Ikuti Blog Ini

Sunday, May 22, 2011

Nasihat dari Hazrat Syiekh Saad Al-Kandahlawi

Gambar sekadar hiasan..

Nasihat dari Hazrat Syiekh Saad Al-Kandahlawi d.b,baru-baru ini hampir setiap hari dalam bayan-bayan Suboh beliau,beliau nasihatkan supaya mengambil ikhtibar kisah seorang sahabat ini,maka setiap orang Islam kena dengar/baca kisah ini,ianya merupakan sangat-sangat penting dalam usaha kita.Bagaimana mereka mendapat kekuatan iman yang sebegitu,tidak lain dan tidak bukan,hasil gabungan antara dakwah dan amal.Kisahnya adalahseperti berikut.

Membaca kisah athar seorang sahabat Nabi Saw, walau nama ini kurang dikenali ini, namun kisah ketabahannya mampu mengalirkan air mata. Beliau adalah Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi r.hu, direkodkan oleh Imam Az-Zahabi di dalam kitabnya Siyar Al-a'lam Al-Nubala, beliau bersama tentera Islam yang lain ditawan oleh pemerintah Roman. Islam di waktu itu di bawah pemerintahan khalifah Umar al-Khattab r.hu.

Kisahnya juga dicatat di dalam sumber-sumber sejarah Islam yang lain seperti Al-Isabah oleh Ibn Hajar, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimash, Ibn ‘Athir dalam Asad Al-Ghabah dan lain-lain. Namun kisah ini tetap mendapat pelbagai kritikan oleh para ulama hadith, kesimpulannya, mereka menganggapnya sebagai lemah dari sudut sanadnya. Pun begitu, kisahnya amat baik untuk dijadikan pedoman dan tauladan.

AURA SAHABAT RASULULLAH
Disebabkan imej Islam yang dibina oleh Rasulullah Saw dan khalifah sebelumnya, terkenal di kalangan musuh-musuh Islam akan kehebatan dan keunikan generasi Islam di zaman itu khususnya para sahabat baginda Nabi s.a.w.

Apabila dimaklumkan kepda raja Roman, bahawa salah seorang dari tentera Islam yang berjaya ditawan adalah dari kalangan sahabat Rasulullah. Raja Roman kegembiraan. Dia gembira kerana berpeluang untuk melihat sendiri susuk tubuh salah seorang dari sahabat nabi yang sering tersebar akan kehebatan dan keluarbiasaan mereka di waktu itu.
Raja roman dicatatkan mengarahkan sahabat tersebut dibawa ke hadapannya.Raja meminta : "Adakah engkau sudi untuk keluar dari Islam (menjadi Nasrani)? Jika engkau lakukan itu, aku akan menganugerahkanmu sebahagian dari pemilikan harta yang dimiliku" Abdullah bin Huzafah r.hu menjawab :Ertinya : "Sekiranya engkau memberiku seluruh yang kamu miliki, bahkan jika seluruh yang dimiliki pemimpin arab, TIADALAH akan aku keluar dari agama yang dibawa Nabi Muhammad ini walau untuk jangka waktu sekelip mata"Akibat dari penolakan itu, Raja Roman telah mengarahkan agar dibawa sebuah tempat azab yang dipenuhi minyak panas mendidih lalu dicampakkan seorang tawanan Muslim ke dalam, hingga kecut, terkeluar tulangnya dan masak dagingnya.

TANGISAN BELIAU
Kemudian, diarahkan agar Abdullah bin Huzafah r.hu pula dicampakkan ke dalamnya. Tatkala itu, pegawai raja melihat Abdullah bin Huzafah r.hu menangis, lalu mereka dengan segera memaklumkan kepada raja akan hal tersebut.

Raja dan Roman dan pegawai mereka gembira kerana menjangka taktik mereka berjaya untuk mengoncang iman dan pendirian Abdullah yang sebelum ini menolak permintaan Raja.
Namun apabila ditanya semula permintaan yang sama (untuk murtad), jawapan yang sama tetap diberikan oleh Abdullah bin Huzafah r.hu. Raja Rom merasa pelik dan bertanya sebab tangisannya.Abdullah bin Huzafah r.hu menjawab :Ertinya : "Ia kerana jiwa ( nyawaku) yang hanya satu ini, sebentar lagi ia akan pergi maka aku menangis kerana mengenangkan betapa aku menginginkan sekiranya aku punyai banyak nyawa sebanyak rambutku ini maka bolehlah engkau lemparkan aku berkali-kali ke dalam api itu, aku ingin gunakan semuanya pada jalan Allah."Bermakna, Abdullah bin Huzafah r.hu sebenarnnya menangis bukan kerana takut, tetapi merasa terkilan hanya mempunyai satu nyawa di ketika itu, padahal dia sangat ingin untuk mempunyai lebih banyak nyawa dan tidak bimbang sama sekali mengharungi kematian asalkan ianya untuk Islam, biarpun kematian itu berkali-kali. Yang penting semua kematiannya syahid dan demi memperjuangkan Islam. MashaAllah.!

TERSENTAK
Apabila raja Rom mendengar jawapan Abdullah bin Huzafah r.hu, dia menjadi amat kagum. Terfikir jika sebelum ini dia hanya mendengar kisah-kisah keajaiban para Sahabat Rasulullah, tetapi kali ini beliau menyaksikannya sendiri di hadapan matanya. Keadaan tersebut menjadikannya merubah pemikiran secara drastik lalu menawarkan Abdullah bin Huzafah r.hu untuk dibebaskan dengan satu syarat.

Raja Rom mensyaratkan agar Abdullah bin Huzafah r.hu untuk mencium dahinya.
Abdullah bersetuju dengan syarat, semua tawanan Islam yang dianggarkan berjumlah sekitar 80 orang turut dibebaskan bersamanya.
Raja Rom bersetuju.

Apabila pulang ke Madinah, kisah pembebasan tersebut tersebar dan dimaklumkan kepada Umar Al-Khattab r.hu selaku khalifah ketika itu. Lalu Umar dengan gembira sambil berkata:
Ertinya : Menjadi hak dan tanggungjawab setiap Muslim untuk mencium dahi (kepala) Ibn Huzafah, dan aku akan memulakannya.

Demikian sebuah kisah dari athar sahabat nabi, nilai kualiti iman yang amat mengkagumkan, pengorbanan yang diberikan kerana agama,walaupun diri sendiri menghadapi kesusahan.Hari ini,sifat sebegini sudah terkeluar dari kehidupan umat Islam.Sifat sanggup menghadapi kesusahan demi orang lain.Semoga Allah mengembalikan semula sifat-sifat sahabat r.hum kepada diri umat ini.

Thursday, May 5, 2011

Minggu lepas di Masjid Sri Petaling

Gambar sekitar majlis sambutan aidilfitri anjuran Jawatankuasa Masjid Sri Petaling.
Pada minggu lepas saya berada di masjid Sri Petaling,kerana menguruskan student-student Politeknik tuanku Sultanah Bahiyah (dulu Poli Kulim) untuk keluar 40 hari.Student ini seramai 18 orang.dam mereka ini berasal dari negeri yang berbeza-beza di Malaysia.Setelah sampai di Sri Petaling,mereka telah dibahagikan kepada 3 jemaah.Sesapa yang pening,kenapa perlu keluar 40 hari,boleh rujuk sini.

Pandangan dari bahagian atas PTSB
Untuk pengetahuan semua,semua Politeknik-politeknik di seluruh Malaysia telah mula bercuti selama 2 bulan bermula minggu lepas.Maka seronok riang la pelajar ini bercuti selama 2 bulan,tetapi bagi mereka yang dipilih Allah untuk keluar di jalan-nya,hal ini merupakan satu pilihan darpada Allah Swt,melapangkan masa selama 40 hari di jalan-nya.Di sini saya senaraikan setiap politeknik yang ada berjaya keluarkan jemaah 40 hari untuk cuti semester ini iaitu selama 2 bulan.
1.Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,(politeknik Kulim),Kedah.
2. Politeknik Kota Bahru,Kelantan.
3. Politeknik Port Dickson,Negeri Sembilan.
4. Politeknik Johor Bahru,johor.
5. Politeknik Sultan Azlan Shah,Perak.
update status jemaah student ini,sekadar politeknik Kulim.
1.Satu jemaah dihantar ke kawasan Ipoh,Perak.
2.Satu jemaah dihantar ke Jerantut.pahang.
3.Satu jemaah dihantar ke Batu Pahat,Johor.
Cerita Orang Bisu.
Dengan izin daripada Allah,saya berkesempatan untuk mengikuti program orang Bisu yang berlangsung pada tanggal 1 Mei 2011,di dewan solat utama masjid ini.Kehadiran amat menggalakan,wakil dari beberapa markaz di negara ini turut menghantar wakil. Di sini saya senaraikan setiap markaz yang ada usaha ke atas orang bisu ini.
1.Markaz Sungai Petani.Kedah.
2. Markaz Penanti.Pulai pinang.
3. Markaz Masjid banggali,Pulai Pinang.
4. Markaz Kuala Terangganu,Terangganu.
5.Markaz Sri Petaling,Kuala Lumpur.
6. Markaz Johor Bahru,Johor baharu.
Apabila di ambil setiap laporan kerja,rupa-rupanya,di negara kita ini,baru seorang saja saudara bisu kita yang pernah berpengalaman 4 bulan,iaitu daripada Markaz kuala Lumpur.Program bayan/ceramah di kendalikan oleh Jemaah bisu dari negara Pakistan.

Usaha ke atas orang bisu dan pekak bermula sekitar awal tahun 2005.
Usaha keatas orang bisu dan pekak ini,merupakan usaha yang sangat-sangat penting kerana,di perdengarkan di dalam program ini,bahawa kebanyakan orang bisu ini,mereka mempunyai iktikad yang salah terhadap Allah Swt dan rasulnya.Mereka (orang bisu dan pekak ini) mendakwa bahawa Allah Swt itu lelaki dan Nabi Muhamad Saw itu wanita.Kalau korang tidak percaya,rajin-rajin la korang pergi interview mereka ini.

Tuesday, April 26, 2011

40 hari antara hikmah dan kesannya.

Sebenarnya,tujuan artikel ini ditulis adalah kerana permintaan dari seorang rakan saya yang bertanya kepada kenapa “pergerakan Dakwah dan Tabligh” menggunakan tempoh angka tertentu dalam misi khuruj mereka seperti mana tempoh tertentu seperti 3 hari,40 dan 4 bulan.Namun disini saya ingin mengulas mengenai tempoh tersebut dan kenapa ianya di guna pakai di dalam jemaah ini dalam proses untuk mentarbiah,mengislah dan menghayati manhaj dakwah baginda Saw.

Tempoh 40 hari itu sendiri sangat sinonim dengan agama Islam.Mesti ada sesuatu yang bermanfaat jika seseorang membuat sesuatu perkara (hal kebaikan) dan mengguna pakai tempoh yang banyak kali telah di sebut oleh Allah SWT dan Rasulnya.

Allah Swt sebut sendiri dengan tempoh 40 hari.

Allah SWT berfirman : “dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), Maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya EMPAT PULUH MALAM(40 hari). dan berkata Musa kepada saudaranya Yaitu Harun: "Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan". (QS. Al A'raaf 142)

Juga di ayat ini, firman Allah Swt jelas menyebut tempoh 40 hari.

Allah SWT berfirman : “Dan (ingatlah), ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah) EMPAT PULUH MALAM, (QS. Al Baqarah 51)

Niat saya ingin membuat ulasan berkaitan tempoh ini dalam proses kejadian manusia serta kesannya kepada kehidupan manusia.Dan apabila seseorang itu mengikuti pergerakan jemaah ini dengan niat yang betul serta memahami uslub-uslub dan tertib serta peraturan yang telah di tetapkan dalam jemaah ini,maka Inshallah,akan memperolehi manfaat yang besar dan akan mendatangkan perubahan yang besar dalam diri seseorang.Disini,saya sertakan satu hadith berkaitan proses kejadian manusia dan signifikannya kepada tempoh 40 hari.

Dari Abi 'Abdirrahman 'Abdillah Bin Mas'ud RadiyaLlahu 'anhu telah berkata:
"Telah bersabda Rasulullah SAW dan dialah yang selalu benar dan dibenarkan. " Sesungguhnya tiap orang di antaramu dikumpulkan pembentukannya (kejadiannya) di alam rahim ibunya dalam 40 hari berupa nutfah (air yang kental) kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian menjadi gumpalan seperti sekerat daging, selama itu juga( 40 hari), kemudian diutuslah kepadanya Malaikat, maka ia meniupkan roh padanya dan diperintahkan (ditetapkan) dengan 4 perkara: 1. ditentukan rezekinya, 2. ajalnya (umurnya) 3. amalnya (pekerjaannya), 4 ia celaka atau bahagia “.Sahih Al-Bukhari No. 3208

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].

Allah Swt berfirman :
“ Kemudian Allah menyempurkan (kejadiannya) dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya”. [As-Sajadah: 9].

Jika dihitung, proses pembentukan seorang manusia sebelum ditiupkan roh adalah sebanyak 120 hari(40 sebanyak 3 kali) atau 4 bulan. Baiklah, kembali kita perihal tentang kejadian manusia. Dalam pada masa inilah, seorang muslim mula merasai tentang kenikmatan di dalam ibadat kepada Allah setelah bersusah payah kerana agama selama tempoh tersebut. Di sini mula tersingkap perasaan kasih sayang dan kerisauan yang mendalam terhadap agama. Di sini juga mula berputik perasaan tanggungjawab yang meninggi sebagai umat Nabi Saw dengan membawa fikir dan risau baginda Saw di dalam kehidupan seharian.

Setelah masa 40 hari di alam kandungan terbentuklah pendengarannya, panglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulangnya. Setelah 40 hari tarbiah dan islah diri terbentuklah pendengaran yang selalu mendengar kebaikan, panglihatan yang selalu melihat kebaikan. Dan akan ada perubahan kearah kebaikan setelah masa 40 hari.

Cuba kita bayangkan kalaulah seorang bayi apabila berada didalam kandungan dalam tempoh 40 hari sebanyak 3 kali berturut dan jumlah kesemuanya berjumlah 120 hari dan kemudiannya Allah SWT telah meniupkan roh bagi setiap bayi-bayi ini di dalam kandungan ibunya,maka dengan kaedah dan tempoh yang sama ,manusia apabila berada di dalam perut masjid,dengan berpandu kepada rujukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama,maka inshaAllah ianya akan mendatangkan perubahan kearah kebaikan dan kalau seseorang bayi apabila berada selama 120 hari di dalam perut ibunya,Allah SWT meniupkan roh bagi bayi tersebut,maka orang yang berada di dalam perut masjid juga selama tempoh yang sama,maka di harapkan supaya Allah SWTmeniupkan roh agama kepada seseorang tersebut.Hal ini merupakan ijtihad Syeikh Ilyass Kandalawi rah,yakni di yakini membawa kepada hakikat perubahan kearah kebaikan.(Rujuk kitab Al-Mahfuzat Syeikh Illyas rah)

(Perkaitan tempoh 40 hari dengan amalan agama .Amalan berperjalanan atau keluar dari rumah selama 40 hari juga adalah tempoh masa yang pernah digalakan oleh Saidina Umar r.a.

“Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat (perbatasan). Saidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat (perbatasan) itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari? (Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab ‘Risalah ad Dakwah)

Satu lagi hadith menerangkan kepentingan tempoh 40 hari.

Daripada Anas bin Malik r.hu bahawa Rasulullah SAW bersabda”Sesiapa yang mengerjakan solah berjemaah kerna Allah SWT dengan memporelehi takbiratul-ula selama empat puluh hari (40 hari) akan mendapat dua kelepasan iaitu kelepasan daripada api nereka dan kelepasan daripada sifat munafik”(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

Keistimewaan empat puluh hari (40 hari) adalah kerana tempoh itu boleh memainkan peranan yang penting dalam membawa perubahan kepada sesuatu keadaan.Oleh sebab inilah mengikut pendapat ulama tasawuf,mereka berijtihad dalam tempoh empat puluh hari (40) mempunyai keistimewaan khas.

Maka ulama di dalam Usaha dakwah dan tabligh telah berijtihad bahawa tempoh yang disebut dalam hadith tersebut kepada penggunaannya dalam proses mengislah,tarbiah dan menghayati manhaj dakwah baginda Saw kepada diri setiap Muslim.Kalaulah tempoh ini boleh memainkan peranan dalam proses pembentukkan kejadian manusia dalam kandungan seseorang ibu,maka apatah lagi dalam tempoh yang sama di cuba kepada setiap Muslim untuk melakukan proses tarbiah dan islah dengan berpandu kepada garis panduan yang telah di tetapkan oleh Ulama-ulama di dalam usaha dakwah ini.Bagi menhidupkan amalan agama di dalam kehidupan sesorang manusia,hanya akan berkesan dan diterima apabila di lakukan dengan cara Nabi Saw.

Untuk tarbiah,islah dan menghayati manhaj dakwah baginda Saw,maka suasana persekitaraan memainkan peranan penting,seperti mana kata-kata Ibnu Khaldun.Maka usaha dakwah ini memilih masjid dalam proses permulaan kearah pembentukan kepada suasana kebaikan( yakni mudah untuk melakukan sesuatu hal kebaikan jika berada di dalam masjid).

Kata Ibnu Khaldun dalam karya agungnya iaitu al-Mukadimah,”Suasana persekitaraan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap watak dan tabiat manusia”.

Dan dalam proses ini juga penting juga diterapkan formula yang di guna pakai oleh baginda Saw sendiri dalam mentarbiah,islah dan menghayati manhaj dakwah baginda Saw sendiri yang beliau sendiri telah ajarkan kepada para Sahabat r.hum,seperti kata-kata seorang Imam mujtahid umat ini.

Imam Malik Rah:” Umat ini tidak akan dapat diperbaiki,melainkan di gunakan cara yang sama yang dilakukan terhadap generasi awal (para sahabat r.hum) “.(Muowatho Imam Malik)

Sebagai penutup hayatilah sabdaan Nabi Saw ini: “Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah (ibadah dan taat) SELAMA 40 HARI maka akan zhahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”. (HR. Abu Dawud dan Abu Nai’mn dalam Al-Hilyah 5/189)

Juga pengajaran daripada kisah ini.

Berdasarkan suatu riwayat, bahtera yang membawa Nabi Nuh a.s dan para pengikutnya itu berlayar selama 40 HARI, sesudah itu banjir melanda dan Nabi Nuh diperintahkan berlayar menggunakan bahteranya. Dengan demikian binasalah orang-orang kafir yang menentang Nabi Nuh. Hanya para pengikut Nabi Nuh yang hidup di atas bahtera sahaja selamat dan tinggal di bumi sebagai penghuninya.

Maka apabila direnung dengan sebaik mungkin,sekarang sudah berlaku banjir,tetapi sekarang dunia sedang di banjiri oleh lautan maksiat,maka untuk menyelamatkannya( dari lautan maksiat ini) perlu juga setiap manusia akhir zaman ini kembali kepada bantera seperti bantera Nabi Nuh a.s berlayar 40 hari dari masjid ke masjid.,dan di harapkan juga supaya setiap manusia juga selamat dari lautan maksiat pada hari ini.

Wednesday, April 20, 2011

Krisis lapangan ilmu

Kitab agung Syarah Saheh Al-Bukhari


Sebelum ini(awal tahun 2009),satu persolan telah bermain di fikiran saya,persoalan yang di maksudkan ialah apakah maksud di sebalik hakikat ilmu.Persoalan ini telah bersarang di fikiran saya kerana saya telah mendengar satu ucapan daripada seseorang yang baru pulang dari I,P,B dan beliau dalam ucapannya menerangkan dan menyatakan bahawa ilmu ini ialah yang berkaitan dengan agama sahaja,dan selain daripada itu,ianya bukan dinamakan ilmu tetapi lebih kepada maklumat dan informasi sahaja.Apabila mendengar ucapan begini,maka saya mula meragui,apakah ini benar-benar kata dari Hazrat Syeikh Muhamad Saad sendiri,atau tambahan daripada penceramah ini,kerana beliau mendakwa ini adalah kata-kata dari Hazrat Syiekh Muhamad Saad sendiri.


Kekeliruan inilah,yang saya tanamkan dalam hati saya,bahawa saya akan pergi tanya sendiri dengan Hazrat Syeikh untuk meminta kepastian daripada beliau sendiri,apatah lagi,saya akan ke I,P,B tidak lama lagi(impian ini telah di kabul Allah SWT pada 18 Jun 2010),sehinggalah,Allah SWT telah memilih saya untuk menjejak kaki di Masjid Banglawali(markaz Utama Usaha Dakwah dan Tabligh) dan bertambah kuat keazaman saya untuk bermuzakarah bersama Hazrat Syeikh sendiri.Maka impian dan harapan saya telah di kabulkan oleh Allah SWT,saya berpeluang bertanya sendiri kepada Hazrat Syeikh sambil dibantu oleh seorang Ustaz dari Malaysia,yang sedang khidmat 2 bulan di sana.Dua persoalan yang saya ajukan kepada Hazrat Syeikh,dan saya akan ceritakan satu sahaja di bawah ini.Hal yang berkaitan dengan kekusutan yang bermain di fikiran saya.


Soalan saya kepada beliau,apakah maksud kata-kata Hazrat Syeikh yang mengatakan bahawa ilmu kedoktoran,kejuruteraan dan sebagainya bukanlah ilmu yang sebenar tetapi lebih kepada maklumat dan informasi,bahkan Hazrat Syeikh berulang-ulang lagi dalam ucapan Hazrat Syeikh iaitu ini bukanlah ilmu,maka mereka yang mempelajarinya tidak akan dapat ganjaran dan kelebihan seperti mana yang di janjikan oleh Rasulullah Saw dalam Hadith beliau seperti kelebihan-kelebuhan menuntut ilmu,seperti satu hadith di bawah ini.
“Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga”. (H.R Muslim, 13/212, no. 4867)


Maka yang menjadi kemusykilan saya,apakah kami ini (pelajar-pelajar bukan jurusan agama tidak mendapat apa-apa habuan daripada janji-janji yang telah disebutkan di dalam hadith di atas).


Jawapan Hazrat Syeikh dalam maksudnya untuk merungkai kekusutan yang bermain di fikiran saya,beliau telah menyebut satu hadith berkaitan tindakan Saidina Umar r.hu yang bertindak mempelajari satu ayat dari kitab Taurat,apabila di beritahu kepada Rasulullah SAW,betapa marahnya baginda SAW di atas tindakan Saidina Umar R.hu.Lihat lihat Hadith di bawah.


“Daripada Abdullah Bin Thabit r.hu,meriwayatkan bahawa Umar Ibnu Al-Khatab R.hu telah datang menemui Nabi Saw dan berkata,Ya Rasulullah,saya telah menziarahi saudara saya dari Bani Quraidzah,lalu beliau telah menuliskan beberapa potong ayat (yang berfaedah untuk diri saya) daripada “kitab Taurat”,kalau tidak menjadi keberatan tuan,boleh saya tunjukan kepada tuan?Perawi berkata,berubah wajah Rasulullah SAW apabila mendengar perkataan itu,berkata Abdullah Bin Thabit R.hu,wahai umar tidakkah kamu melihat wajah Nabi Saw yang berubah kerana kemarahannya….hingga akhir hadith…” (H.R.Musnad Ahmad)


Kata Hazrat Syeikh,cuba kita bayangkan,tindakan Saidina Umar r.hu mempelajari satu ayat daripada kitab Taurat (kitab yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S) pun telah menyebabkan kemurkaan Nabi SAW,cuba kita bayangkan,apakah perasaan Nabi Saw,apatah lagi kita hari ini yang mempelajari ilmu yang bukan-bukan sehingga kita mendakwa ilmu agama juga ilmu,dan ilmu kedoktoran,kejuruteraan juga merupakan ilmu,bahkan kita sanggup mengenepikan ilmu agama kerana ilmu yang dikatakan ilmu kedunian ini(sanggup belajar sampai PHD dalam bidang kejuruteraan tetapi ilmu dalam bab mandi wajid pun tidak tahu).


Kata ahli Sains,gempa bumi terjadi disebabkan adanya pergerakan plat-plat di dasar bumi.Langsung tak kait dengan kekuasaan Allah SWT.
Hazrat Syeikh menambah,asbab kejahilan dan kelemahan iman orang Islam,mereka (yakni orang Islam) telah mengikut telunjuk orang kafir dalam perkara ini.Kata hazrat Syeikh,adalah yang di maksudkan dengan ilmu ialah,apa yang telah diturunkan daripada Allah kepada Nabi Saw dan menyebabkan kita yang mempelajarinya semakin kita mengetahui apakah kehendak Allah kepada kita dan kita ingin tunaikan mengikut cara Nabi SAW tunaikannya.Kata Hazrat Syeikh lagi,kalaulah ada orang yang mempelajari Ilmu Sains,dan tidak menafikannya (ilmu Sains tersebut) maka dia (yakni orang yang pelajarinya) tidak akan dapat melihat kudrat Allah SWT.(Ahli-ahli Sains dalam bahaya,kalau mereka tidak menafikan ilmu Sains mereka.(contoh mengakui bahawa kejadian alam ini tidak ada hubungkait dengan Allah SWT).


Hazrat Syeikh juga menambah lagi,kalaulah kita anggap,ilmu Sains,kejuruteraan sebagai ilmu dan akan mendapat habuan yang sama daripada hadith Nabi SAW,kenapa ada orang yang mempelajari ilmu tersebut,ada yang semakin jauh dengan Allah SWT bahkan ada yang berani melawan Allah SWT.(tambahan daripada saya,Seorang Saintis British ,Dr Stephen Hawking,mendakwa bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya)lihat betapa bodoh dan jahilnya beliau walaupun beliau merupakan seorang Saintis(ilmu yang tinggi) ,tetapi maklumat yang ada padanya,menyebabkan dia berani mengeluarkan kenyataan yang menghina Allah SWT.Tengok,kalau kita dakwa ilmu Sains juga ilmu,kenapa ada orang yang berani keluarkan kenyataan seperti ini,bukankah dakwaan kita selama ini ilmu sains juga adalah ilmu,kenapa tidak dapat membawa seseorang kepada Allah SWt,mcm mana nie bro???sapa mau jawab??


Allah SWT berfirman:
“... Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (orang yang berilmu) ...” (Surah Faathir, 35: 28)
“...dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.” (Surah al-Baqarah, 2: 255)


Kata-kata Hazrat Syiekh yang terakhir,kalaulah ilmu yang seperti mana yang kita dakwa adalah ilmu,maka segala kelebihan-kelebiahn yang di khabrkan oleh Nabi SAW,maka orang kafir pun akan jadikannya sebagai satu targhib(galakan dalam mencari ilmu yang bathil ini).


Hari ini orang Islam terperangkap dengan kejahilan,ilmu dunia mereka jadikan ilmu,semua perkara di katakan ilmu.Selain daripada itu kita letakannya sebagai maklumat.Bila ilmu-ilmu lain iaitu ilmu dunia dikepitkan dengan hadith-hadith Nabi saw dan kelebihan-kelebihan,maka ianya akan menjadi “dalalah” kesesatan.Maka tidak menjadi fardhu ain keatas kita untuk menjadi seorang “Muhadditshin”,”Ulama”,” Ustaz”,tetapi menjadi fardhu ain ke atas kita semua untuk mengetahui ilmu setiap amalan yang hendak dilaksanakan.Oleh kerana itu,kita semua kena minta ampun pada Allah SWT kerana kita telah mencuaikan ilmu agama yang sebenar sehingga kita agung-agungkan ilmu-ilmu lain dalam kehidupan kita.


Nabi SAW bersabda:“Demi Allah! Sesungguhnya aku memohon keampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari semalam lebib tujuh puluh kali”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini