Ikuti Blog Ini

Friday, November 22, 2013

Pengalaman Mufti Muhammad Adam Al-Kawthari di Yaman.

Sahabat saya (Adnan Faiz,murid kepada Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Yusof Motala,Syeikhul Hadith di Darul Uloom Arabiyyah,Bury,England telah berkongsi dengan saya satu kisah yang menarik.Beliau (Adnan Faiz) telah menghadiri satu majlis anjuran DarulIfta.com di mana di hadiri oleh Mufti Muhammad Ibn Adam al-Kawthari.Dalam majlis itu,Mufti Saheb telah menceritakan pengalamannya menziarahi Yaman dan menziarahi Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim hafidzahullah .Antara bait-bait cerita tersebut adalah seperti berikut.
Al-Habib Muhammad Bin Salim rah adalah seorang ulamak yang terkenal di Yaman dan di seluruh dunia.Klik untuk lihat biografi beliau di sini

Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim hafidzahullah (selepas ini di kenali sebagai Habib Umar) telah memberitahu saya bahawa beliau pernah melapangkan masa bersama dengan Jemaah Dakwah & Tabligh di India.Beliau berkata bahawa ayahnya Al-Habib Muhammad Bin Salim rah (selepas ini di kenali sebagai Habib Muhammad) sendiri mempunyai hubungan yang amat baik dengan amir Jemaah Dakwah & Tabligh iaitu As-Syeikh Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi rah.Beliau menambah lagi bahawa ayahnya juga mempunyai hubungan yang baik dengan Syeikhul Hadith di benua India iaitu As-Syeikh Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah.

Semoga Allah swt merahmati Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi dan Al-Habib Muhammad Bin Salim atas jasa mereka terhadap dunia Islam

Habib Umar sendiri telah menceritakan kepada saya bahawa ayahnya juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Ulamak-ulamak Deoband.Ketika ayahnya berada di India,beliau berada di samping As-Syeikh Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi,pengarang kitab Hayatush Sahabah.Beliau berkata sewaktu ,Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi telah menyiapkan kerja-kerja penulisan kitab Hayatush Sahabah,Habib Muhammad bersama dengan beliau dan telah membantu menyusun beberapa perkara penting bagi kitab tersebut.

Kitab Hayatush Sahabah yang di karang oleh Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi kemudiannya di tahqiq dan syarh oleh muridnya sendiri iaitu Maulana Ilyas Baranbankawi

Edisi cetakan yang mana terdapat penulisan daripada Habib Muhammad pada kitab Hayatush Sahabah masih lagi wujud sampai sekarang.Habib Ali Al-Jifri (ketika menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Yusof Motala) juga telah memberitahu bahawa Habib Muhammad adalah sahabat baik kepada As-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah dan oleh kerana itulah Habib Umar telah datang ke India untuk melapangkan masa bersama dengan Jemaah Dakwah & Tabligh beberapa tahun yang lepas.

P/s :Mufti Muhammad Ibn Adam al-Kawthari adalah penyelidik di http://www.daruliftaa.com/
Jom dengar bacaan Hayatush Sahabah daripada Alim Ulamak Masjid Jami' Sri Petaling di sini  

Monday, November 18, 2013

Panduan Dan Nasihat Ketika Berada Di (Masjid) Markaz Bangla-Walee

Alhamdulillah,tujuan saya menulis di sini adalah untuk berkongsi sedikit nasihat yang saya dapat secara khusus daripada guru-guru saya untuk mereka-mereka yang yang akan berkunjung ke India (khususnya ke Markaz Usaha Tabligh, Nizhamuddin - Bangla-Walee Masjid).Nama Nizhamuddin ini berasal daripada nama seorang Ulamak dan juga auliyya Allah swt yang menetap di sini dan juga di kebumikan di sini (jaraknya kira-kira 500 meter dari Masjid Markaz Bangla-Walee).
Masjid Bangla-Walee,masjid yang didirikan oleh ayah kepada Maulana Muhammad Ilyas iaitu Maulana Muhammad Ismail rah (juga ayah kepada Maulana Muhammad Yahya rah dan datuk kepada Maulana Muhammad Zakariyya rah).Masjid ini sekarang di huni oleh dua keturunan Kandhalawi iaitu Maulana Muhammad Saad dan Maulana Zubair Ul Hasan )

