Ikuti Blog Ini

Friday, October 11, 2013

Pemurnian kisah Sayyidina Tha’labah r.hu

Sering kali ketika selalu di momokan dengan kisah seperti ini : 

"kisah Tha'labah yang berlaku di zaman yang lalu menjelaskan lagi betapa buruknya bencana di dunia yang akan menimpa orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat "

Kisah ini sebenarnya diriwayatkan oleh Imam Al-Tabari rah dalam tafsirnya iaitu Tafsir Al-Tabari dari Abu Umamah al-Bahili r.hu,namun sanad dan matan hadith ini telah menjadi pertikaian dalam kalangan ulamak atas sebab-sebab berikut : 

1. Dalam sanad hadith ini terdapat seorang perawi yang bernama Ali Bin Yazid al-Alhani,di mana ianya di sepakati kedhaifannya. 

2. Sayyidina Tha'labah r.hu ialah salah seorang daripada ahli Badar,yg sememangnya tergolong dalam kalangan orang yang paling mulia dalam kalangan para sahabat r.ahum. Oleh itu amat jauh dari tangkapan akal untuk beliau melarikan diri daripada mengeluarkan zakat. 

Medan perang Badar menyaksikan pasukan pimpinan Sayyiduna Rasulullah saw bertempur dengan pasukan tentera kafir Quraisy

3. Dalil mutawatir menunjukkan apabila seseorang bertaubat,pasti taubatnya diterima oleh Allah Swt dan Rasulnya,seperti mana di dalam kisah Sayyidina Kaab bin Malik r.hu.Jadi bagaimana pula taubat Sayyidina Tha'labah ditolak sedangkan pada zahirnya beliau nampak ikhlas bertaubat?

4. Dalam hadith ada menyebut bahawa Rasulullah saw bersabda mafhumnya: Sesiapa yg tidak mahu memberi zakat, kami tetap akan mengambilnya (secara paksa).Hadith riwayat Imam Ahmad.Jadi bagaimana pula Rasulullah saw membiarkan Sayyidina Tha'labah tidak menunaikan zakat? Atas sebab-sebab di atas, ulamak hadith menghukumkan bahawa hadith di atas adalah munkar,dan tidak layak disandarkan kepada seorang ahli Badar seperti Sayyidina Tha'labah bin Hatib al-Ansari r.hu.

Pandangan Syeikh Kami. 

Syeikh kami,iaitu Maulana Burhan Mia hafidzahullah berpendapat bahawa andai kata benar sekalipun kisah di atas,ianya adalah mengenai seorang munafiq lain yang secara kebetulan bernama Tha'labah,dan bukannya Sayyidina Tha'labah bin Hatib al-Badri al-Ansari r.hu Wallahu a'lam

p/s : Tulisan ini telah di hasilkan oleh Al-fadhil Ustaz Latif Subki (khirij DUZAK) dengan suntingan oleh saya sendiri.Semoga ianya bermanfaat buat kita semua.

7 comments:

  1. Terima kasih wahai sahabatku....

    ReplyDelete
  2. Salam ust.

    Pertanyaan/permintaan saya mungkin out of topic:

    1- Mohon ust tulis nasihat mungkin, bagi mereka yang mula dekatkan diri kepada agama tapi dalam masa yang sama tanpa disedari mula meremehkan hal-hal keperluan/tanggujawab dunia spt kepada keluarga dll. Sebagai contoh bila ditegur, katanya amalan2 agama inilah sebenarnya asbab rezeki tanpa mahu usaha keparluan yang membawa kepada pandangan serong masyarakat dan boleh mengundang fitnah. Mungkin kupasan ust dapat membantu kami memberikan nasihat kepada mereka...

    2-Terlintas di hati saya bila membaca kesungguhan para ulama deoband khasnya terhadap ilmu yg boleh dikatakan keseluruhan masanya untuk ilmu, bilakh masanya mereka ini memikirkan/membuat usaha islah ke atas ummat (jika tidak terlibat dengan fikrah tabligh)? (Maaf, saya bukan meragui mereka jauh sekali melihat keburukan, tapi sekadar inginkan penjelas).

    Jazakallah..

    Insan Fakir Iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam

      Inshallah,rasanya saya akan usahakan,mohon doa daripada sahabat-sahabat semua.

      Rasanya,jika enta membaca tulisan saya (http://wirapendang.blogspot.com/2013/10/darul-ulom-deobandsiapakah-mereka.html) rasanya pasti enta sudah menemui jawapannya.

      Selalu saya ingatkan diri saya bahawa bersama pengutusan Nabi Saw ada tiga perkara :

      1. Dakwah
      2. Ta'alim
      3. Tazkiah

      Ketiga-tiga ini kerja kenabian dan kerja pengisalahan.Masyaikh2 kita di Nizhamuddin ,mereka terlibat dalam kegiatan Dakwah/Tabligh,juga dengan madrasah dan juga dengan khanqa (tariqat kesufian).w/a

      Dan lagi satu,masing-masing ulamak ada peranan masing-masing.w/a
      sekadar pandangan saya yang faqir lagi dhoif ini.

      Delete
  3. Saudara Fakir Iman
    Terima kasih atas pandangan saudara...

    Sekiranya tidak keberatan
    Jenguklah facebook Ibnu Batoota Owsem

    ReplyDelete
  4. jazakalloh, semuga menjadi i'tibar besar kepada penyebar agama Alloh, lantaran ada di antara daei yang langsung mendengar dan menyambung lisan kepada khalayak tanpa memastikan kesohehan kesah meski kadang-kadang terselit ungkapan-ungkapan anih yang bercanggah dengan nas Quran-Hadith

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini