Ikuti Blog Ini

Thursday, October 31, 2013

Karomah Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah

Surat ini dari Syeikhul hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah kepada Syeikhul Hadith Maulana Yunus Jaunpuri.Surat ini diberikan oleh Syeikhul Hadith Maulana Yusuf Motala kepada muridnya (beliau telah mohon pada saya untuk rahsiakan namanya) kemudian beliau amanah kepada saya untuk terjemahkannya.Lalu saya telah meminta Maulana Zaharuddin Nawi untuk menterjemahkannya kerana tulisan Maulana yang sangat ringkas (tulisan tangan) memerlukan seseorang yang berkemahiran yang tinggi untuk menterjemahkannya.

Terjemahan surat itu seperti berikut :

Dari Syeikhul hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah kepada Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jounpuri hafidzahullah.

Umurkan masih baru-baru apa yang dia tahu tentang ishq.Tentang hati yang tidak tenang tu anggap sahaja satu shikwa (aduan) atau shokwa (kekuatan).Kamu itukan baru tahun pertama mengajar daurah. Aku yang banyak dosa inikan sudah mengajar Daurah Hadith tahun yg ke-41.Manakala mengajar hadith itu sendiri sudah tahun yang ke-47.

Semoga Allah memberkati umur kamu dan memberkati kerja kamu sehingga tempoh yang panjang.Nanti bila dah sampai umur 47 tahun,Inshallah kamu akan menjadi lebih alim daripada aku.

Sekian

Zakariyya
27 rejab 1387h/1967.

Simpan kertas ini baik-baik dalam mana-mana buku
Selepas 40 tahun baca semula.

p/s :

Hal ini menunjukan salah satu daripada bentuk karomah Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah bahawa doa guru beliau telah di makbulkan oleh Allah swt.Maka setelah itu, Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jounpuri hafidzahullah hidup lebih daripada 40 tahun selepas surat itu diberikan.
Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jaunpuri hafidzahullah sedang mengerjakan solat di dalam perpustakaan miliknya.Gambar ini insan sahabat saya yang menziarahi beliau di Madrasah Mazahirul Ulom,Shaharanpur, pertengahan tahun ini.Ya Allah,lanjutkan usia ulama dan auliyyamu ini supaya umat dapat ambil istifadah sepenuhnya daripada beliau.Menurut sahabat saya lagi,dalam perpustakaan peribadi beliau,terdapat kitab-kitab hasil takrir dari guru beliau yang belum di cetak,masih bertulisan tangan lagi.

Guru saya pernah mengatakan kepada saya bahawa Hadrat Ji,Maulana Inamul Hasan Kandhalawi rah pernah mengatakan bahawa jika umat Islam hendak lihat auliyya Allah pada zaman ini,maka lihatlah Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jounpuri hafidzahullah.

Tuan-tuan juga di galakan membaca tulisan dibawah ini.


19 comments:

  1. Rasa sayu membaca.....

    ReplyDelete
  2. Rindu aroma Banglawali Masjid Nizamuddin. Wahai Allah.. pilih lah pendosa ini ke sana utk ke sekian kali blajar korban brkhidmat untuk agama Mu...

    Insan Fakir Iman

    ReplyDelete
  3. https://www.facebook.com/TurathPublishing/posts/430275853736295

    Jika page FB Turath Publishing tu dapat dibuka, sila baca, terutamanya bahagian akhir post itu.

    Nak kongsi sikit...

    Alhamdulillah saya berkesempatan duduk di dalam Majlis Khatam Bukhari yang dikatakan pengkhataman yang dikendalikan oleh Maulana Yunus Jaunpuri kali ke-47, di Jamiatul Ilm wal Huda (Darul Uloom Blackburn, UK) pada bulan Jun atau Julai 2013. (Jika betul lah kali ke 47 tu adalah pada tahun ni).

    Memang tidak ada bandingannya duduk dalam majlis sedemikian, bersama alim ulama yang bertaraf sedemikian... Terasa kebaikan dan ketenangan.

    Muhammad, London

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh akhie Muhammad menghubungi saya di fuadpendang@gmail.com
      saya ada perkara penting hendak di bincangkan.

      Delete
  4. saya ada satu soalan

    bolehkah kita bertawasul dan berdoa di atas kubur para wali dan orang soleh ?

    mohon dijawab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca di blog tulisan guru saya ini
      http://drasmadinet.blogspot.com/2009/09/isu-tawassul.html

      Delete
    2. maslahnya deobandi dlm fatwanye menghkum sesat dan bid'ah kpd org yg bertawassul.jadi nak ikut sapa?

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    5. Fatwa mana yang beritahu Deobandi hukum sesat dan bida'ah kepada orang yang bertawasul.

      Kenapa begitu biadap dengan ulamak.?

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ambik mana senarai ni sampai sai baba pun ada juga. Kalau tak faham pasai salsilah tariqat serta cabang2nya di Indopak dan dunia, toksah duk penghabih masa. Kalau tuan boleh baca Syeikh Ahmad Sirhindi (rah), Shah Waliyullah, Shah Abdul Aziz dan Haji Imdadullah Muhajjir Makki. Gabungan Naqsyabandi Mujaddidi dan Chisti Imdiyyah Sabariah menjadi pegangan deobandi. Maulana Rashid Ahmad, Maulana Muhammad Qasim dan Maulana Ashraf Ali Thanwi merupakan khalifah Hj Imdadullah. Barelwi juga akan mengemukakan salsilah yg sama. Kenapa? Orang yg banyak membaca sejarah perjalan tariqat utama di indopak iaitu Naqsyabandi, Chisti, Qadri dan Suhawardi akan tau persamaan dan perbezaannya.

      Delete
    2. saya dh delete salsilah itu.....
      Menampakan kejahilannya sangat...

      Delete
    3. apasal delete?
      takut ke?
      tak kan salah satu habis tolak semua?
      nape nama ulamak deobandi yang ada dlm blog ni tak masuk dlm list tu?
      ini bukan cerita persamaan atau perbezaan tapi nak sebut ulamak deobandi yg diberi gelaran yg hebat2 oleh org tabligh rupanya kerdil je nak dibanding ulama dlm list tu

      Delete
    4. Sebab mu jahil sangat .... langsung x mengkaji hanya tahu copy n paste ?
      Masih lagi mempertahankan ajaran Brelwi ke ?

      Delete
    5. UNTUK ANONYMOUS YG BRELWI TUENovember 15, 2013 at 2:33 AM

      BETUL TU USTAZ.

      SI ANON NIE NAMA DIA PUN TAK ADA DALAM SALASILAH TU.

      DAHLAH JAHIL. SOMBONG LAGI.

      NAK KATA ALIM TAKLAH.
      NAK KATA MUHADDITH TAK JUGA.
      NAK KATA HAFIZ QURAN TAK JUGA.

      APABILA DITANYA SIAPA TOK GURU,
      APA SANAD ILMU HANG ADA TAK NAK JAWAB PULA.

      TAK BERABIH DOK BAGI LINK-LINK FITNAH JER. DOK COPY PASTE LINK2 BRELWI JER.

      AKU NAK TANYA HANG ANONYMOUS PRO BRELWI NIE:

      SIAPA GURU HANG?
      BELAJAR MANA?
      APA SANAD ILMU HANG ADA?

      JAWAB JANGAN TAK JAWAB...
      NI SOALAN CEPU EMAS UNTUK HANG.
      BAGITAULAH KAMI KAT SINI.

      JANGAN NAK BERSEMBUNYI-BUNYI.
      ASYIK SURUH USTAZ FUAD EXPLAIN KAT SINI..
      TAPI HANG SENDIRIQ APABILA MINTAK EKSPLAIN SENYAP JER.

      KALAU TAK NAK JAWAB SOALAN YG KAT DITANYA PASAL PENDIDIKAN HANG
      AKU NASIHATKAN LEBIH BAIK HANG TAUBAT DUK SAMBUNG BELAJAR ILMU AGAMA OK.
      JANGAN DOK SAMBUNG KAT TEMPAT BRELWI PLAK DOH.
      BERTAMBAH DUNGU DAN JAHIL KARANG.

      KESIAN USTAZ FUAD NAK EKSPLAIN KAT HANG.
      JAWAB PERTANYAAN HANG.
      YANG USTAZ FUAD TANYA TAK NAK PULAK HANG JAWAB.

      DAHLAH SALASILAH COPY PASTE BLOG BRELWI MANA NTAH.
      OH YER KIRIM SALAM NGAN KAWAN2 BRELWI KAU YER.

      SELAMAT BERBRELWI...

      Delete
    6. Orang yang faham uruf di sana pun membantah Brelwi tetapi hairan ,orang kita di sini menyokong Brelwi.... ? ajaib2...

      Delete
  6. Saya terpaksa delete satu komen dari orang tidak bertanggungjawab dan satu menulis di post terbaru mengenai Brelwi ini.

    ReplyDelete
  7. teman dah jumpa link yg betul salasilah aulia di bumi hind

    http://www.aulia-e-hind.com/list_of_sufis.htm

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini