Ikuti Blog Ini

Saturday, March 7, 2009

Mengapa umat Islam diuji dengan pelbagai ujian?



Sifat utama Umat hari ini adalah seperti yang didedahkan oleh al-Quran iaitu mengajak manusia seluruhnya untuk melakukan perkara-perkara yang baik (makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram(mungkar) yang ditegah oleh agama Islam, ia bertujuan tidak lain agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat, Allah swt berfirman " : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orang-orang yang berjaya.(Ali Imran ayat 104)

Allahswt berfirman "Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)"; (lihat ayat 2 surah al-Mulk ayat 2)

Allah swt telah memberi ujian kepada manusia,kerana Allah swt hendak melihat ketika sedang diuji,adakah manusia tersebut menuju kepada Allah swt ataupun tidak.Ujian demi ujian diberikan oleh Allah swt adalah untuk menyedarkan kembali umat ini ataupun Allah swt ingin menjadikan ujian tersebut sebagai asbab pengampun dosa-dosa umat ini.

Nabi saw bersabda"Seseorang lelaki ada baginya satu darjat di sisi Allah yang dia tidak akan mencapainya dengan amal tetapi hanya akan mencapainya dengan ujian yang menimpa ke atas tubuh badannya.” (Abu Daud)

Nabi saw bersabda"Tidak ada satu pun musibah yang menimpa ke atas seseorang Muslim, sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan & kemurungan, sehingga duri yang terkena di badannya, melainkan ia akan menjadi kifarat baginya dari dosa2.” (al-Bukhari)

Jesturu itu,umat hari perlu sedar kembali akan maksud tujuan kedatangan mereka ke dunia ini,dengan umat ini memohon taubat kembali kepada Allah swt,maka kemurkaan Allah swt akan berkurangan dan akan tukarkan keburukan umat ini kepada kebaikan.

Allah swt berfirman"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (Surah Asy-Syura: ayat 30).

0 Komen kat sini:

Post a Comment

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini