1. Sebenarnya saya malas hendak menulis di ruang ini kerana
ingin menjaga nama baik dan reputasi Jemaah Tablīgh (JT), tapi disebabkan ada
sebahagian pihak yang telah menceritakan perkara-perkara yang tidak benar
mengenai polemik ini, maka saya gagahkan diri juga untuk menulis tentang
perkara ini.
2. Jelas, khilaf ini khilaf berkaitan "imarat" sahaja
bukan sahsiah peribadi. Mereka bukan menafikan kredibiliti Maulānā Sa'ād sebagai 'Amir kerana isu fatāwā yang
dikenakan terhadap beliau tetapi mereka merasakan JT ini perlu kepada jemaah
Syura untuk keberkesanan perlaksanaan gerak kerja JT diseluruh dunia.
3. Tapi sayangnya ada juga sebahagian karkun yang mempermainkan
isu kredibiliti dengan mempersoalkan ruju' dan taubat Maulānā Sa'ād. Seolah-olah mereka tidak boleh menerima
ruju' dan taubat Maulānā Sa'ād.
Pelik bin ajaib, karkun kita sudah pandai mengambil alih tugas Allāh ta'ala
untuk menerima atau menolak ruju' dan taubat seseorang.
4. Bahkan ada yang mengatakan, jika benar Maulānā Sa'ād telah ruju' dan bertaubat, maka
keluarkanlah satu surat rasmi tentang ruju' dan taubat beliau itu? Persoalannya
sejak bila syarat ruju' dan taubat kena ada surat rasmi ini?
5. Pihak Ifta Deoband menyuruh Maulānā Sa'ād mengisytiharkan ruju' dan taubat di
hadapan majma' sebagai syarat utama ruju' dan taubat dan Maulānā Sa'ād telah berbuat sedemikian (ada bukti audio
pada Maulānā Hazim al-Mazahīrī tentang perkara ini), lagi pula sebagai orang Islām dan yang telah berkecimpung
dalam usaha JT, sepatutnya kita katakan, jika sudah ruju' dan bertaubat, maka
telah selesai semuanya alhamdulillah, terima atau tidak ruju' dan taubat itu
terserah kepada Allāh. Kenapa masih ada sebahagian orang menyebarkan lagi isu
tentang fatāwā Deoband itu. Orang yang telah bertaubat, sepatutnya kita doakan
kebaikannya bukan dijaja akan keburukannya.
6. Kita sepatutnya berlapang dada, fulan bin fulan hendak
mengikuti jemaah A silakan, jika fulan bin fulan hendak mengikuti jemaah B, ala
kulli hal, silakan. Kenapa perlu dilakukan pembunuhan karakter "musuh
kita" untuk mengikat pendokong masing-masing? Pendokong Nizamuddin
mengatakan pendokong gagasan syura alami sebagai "tidak taat"
manakala pendokong gagasan syura alami mengatakan pendokong Nizamuddin sebagai
"gila kuasa". Bahkan ada juga yang tidak bertegur sapa kerana berbeza
dokongan. Wallāhi, perbuatan ini ialah dosa dan diancam azab oleh Allāh ta'ala.
Banyak ayat-ayat al-Qur'ān dan ahadīth Nabi صلى الله
عليه وسلم yang menceritakan tentang perkara ini. Takutilah Allāh dalam
urusan berkaitan saudaramu.
7. Ingatlah bahawasanya
mereka yang "selamat" ialah mereka yang menjaga lisan dan perbuatan
mereka dari menyakiti hati saudaranya. Akhir sekali, marilah kita semua berdoa
supaya Allāh ta'ala menyatukan kembali Para masyaikh kita dengan cara apa yang
diinginkan oleh Allāh ta'ala sekalipun. Ya Allāh, terimalah doa kami ini, آمــــــين يا رب العالمينِ
P/s : Catatan ini ditulis ketika saya berkesempatan menghadiri majlis bersama Maulānā Fahem Raiwind di Bukit Changgang, Dengkil.
P/s : Catatan ini ditulis ketika saya berkesempatan menghadiri majlis bersama Maulānā Fahem Raiwind di Bukit Changgang, Dengkil.
0 Komen kat sini:
Post a Comment
Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.