Ikuti Blog Ini

Wednesday, March 11, 2009

Takut Pada Allah SWT



Foto sekadar hiasan!!

Tersebut dalam sebuah hadis,sabdaan Nabi saw”Sesungguhnya Allah menciptakan malaikat,sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur dan yang sebelah lagi mencapai bahagian barat.Kepalanya di bawah arasy dan kakinya didasar bumi ketujuh.Ketika umatku(lelaki @wanita) selawat kepadaku,maka Allah perintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari nur di bawah arasy.Kemudian malaikat itu keluar dan mengibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitiskan setitis nur.Daripada setiap titisan itu ,Allah jadikan satu malaikat yang akan mohon keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat”.(Mukasyafah al-qulub)

Tanda-tanda takut pada Allah ada beberapa perkara:

1.Gunakan lisannya untuk cerita kebesaran Allah,zikir,baca al-quran dan muzakarah ilmu.

2.Pada hatinya hilang sifat sombong,kedengkian,takabur,hasad dan sebagainya.Rasulallah saw bersabda:”Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”

3.Pada pandangannya,tidak guna pada makanan,minuman,pakaian atau hal-hal yang haram dan tidak terpikat dengan dunia.Rasulullah saw bersabda”barangsiapa yang memenuhi matanya dengan perkara yang haram,maka Allah akan memenuhi matanya dengan api neraka pada hari kiamat kelak".

4.Pada perutnya tidak diisi dengan yang haram.Rasulullah saw”Manakala sesuap daripada barang haram ke perut seseorang,maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya.Jika di mati dalam keadaan demikian,maka tempatnya di neraka”.

5.Pada kedua tangannya,tidak guna pada perkara yang haram.Dirawikan daripada Kaab Akhbar r.a”Sesungguhnya Allah telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau.Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula.Setiap aula ada tujuh puluh ribu pondok.Tidak ada orang yang boleh masuk ke situ,kecuali orang yang ditawarkan benda yang haram.tetapi dia menolaknya kerana takut pada Allah”.


Barangsiapa yang ada ke semua perkara di atas,maka dia termasuk dalam kategori orang yang dikatakan oleh Allah swt:Ertinya.”Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air(surga).” (Al-Hijr:45)

*Nota penting,doa pada penulis yang ingin pergi belajar agama di India,Pakistan dan Bangladesh pada tahun hadapan awal bulan Jun(InsyaAllah) selepas tamat belajar ilmu kedunian”Ya Allah.englau pilihlah penulis ini untuk pergi ke India,Pakistan dan Bangladesh pada tahun hadapan.Amin

Semoga Allah ,memberikan taufik pada kita untuk amal da sampaikan.

8 comments:

  1. Moga2 saudara berjaya menimba ilmu2 di sana...

    p/s : Makcik dah add link tu...

    ReplyDelete
  2. semoga allah makbulkan anda sebagai orang baik-baik. saya juga mahu jadi orang baik-baik. amin.

    ReplyDelete
  3. salam.mohon izin tuk publish artikel nih kat ana nyer blog.

    ReplyDelete
  4. Fuad, Semoga kamu berjaya dunia dan akhirat.. Insyaallah. Terima kasih atas peringatan berguna di atas...

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah ya akhi...

    Moga-moga blog-blog sebegini dapat dijadikan medan perjuangan pena untuk mencari yang haq dan hakiki hidup, seperti yang dicatitkan saudara, insyaAllah.

    Mohon didoakan.

    ReplyDelete
  6. Salam ukhwah dari Kak Zureen sekeluarga dari serumpun cinta..akak letak add link adik dlm blog ye..

    ReplyDelete
  7. Salam

    Tie,terima kasih ye..

    Pyanhabib..amin

    Humaira..wah,bagoz la...

    Sangmentari...amin,saya doakan kak sama..

    Ainulmardiah,wah nama bidadari 2..

    Kak Zureen...terima kaseh kak....singgah la lagi..

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini