Ikuti Blog Ini

Tuesday, April 26, 2011

40 hari antara hikmah dan kesannya.

Sebenarnya,tujuan artikel ini ditulis adalah kerana permintaan dari seorang rakan saya yang bertanya kepada kenapa “pergerakan Dakwah dan Tabligh” menggunakan tempoh angka tertentu dalam misi khuruj mereka seperti mana tempoh tertentu seperti 3 hari,40 dan 4 bulan.Namun disini saya ingin mengulas mengenai tempoh tersebut dan kenapa ianya di guna pakai di dalam jemaah ini dalam proses untuk mentarbiah,mengislah dan menghayati manhaj dakwah baginda Saw.

Tempoh 40 hari itu sendiri sangat sinonim dengan agama Islam.Mesti ada sesuatu yang bermanfaat jika seseorang membuat sesuatu perkara (hal kebaikan) dan mengguna pakai tempoh yang banyak kali telah di sebut oleh Allah SWT dan Rasulnya.

Allah Swt sebut sendiri dengan tempoh 40 hari.

Allah SWT berfirman : “dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), Maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya EMPAT PULUH MALAM(40 hari). dan berkata Musa kepada saudaranya Yaitu Harun: "Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan". (QS. Al A'raaf 142)

Juga di ayat ini, firman Allah Swt jelas menyebut tempoh 40 hari.

Allah SWT berfirman : “Dan (ingatlah), ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah) EMPAT PULUH MALAM, (QS. Al Baqarah 51)

Niat saya ingin membuat ulasan berkaitan tempoh ini dalam proses kejadian manusia serta kesannya kepada kehidupan manusia.Dan apabila seseorang itu mengikuti pergerakan jemaah ini dengan niat yang betul serta memahami uslub-uslub dan tertib serta peraturan yang telah di tetapkan dalam jemaah ini,maka Inshallah,akan memperolehi manfaat yang besar dan akan mendatangkan perubahan yang besar dalam diri seseorang.Disini,saya sertakan satu hadith berkaitan proses kejadian manusia dan signifikannya kepada tempoh 40 hari.

Dari Abi 'Abdirrahman 'Abdillah Bin Mas'ud RadiyaLlahu 'anhu telah berkata:
"Telah bersabda Rasulullah SAW dan dialah yang selalu benar dan dibenarkan. " Sesungguhnya tiap orang di antaramu dikumpulkan pembentukannya (kejadiannya) di alam rahim ibunya dalam 40 hari berupa nutfah (air yang kental) kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian menjadi gumpalan seperti sekerat daging, selama itu juga( 40 hari), kemudian diutuslah kepadanya Malaikat, maka ia meniupkan roh padanya dan diperintahkan (ditetapkan) dengan 4 perkara: 1. ditentukan rezekinya, 2. ajalnya (umurnya) 3. amalnya (pekerjaannya), 4 ia celaka atau bahagia “.Sahih Al-Bukhari No. 3208

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].

Allah Swt berfirman :
Kemudian Allah menyempurkan (kejadiannya) dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya”. [As-Sajadah: 9].

Jika dihitung, proses pembentukan seorang manusia sebelum ditiupkan roh adalah sebanyak 120 hari(40 sebanyak 3 kali) atau 4 bulan. Baiklah, kembali kita perihal tentang kejadian manusia. Dalam pada masa inilah, seorang muslim mula merasai tentang kenikmatan di dalam ibadat kepada Allah setelah bersusah payah kerana agama selama tempoh tersebut. Di sini mula tersingkap perasaan kasih sayang dan kerisauan yang mendalam terhadap agama. Di sini juga mula berputik perasaan tanggungjawab yang meninggi sebagai umat Nabi Saw dengan membawa fikir dan risau baginda Saw di dalam kehidupan seharian.

Setelah masa 40 hari di alam kandungan terbentuklah pendengarannya, panglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulangnya. Setelah 40 hari tarbiah dan islah diri terbentuklah pendengaran yang selalu mendengar kebaikan, panglihatan yang selalu melihat kebaikan. Dan akan ada perubahan kearah kebaikan setelah masa 40 hari.

Cuba kita bayangkan kalaulah seorang bayi apabila berada didalam kandungan dalam tempoh 40 hari sebanyak 3 kali berturut dan jumlah kesemuanya berjumlah 120 hari dan kemudiannya Allah SWT telah meniupkan roh bagi setiap bayi-bayi ini di dalam kandungan ibunya,maka dengan kaedah dan tempoh yang sama ,manusia apabila berada di dalam perut masjid,dengan berpandu kepada rujukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama,maka inshaAllah ianya akan mendatangkan perubahan kearah kebaikan dan kalau seseorang bayi apabila berada selama 120 hari di dalam perut ibunya,Allah SWT meniupkan roh bagi bayi tersebut,maka orang yang berada di dalam perut masjid juga selama tempoh yang sama,maka di harapkan supaya Allah SWTmeniupkan roh agama kepada seseorang tersebut.Hal ini merupakan ijtihad Syeikh Ilyass Kandalawi rah,yakni di yakini membawa kepada hakikat perubahan kearah kebaikan.(Rujuk kitab Al-Mahfuzat Syeikh Illyas rah)

(Perkaitan tempoh 40 hari dengan amalan agama .Amalan berperjalanan atau keluar dari rumah selama 40 hari juga adalah tempoh masa yang pernah digalakan oleh Saidina Umar r.a.

Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat (perbatasan). Saidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat (perbatasan) itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari? (Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab ‘Risalah ad Dakwah)

Satu lagi hadith menerangkan kepentingan tempoh 40 hari.

Daripada Anas bin Malik r.hu bahawa Rasulullah SAW bersabda”Sesiapa yang mengerjakan solah berjemaah kerna Allah SWT dengan memporelehi takbiratul-ula selama empat puluh hari (40 hari) akan mendapat dua kelepasan iaitu kelepasan daripada api nereka dan kelepasan daripada sifat munafik”(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

Keistimewaan empat puluh hari (40 hari) adalah kerana tempoh itu boleh memainkan peranan yang penting dalam membawa perubahan kepada sesuatu keadaan.Oleh sebab inilah mengikut pendapat ulama tasawuf,mereka berijtihad dalam tempoh empat puluh hari (40) mempunyai keistimewaan khas.

Maka ulama di dalam Usaha dakwah dan tabligh telah berijtihad bahawa tempoh yang disebut dalam hadith tersebut kepada penggunaannya dalam proses mengislah,tarbiah dan menghayati manhaj dakwah baginda Saw kepada diri setiap Muslim.Kalaulah tempoh ini boleh memainkan peranan dalam proses pembentukkan kejadian manusia dalam kandungan seseorang ibu,maka apatah lagi dalam tempoh yang sama di cuba kepada setiap Muslim untuk melakukan proses tarbiah dan islah dengan berpandu kepada garis panduan yang telah di tetapkan oleh Ulama-ulama di dalam usaha dakwah ini.Bagi menhidupkan amalan agama di dalam kehidupan sesorang manusia,hanya akan berkesan dan diterima apabila di lakukan dengan cara Nabi Saw.

Untuk tarbiah,islah dan menghayati manhaj dakwah baginda Saw,maka suasana persekitaraan memainkan peranan penting,seperti mana kata-kata Ibnu Khaldun.Maka usaha dakwah ini memilih masjid dalam proses permulaan kearah pembentukan kepada suasana kebaikan( yakni mudah untuk melakukan sesuatu hal kebaikan jika berada di dalam masjid).

Kata Ibnu Khaldun dalam karya agungnya iaitu al-Mukadimah,”Suasana persekitaraan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap watak dan tabiat manusia”.

Dan dalam proses ini juga penting juga diterapkan formula yang di guna pakai oleh baginda Saw sendiri dalam mentarbiah,islah dan menghayati manhaj dakwah baginda Saw sendiri yang beliau sendiri telah ajarkan kepada para Sahabat r.hum,seperti kata-kata seorang Imam mujtahid umat ini.

Imam Malik Rah:” Umat ini tidak akan dapat diperbaiki,melainkan di gunakan cara yang sama yang dilakukan terhadap generasi awal (para sahabat r.hum) “.(Muowatho Imam Malik)

Sebagai penutup hayatilah sabdaan Nabi Saw ini: “Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah (ibadah dan taat) SELAMA 40 HARI maka akan zhahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”. (HR. Abu Dawud dan Abu Nai’mn dalam Al-Hilyah 5/189)

Juga pengajaran daripada kisah ini.

Berdasarkan suatu riwayat, bahtera yang membawa Nabi Nuh a.s dan para pengikutnya itu berlayar selama 40 HARI, sesudah itu banjir melanda dan Nabi Nuh diperintahkan berlayar menggunakan bahteranya. Dengan demikian binasalah orang-orang kafir yang menentang Nabi Nuh. Hanya para pengikut Nabi Nuh yang hidup di atas bahtera sahaja selamat dan tinggal di bumi sebagai penghuninya.

Maka apabila direnung dengan sebaik mungkin,sekarang sudah berlaku banjir,tetapi sekarang dunia sedang di banjiri oleh lautan maksiat,maka untuk menyelamatkannya( dari lautan maksiat ini) perlu juga setiap manusia akhir zaman ini kembali kepada bantera seperti bantera Nabi Nuh a.s berlayar 40 hari dari masjid ke masjid.,dan di harapkan juga supaya setiap manusia juga selamat dari lautan maksiat pada hari ini.

38 comments:

  1. Menjawab soalan saya. Tapi, bagaimana untuk tentukan keluar 3 hari, 40 hari, atau 4 bulan? Maaf, soalan mungkin agak pelik. :|

    ReplyDelete
  2. ~PENCHENTA~ : menjawab persoalan awak,ikut keputusan mesyuarat..mentaati keputusan mesyuarat ada kebaikan yg tersendiri...

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Hmm. 3 hari, 40 hari atau 4 bulan ni adalah tertib untuk mudahkan jemaah keluar d jalan Allah mengikut kesediaan. Contohnya, bagi student, tertibnya untuk keluar 1 hari setengah sebab masa cuti yang singkat. Kecuali ada masa cuti yang panjang, maka dialu alukan untuk bagi masa yang lebih lama. Wallahu a'lam

    Maaf nak komen lebih pun saya kurang pengalaman. hehe. Jazakallah khair. Semoga Allah terima usaha tuan, insya-Allah. :)

    ReplyDelete
  4. benar segala penulisan ini,tulisan ini begitu ilmiah,saya sebelum mengikuti jemaah tabligh,begitu mencuaikan solat dan oyher,tapi setelah sy turut keluar bersama mereka selama 40 hari,maka sy telah berubah,dan perubahan ini mengejut ibu bapa saya...
    saya bersyukur kpd Allah kerana di pertemukan dgn usaha dakwah ini,

    ReplyDelete
  5. Sedikit tambahan. Yang penting kena taat pada keputusan mesyuarat. Mafhum hadis nabi(lebih kurang maksud): "Barangsiapa yang bermesyuarat, maka dia akan sentiasa berada di jalan yang lurus. Barangsiapa yang tidak bermesyuarat, maka dia akan sentiasa dalam kesusahan."

    Tidak rugi orang bermesyuarat dan tidak menyesal orang beristikharah.

    ReplyDelete
  6. Benar tuan Pendang.. semasa keluar banyakkan dakwah, ta'lim (ilmu = belajar dan mengajar), ibadat dan khidmat... empat perkara ni penting dan taat mesyuarat.. jika keluar tapi seronok2 dan banyak rehat kurang kesannya walau 40hari & 4bulan..
    ~begitu juga jika ibu mengandung tapi terdedah dengan persekitaran yang tak elok (asap rokok dll) dan tak berpantang memberi kesan -ve pada bayi dalam perut..maka ibu perlu berada dipersekitaran yang baik, berpantang dan banyakkan amal supaya bayi di dalam perutnya sihat apabila dilahirkan~

    ReplyDelete
  7. hariz chacho:benar kata tuan,kalau wanita yg dh bersuami,cuba ajak suami keluar sendri..

    Anonymous 1: saya pun pernah alami perkara yg sama,ya Allah bersyukurnya saya di pilih untuk kuar 40 hari di atas nama ini usaha...

    Anonymous 2: benar tuan,hadith mengenai proses kejadian manusia sangat signifikan kepada proses islah dan tarbiah manusia..mcm tuan kata,seorg ibu bila mengandung,kene jga (pantg) kalo x,menjejaskan anak yg dikandungnya.
    mcm tu juga kuar,ni kene rules dan tertib2nya...baru ada kesan..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ni... Begitu tuan sangat bersungguh2 dalam berkongsi ilmu.. Padat dengan hujah2 yang bermanfaat..

    Keluar jemaah bolehlah dikatakan keseronokan dalam kesusahan..

    Keluar 40 hari kali pertama tidaklah sama dengan keluar 40 hari yang kedua dan juga tidaklah sama dengan keluar 40 hari yang ketiga..

    Ujian, ilmu dan pengalaman yang berbeza akan diperolehi.. (Sungguh Allah swt Maha Mengetahui akan kehendak dan keperluan setiap hambaNya)

    ReplyDelete
  9. yep dengar cerita dajjal pun buat kerjanya selama 40 hari juga.. masa tu makanan hanya zikir sahaja...
    oleh itu banyakkan zikir.. Yang bagi lapar dan kenyang pun dari Allah swt.. banyak hikmahnya yang kita orang awam tak tau apa yang orang alim syorkan pada kita..

    ReplyDelete
  10. takda komen,penambahbaikan.sependapat

    ReplyDelete
  11. penerangan menarik.. sesuai untuk sesiapa yang suka pertikaikan hal ini... :)

    ReplyDelete
  12. 40 hari suatu angka yang memang sinonim dgn usaha agama kerana ia terdapat dalam al Quran dan Al hadis, cuma orang yg diberi oleh allah sahaja yg dapat menterjemahkannya. N3 ini baik dan jika mereka nak mengetahui lebih terperinci tanyalah orang alim yg mursyid

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum tuan, menarik artikel ini...pasti ramai yang nak tahu dalil keluar dijalan ALLAH...3h, 40h & 4 bulan...he3

    ReplyDelete
  14. salam tn fuad,
    Alhamdulillah, N3 yg bagus, bermanfaat dan bermaklumat.....lepas ni kalau orang tanya ada idea nak cerita sbb selalunya org suka sgt tanya dalil2 kuar 40h, 4bln, 3 hari....

    Eh, tak nak kongsi ttg ilmu yg awak dapat masa kat India tahun lepas ttg cara2 menceriakan isteri? Kongsilah sikit.....

    ReplyDelete
  15. tak perlu bertanya.
    ikut saja.
    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  16. salam...

    artikel yg bgus...
    dlu pon sy x tau,knp 40 hari,knp 4 bln..

    alhamdullilah skrg dh faham.allah bg faham..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum....suka tajuknya,perbincangan dari tangan ke tangan yg mengomen memang bagus...n akak suka..:),kalau adek lelaki akak yang baru belajar kenal usaha tu dpt baca entry hang memang baguih sangat,insyaAllah dia nak keluar 40 hari cuti sem kali nie kan lama 4 bulan,doakan dia anak pendang..ye (Mohammad Khairulnizam Ali)

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah...good explanation.nak dapat kefahaman kena wat pengorbanan....dengan pengorbanan maka akan timbulah perasaan sayang pada agama dan timbullah fikir risau mcm mana nak selamatkan umat nie...so insyallah..kita sama-sama wat pengorbanan untuk agama Allah....ameen

    ReplyDelete
  19. fuad ansari:alamak terlebih sudah memuji,duduk tersipu malu dh nie...memang betul,40 hari pertama,x sama dgn 40 hari kedua dan seterusnya.

    syor saja:begitu lah,mengikut riwayat Imam Muslim,dia berkelana selama 40 hari,stengah tafsiran kata 40 tahun,sebab perawi lupo..
    ya Allah takutnya nk menghadapi zaman fitnah dajjal tu...

    ReplyDelete
  20. fiqkofallah :wah,credit ???

    Wafi:masih ramai lagi yg suka mempertikaiannya,??/biase le,mende baek,mesti ada org x sukenye..

    musa :betul tu cikgu,more details,please refer ulama ikram..saya hanya mampu menerangkannyamungkin artikel ini bercampur dgn nafsu saya,ya Allah ampun...

    ReplyDelete
  21. Daud :tapi tuan ,mereka perlu rujuk alim ulama juga,saya hanya lah seorang si jahil yg faqir ...

    Norsha :aik puan Norsha,apa pun,kita juga perlu terangkan dgn hikmah pd org yg suka bertanya..
    p/s;cerita tu,aik xkan nk tahu jugak ke??
    segan sya,ingt nk kongsi ngn bakal isteri je nanti..huhu

    Ibnu Mutalib: soheh,jgn manyak tanya,???

    ReplyDelete
  22. hidayu samsudin :syukur,alhamdulilllah...soheh kefahaman dari Allah.

    Marina Ali :pulok...huhu
    rasa kepekatan loghat nie,mcm mai dari utara jugak ke??
    adik blajo mana??habaq mai cini kot2 kita boleh ziarah dia...

    Egg Head :sama2 buat kurban,dan jadikan para sahabat r.hum sebagai qudwah..

    ReplyDelete
  23. salam abg Fuad @ Anak pendang,saya mintak izin untuk fotostat entry sebagai rujukan utk tashkil kawan nk keluar 40 hari.
    xde ramai karkun yg buat entry mcm nie,
    penulisan yg seimbang,tidak berat atau menjurus kpd mana2 pihak,semoga Allah mudahhkan urusan abg..amin..doakan saya,junior abg ...

    ReplyDelete
  24. mashaAllah penuh dgn hujah2..
    menampakkan kematangan dan gaya berfikir penulis..
    memang artikel ini tidak menjurus kpd pihak2 tertntu..

    ReplyDelete
  25. Salam,anak pendang...jawab soalan hang di sini na,mai kak khabaq kat hang,kak ramai kawan belah2 utara...dulu mase speaking utara,diaorang sakan gelak kat kak,dia kata macam lohgat siam hahaha!,tapi lama2 pandai juga akhirnya kat cakap hehehe,kak asai Johorla,adek lelaki kak belajar kat UitM Shah Alam,ambik course mechanical engine (degree) baru sem 2 terlibat dgn usaha baru2 nie.Alhamdulilah Allah berhak memilih sesiapa yg dikehendaki.

    ReplyDelete
  26. Dik~kalau x nak hikmah cakap jer Ayat Quran n Hadith mana kata

    *Kerja kena 8 jam
    *Diploma kena 3 tahun <kalau x repeat
    *Degree kena 4 tahun
    *Matrix kena setahun
    *Satu sem ada 4/5 bulan
    *PLKN 85 hari

    I remember someone told me that such matter are more to management. Fot those who can't afford such figure. I. Allah tashkil will be made towards them also.

    Aashique83

    ReplyDelete
  27. saja nak singgah pasai orang rumah saya orang paya kelubi, pendang......... 4 anak saya surat beranak kedah.....satu je KL....

    ReplyDelete
  28. Salam,

    maaf lewat berjalan kat sini.

    Alhamdulilla seperti yg adik Fuad utarakan memang 40 hari itu ada kelebihan dan menafaatnya tersendiri Insya Allah sepertimana yg kita tahu banyak peristiwa berlaku di dalam tempoh 40 hari di dalam alquran.

    40 hari yg di berikan oleh ulamak sebenarnya adalah guideline utk kita kerana kita semua sibuk dengan duniawi kita yg tersendiri. 3 hari, 40 hari atau 4 bulan dan sebagainya sebenarnya adalah guideline atas kelemahan kita sekurang kurangnya kita tidak alpa. Juga adalah latihan di mana dgn harapan kelebihan number 40 hari itu dapat mendatangi kehidupan kita. Sebab satu satu hal ni kena buat supaya jadi habit.

    Tetapi cuma harus di ingat, ini adalah guideline. Nabi saw dan sahabat berjuang seluruh masa mereka atas maksud agama Allah swt. Kita keluar atas guideline dengan harapan agar`kita di satu masa nanti juga dapat amalkan agama 24/7 walaupun kita sedang tidur tetapi fikir kita adalah fikir umat. Insya Allah. Keluar adalah satu latihan, semoga kita dapat bawa latiha masa keluar apabila pulang dan dapat hidupkan suasana agama dlm rumahtangga dan susana madrasah dlm kehidupan kita sehari harian. Iman dan amalan yg kita praktikkan semasa keluar bukan sahaja di waktu keluar, tetapi penting agar dapat d kekalkan dan di jaga amalan berpanjangan. Sehingga, kita dapat bagi masa kita utk agama setiap masa. Insya Allah.

    Barang siapa ambil agama di dlm kehidupan, nescaya dunia akan berada di bawah telapak kakinya. Insya Allah.

    ReplyDelete
  29. Ulama' buat tertib dgn hikmah la...rujuk al-quran dan sirah nabi dan sahabat...

    tak kan terus nak tashkil seumur hidup....

    iman umat akhir zaman lemah tahap gaban....

    drp awal usaha agama sehingga kini...

    3h/bulan... skang dah 10 hari/bulan
    2 1/2 jam skang dah 8 jam/hari
    40 hari/tahun skang dah 4b/tahun
    :
    :
    pengorbanan di tashkil sedikit2...tp tu pun tak mampu lagi....
    :
    :
    Pengorbanan ke arah se umur hidup....

    ReplyDelete
  30. Panglima Muda:alamak ,jumpa lagi orang2 kampung kite nie..selamat berkenalan..

    Ummi :amin,barakah..pendapat ummi.

    faqir :soheh,betul,tertib dlm dakwah ini mengikut qoran dan hadith..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum...salam ziarah..
    saya ingin tanya..
    kite kuar selama 3 hari,40 hari dan 4 bulan pergi mana ya..masjid ke atau ke tmpat lain??

    ReplyDelete
  32. الحافظ محمد فايز
    - biasanya kita akan keluar di masjid ke masjid,ikut kepada keputusan mesyuarat,kalo di di negara2 yang masjidnya tidak boleh dijadikan tempat beriktikaf,maka alternatifnye,kita bermalam di hotel2 atau rumah tumpangan dan program kita jalakan di masjid..

    ReplyDelete
  33. maaf , apa yang dapat saya perhatikan sebahagian besar ahli2 tabligh ni mmg kuat sembahyang, dahi masing2 bertanda hitam tapi yang saya rasa saya tak silap anggap yang kebanyakkan mereka ini tidak sehaluan dengan golongan ahli jemaah yang tidak sekumpulan dgn mereka. mengapa terjadi begini kepada mereka2 yang berusaha keluar kejalan Allah.

    ReplyDelete
  34. Anonymous :terima kasih kerana membaca tulisan saya,sebnarnya,bukan kesemua JT ini tidak sehaluan dgn jemaah yg lain.sy tidak nafikan ianya memang wujud,ttp,ianya berda dlm lingkungan kecil dr mereka yg menyahut seruan ulama2 di dlm JT supaya berhusnul dzhon dgn jemaah dan firqah2 yg lain...

    ReplyDelete
  35. salam.saya google dan jumpa blog ini.. semalam, 6 ramadhan kali pertama suami khuruj 3 hari.. mudah mudahan dia kekal istiqamah dan saya pula lebih faham tentang tabligh ni.. sedikit sebanyak entri ini ada penjelasan kepada saya pada persoalan kenapa kenapa kenapa.. hurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah,keseluruhan amalan dalam kegiatan dakwah tabligh adalah manfaat untuk si pelakunya...

      Delete
  36. Asalamualaikum..... Alhmdulillah.. Selepas baca sye mula fhm knp bkl suami selalu keluar 3 hr.. 40 hr dan penah keluar swlama 4 bln di india... Nk tnye segan... Heheh.. apap pun terima ksh atas info yg diberi.

    ReplyDelete
  37. Daripada Anas bin Malik r.hu bahawa Rasulullah SAW bersabda”Sesiapa yang mengerjakan solah (5 waktu) berjemaah kerna Allah SWT dengan memporelehi takbiratul-ula selama empat puluh hari (40 hari) (berturut turt) akan mendapat dua kelepasan iaitu kelepasan daripada api nereka dan kelepasan daripada sifat munafik”(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

    Masuk surga ada dua cara.Cara pertama mampir dulu keneraka dan cara kedua tak mampir keneraka (kelepasan daripada api nereka).

    Bilal adalah seorang budak, lebih rendah dari seorang miskin. Sejak ia memeluk Islam dan pintar azan, beliau azan sampai akhir hayat Nabi saw. Berapa tahun lamanya, coba hitung. Berapa banyak tiket langsung ke surga yang dimilikinya. Mungkinkah Bilal yang Muazin masbuk salatnya….?? Ah yang benar saja…! Jauh jauh sudah terdengar bunyi terompah Bilal di surga, sementara orangnya masih di Bumi / Dunia. Kemudian Ia pindah ke negeri lain bukan sebagai muazin tetapi sebagai Gubernur Damsik.

    Orang Tabligh saat keluar 40 hari punya peluang atau kesempatan mengamalkan Hadits ini.
    Ini rahasia atau sebuah bocoran yang perlu mendapat perhatian oleh umat islam. Ada orang kaya atau pejabat yang selalu dirumah saja (tidak ikut dakwah) tidak mampu mengamalkan salat berjemaah lima waktu berturut turut selama 40 hari tanpa tertinggal takbirratul ula. Maka orang kaya/pejabat tsb tidak memperoleh kelepasan daripada api nereka. Bakal mampir keneraka. Tetapi seorang miskin pergi dakwah 40 dan mampu mengamalkan Hadits diatas maka ia akan memperoleh kelepasan daripada api nereka (masuk surga tanpa mampir keneraka). Subhanallah..... Apa bedanya dengan Bilal ?

    http://icunabra.blogspot.com/2009/03/ketika-kebencian-menghilangkan-akal.html

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini