apa cara dan keadaan sekalipun.Lantas beliau menceritakan bahawa, "Saya telah melihat Nabi saw dalam mimpi saya dua hingga tiga hari sebelum ketibaan Jamaah ini.Saya telah melihat Nabi saw sedang berjalan dengan cepat-cepat dan saya telah pergi ke hadapan untuk menyambut Baginda saw,tetapi Baginda saw telah menolak dan mengenepikan saya lantas berkata, 'ketepi,Tetamu saya telah tiba."

Mufti tersebut kemudiannya telah menunjukkan kepada seorang ahli dari jemaah tersebut dan berkata bahawa "Saya telah melihat beliau (yakni salah seorang dari ahli jemaah tersebut) bersama dengan Nabi saw,dan saya melihat juga beliau  beserta dengan ahli jemaah yang lain.


Rujukan : Malfuzat Mufti Mahmud Hasan Gangohi,Jilid 1,di susun oleh Mufti Faruq Meeroti,hal 569.

Friday, October 18, 2013

Pemurnian Beberapa Isu Pilihan

Soalan

Benarkah ada dakwaan mengatakan bahawa jika seseorang menyambut hari raya (aidil fitri atau aidil adha ) di jalan Allah swt ,akan mendapat jemputan perkahwinan daripada Nabi Saw di syurga nanti.Mohon penjelasan ustaz.

Jawapan

Waalaikumussalam wbt,Alhamdulillah,syukur kepada Allah swt kerana telah menanamkan benih-benih kecintaan kepada agama kepada saudara.Semoga Allah swt merahmati saudara.Sebenarnya,setelah membuat pencarian dan kajian,maka saya dapati bahawa tiada sebarang perkataan seperti itu di dalam kitab-kitab hadith,walaupun perkara itu mungkin boleh terjadi.Cuma persoalanya di sini ialah tindakan seseorang itu menyandarkan perkataan itu kepada Nabi saw adalah salah sama sekali dan boleh di anggap berdusta atas nama Nabi saw.Kita cuma boleh meyakini bahawa ganjaran seseorang yang keluar di jalan Allah swt adalah besar di sisi Allah swt tanpa  perlu kita menambah fadhilat-fadhilat yang tidak benar  dalam keadaan kita ghairah melakukan amalan terebut.

Memang benar kitab hadith itu banyak,tetapi kitab-kitab hadith yang berlegar di sekitar kita ialah Kutubus Sittah (Bukhari,Muslim,Abu Daud,Tirmizi,Nasaie dan Ibnu Majah) juga di tambah dengan Muwattho dan beberapa kitab hadith lain belum saya jumpai lagi mana-mana fadhilat seperti yang di utarakan oleh saudara.Juga sepanjang pengajian saya dalam Daurah hadith dan pengalaman berdamping dengan para masyaikh dakwah di Nizhamuddin,belum saya jumpai dan dengar mereka sendiri berkata dengan fadhilat yang sedemikian.Wallahi,mereka tidak pernah berkata dengan fadhilat seperti itu.

Nasihat saya,tinggalkan terus perkataan itu meskipun kita mempunyai niat yang baik untuk melihat saudara kita beramal dengan kebaikan tetapi tindakan kita mereka-reka fadhilat-fadhilat palsu adalah satu perbuatan yang di larang di sisi agama.Jika kita ingin berbiara tentang fadhilat-fadhilat ketika berdakwah,kita bicarakan sahaja fadhilat-fadhilat yang sudah terdapat di dalam kitab-kitab seperti Fadhilat A’mal karangan Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi dan Muntakhab Hadith karangan Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi.Jika kita bukan ulamak,jangan kita bicarakan selain daripada fadhilat di dalam kedua-dua kitab tersebut.Wallahu a'lam

Soalan kedua

Bagaimana pula dengan kisah bagaimana Nabi saw menangisi kematian seorang Yahudi ketika jenazah itu di bawa di hadapan Nabi saw dan berlaku satu dialog seperti berikut “ kenapa Tuan menangis,jawab Rasul saw ,aku menangis mengenang Yahudi ini umat aku,oleh kerana beliau meninggalkan dalam keadaan tidak beriman kepada Allah swt,maka beliau akan kekal menjadi penghuni neraka buat selamanya.Benarkah dan sahihkan kisah ini.Mohon pencerahan daripada ustaz.

Jawapan

Sebenarnya ada 2 riwayat yang berbeza antara berdiri Nabi saw melihat jenazah Yahudi dan tangisan Sayyidina Umar r.hu apabila melihat kesusahan dan penderitaan seorang Yahudi.(Rujuk Hikayatush Sahabah,karangan Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi).Riwayat yang menyebut tentang Nabi saw bukanlah tangisan tetapi hanya menyebut Nabi saw berdiri sewaktu jenazah Yahudi di bawa di hadapan Nabi saw,maka Nabi saw di tanya,mengapa Nabi saw bertindak sedemikian,maka baginda saw bersabda bahawa ini juga satu jiwa (seperti yang di riwayat al-Bukhari ). 

Hadith ini sebenarnya di salah tafsir oleh sesetengah orang yang tidak cermat ketika menyampaikan sesuatu.Riwayat yang menceritakan tentang tangisan itu adalah daripada riwayat Sayyidina Umar r.hu ketika melihat para Rahib Yahudi bersusah payah hidup di dunia menahan nafsu kemudian meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman kepada Allah swt dan terus di masukan ke dalam neraka buat selamanya.Kedua-kedua riwayat ini telah di cantumkan oleh segelintir orang yang tidak cermat  hingga berlaku kesilapan.Nasihat saya berhati-hatilah dalam menyampaikan sesuatu yang berkaitan dengan hadith-hadith Nabi saw agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang yang melakukan pendustaan atas Nabi Saw.Wallahu a’lam.

Para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa hukum meriwayatkan hadith palsu adalah haram berdasarkan kepada hadis Nabi saw yang bermaksud: “Sesiapa yang menipu ke atasku secara sengaja maka hendaklah dia sediakan tempatnya dalam neraka.”  (HR al-Bukhari)


P/S :Soalan ini telah di jawab oleh Al-Fadhil Maulana Helmi,mudir Maahad Tahfiz Al Husainiyyah.Bukit Rang,Jerantut,Pahang dan sedikit suntingan dari saya.

Friday, October 11, 2013

Pemurnian kisah Sayyidina Tha’labah r.hu

Sering kali ketika selalu di momokan dengan kisah seperti ini : 

"kisah Tha'labah yang berlaku di zaman yang lalu menjelaskan lagi betapa buruknya bencana di dunia yang akan menimpa orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat "

Kisah ini sebenarnya diriwayatkan oleh Imam Al-Tabari rah dalam tafsirnya iaitu Tafsir Al-Tabari dari Abu Umamah al-Bahili r.hu,namun sanad dan matan hadith ini telah menjadi pertikaian dalam kalangan ulamak atas sebab-sebab berikut : 

1. Dalam sanad hadith ini terdapat seorang perawi yang bernama Ali Bin Yazid al-Alhani,di mana ianya di sepakati kedhaifannya. 

2. Sayyidina Tha'labah r.hu ialah salah seorang daripada ahli Badar,yg sememangnya tergolong dalam kalangan orang yang paling mulia dalam kalangan para sahabat r.ahum. Oleh itu amat jauh dari tangkapan akal untuk beliau melarikan diri daripada mengeluarkan zakat. 

Medan perang Badar menyaksikan pasukan pimpinan Sayyiduna Rasulullah saw bertempur dengan pasukan tentera kafir Quraisy

3. Dalil mutawatir menunjukkan apabila seseorang bertaubat,pasti taubatnya diterima oleh Allah Swt dan Rasulnya,seperti mana di dalam kisah Sayyidina Kaab bin Malik r.hu.Jadi bagaimana pula taubat Sayyidina Tha'labah ditolak sedangkan pada zahirnya beliau nampak ikhlas bertaubat?

4. Dalam hadith ada menyebut bahawa Rasulullah saw bersabda mafhumnya: Sesiapa yg tidak mahu memberi zakat, kami tetap akan mengambilnya (secara paksa).Hadith riwayat Imam Ahmad.Jadi bagaimana pula Rasulullah saw membiarkan Sayyidina Tha'labah tidak menunaikan zakat? Atas sebab-sebab di atas, ulamak hadith menghukumkan bahawa hadith di atas adalah munkar,dan tidak layak disandarkan kepada seorang ahli Badar seperti Sayyidina Tha'labah bin Hatib al-Ansari r.hu.

Pandangan Syeikh Kami. 

Syeikh kami,iaitu Maulana Burhan Mia hafidzahullah berpendapat bahawa andai kata benar sekalipun kisah di atas,ianya adalah mengenai seorang munafiq lain yang secara kebetulan bernama Tha'labah,dan bukannya Sayyidina Tha'labah bin Hatib al-Badri al-Ansari r.hu Wallahu a'lam

p/s : Tulisan ini telah di hasilkan oleh Al-fadhil Ustaz Latif Subki (khirij DUZAK) dengan suntingan oleh saya sendiri.Semoga ianya bermanfaat buat kita semua.

Sunday, October 6, 2013

Darul Ulom Deoband,Siapakah Mereka?

Maulana Muhammad Masihullah Khan,Maulana Husain Ahmad Madani,Maulana Qari Muhammad Tayyib Qasmi,Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi,Maulana Mufti Syafi`,Syed Ataullah Shah Bukhari,Maulana Anwar Shah Kashmiri

Darul Ulom Deoband tidak hanya menghasilkan para ulamak tetapi bersama-sama dengan mereka ialah yang besar iaitu ulamak yang sangat besar.Darul Ulom Deoband telah menghasilkan Darul Ulom yang tersebar dengan pesat di seluruh dunia,dari Amerika Utara hingga ke Australia,dari Indonesia, Malaysia ke Afrika Selatan,dari England dan Eropah ke Amerika Selatan.Darul Ulom Deoband telah menghasilkan ulamak yang telah banyak berjasa kepada masyarakat Islam di seluruh dunia.

Syeikh Abdullah bin Subayyiel rah (1912- 1999 M), bekas Imam Masjidil Haram,Mekah,Arab Saudi,telahmengatakan bahawa para ulama Deoband sedang dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 50 % untuk kebaikan umat ini di dalam pelbagai disiplin ilmu agama.Darul Ulom Deoband juga telah menghasilkan pelbagai tokoh yang berkaliber seperti As-Syeikh Maulana Asyraf Ali Thanwi rah yang mana beliau telah berjasa menghidupkan semula ilmu Tasawwuf mengikut sunnah Rasulullah Saw,beliau juga merupakan seorang mujaddid yang telah menghasilkan lebih 1000 karya dalam pelbagai disiplin ilmu dan setiap karya-karya beliau telah di iktiraf oleh dunia Islam dan di anggap sebagai seorang  reformis yang paling besar di dunia di zaman kita.


Darul Ulom Deoband tempat melahirkan para cendiakawan Islam yang banyak berjasa kepada dunia Islam

Darul Ulom Deoband telah Berjaya melahirkan tokoh-tokoh ulamak hebat seperti As-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas rah.Beliau ialah  insan  yang memulakan kerja-kerja  Dakwah dan Tabligh.Jasa beliau kepada dunia Islam sangat besar sehingga pergerakan jemaah beliau telah Berjaya mendatangkan perubahan besar pada seluruh dunia Islam.

Kehebatan Darul Ulom Deoband adalah di sebabkan berjayanya melahirkan ulamak-ulamak seperti As-Syeikh Maulana Anwar Shah Kashmiri rah.Beliau di berikan gelaran perpustakaan bergerak kerana kekuatan ingatan dan hafalan beliau.Beliau telah berjasa membongkar dakyah yang di polopori oleh gerakan Qadiani dan berjaya memelihara agama Islam dari di rosakan oleh gerakan ini.

Kehebatan Darul Ulom Deoband juga adalah di sebabkan berjaya melahirkan tokoh-tokoh seperti As-Syeikh Maulana Husain Ahmad Madani rah.Beliau adalah ulamak pertama yang mengesan fitnah dari gerakan  Maududinisme (gerakan pemikiran Maududi) dan membuka tabir  tentang bahayanya gerakan ini apabila yang lain tidak menyokongnya usahanya.

Satu keistimewaan yang di miliki oleh mempunyai para ulamak Deoband adalah mereka seolah-olah telah dikurniakan dengan satu perasaan untuk mengenalpasti fitnah,segala unsur-unsur yang boleh mendatangkan fitnah dari peringkat awal kemudian membuat pendedahaan dan penentangan dan di ikuti dengan sokongan daripara ulamak Deoband yang lain.Di antara tokoh-tokoh tersebut ialah al-Hujjatul Islam,As-Syeikh Maulana Qasim Nanotwi rah.Beliau telah berjaya menghalau penjajah British dan menghalau mereka keluar dari benua kecil selepas empayar mereka  mengalami kemerdekaan-kemerdekaan di seluruh dunia.

Kewujudan Darul Ulom Deoband sebenarnya adalah satu bentuk pertolongan daripada Allah Swt kepada dunia Islam untuk melindungi umat Islam dari kuasa-kuasa jahat seperti penjajah British yang datang dengan niat untuk menukarkan semua rakyat benua kecil India kepada agama Kristian.Darul Ulom Deoband adalah lambang satu  manifestasi doa daripada As-Syeikh Haji Imdadullah Muhajir Makki rah.

Arkitek sebanar penubuhan Darul Ulom Deoband adalah daripada  Rasulullah Saw yang mana mudir pertama Darul Ulom Deoband telah melihat dalam mimpi bagaimana Rasulullah Saw melukis garisan di mana Darul Ulom perlu dibina dan mereka (mudir pertama sebenarnya mendapati bahawa satu bentuk garisan di atas tanah di mana kelas Darul Ulum  terkenal dan dikenali sebagai Nodra.Dalam mimpi itu juga, Rasulullah saw di dalam dilihat memberi susu kepada pelajar-pelajar untuk minum dari perigi Molsri,yang telah ditafsirkan sebagai pemberian ilmu pengetahuan,yang mana setiap satu mengambil masa mengikut kemampuan diri sendiri.

Darul Ulom adalah nama Tauhid,mengikut Sunnah dan bersifat kesederhanaan.
Hanya dengan mendengar  nama-nama ulama Deoband  sahaja sudah cukup untuk mengisi hati orang yang mendengarnya dengan Nur Iman,lalu apatah lagi untuk di ceritakan mengenai  amalan mereka, akhlak,mu'amalah dan Mu'asharah mereka.Nama-nama seperti As-Syeikh Maulana Masîhullah rah,As-Syeikh Mufti Mahmud Hasan Gangohi rah,As-Syeikh Mufti Qari Muhammad Tayyib rah,As-Syeikh Maulana Fakhruddin rah,As-Syeikh Maulana Umar Palanpuri rah,As-Syeikh,Syeikhul Hadith,Maulana Muhammad Zakariyya rah  dan banyak lain-lain lagi.

Apa yang pentingnya,hari ini adalah untuk berpegang teguh dengan ulama Deoband,menjaga diri kita dan menangkis semua fitnah yang wujud seperti seperti Salafi/Wahabi,Syiah,Ahlul Bid'âh(Brelwi), Qadiani dan lain-lain lagi.Semoga Allah membimbing kita ke arah Siratul Mustaqim (jalan yang lurus ).Amin.

Sumber rujukan [Ulama Deoband,Penerbitan Madrasah Arabia Islamia,Azaaadville,Afrika Selatan].

Maulana Zaharuddin Nawi seorang pelajar lepasan Darul Ulom Deband selama 15 tahun.Beliau juga boleh santuni di http://ihyaaturaathina.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini