Salam,semalam saya ada pergi nusrah jemaah Mesir dan sempat buat ghast dengan diaorang.Pada malamnya pula,saya sempat duduk dalam majlis fikir iman dan amal.Pembayan adalah seorang maulana yang pernah buat usaha di zaman hadrat ji Maulana Yusof Rah.
Beberapa perkara yang beliau sebutkan ialah..
*Kisah pengorbanan Maulana Ilyas rah(beliau cerita dalam keadaan menangis).Katanya,di Masjid Nizamuddin,satu mehrab,iaitu disitu ialah tempat yang Maulana Ilyas selalu beribadat.Beliau juga cerita bagaimana Maulana Ilyas menangis dalam hutan sehinggakan seorang pemburu binatang takut mendengar tangisan beliau,boleh dikatakan setiap malam,beliau akan menangis disitu.
*Beliau juga menceritakan,kisah bagaimana Maulana Ilyas berjumpa dengan mufti besar India pada waktu itu dan berkata Maulana Ilyas kepada mufti terbabit.Maulana Ilyas berkata kepada mufti,sekarang umat Islam dihina dan dibelenggu keyakinan kepada selain dari Allah.Apakah yang harus kita buat sekarang,Lalu Maulana Ilyas menjemput mufti besar tersebut supaya datang ke Masjig Nizammudin untuk muzakarah mengenai perkara tersebut.
*Mufti tersebut telah datang datang Masjid Nizammudin,lalu Maulana Ilyas telah mempelawanya masuk ke dalam bilik untuk bermuzakarah.Setelah mufti tersebut masuk dalam bilik,lalu Maulana Ilyas pun mengunci pintu bilik tersebut sambil memegang pisau.Lalu berkatalah Maulana Ilyas kepada mufti tersebut,"adakah usaha yang sedang aku buat ini bertentangan dengan sunnah dan al-quran,kalaulah ia bertentangan sunnah dan al-quran,maka tuan ambillah pisau ini dan bunuh saja aku,kerana darah aku halal bagi tuan(pembayan mulai menangis),dan kalaulah ia tidak bertentangan dengan sunnah dan al-quran,maka bantulah saya.Maka Mufti tersebut berkata,usaha yang sedang tuan buat ini tidak bertentangan dengan sunnah dan al-quran,kata mufti lagi,tidak lama lagi,umat kurun pertama akan berjaya dihasilkan.
*Pembayan juga berpesan supaya kita semua wajid menjaga sunnah-sunnah baginda.Baik sunnah dalam solat mahupun diluar solat.Beliau berkata,dalam sunnah tidak yang terkecil,semuanya besar.Sabdaan nabi s.a.w"satu sunnah aku lebih bernilai dari tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.Hari ini jika umat meninggalkan sunnah,umat ini berada dalam keadaan bahaya.
*Solat juga kata beliau adalah cara yang paling baik untuk tarik manafaat terus daripada Allah.Jika seorang yang tidak menunaikan solat,cara apa lagi yang harus digunakan untuk tarik manafaa dari Allah,kemudian beliau berpesan lagi dalam solat wajid kita wujudkan sifat ehsan,kalau dalam solat,kita tidak wujudkan sifat ehsan,macam mana kita hendak wujudkan sifat ehsan diluar solat.
*Beliau menceritakan,ketika beliau membuat usaha ziarah di Mesir,satu keluarga Islam sedang bersiap2 untuk menukar agama,sambil menangis,keluarga tersebut mendakwa bahawa mereka telah diziarahi sebanyak 32 kali oleh mubaligh Kristian,dan pada hari ini mereka ingin pergi untuk menukar agama kepada Kristian.
*Beliau menambah,jika ummat ini meninggalkan dakwah,umat ini akan semakin jauh dari agama.Beliau berkata umat ini akan rasai agama ini hanyalah kecil saja,Nabi SAW dalam satu hadith telah bersabda,jika kamu tahan sakit,tahan sejuk,tahan panas,tahan lapar dan sebagainya lagi,maka Allah akan berikan pahala kepada kamu.Kaad R.A bila dengar hadith ini terus doa pada,supaya Allah berikan kesusahan ketika beliau sedang keluar dijalan Allah.Satu,Abu Darda R.A merasa panas yang amat sangat lalu bertanya kepada Kaab R.A kejadian tersebut,lalu Kaab pun berkata akulah yang berdoa kepada Allah supaya diberi kesusahan.Allahuakbar.
*Tashkil dibuat......
0 Komen kat sini:
Post a Comment
Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.