Satu kisah yang menarik di ceritakan Syeikhul Hadith Maulana Yusof Motala dalam kelas daurah hadithnya mengenai sejarah bermulanya kegiatan Usaha Tabligh di masjid ini.Masjid ini menjadi tempat laluan utama orang Mewat melakukan aktiviti perniagaan mereka di Delhi.Ketika mereka melalui masjid ini,maka Maulana Muhammad Ismail akan menahan mereka dan telah berkata,sediakan kamu belajar agama dengan saya dan saya akan berikan upah kepada saudara-saudara semua sepertimana keuntungan yang perolehi hasil daripada aktiviti ekonomi saudara-saudara semua.Maka disitulah bermulanya kisah bagaimana Usaha Tabligh di mulakan.(kisah ini diceritakan oleh saudara Adnan Faiz,sahabat saya yang juga murid kepada Maulana Yusof Motala).
Bahagian dalaman masjid.

Bermulanya kegiatan Usaha Tabligh disitu sampai ke hari ini dengan di teruskan lagi oleh generasi keluarga ini iaitu Maulana Saad Kandhalawi dan Maulana Zubair Ul Hasan kandhalawi sampai di bantu oleh masyaikh yang lain seperti Maulana Ahmad Laat,Maulana Ibrahim Dewla,Maulana Mustakim,Maulana Shamin,Maulana Shaukat,Maulana Jamil,Maulana Ismail Godhra,Maulana Yaako'b dan juga kadang-kadang para asatizah madrasah sekitar India datang untuk berkhidmat di masjid ini.Antaranya kerap menziarah masjid ini asatizah daripada Deoaband,Nadwatul Ulama,Mazahirul Ulom dan sebagainya lagi.Kadang-kadang para masyaikh di masjid ini berkunjung kepada madrasah-madrasah ini.Untuk berjumpa dengan para masyaikh ini sangat senang,mereka akan turun bersarapan dengan tetamu-tetamu dari luar negara.

Gambar ini menunjukan suasan ketika makanan di hidangkan di tempat jemaah tempatan,suasana khidmat,mahabbah antara mereka.Mereka menyantuni antara satu sama yang lain,terpancar wajah ukhwah Islamiah sesama mereka.

Untuk mereka yang ingin bermusafaha dengan para masyaikh lain seperti nama yang di sebut di atas,kesemua para masyaikh berada di tingkat dua,atas dewan makanan jemaah luar negara,(bermakna dibawah tempat tinggal jemaah dari Nusantara dan Arab).Untuk bermusafa dengan mereka,perlu kepada adab,tidak perlu terlalu ghulu' terhadap mereka cukup dengan memberikan salam kepada mereka,jika boleh berbahasa Arab atau Urdu,bolehlah minta nasihat daripada mereka ataupun minta doa daripada mereka.Paling penting ialah perlu mendapatkan keizinan daripada khadim mereka kerana jika kita tidak mendapat keizinan khadim mereka,akan di khuatiri kita telah menganggu urusan mereka,perlu di ingatkan bahawa para masyaikh ada di antara mereka yang sudah uzur ,justuru itu setiap perkara perlu kepada keizinan daripada khadim mereka.Hal ini juga termasuk dalam tatacara beradab dengan para ulamak yang di ajar oleh agama kita.

Gambar ini menunjukan bahagian tempat tinggal jemaah dari Nusantara dan tempat solat utama bagi jemaah luar.Di sini akan di buat terjemahan syarahan secara langsung daripada dewan solat utama yang selalunya di syarahkan oleh para masyaikh disini.Seterunya gambar bahagian bilik penginapan bagi para masyaikh seperti yang saya telah sebut di atas artikel ini.

Selalu,kita pastikan akan di ingatkan supaya mengambil bahagian dalam amalan Ijtima'i yang di lakukan di masjid ini.Memang tidak saya tidak nafikan bahawa bahawa bazar di sekitar masjid ini mempunyai tarikan yang tersendiri,justuru itu,saudara-saudara semua perlu kuatkan semangat untuk mengambilkan bahagian dalam setiap amalan yang di lakukan oleh masjid ini.

Paling penting ialah ketika berada di masjid (markaz) ini,saudara-saudara semua mesti ingatkan beberapa perkara yang saya akan beritahu di bawah ini.Antaranya ialah :

1.Musafaha dengan para masyaikh sebelum dan selepas solat Fardhu
2.Jangan tinggalkan masjid sehinggalah kita di arahkan untuk keluar dari masjid ini (keluar tasykil ataupun keluar atas keperluan-keperluan penting atau keluar atas maksud bergerak mahu pulang ke kampung negara masing-masing).
3.Cuba usahakan supaya senantiasa berwudhu' dan senantiasa berada di saf pertama.Jika tuan-tuan solat di dewan solat utama masjid,cubalah tuan berada si saf kedua,kerana saf pertama biasanya akan di khas untuk para masyaikh.Maka di situ tuan-tuan akan melihat secara dekat para masyaikh yang menunggu untuk bersolat sambil solat akan di pimpin oleh Maulana Muhammad Saad.
4.Kebiasaanya Maulana Muhammad Saad akan memberikan syarahan selepas solat Suboh,jangan tuan-tuan terlepas kerana apa yang beliau syarahan adalah point-point yang penting biasanya kita tidak dengar di mana-mana Ijtimak.Cuba sedaya upaya catit dan rekod setiap syarahan beliau.Banyak manfaat dan kulasah dari syarahan beliau.
5.Cuba untuk usahakan supaya hanya makan makanan yang di sediakan oleh pihak markaz.
6.Cuba lihat mesyuarat dari negara-negara lain yang di kendalikan oleh para masyaikh di dewan solat utama dan mesyuarat program masjid (markaz Bangla-Walee) di bilik rumah Maulana Muhammad Saad.Kebiasaanya mesyuarat ini bermula pada pukul 9 pagi.Pengalaman saya sepanjang berada di sana,saya tidak pernah ketinggalan daripada melihat mereka bermesyuarat,suasana haibah dapat dilihat daripada raut wajah mereka.Di situ juga kita akan dapat melihat pembawaan sunnah ketika mereka bermesyuarat.
7.Jangan ketinggalan mendengar bacaan Hayatush Sahabah yang di kendalikan oleh Maulana Muhammad Saad,usahakan supaya mencatit setiap bait-bait nasihat beliau.Pengalaman saya,banyak nasihat berkaitan dengan adab,ibadat di tekankan oleh beliau ketika bacaan Hayatusah Sahabah.
8.Kadang-kadang Maulana Muhammad Saad memberikan Bayan Hidayat kepada jemaah tempatan,cuba duduk jika berkemampuan.
9.Untuk bermusafaha dengan Maulana Muhammad Saad dan Maulana Zubair Ul Hasan sendiri,kita para jemaah dari luar diberikan kesempatan untuk berbuat sedemikian selepas bacaan Yasin selepas solat Maghrib.Cubalah beradab dengan para masyaikh kita.
10.Jika berkesempatan,cubalah pergi ke dapur,musafahalah dengan orang-orang khidmat dari Mewat ini,lihatlah betapa berkatnya doa daripada Maulana Muhammad Ilyas.Kebiasaanya orang-orang Mewat ini di kenali dengan serban besar berwarna hitam.Jumpalah mereka,mintalah nasihat daripada mereka.Jika tidak boleh berbahasa Urdu,dapat seorang orang tempatan yang boleh menjadi mutarjim kepada mereka.Orang-orang Mewat di sini adalah orang yang mewakaf keseluruhan hidup mereka untuk berkhidmat kepada jemaah-jemaah yang berkunjung ke masjid ini.
11.Jika berkesempatan,tuan-tuan carilah seorang lelaki dari France (saya lupa namanya),beliau seorang engineer di France,tetapi selalu khidmat di masjid ini.Kebiasaanya setiap bulan,beliau akan datang 3 hari dari France untuk berkhidmat di sini.Saya berjumpa dengan beliau ketika beliau sedang membersihkan tandas jemaah luar.
12.Cubalah menziarahi kubur-kubur para alim ulamak seperti Maulana Muhammad Ilyas,Maulana Muhammad Yusof,Maulana Muhammad Inam Ul Hasan,Maulana Muhammad Ismail,Maulana Muhammad Yahya di sekitar perkarangan masjid Bangla-Walee.Cubalah tuan-tuan menziarahi kubur Maulana Umar Palanpuri,Maulana Muhammad Daud,Munsyi Basyir dan sebagainya di tanah perkuburan Nizhamuddin sekitar  2 km daripada kawasan Masjid Bangla-Walee.Saya berkesempatan berbuat demikian.

Akhirnya sekali,tuan-tuan doalah kepada Allah swt supaya jemaah tuan-tuan di hantar ke tempat-tempat yang berdekatan dengan kawasan madrasah-madrasah (Shaharanpur) dalam negeri Uttar Pradesh banyak kawasan madrasah dan alim ulamak di sana.Jika jemaah tuan-tuan di hantar di kawasan seperti ini,cubalah tuan-tuan menziarahi ulamak-ulamak di madrasah-madrasah tersebut.Cubalah dapatkan doakan daripada mereka,mintalah nasihat daripada mereka.Mereka adalah ahlullallah yang mewakafkan diri dalam kegiatan Dakwah,Ta'alim dan Khanqah.Kata-kata mereka adalah berisi nasihat.

Alhamdulillah,saya berkesempatan menziarahi Maulana Muhammad Talha iaitu anak kepada Maulana Muhammad Zakariyya.Antara pengalaman manis saya ialah jemaah kami di marahi oleh beliau kerana hanya datang ke rumahnya sehari sahaja,beliau mengesyorkan supaya jemaah kami tinggal di rumahnya 3 hari.Masa saya menziarahi maulana,maulana tidak terlibat dengan pengajaran di madrasah tetapi terlibat dengan khanqah.Semoga Allah swt memanjangkan umur Maulana Muhammad Talha Kandhalawi.

Gambar ini merupakan gambar peribadi yang menjadi koleksi simpanan saya ketika menziarahi rumah Maulana Muhammad Talha.Hati saya terpalit rasa hiba dan sayu apabila melihat keadaan katil seperti dalam gambar ini.Saya diberitahu bahawa katil inilah menjadi tempat tidur Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi.Walaupun karya-karya beliau tersebar jauh ke pelusuk alam,tetapi maulana masih lagi mengamalkan gaya hidup yang sederhana.Kehidupan sederhana ini diteruskan oleh anak beliau iaitu Maulana Muhammad Talha.

Ketika lawatan saya ke Shaharanpur sedikit kecewa lantaran tidak berjaya menziarah orang di gelar auliyya Allah oleh Maulana Inam Ul Hasan di zaman ini iaitu Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jounpuri kerana ketika itu maulana dalam safar.Khabarnya sekarang ini maulana tidak berapa sihat,semoga Allah afiatkan maulana.Ramai manusia yang perlukan perkhidmatan daripada maulana lagi.Ada juga sahabat saya yang sempat menziarahi Darul Ulom Deoband semasa berada dalam tasykil.

MashaAllah tuan-tuan akan sampai ke tempat di mana kebanyakan umat Islam dari hampir setiap pelusuk dunia ini mahu pergi dan belajar kerja-kerja dakwah daripada para masyaikh di sini dan tuan-tuan akan terkejut dengan memerhatikan keadaan mereka seperti menanggung penderitaan untuk ummat ini.Subnallah,mereka mewakafkan diri mereka untuk kerja dakwah,ta'alim dan khanqah.

Jangan meninggalkan solat tahajjud dan lihatlah bagaimana orang di markaz (masjid) ini menangis seperti kanak-kanak kecil dalam solat tahajjud mereka.Tuan-tuan turunlah di dewan solat utama,tuan-tuan pasti akan mendengar tangisan mereka.Jika tuan-tuan melihat wajah-wajah mereka,tuan-tuan akan dapati mata mereka menjadi tidak normal kerana mereka menghabiskan hampir sepanjang malam menangis untuk ummat ini.Ya Allah afiatkanlah para masyaikh kami.

p/s : Maulana Izhar Ul Hasan adalah bapasaudara kepada Maulana Inam Ul Hasan.Maulana Izhar Ul Hasan adalah bapa mentua kepada Maulana Muhammad Harun.Maulana Muhammad Harun adalah bapa kepada Maulana Muhammad Saad dan juga anak kepada Maulana Muhammad Yusof.Maulana Iftikhar Ul Hasan (masih hidup) adalah bapa mentua kepada Maulana Muhammad Talha dan juga adik kepada Maulana Izhar Ul Hasan.Kesemua mereka adalah adalah keluarga Kandhalawi.

Ini adalah panduan dan nasihat peribadi saya,yang saya kongsikan,mungkin orang di luar sana mempunyai nasihat yang lebih baik saya dan juga ada yang tidak bersetuju dengan saya.Afwan,saya alu-alukan.

Thursday, November 14, 2013

Fatwa-Fatwa Ulama Mengenai Ajaran Brelwi

Sebenarnya isu golongan Brelwi tidak perlu saya bahaskan di sini kerana sudah banyak fatwa-fatwa dari Institusi pengajian Islam (Dars-i Nizami) seperti Darul Ulum Deoband dan cawangannya yang telah mengeluarkan fatwa mengenai bahayanya aliran Brelwi dan mereka (Darul Ulum Deoband) telah menghukum Brelwi sebagai bukan dari jalan ASWJ (Asya'irah wal Maturidiyah).

Tetapi yang menghairankan saya ialah bagaimana individu-individu tertentu dengan mudah dan langsung tidak membuat kajian dan selidiki telah melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada Akabir Deoband dengan hanya mengambil pandangan dari golongan seperti Brelwi dalam artikel saya sebelum-sebelum ini 1 dan 2.Hal ini merupakan satu penghinaan kepada Institusi pendidikan Deobandi itu sendiri sedangkan institusi itu telah menjadi benteng kepada umat Islam di dunia ini amnya dan khususnya di benua Hind dari mengekang aliran-aliran yang sesat lagi menyeleweng.

Secara asasnya antara aqidah golongan Brelwi ini ialah seperti berikut :

1. Nabi صلی الله علیه وسلم diciptakan dari cahaya.
2. Nabi صلی الله علیه وسلم mengetahui segala perkara ghaib.
3. Nabi صلی الله علیه وسلم sedang melihat dan boleh hadir / datang kepada kita.
4. Nabi صلی الله علیه وسلم berkuasa mutlak (memiliki ikhtiar sepenuhnya).

Di sini saya serta beberapa fatwa dari beberapa Institusi pengajian Islam terkenal di benua Hind. Antaranya ialah dari Darul Ulum Deoband dan Mazahirul Ulum sendiri.


Fatwa rasmi dari Mazahir Ulum  mengenai kesesatan Brelwi 

Kami, yang bertandatangan di bawah ini, ingin menjelaskan kepada semua umat Islam yang kami amat tegas mengikuti maslak Deobandi yang kami terima daripada orang-orang tua. (kanan); kami tidak membenarkan apa-apa kelembutan dalam hal ini.Daripada Muhammad Salman (penolong Pentadbir Mazahirul Ulum),Mufti Abd Rahman (Mufti Mazahirul Ulum) ,Mufti Muhammad Aqil (Ketua guru Mazahirul Ulum) dan Mufti Maqsud Ali (Mufti Mazahirul Ulum).

Fatwa rasmi dari Darul Ulum Deoband

Di sahkan oleh Syeikhul Hadith Mufti Saeed Ahmad Palanpuri (Syeikhul Hadith Darul Ulum Deoband 23/11/1417 H) dan kemudiannya disahkan oleh Mufti Nizam al-Din,(Mufti Darul Ulum Deoband) dan Mufti Zafir al-Din,Mufti Darul Ulum Deoband 25/11/1417H)

Jika mana-mana individu (dari Brelwi) yang tidak mempunyai aqidah seperti aqidah di atas, maka ianya masih dianggap sebahagian daripada aqidah ASWJ. Tetapi jika mana-mana individu mempunyai pegangan aqidah seperti yang dinyatakan di atas, maka ianya tidak dikenali sebagai ASWJ tetapi lebih kepada Ahli Bid'ah (Brelwi).

p/s : Jika mereka yang jahil masih lagi memberikan komentar menghentam Ulama aliran Deoband lagi,saya beranggapan bahawa mereka ini sedang berperang dengan Allah swt kerana Allah swt berfirman dalam satu hadith Qudsi (Riwayat Bukhari ) .

"Barangsiapa yang menyakiti Wali-Ku, maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang kepadanya."

Semoga Allah swt mengampuni kamu atas keceluparan mulut kamu.

Tuesday, November 5, 2013

Mimpi Faqehul Ummat,Mufti Mahmud Hasan Gangohi rah atas Jemaah Dakwah & Tabligh

Gambar masjid Markaz Bangla Wali.Keberkatan Usaha Jemaah Dakwah dan Tabligh

Tuan Mufti rah telah menulis surat kepada guru beliau yang di sayangi iaitu Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah.Kandungan surat beliau adalah seperti berikut:

“Apabila seorang yang faqir (Tuan Mufti rah ) telah berjumpa dengan Rasulullah Saw di dalam mimpi ,maka Baginda Saw telah berkata kepada saya “ teruskanlah melakukan Usaha Ta’lim (mengajar) dan Tabligh dan kamu akan menjadi sahabat aku di Syurga kelak”. Ketika mimpi itu saya sedang mengajar tafsir al-quran selepas solat Subuh berdekatan dengan masjid manakala orang ramai sedang mengerjakan solat Subuh dan juga mereka ketika itu dalam persediaan untuk melakukan usaha Tabligh.Saya akan memulakannya pada Khamis ini.

Kemudian Syeikhul Hadith telah menulis surat balas kepada Tuan Mufti rah :

“Mimpi tersebut adalah satu rahmat kepada kamu.Semoga Allah swt merahmati kamu.Kedua-dua usaha  tersebut adalah jelas di sebut dan merupakan perkara yang  sangat terpenting. Ianya selalu menjadi keinginanku  supaya kamu mengetuai Jemaah Tabligh di daerah Shaharanpur ,tetapi ianya bukan bermaksud begitu”.

Di petik daripada buku “Sawanih Mufti Mahmud Hasan Gangohi yang di susun oleh Maulana Muhammad Shahid Shaharanpuri hafidzahullah.Hal 35.

Jika sebelum ini,saya memetik kisah-kisah yang diceritakan oleh Faqehul Ummat,Mufti Mahmud Hasan Gangohi seperti kisah ini.Maka timbulah syubhat di hati oleh yang mempunyai kedangkalan akal untuk mempercayainya.Sudah saya nyatakan di mana saya mengambil kisah tersebut.Tetapi masih lagi ada manusia yang enggan mempercayai.Saya menaqalkan kisah-kisah tersebut adalah sebagai satu kaedah targhib atau motivasi untuk diri sendiri dan untuk sahabat-sahabat di luar sana untuk terus beristiqomah dalam melakukan Usaha Dakwah dan Tabligh.Sememangnya sebagai sandaran dalil dan hujjah dalam Usaha Dakwah dan Tabligh ini tidak memadai dengan berhujjah berdalilkan kisah sebegitu,tetapi untuk memotivasikan diri saya ,maka saya perlu kepada kisah-kisah sebegitu.

Adapun sebagai sandaran dan dalil dalam melakukan kerja-kerja Tabligh ini sudah pun di bahas panjang oleh ahli ilmu,maka di sini saya tidak ingin memanjangkannya,sekadar untuk memotivasi diri,saya naqalkan kisah sebegitu.Tetapi ada juga yang tidak mempersetujuinya dengan meragui kewibaaan dengan melemparkan tuduhan yang tidak sepatutnya kepada Faqehul Ummah Mufti Mahmud Hasan Gangohi.Rasa saya manusia seperti in tidak waras akalnya dan amat sengkek ilmunya.Aku serahkan urusanmu kepada Allah sebagai perhitungan

Wahai orang yang menghina ulamak,
Begitu dangkalnya kamu menghina ulamak,
Ketahuilah bahawasanya daging ulamak itu berbisa,
Kelak nanti kamu akan terbinasa,

Kamu menyangka bahawa pengorbanan Faqehul Ummat tidak bernilai.Demi Allah,kamu tidak akan dapat menyamai debu  di kasutnya.Wahai manusia ,ketahuilah siapakah manusia yang pernah di lantik sebagai ketua para mufti di Darul Ulom Deoband.Seorang ulamak yang telah menghasilkan ratusan khalifah tariqat muktabar.Seorang ulamak yang berjaya menghasilkan bilangan pelajar tidak kurang dari lima puluh ribu orang ulamak.Cuba bayangkan ,lima puluh ribu orang ulamak.Puluhan ribu muridnya bertebaran seluruh pelusuk bumi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini