Al-Allamah Maulana Sayyid Muhamad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى telah mewarisi limpahan ilmu dari gurunya iaitu Maulana Muhammad Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى.
Al-‘Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Muhadith al-as'r Maulana
Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى [1] dilahirkan pada tanggal 6 Rabiul akhir
1326 / 1908 M di Kampung ' Mahabatabad ' berhampiran stesen kereta api di
Rashkay dalam daerah Mardan, barat Pakistan.Keturunannya bersambung dengan
seorang ulamak terkenal "Naqsybandiyyah" iaitu, Sayyid Adam Banuri رحمه الله تعالى, seperti salasilah berikut. Maulana Sayyid
Muhammad Yusuf bin Maulana Sayyid Muhammad Zakaria bin Mir Muzzammil Shah bin
Mir Ahmed Shah bin Mir Musa bin Ghulam Habib bin Rehmatullah bin Abdul Ahad bin
Syeikh Muhammad Awliya bin Syeikh Muhammad Adam Banuri رحمة الله تعالى عليهم أجمعين. Salasillah keturunan
ini kemudiannya sampai kepada Sayyidina Hussain bin Ali رضي الله عنه dan disebabkan
salasillah keturunan ini, beliau telah dikenali sebagai “ Al-Hussaini ”. [1]
Beliau
menerima pendidikan awal dan belajar membaca al-quran di rumah ( Ghari Meer
Ahmad Shah رحمه
الله تعالى,
Peshawar,Pakistan) juga daripada bapa saudaranya Maulana Fadhl Hamdan Banuri رحمه الله تعالى. Beliau
mempelajari asas-asas bahasa Arab seperti Nahu, Saraf dan Mantiq
daripada Maulana Abdullah Peshawari رحمه الله تعالى. Beliau kemudiannya pergi ke
Kabul,Afghanistan untuk mendalami ilmu Fiqh, Usul Fiqh, Mantiq, Ma'ani dan
lain-lainnya daripada Maulana Abdul
Qadeer رحمه
الله تعالى,
Maulana Saieli Qaleeghawi رحمه الله تعالى dan lain-lain ulama. [1]
Beliau
kemudiannya melanjutkan pengajiannya di Darul Uloom Deoband pada tahun 1345 H / 1926 M dan menamatkan pengajian di sana selama dua tahun. Kemudiannya, beliau
pergi ke Dhabel, Gujerat dan belajar Daurah Hadith di sana. Di Dhabel, beliau
belajar dengan ulamak-ulamak terkemuka seperti Maulana Muhammad Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى, Maulana Shabbir Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى dan lain-lain ulamak. [2]
Selepas
tamat pengajian di Jamiah Islamiyyah, Dhabel, beliau tinggal selama beberapa
tahun di Dhabel dan sempat berkhidmat dengan guru beliau iaitu Maulana Muhammad Anwar Kashmiri
رحمه الله
تعالى.
Sepanjang bersama dengan guru beliau, beliau mendapat faedah besar daripada
guru beliau. Pada masa itu juga disebabkan oleh desakan dan keinginan bapanya
untuk melihat anaknya memasuki universiti, lalu Maulana Sayyid Muhammad Yusuf
Banuri رحمه
الله تعالى
memasuki Universiti Punjab dan menduduki peperiksaan di universiti tersebut. Di
sana, beliau telah menunjukan kepintaran beliau apabila mendapat tempat pertama
di peperiksaan universiti tersebut walaupun beliau tidak menyukai peperiksaan
tersebut.[3]
Selepas
itu, beliau tinggal di kampungnya Peshawar beberapa tahun dengan memulakan
kerjaya beliau sebagai pengajar di Madrasah Rafiul Islam,Baanah Maar’i (di mana
mudir madrasah tersebut adalah bapa
saudara beliau sendiri iaitu Maulana Fadhl Hamdan Banuri رحمه الله تعالى . Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى berkata bahawa beliau memasuki pengajian
Daurah Hadith di Darul Uloom Deoband pada 1352 H (1934 M) apabila Maulana Muhammad Anwar
Shah Kashmiri رحمه
الله تعالى
meninggal dunia, Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى datang sekadar untuk memberi penghormatan
terakhir kepada guru beliau tetapi beliau telah dipujuk untuk terus tinggal di
Dhabel. Setelah tinggal beberapa hari di Dhabel, beliau telah didatangi oleh
pihak pentadbir Jamiah Islamiyyah, Dabhel untuk menawarkan kepada beliau
tugasan sebagai pengajar di sana, kemudian beliau menerima tawaran sebagai
pengajar. Mulai hari itu, bermulalah kehidupan beliau sebagai pengajar di
Jamiah Islamiyyah, Dhabel.[2]
Beliau
telah dilantik menjadi guru hadith di Jamiah Islamiyyah, Dhabel. Beliau
menerima tawaran sebagai guru hadith setelah menerima permintaan daripada para
pelajar beliau berdasarkan satu peristiwa. Ketika itu, telah menjadi
perdebatan, siapakah yang sepatutnya dilantik menjadi guru yang mengajar kitab
hadith Sunan Tirmizi. Pada waktu itu, ada calon yang dicadangkan untuk mengisi
jawatan itu. Antara tiga calonya itu ialah :
1. Maulana Abdurahman Amrohi رحمه الله تعالى.
2. Maulana Muhammad Badri Aalam Miruti رحمه الله تعالى
3. Maulana Yusuf Banuri رحمه الله تعالى
Apabila
undian telah dibuat kalangan pelajar, Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى mendapat 27 undian, manakalah undian bagi
dua orang calon lagi masing-masing dengan 7 dan 3 undian. Kemudian, Maulana Sayyid
Muhammad Yusuf Banuri رحمه
الله تعالى
telah berkhidmat di Jamiah Islamiyyah, Dhabel sehinggalah beliau dilantik
menjadi Syeikhul Hadith di sana. Beliau berkhidmat di Jamiah Islamiyyah, Dhabel
sehingga tahun permisahan Pakistan daripada India. [1]
Selepas
permisahan Pakistan dari India, beliau telah memilih untuk mengikut sebahagian
ulamak untuk berpindah ke Pakistan. Antara ulamak daripada India yang telah
memilih untuk berpindah dan tinggal di Pakistan ialah Maulana Shabbir Ahmad
Uthmani رحمه
الله تعالى
, Maulana Idris Kandhalawi رحمه الله تعالى , Maulana Mufti Shafi’ Uthmani رحمه الله تعالى. Kebanyakan ulamak-ulamak ini merupakan
tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan bagi negara Pakistan. Antara ulamak-ulamak
ini, Maulana Shabbir Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى telah diberikan penghormatan untuk
menaikan bendera negara Pakistan ketika perisytiharan kemerdekaan negara
itu.[4]
Maulana
Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى telah memilih Karachi sebagai tempat tinggal beliau. Setelah
tinggal di sana selama beberapa tahun, beliau telah bertekad untuk membangunkan
satu institusi pengajian Ilmu Islam yang dikenali sebagai Jamiah Al-Islamiyyah
Arabiyyah ,Newtown,Karachi atau lebih dikenali sebagai
Jamia-tul-Uloom-il-Islaamia, Banori Town.
Semasa
Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى mengerjakan haji pertama bagi dirinya,
beliau ( ketika itu beliau telah pergi ke Mesir untuk menyelia pencetakan kitab
Faydhul Bari ' dan ' Nasbur Raayah '). Kemudian beliau mengambil bi’ah di
tangan Maulana Shafi'uddin Naginwi Makki رحمه الله تعالى ( yang merupakan khalifah kepada Haji
Imdadullah Muhajir Makki رحمه الله تعالى ).Maulana Shafi'uddin Naginwi رحمه الله تعالى
berkata bahawa terdapat dua orang ulamak besar di India, di mana kamu
juga boleh mengambil manfaat daripada mereka. Dua orang tersebut ialah :
1. Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi
رحمه الله
تعالى
2. Syeikhul Islam Maulana Sayyid Husain
Ahmad Madani رحمه
الله تعالى.
Maulana
Muhammad Yusuf Banuri رحمه
الله تعالى
telah tinggal selama sepuluh bulan di Kaherah,Mesir. Semasa tinggal di sana,
dia telah menulis banyak artikel mengenai aliran Deoband dan para ulamak-ulamak
aliran Deoband yang diterbitkan dalam Journal dan majalah di Mesir.
Pada
ketika itu juga, Ulamak terkenal di Mesir,Allamah Imam Zahid Al- Kawthari رحمه الله تعالى juga ada di sana. Maulana Sayyid Muhammad
Yusuf Banuri رحمه الله تعالى telah mengambil faedah besar daripada
keilmuan dan kealiman beliau. Beliau juga berperanan penting dalam
memperkenalkan para akabir Deoband dan kaedah pengajian yang dipraktikkan di
institusi pengajian Islam di Deoband. Selepas daripada itu, Imam Zahid
Al-Kawthari رحمه
الله تعالى
telah meminta untuk diijazahkan sanad hadith daripada beliau. [2]
Setelah
Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى kembali dari bumi Mesir, beliau terus
pergi menziarahi Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى. Beliau juga telah mengambil manfaat
daripada Maulana Asyraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى.
Ini
adalah sebahagian daripada kerja-kerja ilmiah beliau :
1.
Ma'arifus Sunan, syarah kepada Sunan Tirmizi sebanyak 6 jilid. (Beliau telah
mensyarahkan kitab Sunan Tirmizi sehingga ke Kiitabul Haj).
2.
Awaariful Minan, pengenalan kepada Ma'arifus Sunan (tidak dicetak).
3.
Bughiyatul Arib fi Ahka’mul Qiblah wal Maha’rib. (Perbahasan mengenai masalah
Kiblat dan Mehrab)
4.
Nafhatul Ambar fi Hayatus Shaykh Anwar (Kehidupan Maulana Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى )
5.
Yati’matul Bayan fi Shay'im min Ulumil Qur'an iaitu pengenalan kepada kitab
Musykilat Al-Quran oleh Maulana Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى.
Selain
daripada itu, beliau juga menulis beberapa pengenalan kepada kitab-kitab
berikut iaitu Faydul Baari, Awjaz-il-Masalik, Laami'uid-Dura’ri, Nasbur Ra’yah,
Abaqat, Aqidatul Islam, Maqalaat Kawthari dan lain-lainnya.Maulana
Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى seorang yang sangat tegas mengatakan yang haq. Beliau kelihatan
tegas dalam sesuatu perkara. Beliau memberikan pandangan dengan lantang tanpa
rasa takut atau teragak-agak kepada setiap pemerintah Pakistan bahawa dengan
mengatakan satu-satunya yang harus ditakuti ialah kepada Allah سبحانه و تعالى .
Kitab Ma'arifus Sunan merupakan syarah kepada Sunan Tirimizi merupakan limpahan ilmu daripada Allamah Al-Muhadith Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى yang dianggap mewarisi limpahan ilmu daripada guru beliau iaitu Al-Muhadith Al-as'r Maulana Muhammad Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى. Namun beliau hanya mampu mensyarahkan sehingga ke kitab Al-Haj kerana beliau telah meninggal dunia. Satu perbahasan yang menarik merangkumi hadith dan fiqh khusus fiqh mazhab Hanafi.
Kitab Takmalah Ma'arifus Sunan adalah dikatakan sambungan dan penyempurnaan kepada kitab Ma'arifus Sunan yang dihasilkan oleh Syeikhul Hadith Jamiah Islamiyyah Imdadia,Faisalabad,Pakistan iaitu Maulana Muhammad Zahid حفظه الله. Mufti Muhammad Taqi Uthmani حفظه الله telah menulis taqriz untuk kitab ini. Setakat yang sampai ke pengetahuan saya, ini merupakan jilid pertama yang telah merangkumi keseluruhan kitab Al-Janaiz. Sebenarnya, pada pendapat peribadi saya, adalah terlebih baik jika yang menyempurnakan keseluruhan kitab Ma'arifus Sunan ini adalah tokoh hadith seperti Maulana Muhammad Yunus Jounpuri حفظه الله atau Mufti Muhammad Taqi Uthmani حفظه الله sendiri. (Ini sekadar pandangan peribadi saya).
Pada
tanggal 1 Zulkaedah 1397 H bersamma 11 Oktober, 1977 M, walaupun beliau terlalu
uzur dan lemah untuk melakukan perjalanan, beliau mengambil keputusan untuk
menghadiri perjumpaan penting di Islamabad. Kesihatannya agak merosot ketika
berada di perhimpunan tersebut, beliau telah dimasukan ke dalam CMH Hospital.
Selepas dua hari dimasukkan ke dalam hospital, beliau telah dijemput menemui
pencipta beliau, iaitu Allah سبحانه و تعالى pada petang Isnin. Sebelum meninggal dunia,
beliau telah membaca kalimah Tayyibah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله berulang-ulang kali kepada orang ramai
yang menziarahi beliau. Beliau juga sempat mengucapkan السلام عليكم kepada tetamu
yang menziarahi beliau kemudian mengalihkan badan beliau kearah kiblat kemudian
beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan para pengikutnya. [5]
Jenazah
beliau telah dibawa balik ke Karachi. Al-arif billah Maulana Dr Abdul Hai
Al-arifi رحمه
الله تعالى
(khalifah Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى) mengetuai upacara solat jenazah di
perkarangan Jamiah beliau bersama dengan ribuan Ulama, murid-murid beliau dan
masyarakat awam. Beliau telah dimaqamkan di perkarangan Jamiah beliau. [5]
Kubur Allamah Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى di perkarangan Jamiah beliau. Turut dikebumi di sini ialah Mufti Abdur Rahman Banuri رحمه الله تعالى dan Maulana Dr Habibullah Mukhtar Banuri رحمه الله تعالى.
______________________
[1].
al-ʿAnaqīd al-Ghaliyah min al-Asanīd al-ʿAliyah,m/s 17-25
[1].
http://www.banuri.edu.pk/en/muhaddith-ul-asr
[2].
http://ulamadeoband.wordpress.com/2013/05/02/allamah-sayyid-muhammad-yusuf-binnori/
[3].
http://www.darulihsan.com/index.php/downloads/articles/articles-2/general3/item/3282-some-great-scholars-ulama-of-pakistan
[4].
http://zikkir.net/words/Allama_Sayyid_Yusuf_Jan_Banoori
[5].
Nuqoosh-e-raftagan oleh Mufti Taqi Uthmani, m/s 20.