Ikuti Blog Ini

Tuesday, November 5, 2013

Mimpi Faqehul Ummat,Mufti Mahmud Hasan Gangohi rah atas Jemaah Dakwah & Tabligh

Gambar masjid Markaz Bangla Wali.Keberkatan Usaha Jemaah Dakwah dan Tabligh

Tuan Mufti rah telah menulis surat kepada guru beliau yang di sayangi iaitu Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah.Kandungan surat beliau adalah seperti berikut:

“Apabila seorang yang faqir (Tuan Mufti rah ) telah berjumpa dengan Rasulullah Saw di dalam mimpi ,maka Baginda Saw telah berkata kepada saya “ teruskanlah melakukan Usaha Ta’lim (mengajar) dan Tabligh dan kamu akan menjadi sahabat aku di Syurga kelak”. Ketika mimpi itu saya sedang mengajar tafsir al-quran selepas solat Subuh berdekatan dengan masjid manakala orang ramai sedang mengerjakan solat Subuh dan juga mereka ketika itu dalam persediaan untuk melakukan usaha Tabligh.Saya akan memulakannya pada Khamis ini.

Kemudian Syeikhul Hadith telah menulis surat balas kepada Tuan Mufti rah :

“Mimpi tersebut adalah satu rahmat kepada kamu.Semoga Allah swt merahmati kamu.Kedua-dua usaha  tersebut adalah jelas di sebut dan merupakan perkara yang  sangat terpenting. Ianya selalu menjadi keinginanku  supaya kamu mengetuai Jemaah Tabligh di daerah Shaharanpur ,tetapi ianya bukan bermaksud begitu”.

Di petik daripada buku “Sawanih Mufti Mahmud Hasan Gangohi yang di susun oleh Maulana Muhammad Shahid Shaharanpuri hafidzahullah.Hal 35.

Jika sebelum ini,saya memetik kisah-kisah yang diceritakan oleh Faqehul Ummat,Mufti Mahmud Hasan Gangohi seperti kisah ini.Maka timbulah syubhat di hati oleh yang mempunyai kedangkalan akal untuk mempercayainya.Sudah saya nyatakan di mana saya mengambil kisah tersebut.Tetapi masih lagi ada manusia yang enggan mempercayai.Saya menaqalkan kisah-kisah tersebut adalah sebagai satu kaedah targhib atau motivasi untuk diri sendiri dan untuk sahabat-sahabat di luar sana untuk terus beristiqomah dalam melakukan Usaha Dakwah dan Tabligh.Sememangnya sebagai sandaran dalil dan hujjah dalam Usaha Dakwah dan Tabligh ini tidak memadai dengan berhujjah berdalilkan kisah sebegitu,tetapi untuk memotivasikan diri saya ,maka saya perlu kepada kisah-kisah sebegitu.

Adapun sebagai sandaran dan dalil dalam melakukan kerja-kerja Tabligh ini sudah pun di bahas panjang oleh ahli ilmu,maka di sini saya tidak ingin memanjangkannya,sekadar untuk memotivasi diri,saya naqalkan kisah sebegitu.Tetapi ada juga yang tidak mempersetujuinya dengan meragui kewibaaan dengan melemparkan tuduhan yang tidak sepatutnya kepada Faqehul Ummah Mufti Mahmud Hasan Gangohi.Rasa saya manusia seperti in tidak waras akalnya dan amat sengkek ilmunya.Aku serahkan urusanmu kepada Allah sebagai perhitungan

Wahai orang yang menghina ulamak,
Begitu dangkalnya kamu menghina ulamak,
Ketahuilah bahawasanya daging ulamak itu berbisa,
Kelak nanti kamu akan terbinasa,

Kamu menyangka bahawa pengorbanan Faqehul Ummat tidak bernilai.Demi Allah,kamu tidak akan dapat menyamai debu  di kasutnya.Wahai manusia ,ketahuilah siapakah manusia yang pernah di lantik sebagai ketua para mufti di Darul Ulom Deoband.Seorang ulamak yang telah menghasilkan ratusan khalifah tariqat muktabar.Seorang ulamak yang berjaya menghasilkan bilangan pelajar tidak kurang dari lima puluh ribu orang ulamak.Cuba bayangkan ,lima puluh ribu orang ulamak.Puluhan ribu muridnya bertebaran seluruh pelusuk bumi ini.

22 comments:

  1. Jazakumullah...
    Mudah-mudahan sempatt sya sampai Nizamudiin

    ReplyDelete
  2. Jangan sedih jika ada org yg menyangkal kisah2 wali wali Allah di akhir zaman ini ramai pakai akal dan nafsu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm ni lah...
      geng kamu sibuk menaqalkan mimpi2 sbg hujjah nak kata JT berada dilandas yg betul.Pas kamu kata sibuk cakap bab politik n kuasa(x ikut sunnah kononnya)

      ambo nak tanya ?
      ada tak ahli pas yg guna hujjah mimpi TGHH ,TGNA,utz Harun din yang diorg mimpi jumpa nabi sbg hujjah nak kata PAS betul?

      kamu tulis tabligh betul sbb ulamanya mimpi jumpa nabi
      budak pas pun boleh dakwa parti depa betul sbb ulama depa juga mimpi jumpa nabi.

      jadi mana satu yang betul?

      Delete
    2. kalau gitu dua-dua betul la kan?

      Delete
    3. Timbanglah dengan neraca ilmu saudara.

      Delete
  3. dua2 betul tuan...selagi orang islam mengamalkan perintah Allah & Sunnah nabi dan ikut amalan individu tak kira dia dalam mane2 persatuan ke NGO ke Tabligh ke atau tak join mane2. Neutral tak ade perasaan ingin menyertai mane2 kumpulan di atas atau lain2, selagi dia ikut ape yang ade dalam al-quran dan hadis dan panduan ahli sunnah wal jamaah...dia betul..atau tuan dan lain2 individu dalam mane2 persatuan bersifat seperti orang yang "neutral" pun akan selamat.

    Sebab Allah takde berfirman dan Nabi pun takde bersabda pasal Pas, Jemaah TAbligh atau lain kumpulan yang mane jika kita sertai akan berjaya..jadi pokok syarat dalam dalam Al-Quran dan Hadis Nabi tentang sifat2 orang2 yang berjaya..

    WALLAHU A'LAM

    ReplyDelete
  4. Jadi tuan raikanlah mane2 jemaah...sudah-sudahla..kadang2 nak tergelak pun ade fikir pasal kite yang dok sibuk cari kelemahan masing2. Yang jelas sekarang Syiah, Yahudi Zionis dan Nasrani dan lain2 yang seangkatan dengan mereka sedang dok kerumun kite orang Islam...

    Bertepatan hadis Nabi lebih kurang maksud : Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

    "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

    Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

    Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

    Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

    Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

    Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

    Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian." Jadi tuan2 kite kene beringat....

    ReplyDelete
  5. Hadratji Maulana In'amul-Hassan rah.a. pernah berkata:"Apa itu istikhlas? Satu kerja (saja) ialah dakwah yang kita ada. Kita hanya akan melakukan kerja itu sahaja.Kita tidak akan buat kerja lain. Tetapi usaha agama YANG LAIN juga berjalan. JANGAN KITA MEMANDANG RINGAN AKAN MEREKA. Juga jangan kita mengkritik akan mereka yang membuat usaha lain dan jangan kita mencari kelemahan mereka."
    (Malfuzat Hadratji Maulana In'amul Hassan, m.s. 22)

    ReplyDelete
  6. Aku hairan ..bila anak pendang
    mengisahkan mimpi elders ada org yg emosi..melenting..merapu x tentu hala ...anak pendang x shoot pun group lain..kalau ada org PAS mimpi jumpa nabi..bagus lah
    x payahlah nak melenting x tentu hala
    Aku kat surau selalu dok dengar ceramah ust kata pasal kehebatan TGNA ...PAS...kutuk org lain
    x betul ..bla bla







    pasal TGNA

    ReplyDelete
  7. Aku hairan bila anak pendang
    cerita perihal elders mimpi jumpa nabi
    ada org emosi..melenting x tentu hala tu apa pasal...kalau ada org PAS
    mimpi jumpa nabi ..baguslah..kau ceritakan laaa pulak boleh kami
    tahu...x payah nak melenting

    ReplyDelete
  8. Pasal mimpi jumpa nabi...bukan setakat ulama' dalam tabligh je..bahkan hampir semua ulama' di dalam mane2 firkah ade mimpi nabi...Sheikh Sudais, Habib2 di Yaman, TGNA, TGHAwang, Ulama'2 tarikat, bahkan orang biase yang mane kerane amalannya mendekatkan diri mereka pada Allah dan Rasul ade yang bermimpi...jadi kite tak perlu pertikai orang2 lain mimpi Nabi..sebab kite dah tau berdasarkan hadis sesiape mimpi lihat Nabi itu adalah Nabi. JAdi diri kita ni yang sejauh mane amalan saye dengan rahmat Allah membolehkan kita melihat Nabi dalam mimpi...Allah2 jauh lagi..selawat pun susah nak zikirkan apetah lagi keseluruhan Sunnah Nabi..jadi tuan2 kite biarkanlah orang lain suke menceritakan perihal mereka mimpi jumpe Nabi sebab ia akan mengundang rase cinta kite pada Habibullah Mustafa Sayyidina Muhammad. Jangan benci orang yang mimpi Nabi...baik dalam Tabligh maupun lain2 firkah. SebenarNYa inilah tanda cinta Nabi pada kite yang muncul memberi nasihat walau lain2 firkah perjuangan.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  9. Tuan benar ..kenapa kita kena mengamok x tentu pasal...sbb apa
    nak dengki..bila ada org mimpi
    jumpa Nabi...x faham aku ..sepatut nya kita cemburu org dpt mimpi Nabi Muhammad SAW

    ReplyDelete
  10. Tuan Nazrey .benar apa yg diperkatakan ...kenapa kita perlu mengamok x tentu pasal bila
    ada org dpt mimpi Nabi..
    Sepatutnya kita cemburu pd mrreka
    ..siapa lah kita nak mendungak langit
    kejap lg nak masuk kubur

    ReplyDelete
  11. MasyaAllah! aaaah bergegar hati ana bila terlihat gambar kawasan solah n kolah wuduk di dlm masjid nizamuddin! aku ingat lagi time josh nak ambik wuduk situ (gambar ke 3), lalu terkejut beruk bila tengok ada sekor ikan keli besar n sepanjang hujung kaki sampai paha aku berenang bebas dlm kolah nizamuddin tu..aha

    ya Allah kurniakan lah keberkatan dan sihatkan lah masyaikh2 kami di nizamuddin...ameen

    ReplyDelete
  12. Buku ini merupakan pendedahan mengejutkan kepercayaan Sufi pemimpin pergerakan Deobandi yang & cabang dakwah mereka, Tablighi Jama'ah. Dalam kompilasi ini pembaca akan belajar tentang lampiran yang mendalam tentang kumpulan tersebut di atas kepada sufi bidaah lama, khususnya Ibn 'Arabi, & ar-Roomee & pengaruh mereka ke atas isu-isu berikut Aqidah (kepercayaan):
    Kepercayaan Wahdatul Wujud
    keterlaluan stesen daripada Awliyaa & pemimpin Sufi bidaah
    Mencari Tawassul dengan mati & tidak hadir
    Kepercayaan Nur Muhammadi
    Cuba untuk mengetahui di atas & banyak lagi!

    http://sunnahbookstore.com/product.php?id_product=478

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang akhie merepek nie ?
      akhie melemparkan fitnah kepada Akabir Deoband ?
      akhie sedar ke tindakan akhie ni ?

      Delete
  13. Tuan tak bernama, drp anta duk sibuk posting pasai pertikaian antara deobandi, ahle hadith dan barelwi yg anta sendiri pun tak tau puncanya baiklah anta ajak manusia kpd amal soleh dan taat pd Allah dn Rasul

    ReplyDelete
  14. Salam ust. mohon laluan...

    Saya suka mengulangi pesanan/jalan keluar yg terakhir kepada kesemua kita di sini, memandangkan semua kita menyangka berada di jalan yg benar dan seolah-olah tidak boleh lagi menemukan titik pertemuan/persamaan. Ketahuilah kebenaran hanya milik Allah yg MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.

    Oleh itu berserahlah kepada Allah dengan bangunlah disepertiga malam atau bila2 masa untuk mohon kepada Allah dengan air mata dan sesungguh hati diberikan kefahaman agama & diterima oleh Allah diri kita untuk asbab agamaNya tertegak. Nafikan segala daya usaha & kepandaian kita, semuanya dariNya jua. Jangan lupa untuk doakan juga hamba yang fakir iman & hina berserta seluruh umat ini... Jazakallah...

    Jika di depan Allah dengan penuh sifat kehambaan dan berlapang dada kita boleh lakukan ini, insya-Allah jalan yg benar akan DIA tunnjuki.

    Jika jalan terakhir ini pun tak mampu dikerjakan, apakan daya, sehebat mana pun hujjah tidak berguna lagi...


    Wassalam (Love & Respect ;^)

    Insan Fakir Iman,

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum berdoa, berhujjah dahulu sbb al quran di turunkan sbg hujjah yg membedakan antara yg haq dgn yg batil

      Delete
    2. Berdebat untuk menang hanya menggelapkan hati

      Delete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini