Ikuti Blog Ini

Friday, September 2, 2011

Perut semakin besar

                                      Hidangan raya di rumah aku
Boleh dikatakan hari-hari aku makan,kene makan dan dipaksa untuk makan,nak buat macam mana,orang dah bagi,jadual disusun penuh,hari-hari ada majlis yang mana mesti ada makan,tu yang best tu...asbab inilah,perut sedikit mara kehadapan...

Teringat aku,tahun lepas punya raya,kami semua celebrate raya di Bangladesh,nak makan macam sekarang,tak dapat,sebab ada sapa mau kasi makan macam ini,kat sana mana nak cari nasi Himpit,satay,mee dan pelbagai variasi mee,itu belum masuk lagi segala jenis kueh-mueh dan tambah pula,minumannya terdiri daripada pelbagai warna..
                                   Kat Malaysia,benda nie la popular
Tambahan pula,duduk di kampung ini begitu terasa seolah-olah berada di medan perang,ada saja bunyi letupan kedengaran,persekitaran yang biasa didengari saban tahun...ntah bila la,perkara ini nak berkesudahan.Kalau dulu di Bangladesh,ketika di ambang-ambang raya,begitu bingit bunyi telinga kerana bunyi hon kenderaan yang lalu lalang dihadapan Masjid Kakrail,tetapi suasan berubah,di sini (barangkali Malaysia kot) bunyi bisingnya berasal dari dentuman mini bom atom.

                                   Hon dengan bebasnya berbunyi di sini
Hari-hari makan,guna tangan kanan,dahulukan syariat dan sunnah ketika makan dan minum.Tatacara dan adab-adab makan banyak yang dah aku tulis seperti ini,juga di sini dan disini juga

13 comments:

  1. best dan seronok membaca nukilan saudara...nmpaknya kita punyai pengalamn yg sama....

    ReplyDelete
  2. Klaka pun ada....
    (^__^)y

    "yg kontrol makan"

    ReplyDelete
  3. bagusnya ziarah kampung dan sedara kita yang miskin sambil bawa sedikit makanan supaya keinsafan dan kesyukuran datang...

    ReplyDelete
  4. Beraya dekat Mesia ni banyak dugaan.

    Tak cukup dengan ujian makanan, ujian pakaian wanita 'see-it-through' pula.

    Aku yang perempuan ni pun tersegan. Haihh.

    ReplyDelete
  5. sedekah kuih kt rumah org miskin...

    ReplyDelete
  6. Sesaknya!Memang boleh hilang sabar kalau sesak macam dalam gambar tu.Selamat posa syawal

    ReplyDelete
  7. tu belum kawen lagi, kalo dh kawen biasanya perut org lelaki akan bertambah besar hingga blh dipanggil dgn gelaran 'abg roy (boroi)...'

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum dan selamat hari raya,

    Alhamdulillah, nampaknya di Malaysia ni banyak makanan. Kenalah kita berhati2 dan berpada2 supaya tidak memberi akibat yang kurang baik pulak pada badan.

    ReplyDelete
  9. Anonymous :yeke..ishhh

    Rumah Tua :aduhai...

    Ibnu Zain :syor boleh diterima

    ReplyDelete
  10. ~PENCHENTA~ :tula pasai...sy hat suka kt wanita pun lemas...hahhaha

    azharjaafar: erk?? aku suka kuih bangla

    Anonymous: nk buat la...haha

    ReplyDelete
  11. mhafiz_ydin :azam ...inshallah

    menusuk hati : nak belajaq sabaq kt negara diorang la.

    Norsha : ok juga gelaran tu,tp itu pun terjadi kpd wanita yg baru lepas lahirkan anak...hahhaha

    Kunang-Kunang :betul tu....

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini