Ikuti Blog Ini

Tuesday, February 17, 2009

Bahagian-Bahagian Hadith siri kedua

Hadith Hasan

1. Hasan Li Zaatihi
Sifat Musyabbahat drpd kalimah husnu yg bermaksud cantik dan elok.

Dari sudut istilah:
Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan seseorang yg adil, yg
berkurangan kekuatan pada hafalannya tanpa terdapat Keganjilan dan tidak
ada Kecacatan. Maka perawi pada setiap kedua-dua jenis Hadis tersebut
(Sahih dan Hasan) adil tetapi kekuatan hafalan pada taraf Hasan berkurangan
berbanding dgn taraf Sahih dan tidak sempurna sepertinya. Ianya dinamakan
dgn nama tersebut kerana memandangkan keelokan pada dalamannya, bukan
kerana sesuatu pada luarannya dan apabila digunakan lafaz Hasan, maka ianya
bersifat Hasan Li Zaatihi.

2. Hasan Li Ghairihi

Apabila sesebuah Hadis pada zatnya adalah dhaif, tetapi kedhaifannya boleh
diterima utk dinaikkan taraf melalui cara yg lain kpd taraf Hasan, Hasannya
bukan Li Zaatihi tetapi ianya adalah Li Ghairihi iaitu dhaif yg boleh
diterima kesahihannya, maka ianya menjadi Hasan Li Ghairihi.

a- Dhaif kerana disebabkan oleh keadaan perawinya tidak dikenali atau tidak
masyhur, tidak pelupa tetapi terdapat banyak kesalahan.

b- Dhaif kerana disebabkan oleh keadaan perawinya yg lemah hafalannya atau
tersalah dan bercampur perkara tersebut di antara kebenaran dan amanah.

c- Dhaif disebabkan sanadnya tidak bersambung, samada ianya Mungqati' atau
Mursal.

d- Dhaif disebabkan adanya Mudlis yg meriwayatkan dgn bersambung-sambung
sedangkan tiada padanya seseorang yg mengambil berat terhadap pembohongan.
Keempat-empat jenis ini boleh diterima kesahihannya dan boleh dianggkat
kepada taraf Hasan melalui dua syarat:

1- Tidak terdapat syuzuz iaitu keganjilan pada Hadis.

2- Riwayatnya adalah dengan satu cara yg lain atau lebih drpd satu cara.
Contohnya: Hadis yg diriwayatkan oleh Tirmizi, dikira Hasan melalui riwayat
Syukbah drpd Aasim bin Ubaidullah drpd Abdullah bin Aamir bin Rabii'ah drpd
ayahnya bahawa seorang wanita drpd Bani Fazarah berkahwin dgn maskahwinnya
sepasang kasut. Maka Rasulullah [s.a.w] bersabda: (Apakah engkau redha terhadap diri
dan harta kamu dgn sepasang kasut?) Wanita tersebut menjawab: Ya. Maka
baginda membenarkannya. Tirmizi berkata: Di dlm bab yg terdapat riwayat
drpd Amru, Abu Hurairah, Aisyah dan Abu Hadrad. Maka Asim dikira perawi
daif kerana buruk hafalannya tetapi Tarmizi meletaknya pada taraf Hasan
kerana ianya dibawa dlm satu bentuk sahaja, tidak ada dalam bentuk lain.


*Pengertian yg dibuat oleh Tirmizi terhadap Hadis Hasan

Abu Isa At-Tirmizi dianggap sebagai org pertama yg diketahui telah
membahagikan Hadis kpd Sahih, Hasan dan Dhaif sebagaimana yg disebut oleh
Ibnu Taimiyah di dlm kitab Majmuk Al-Fatawa tetapi pengertiannya terhadap
Hadis Hasan, ialah Hadis Hasan Li Ghairihi. Beliau telah membuat pengertian
di dlm bab kecacatan-kecacatan yg terdapat di dlm kitab Jami'nya, di mana
katanya: (Setiap Hadis yg diriwayatkan kemudian tidak terdapat pada
isnadnya perawi yg dituduh berbohong dan Hadis tersebut juga tidak ganjil
serta diriwayatkan dgn bentuk lain yg seumpamanya, maka pada pendapat kami
ianya adalah Hadis Hasan).

Perkataan berlawanan dgn kuat. Dhaif terdapat dlm bentuk fizikal (hissi)
dan maknawi. Dhaif yg dikehendaki di sini ialah dari segi maknawi.

Dari sudut istilah:
Pengertian yg dibuat oleh Ibnu Solah ialah: Setiap Hadis yg tidak terkumpul
padanya sifat2 Hadis Sahih dan Hadis Hasan.

Dhaif dapat dibahagikan apabila hilang syarat2 penerimaan kpd beberapa
jenis dan secara ringkasnya adalah seperti berikut:

a - Hilang syarat sanad yg bersambung. Ianya dapat dibahagikan kpd lima
bahagian iaitu:
1-Muallak 2-Mungqati' 3-Muaddhal 4-Mursal 5-Mudlis

b - Hilang syarat adil. Ianya dapat dibahagikan kpd beberapa bahagian iaitu:
1-Maudu' 2-Matruk 3-Mungkar 4-Matruh 5-Mudha'af 6-Mubham

c - Hilang syarat kuat hafalan. Ianya terbahagi kpd:
1- Mudraj 2-Maqlub 3- Muddtarib 4-Musahhif dan Muharrif

d - Hilang syarat terpelihara drpd syuzuz (keganjilan). Ianya dapat
dibahagikan kpd satu bahagian sahaja iaitu syaz.

e - Hilang syarat terpelihara drpd Illat (kecacatan). Ianya hanyalah satu
bahagian sahaja iaitu Muallil.

*Hukum meriwayat dan beramal dengannya:

Hadis2 Dhaif yg tidak tetap dan tidak ditegaskan pembohongannya.

Ibnu Taimiyah menyebut di dlm kitab Majmuk Al-Fatawa: (Apabila diketahui
ianya adalah batal dan Hadis yg diada-adakan, tidak harus cenderung
kepadanya, kerana sesuatu pembohongan adalah sama sekali tidak berfaedah,
tetapi apabila terdapat ketetapan bahawa ianya adalah Sahih, maka tetaplah
hukumnya dan apabila berlaku keraguan pada keduanya maka ia boleh
diriwayatkan kerana kemungkinan ianya benar dan tiada kemudaratan pada
pembohongannya.

Imam Ahmad berkata: Apabila seseorang berkata: Jika terdapat suatu targhib
(Dorongan mendekati kebaikan) dan tarhib (Dorongan menjauhi keburukan),
maka kami mempermudahkan pada sanad-sanadnya. Maksudnya: Kami meriwayatkan
Hadis, di dlm Hadis tersebut disertakan dgn sanad-sanad sekalipun perawinya
tidak mempunyai kepercayaan yg boleh dibuat hujah.

Begitu juga ada yg berpendapat: Ianya boleh diamalkan dari sudut
kelebihan-kelebihan amalan. Dimana (beramal dengannya ialah beramal dgn
amalan yg soleh seperti membaca Al-Qur'an dan berzikir).
Begitu juga pendapat beliau: (Apabila Hadis-hadis bab kelebihan mempunyai
kadar dan had tertentu seperti sembahyang dlm waktu tertentu dgn bacaan
tertentu atau dgn cara tertentu, maka ianya tidak harus kerana galakan
terhadap gambaran yg tertentu ini, tidak tetap dgn dalil syarak).
Kemudian beliau mengakhiri kata-katanya dgn berkata: Maka keputusannya dlm
bab ini, dibolehkan meriwayat dan beramal dengannya dlm keadaan targhib dan
tarhib, bukan dlm bab galakan. Kemudian pegangan terhadap perkara wajib,
iaitu kadar pahala dan balasan bergantung pada dalil syarak).

Kesimpulan drpd kata-kata Ibnu Taimiyah yg lepas, iaitu syarat-syarat yg
wajib diikuti ketika meriwayatkan Hadis Dhaif yg tidak tetap pembohongannya
serta tidak ditegaskan kebenarannya.

Syarat-syarat tersebut ialah:

1- Hendaklah terkandung dlm asas amalan seperti membaca Al-Qur'an dan doa.
2- Bukan dari ketetapan syarak atau merupakan sifat bagi Allah iaitu drpd
perkara-perkara yg berhubung dgn aqidah dan hukum, juga bukan galakan dan
seumpamanya.
3- Ianya bukan perkara batil yg dibuat-buat. Jika diketahui kebatilan dan
ianya perkara yg dibuat-buat, maka tidak harus diambil kira dan berhujah
dengannya dlm semua perkara.

Hadith Maudhuk

Pengertiannya pada bahasa:
Kalimah maudhuk iaitu menjatuhkannya dan dinamakan sedemikian kerana
tergugur kedudukannya.

Dari sudut istilah:
Berita yg dibuat-buat terhadap Rasulullah [s.a.w] sebagai pembohongan terhadap
baginda.

Kedudukannya:
Ianya adalah seburuk-buruk jenis Dhaif, bahkan sesetengah ulama
menjadikannya satu bahagian yg berasingan, tidak tergolong drpd Hadis2
Dhaif dan tidak digunakan padanya dgn lafaz Hadis melainkan dari sudut org
yg memaudhukkannya.

Hukum meriwayatkannya:

Telah sepakat pengharaman meriwayatkan berita yg dibuat-buat Dan
disandarkan kpd Rasulullah [s.a.w], melainkan jika diiringi dgn keterangan tentang
Maudhuknya, ini ialah kerana Rasulullah [s.a.w] pernah bersabda: (Sesiapa yg membuat
pembohongan terhadapku dgn sengaja maka disediakan tempatnya di dlm Neraka).

Sabda Baginda lagi: (Sesiapa yg memperkatakan sesuatu tentang aku dgn
percakapan yg diketahui ianya adalah bohong maka dia adalah salah seorang
pembohong).

*Tanda2 Hadis Maudhuk:

Para ulama telah menggariskan kaedah2 utk mengenali Hadis2 Maudhuk. Di
antara kaedah2 tersebut ialah:

1- Pengakuan drpd pembuat sendiri, seperti pengakuan Ibnu Abu Mariam yg
mengaku membuat pembohongan terhadap Hadis2 Kelebihan Surah.

2- Terdapat bukti pada kedudukkan hubungan perawi, seperti meriwayatkan
drpd syeikh yg terbukti beliau tidak menemuinya, hidup sezaman dgn nya,
meninggal dunia sebelum kelahiran perawi atau beliau tidak memasuki tempat
yg beliau mendakwa pernah mendengarnya spt Makmun bin Ahmad Al-Harawi yg
mendakwa pernah mendengar drpd Hisyam bin Umar, maka Ibnu Hiban bertanya
padanya: Bilakah kamu memasuki Syam? Beliau menjawab: Pada tahun 250
Hijrah. Ibnu Hiban berkata: Sesungguhnya Hisyam yg diriwayatkan oleh Makmun
telah meninggal dunia pada tahun 245 Hijrah.

3- Terdapat bukti pada matan yg menunjukkan pembohongannya, seperti
terdapat pada riwayat tersebut kesalahan pada tata bahasa atau terdapat
kelemahan pada lafaz dan tergugur makna.

4- Bersalahan dgn akal, fizikal dan penyaksian: Spt riwayat drpd Ar-Rahman
bin Zaid bin Aslam bahawa kapal Nabi Nuh a.s tawaf di Baitullah tujuh
keliling dan sembahyang di belakang makam dua rakaat.

5- Bersalahan dgn keterangan Al-Qur'an dan sunnah yg sahih, yg tidak boleh
ditakwil seperti: Aku adalah penutup para Nabi, tiada Nabi selepasku
melainkan jika dikehendaki oleh Allah; maka ianya bersalahan dengan firman Allah
s.w.t yg bermaksud: (Tetapi Muhamad adalah pesuruh Allah dan penutup para Nabi)
dan seperti apa yg bersalahan terhadap kebenaran sunnah yg mutawatir
(Akulah penyudah, tiada Nabi selepasku).

6- Bersalahan dgn data sejarah yg diketahui pada masa Nabi s.a.w seperti
riwayat dikenakan Jizyah ke atas org Yahudi selepas perang Khaibar dan
tidak dikenakan kerja tanpa upah terhadap mereka dgn disaksikan oleh Saad
bin Muaz dan ditulis oleh Muawiah bin Abu Sufian. Sedangkan ketetapan
sejarah mengatakan bahawa Jizyah belum lagi diperkenalkan dan belum
disyariatkan pada tahun peperangan Khaibar kerana ayat tentang Jizyah
diturunkan selepas tahun peperangan Tabuk. Sesungguhnya Saad bin Muaz
meninggal dunia sebelum peristiwa tersebut iaitu dlm peperangan Khandak.
Manakala Muawiah pula memeluk Islam pada tahun pembukaan Mekah.

7- Khabar tentang perkara yg penting berulang dakwaan pembawakannya seperti
yg berlaku dgn disaksikan oleh semua sahabat tetapi tidak meriwayatkanya
melainkan seorang sahaja dan yg lainnya menyembunyikannya, seperti
diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah memegang tangan Ali bin Abu Talib ketika
dihadiri oleh seluruh sahabat sewaktu kepulangan mereka dari mengerjakan
Haji Widak, kemudian baginda bersabda selepas org ramai mengenalinya:
(Kanak2 ini adalah, saudaraku dan akan menjadi khalifah selepasku, maka
hendaklah kamu mendengar dan mentaatinya). Adakah seseorang Muslim boleh
menerima berita yg menunjukkan semua sahabat telah sepakat utk
menyembunyikannya ketika mereka memilih Abu Bakar sebagai Khalifah dan dgn
dipersetujui oleh Abu Bakar dan mereka menyetujuinya sbg khalifah mereka?

8- Mengandungi balasan yg berat teradap dosa kecil atau pahala yg banyak terhadap amalan yg sedikit. Perkara ini masyhur terhadap balasan siksa dan
balasan baik seperti kata mereka: (Sesiapa yang mengucapkan kalimah "Tiada
illah melain Allah" maka Allah akan menciptakan utk nya seekor burung yg mempunyai
tujuh puluh ribu lidah manakala setiap lidah mempunyai tujuh puluh ribu
bahasa yg sentiasa meminta keampunan untuknya.

*Nota penulis"semoga Allah memberi kita taufik untuk kita amal dan sampaikan"

0 Komen kat sini:

Post a Comment

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini