Thursday, March 12, 2009
Menangis Kerana Takut Kepada Allah SWT.
Foto di atas ada kaitan ke?? ntah le!!
Telah berkata Abul Laits r.a:”Sesungguhnya Allah swt mempunyai malaikat-malaikat dilangit tujuh bersujud sejak Allah swt menciptakan mereka sampai hari kiamat.Mereka takut menderhakai Allah swt.
Ketika”Demikian inilah yang tersebut dalam firman Allah:Ertinya:”Mereka itu(malaikat) takut kepada Tuhan di atas mereka memperbuat apa-apa yang disuruh”.(An-Nahl 50
Rasulullah saw:”Ketika tubuh seseorang bergetar kerana takut kepada Allah,maka bergugurlah dosanya bagaikan dedaunan jatuh dari pohonya”.
Rasulullah saw:”Sesungguhnya Allah telah berkata:”Aku tidak mengumpulkan pada hambaku dua ketakutan dan dua keamanan.Barangsiapa takut kepadaku di dunia,Aku akan amankan di akhirat,dan barangsiapa(merasa aman dariku di dunia,aku akan takutkan dia di akhirat.
Allah swt berfirman:ertinya,”Maka janganlah kamu takut kepada manusia dan takutlah kepadaku”.(Al-Maidah 44).
Allah swt berfirman:ertinya,”Janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaku”.(Ali Imran 175).
Pernah suatu ketika Hadrat Umar r.a jatuh pengsan,tatkala mendengar ayat al-quran dibaca.Kemudian dia mengambil sepotong kayu sambil berkata:”Sekiranya aku menjadi kayu,tidaklah aku menjadi seperti ini.Dan jika ibuku tidak melahirkanku.”Beliau menangis teresak-esak.Air matanya mengalir membasahi pipinya,sehinggakan pada mukanya ada dua garis hitam bekas air matanya.
Rasulullah saw bersabda.”Api (nereka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kepada Allah swt,sehingga air susu kembali ke buah dada”.
Di ceritakan daripada Hadrat Muhammad bin Muzir r.a,manakala menangis,beliau mengusapkan air matanya ke muka dan janggutnya sambil berkata:”Telah aku dengar bahawa api nereka tidak akan menjilat muka manusia yang basah oleh air mata.
Nabi saw bersabda:”Ketika telah masuk ahli syurga,mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan.Dipersilakan untuk mereka singgah sana permaidani indah.Disajikan untuk mereka segala rupa makanan mereka dan minuman yang lazat.Oleh itu,mereka menjadi kehairanan.Kemudian Allah berfirman:”Wahai hamba-hambaku mengapakah engkau hairan?Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”Mereka menjawab,”Janji untuk kami telah tiba waktunya”.Kemudian Allah berfirman kepada malaikat,”Bukalah tabir daripada muka mereka.”Malaikat menjawab,”wahai Tuhanku,bagaimana mereka dapat melihat engkau?Sedangkan mereka itu derhaka.”Allah berfirman lagi,”Bukakan tabir!Sesungguhnya mereka memalukan muka mereka kerana aku,bersujud dan menangis di dunia kerana agamaku dan mereka menangis kerana ingin berjumpa dengan aku”.Lalu malaikat membukakan tabir.Sehingga mereka dapat melihat.Maka segera mereka bersujud kepada Allah,tetapi Allah berfirman:”Angkatlah kepalamu,ini bukan tempat untuk beramal,melainkan tempat kemulian.Kemudian mereka nampak Allah swt dengan tanpa kafiyah.Allah swt berkata kepada mereka:”Salam sejahtera bagi engkau wahai hamba-hambaku.Aku redha kepadamu.Apakah engkau telah redha kepadaku?”.Mereka menjawab:”Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami,engkau telah memberi kami seseuatu yang belum pernah terlihat oleh mata,belum pernah terdengar oleh telinga bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia(Zahrir Riyadh).”
Inilah yang dimaksudkan firman Allah swt:
Ertinya:”Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepadaNya.”(Al-Baiyinah 8)
Dan firman Allah yang berbunyi
Ertinya:”(Dan ucapan)selamat perkataan daripada Tuhan yang Pengasih”.(Yassin 58)
*Nota penting,doa pada penulis yang ingin pergi belajar agama di India,Pakistan dan Bangladesh pada tahun hadapan awal bulan Jun(InsyaAllah) selepas tamat belajar ilmu kedunian”Ya Allah.englau pilihlah penulis ini untuk pergi ke India,Pakistan dan Bangladesh pada tahun hadapan.Amin
Semoga Allah ,memberikan taufik pada kita untuk amal dan sampaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah. Saya telah melaksanakan tanggungjawab. Jangan lupa letak blog saya di blog anda pula. =)
ReplyDeletesalam,,,abg IsmaelZaharee..ok
ReplyDeletemohon share..
ReplyDelete