Ikuti Blog Ini

Saturday, January 31, 2015

Tokoh-Tokoh Ulama Kelahiran Darul Uloom Deoband dan Berkaitannya (Bahagian 2)

Tulisan ini merupakan sambungan daripada tulisan sebelum ini yang telah saya tulis pada pautan tersebut http://wirapendang.blogspot.com/2015/01/tokoh-tokoh-ulama-kelahiran-darul-uloom.html . Bahagian ini merupakan bahagian akhir di mana secara keseluruhannya diambil dari buku yang dihasilkan oleh Syeikhul Islam Mufti Muhammad Taqi Uthmani حفظه الله iaitu Akabir Deoband Kya Thay.

As-Syahid Maulana Yusuf Ludhyanwi رحمه الله تعالى Antara murid Muhaddith terkenal iaitu Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى. Sangat kuat memperjuangan aqidah umat Islam dari fahaman-fahaman sesat seperti Qadiani, Syiah dan lain-lain. 

21. Maulana Yusuf Ludhyanwi رحمه الله تعالى.

Maulana Yusuf Ludhyanwi رحمه الله تعالى. adalah khalifah kepada Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى.. Pada tahun 1974 M, beliau telah dilantik sebagai Ketua Majlis-i-Tahaffuz-i-Khatm-i Nubuwwat (sebuah organisasi yang telah dikhususkan untuk mempertahankan Penutup Kerasulan Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم). Beliau telah menjadi mangsa pembunuhan pada tahun 2000.

22. Maulana Murtaza Hasan Chandpuri رحمه الله تعالى.

Maulana Murtaza Hasan Chandpuri رحمه الله تعالى adalah merupakan Mujaz-i Suhbat atau pengikut yang senantiasa berdamping dengan Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى.. Beliau menamatkan pendidikannya di Darul Uloom Deoband. Beliau juga dikenali sebagai seorang pendebat yang hebat dan telah menulis sejumlah besar kitab-kitab dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau meninggal dunia pada tahun 1371 H / 1951 M dan ketika beliau meninggal dunia, beliau telah meninggalkan lebih 8000 koleksi manuskrip di perpustakaan peribadinya di mana beliau telah mendermakan kesemua 8000 koleksi manuskrip milik beliau ke Darul Uloom Deoband.

23. Maulana Muhammad Ashraf Khan رحمه الله تعالى.

Maulana Muhammad Ashraf Khan رحمه الله تعالى adalah merupakan Pengerusi Jabatan Arab di Peshawar Universiti, Pakistan. Beliau merupakan khalifah kepada Maulana Sayyid Sulaiman Nadwi. Beliau juga telah menghasilkan sebuah kitab yang diberikan nama sebagai Suluk-i-Sulaymani yang telah diterbitkan sebanyak 3 jilid. Maulana Muhammad Ashraf Khan رحمه الله تعالى. juga seorang yang aktif dalam kerja-kerja Jemaah Tabligh ketika zaman Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi رحمه الله تعالى dan Maulana Muhammad Inam Ul Hasan Kandhalawi رحمه الله تعالى.

Buku Sawanih Maulana Sayyid Asghar Husain رحمه الله تعالى lengkap dalam menceritakan riwayat hidup beliau.

25. Maulana Sayyid Asghar Husain رحمه الله تعالى.

Maulana Sayyid Asghar Husain رحمه الله تعالى adalah seorang guru yang mengajar Sunan Abu Daud di Darul Uloom Deoband. Beliau merupakan lepasan dari institusi pengajian yang sama yang telah menamatkan pengajiannya pada tahun 1320 H /1902 M, selepas belajar dibawah ulama hebat seperti Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى, Mufti Aziz Ar-Rahman Uthmani رحمه الله تعالى , Maulana Hafiz Muhammad Ahmad Qasmi رحمه الله تعالى dan Maulana Habib Ar-Rahman Uthmani رحمه الله تعالى. Beliau juga merupakan khalifah kepada Miyanji Munna Shah رحمه الله تعالى dan Haji Imdad Ullah Muhajir Makki رحمه الله تعالى. Beliau meninggal dunia pada tahun 1364 H / 1944 M.

25. Maulana Zaki Kayfi رحمه الله تعالى.

Maulana Zaki Kayfi adalah seorang penerbit, usahawan yang berjaya, penyair dan aktivitis politik. Beliau merupakan khalifah kepada Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1395 H / 1975 M.

26. Mufti Azizur Rahman Uthmani رحمه الله تعالى.

Beliau merupakan abang kepada Maulana Shabbir Ahmad Uthmani dan Maulana Habibur Rahman Uthmani رحمه الله تعالى. Beliau telah belajar dibawah bimbingan Maulana Muhammad Qasim Nanotwi رحمه الله تعالى dan Maulana Muhammad Yaqub Nanotwi رحمه الله تعالى. Beliau telah dilantik oleh Maulana Rashid Gangohi رحمه الله تعالى menjadi Ketua Mufti pertama di Darul Uloom Deoband. Fatwa beliau telah diterbitkan lebih daripada 10 jilid. Beliau juga merupakan pengikut kepada Mohtamim kedua Darul Uloom Deoband iaitu Maulana Shah Rafiud Din رحمه الله تعالى yang merupakan pengikut Naqshabandi. Antara murid beliau ialah Maulana Idris Kandhalawi رحمه الله تعالى, Maulana Manazir Ahsan Gilani رحمه الله تعالى dan Maulana Qari Muhammad Tayyib رحمه الله تعالى . Beliau meninggal dunia pada tahun 1347 H / 1928 M.

27. Maulana Fadl Ul Rahman Ganj Muradabadi رحمه الله تعالى.

Beliau merupakan Syaikh kepada pengikut tariqat Naqshandi . Beliau mempelajari hadith dibawah bimbingan Shah Abdul Aziz Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى . Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى juga mengambil manfaat nasihat dan tunjuk ajar daripada beliau. Beliau meningga dunia pada tahun 1334 H / .

28. Maulana Habibur Rahman Uthmani رحمه الله تعالى.

Beliau merupakan Mohtamim keenam di dalam sejarah Darul Uloom Deoband. Sebelum itu, beliau merupakan timbalan kepada Maulana Hafiz Muhammad Ahmad Qasmi رحمه الله تعالى. Beliau dikenali sebagai seorang yang dapat membezakan antara cara pengurusan ketika berada di saat-saat getir. Beliau juga merupakan murid kepada Syeikhul Hind Maulana  Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى. Antara murid beliau termasuklah Maulana Idris Kandhalawi رحمه الله تعالى dan Maulana Qari Muhammad Tayyib رحمه الله تعالى. Beliau juga merupakan khalifah kepada Maulana Rashid Ahmad Gangohi رحمه الله تعالى. Pada tahun 1348 H/ 1929 M , beliau telah meninggal dunia.

Salah satu dari karya milik Maulana I'zaz Ali Amrohi رحمه الله تعالى iaitu Nafhatul 'Arab. Kitab ini merupakan satu kitab yang begitu unik kerana mengandungi nota-nota seperti ta'liqat pengarang kitab sendiri. Pengarang kitab ini cuba menerangkan istilah-istilah yang digunakan untuk mendidik para pelajar mengenai adab dan nilai-nilai murni yang mendorong mereka mencontohi generasi Salaf. Pengarang kitab juga menceritakan setiap biografi milik tokoh-tokoh di dalam kitab ini. 

29. Maulana I’zaz Ali Amrohi رحمه الله تعالى.

Dikenali sebagai Syeikhul Adab ketika mengajar di Darul Uloom Deoband. Beliau merupakan murid kepada Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى. Selepas Mufti Aziz Ur Rahman Uthmani رحمه الله تعالى meninggal dunia, beliau telah dilantik menjadi Ketua Mufti di Darul Uloom Deoband. Beliau juga menerima ijazah tariqat daripada Maulana Rashid Ahmad Gangohi رحمه الله تعالى dan kemudiannya dilantik menjadi khalifah tariqat kepada Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى. Antara murid-muridnya ialah Maulana Qari Muhammad Tayyib رحمه الله تعالى, Maulana Hifz Ar-Rahman Siyuharwi رحمه الله تعالى dan Maulana Manzur Nu’mani رحمه الله تعالى. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1374 H/ 1954 M setelah berkhidmat selama lebih 50 tahun di Darul Uloom Deoband.


Maulana Shabbir Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى ketika menghadiri pengkebumian pemimpin kemerdekaan Pakistan iaitu Muhammad Ali Jinnah رحمه الله تعالى.

30. Maulana Shabbir Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى.

Beliau telah diberikan gelaran sebagai Syeikhul Islam , seorang ketua pelajar ketika belajar dengan Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى. Seorang tokoh aktivis politik sebelum dan selepas kemerdekaan India. Maulana Shabbir Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى juga seorang yang berjasa besar kepada dunia Islam kerana telah berjaya mempertahankan warisan Islam setelah memberikan penerangan panjang lebar di hadapan Sultan Ibnu Sa’ud (pemerintah Arab Saudi pada ketika itu). Beliau telah mengajar hadith dan tafsir di Jami’ah Islamiyyah Dhabbel, Gujerat bersama-sama dengan Maulana Muhammad Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى. Sepanjang beliau tinggal di sana, beliau telah menyelesaikan penulisan tafsir Al-quran (Tafsir Uthmani ) dan menulis separuh syarah Sahih Muslim (Fathul Mulhim)  (kemudiannya  telah dilengkapkan oleh Mufti Muhammad Taqi Uthmani رحمه الله تعالى yang diberi nama Takmilah Fathul Mulhim). Beliau juga pernah dilantik menjadi Sadr Mohtamim atau Ketua Mudir di Darul Uloom Deoband. Beliau meninggal dunia pada tahun 1369 H / 1949 M.



Salah satu lorong yang biasa menjadi laluan Maulana Muhammad Qasim Nanotwi رحمه الله تعالى berulang alik dari Nanota ke Deoband.

31. Maulana Muhammad Qasim Nanotwi رحمه الله تعالى.

Beliau digelar sebagai Al-Hujjatul Al-Islam adalah pengasas kepada institusi pengajian terulung di benua Hindustan iaitu Darul Uloom Deoband yang diasaskan pada tahun 1867 M. Seorang pemikir Islam dan dikenali sebagai seorang yang pakar tentang Ilmu Kalam. Beliau merupakan khalifah kepada Haji Imdad Ullah Muhajir Makki رحمه الله تعالى. Murid utama beliau ialah Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى yang boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang berjaya di dalam akademik dan pemikiran politik. Beliau meninggal dunia pada tahun 1297 H / 1880 M ketika berumur 49 tahun.


Gambar Maulana Syed Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى diabadikan di dalam setem negara India bagi mengenang jasa beliau dalam memperjuangankan kemerdekaan negara India.

32. Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى.

Dikenali sebagai Syeikhul Islam . Merupakan murid kesayangan kepada Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالىdan dikenali sebagai seorang guru hadith yang hebat pernah dilahirkan oleh Darul Uloom Deoband. Apabila beliau berpindah ke Madinah, beliau telah mempelajari hadith di bawah bimbingan Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri رحمه الله تعالى ,  Syaikh Hasbi Allah As-Syaf’i al-Maliki رحمه الله تعالى, dan Shaikh Ahmad Barzanji رحمه الله تعالى. Selepas itu, beliau telah diberikan peluang mengajar di Masjid Nabawi selama belasan tahun. Kemudian, setelah kembali ke India, beliau mengajar di Calcutta dan Sylhet sebelum dilantik menjadi Sadr Mudaris (Guru Besar) kelima Darul Uloom Deoband. Sebagai seorang yang berkhidmat sebagai ketua Jamiat Ulama Hind, beliau memainkan peranan penting dalam menerajui kemerdekaan India dengan bekerjasama dengan Parti Kongres (Congress Party). Beliau juga merupakan khalifah tua kepada Maulana Rashid Ahmad Gangohi رحمه الله تعالى. Ada di antara murid dan khalifahnya masih lagi hidup, Antara murid-murid beliau yang tinggal di Britian ialah Maulana Ya’qub Kawi Qasmi رحمه الله تعالى dan Maulana Muhammad Batha رحمه الله تعالى. Murid beliau di Pakistan yang masih hidup ialah Maulana Salemullah Khan رحمه الله تعالى. Murid beliau di Malaysia yang masih hidup ialah Tg Nik Abdul Aziz Nik Mat  حفظه الله. (Tambah penterjemahan). Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى meninggal pada tahun 1957 M dan dikebumikan di Perkuburan Qasmi di Darul Uloom Deoband.

33. Maulana Muhammad Ya’qub Nanotwi رحمه الله تعالى.

Beliau dikenali sebagai Ustaz Al-Kul (Guru kepada semua guru) dan dilantik menjadi Sadr Mudarris ( Guru Besar) di Darul Uloom Deoband dan boleh dikatakan sebagai salah seorang daripada 6 orang pengasas institusi pengajian ini. Beliau yang menamatkan pembelajaran dibawah bimbingan ayahnya iaitu Maulana Mamluk Ali Nanotwi رحمه الله تعالى dan menamatkan pengajian hadith dibawah bimbingan Shah Abdul Ghani Mujaddidi رحمه الله تعالى. Antara murid-muridnya termasuklah Maulana Ahsan Amrohawi رحمه الله تعالى,Mufti Azizur Rahman Rahman Uthmani رحمه الله تعالى, Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى, Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى, Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri رحمه الله تعالى, Maulana Hafiz Muhammad Ahmad رحمه الله تعالى, Maulana Habib Ar-Rahman Uthmani رحمه الله تعالى, . Di dalam jalan kerohanian, beliau merupakan khalifah kepada Haji Imdad Ullah Muhajir Makki رحمه الله تعالى. Pengajaran dan nasihat beliau boleh didapati di dalam pengajaran dan nasihat Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى. Beliau meninggal dunia pada tahun 1302 H / 1884 M.


Maulana Abdul Latif Saharanpuri رحمه الله تعالى bekas Nazim A'la Mazahir Uloom Saharanpur. 

34. Maulana Abdul Latif Saharanpuri رحمه الله تعالى.

Maulana Abdul Latif Saharanpuri رحمه الله تعالى adalah bekas Nazim A’la (Ketua Pentadbir) Mazahirul Uloom, Saharanpur. Beliau dilantik memegang jawatan tersebut pada tahun 1344 M / 1925 M. Beliau mempelajari ilmu hadith dibawah bimbingan Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1322 H / 1904 M. Beliau telah menghabiskan masa hidup di dalam bidang pengajaran di institusi pengajian Mazahirul Uloom , Saharanpur. Antara murid-murid beliau ialah Maulana Zafar Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى , Maulana Idris Kandhalawi رحمه الله تعالى, Maulana Badr Alam Mirathi رحمه الله تعالى, Maulana Abdur Rahman Kamilpuri رحمه الله تعالى, Maulana As’ad Allah Saharanpuri رحمه الله تعالى, Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى dan Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi رحمه الله تعالى. Beliau meninggal dunia pada tahun 1373 H / 1953 M.

Maulana Muhammad Manzur Nu'mani ~ adalah seorang pemikir, pendebat dan penulis yang hebat pernah dilahirkan dari bumi Hindustan.

35. Maulana Muhammad Manzur Nu’mani رحمه الله تعالى.

Maulana Muhammad Manzur Nu’mani رحمه الله تعالى dikenali sebagai seorang pemikir Islam dan telah mengambil bahagian dalam pelbagai organisasi kerja-kerja Islam seperti Jemaah Tabligh. Beliau merupakan khalifah kepada Maulana Abdul Qadir Raipuri رحمه الله تعالى dan telah mempelajari ilmu kepentingan tasawuf daripadanya. Beliau telah menghasilkan syarah kepada ilmu hadith yang dikenali sebagai Ma’ariful Hadith . Beliau meninggal dunia pada tahun 1417 H / 1996 M.

36. Maulana Muzaffar Husain Kandhalawi رحمه الله تعالى.

Beliau ialah merupakan murid kepada Shah Abdul Ishaq Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى yang turut mempelajari ilmu hadith daripadanya. Beliau juga merupakan khalifah di dalam Tariqat Naqshabandiah kepada Shah Muhammad Ya’qub Dehlawi رحمه الله تعالى. Beliaulah yang telah mempengaruhi dan membentuk pemikiran Maulana Muhammad Qasim Nanotwi رحمه الله تعالى. Beliau meninggal dunia pada tahun 1238 H / 1866 M.

37. Shah Ishaq Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى . 

Shah Ishaq Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى atau nama sebenarnya ialah Shah Ishaq Bin Muhammad Afdal Dehlawi رحمه الله تعالى adalah murid utama kepada Shah Abdul Aziz Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى . Antara murid-murid beliau Maulana Muzaffar Husain Kandhalawi رحمه الله تعالى, Shah Abdul Ghani رحمه الله تعالى, Nawab Qutb Ad-Din Khan رحمه الله تعالى, Shah Abdur Rahman Panipati رحمه الله تعالى dan Maulana Abdul Qayyum Burhanawi رحمه الله تعالى. Beliau meninggal dunia pada tahun 1262 H / 1846 M.

38. Shah Abdul Ghani Mujaddidi رحمه الله تعالى.

Shah Abdul Ghani Mujaddidi رحمه الله تعالى mempunyai perkaitan dengan Mujaddid Alf-Thani Imam Ahmad Sirhindi. Beliau merupakan guru hadith utama kepada pengasas Darul Uloom Deoband. Beliau juga seorang syaikh di dalam Tariqat Naqshabandiah dan antara khalifahnya ialah Maulana Shah Rafi’ Ad-Din رحمه الله تعالى . Beliau meninggal dunia pada tahun 1296 H / 1875 M.

39. Maulana Rafi Ad-Din رحمه الله تعالى.

Beliau ialah bekas Mohtamim kedua di dalam sejarah penubuhan Darul Uloom Deoband. Beliau dilantik bagi membantu Maulana Muhammad Qasim Nanotwi رحمه الله تعالى di dalam urusan perjalanan pentadbiran Darul Uloom Deoband. Perlantikan beliau disifatkan oleh Maulana Muhammad Qasim Nanotwi sebagai pilihan dari Allah رحمه الله تعالى. Beliau merupakan khalifah kepada Shah Abdul Ghani Mujaddidi رحمه الله تعالى dan antara khalifah beliau ialah Ketua Mufti pertama Darul Uloom Deoband iaitu Mufti Azizur Rahman Uthmani رحمه الله تعالى. Beliau meninggal dunia pada tahun 1308 H / 1890 M dan dikebumikan di perkuburan Baqi’, Madinah Al-Munawarah.


Mufti Kifayat Ullah Dehlawi رحمه الله تعالى adalah seorang Mufti yang hebat . Fatwa-fatwa beliau pernah dijilidkan sehingga mendapatkan pujian dari ulamak tanah arab.

40. Mufti Kifayat Ullah Dehlawi رحمه الله تعالى.

Beliau adalah salah seorang murid kepada Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى. Beliau juga terlibat di dalam kerja-kerja politik dan turut bekerjasama dengan Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى.  Beliau merupakan ketua Jamiat Ulama Hind pertama. Seorang yang sangat mahir di dalam bidang fiqh dan dikenali sebagai Mufti A’zam (Mufti Terulung) di dalam sejarah Negara India. Fatwa-fatwa beliau telah diterbitkan berjilid-jilid dan dinamakan sebagai Kifayat Mufti. Antara kitab karangan beliau ialah Ta’lim Islam di mana telah diajar di institusi-institusi pengajian Islam. Beliau meninggal dunia pada tahun 1372 H / 1952 M.

42.Haji Amir Shah Khan رحمه الله تعالى.

Beliau ialah khadim khusus kepada Maulana Muhammad Nanotwi رحمه الله تعالى. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang mahir dengan Ilmu Kalam di mana Maulana Muhammad Qasim Nanotwi sendiri merupakan pakarnya. Beliau sendiri telah dijadikan rujukan di dalam Ilmu Kalam oleh Maulana Muhammad Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى dan Maulana Shabbir Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى.

43. Maulana Fadl Rasul Badayuni رحمه الله تعالى.

Beliau ialah  tokoh ulama India pada kurun ke 13 . Beliau berkelulusan dari Lucknow dan mempelajari ilmu hadith di semenanjung arab dan Baghdad. Beliau telah menulis pelbagai jenis kitab dan selalu mengambil bahagian dalam majlis munazarah ilmiah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1289 H / 1872 M.

44. Shah Ismail Bin Abdul Ghani Dehlawi رحمه الله تعالى

Beliau ialah  ketua pelajar ketika belajar dibawah bimbingan Shah Abdul Aziz Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى. Beliau juga dikenali sebagai Hujjatul Islam. Beliau menulis kitab untuk membahaskan kepentingan Tauhid dan kepentingan berpegang kepada aqidah yang jelas dan lain-lain lagi di dalam permasalahan ibadah. Beliau merupakan pengikut kepada kumpulan Sufi yang dipimpin oleh Syaikh Sayyid Ahmad Syahid رحمه الله تعالى. Pada tahun 1246 H /1830 M , ketika pertempuran di Balakot, beliau telah terbunuh.

3 comments:

  1. 32. Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى.

    Dikenali sebagai Syeikhul Islam . Merupakan murid kesayangan kepada Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالىdan dikenali sebagai seorang guru hadith yang hebat pernah dilahirkan oleh Darul Uloom Deoband. Apabila beliau berpindah ke Madinah, beliau telah mempelajari hadith di bawah bimbingan Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri رحمه الله تعالى , Syaikh Hasbi Allah As-Syaf’i al-Maliki رحمه الله تعالى, dan Shaikh Ahmad Barzanji رحمه الله تعالى. Selepas itu, beliau telah diberikan peluang mengajar di Masjid Nabawi selama belasan tahun. Kemudian, setelah kembali ke India, beliau mengajar di Calcutta dan Sylhet sebelum dilantik menjadi Sadr Mudaris (Guru Besar) kelima Darul Uloom Deoband. Sebagai seorang yang berkhidmat sebagai ketua Jamiat Ulama Hind, beliau memainkan peranan penting dalam menerajui kemerdekaan India dengan bekerjasama dengan Parti Kongres (Congress Party). Beliau juga merupakan khalifah tua kepada Maulana Rashid Ahmad Gangohi رحمه الله تعالى. Ada di antara murid dan khalifahnya masih lagi hidup, Antara murid-murid beliau yang tinggal di Britian ialah Maulana Ya’qub Kawi Qasmi رحمه الله تعالى dan Maulana Muhammad Batha رحمه الله تعالى. Murid beliau di Pakistan yang masih hidup ialah Maulana Salemullah Khan رحمه الله تعالى. Murid beliau di Malaysia yang masih hidup ialah Tg Nik Abdul Aziz Nik Mat رحمه الله تعالى. (Tambah penterjemahan). Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى meninggal pada tahun 1957 M dan dikebumikan di Perkuburan Qasmi di Darul Uloom Deoband.

    Sekadar pertanyaan boleh ke kalau org belum meninggal dunia kita letakkan رحمه الله تعالى ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, terlepas pandang, jzkallah atas keprihatinan tuan

      Delete
  2. assalamualaikum. boleh saya tahu, apakah sumber rujukan untuk artikel tokoh2 darul uloom deoband ini? sebab saya ade research. jadi kalo x keberatan, boleh saya tahu. terima kasih.

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini