Ikuti Blog Ini

Tuesday, April 1, 2014

Kanzul Mutawari Dan Sumbangan Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah

Kanzul Mutawari Fi Ma'adini Lami' al-Darari Wa Sahih Al-Bukhari,karangan Syeikhul hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah sebanyak 24 jilid.

Pada asalnya Maulana Zakariyya rah telah mengarang 2 buah kitab berkaitan dengan Sahih Al-Bukhari iaitu Lami' al-Darari' dan Al-Abwab Wattarajim Lil Bukhari.

Lami 'al-Darari' ala Jami 'al-Bukhari di tulis dalam bahasa Arab merupakan koleksi taqrir pengajaran dan pandangan yang istimewa mengenai Sahih al-Bukhari yang disampaikan oleh Maulana Rashid Ahmad Gangohi rah.Taqrir Sahih Bukhari ini di salin dalam bahasa Urdu oleh murid Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah iaitu Maulana Muhammad Yahya Kandhalawi rah yang juga bapa kepada Maulana Zakariyya rah di mana muqaddimah serta ta’liqnya di tulis oleh Maulana Zakariyya rah sendiri.

Al Abwab Wattarajim Lil Bukhari di mana kitab ini menerangkan perbahasan mengenai bab -bab sahih Al-Bukhari. Bab-bab dalam Sahih Al-Bukhari adalah merupakan perbahasan yang sangat rumit untuk di fahami yang memerlukan pengetahuan yang luas daripada ulama-ulamak hadith untuk menyelesaikannya. Dalam kitab ini beliau mengumpulkan semua pandangan kepada bab-bab yang diberikan oleh Shah Waliullah Muhadith Dehlawi rah dan Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani rah bersama-sama dengan pendangan dari beliau (Maulana Zakariyya rah) sendiri.
Shah Waliyyah Muhadith Dehlawi rah telah menyebutkan 14 usul untuk memahami abwab wa tarajim, kemudian ditambah oleh Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi rah menjadi 15 usul. Kajian yang dijalankan oleh Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya rah yang telah menemukan sebanyak 70 usul. Beliau menulis khusus tentang tarajim Shahih Al-Bukhari dalam kitabnya, Al-Abwab wa At-Tarajim li Shahih Al-Bukhari (di atas cetakan Pakistan) dan sebahagiannya dijelaskan dalam Muqadimmah Lami` 'al-Darari'  `Ala Jami` Al-Bukhari.

Berbalik kepada kitab Kanzul Mutawari Fi Ma'adini Lami' al-Darari Wa Shahih Al-Bukhari. Kitab ini pada yang hakikatnya adalah himpunan taqrir dari Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah, lalu disyarah dan diberi penjelasan tambahan oleh Maulana Zakariyya rah. Tetapi Syarahan Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah tidak menyentuh kesemua hadith dan bab di dalam Sahih Al-Bukhari. Justeru itu, banyak hadith-hadith dan bab-bab di dalam Shahih Bukhari yang masih belum disyarahkan.Kitab kedua pula hanya mensyarahkan berkenaan tajuk-tajuk bab (tarjamatul bab) yang terdapat di dalam Sahih Al-Bukhari. Sememangnya keistimewaan Sahih Al-Bukhari terletak pada tarjamatul babnya, dan ini sangat diambil berat oleh Maulana Zakariyya rah.

Maka Maulana Zakariyya rah terfikir alangkah baiknya kalau disempurnakan syarahan Sahih Al-Bukhari dengan lengkap. Kebetulan, taqrir syarahan Shahih Bukhari beliau semasa mengajar Dauratul Hadith sudah siap disalin oleh muridnya, maka muridnya mencadangkan agar dicetak sebuah syarah Shahih Bukhari yang diambil daripada kitab Lami' Al-Darari dan Al-Tarajim wal Abwab, kemudian di tempat yang masih kosong diisi dengan huraian yang diambil daripada taqrir Maulana Zakariyya rah dan kitab-kitab beliau yang lain.Maulana Zakariyya rah menerima dan sangat gembira dengan cadangan tersebut. Bagaimanapun, beliau mensyaratkan agar syarah Sahih Al-Bukhari tersebut diterbitkan selepas beliau wafat yakni selepas tahun 1982.

Akhirnya lahirlah kitab ini, Kanzul Mutawari Fi Ma'adini Lami' Al-Darari wa Shahih Al-Bukhari yang menghimpunkan 2 buah kitab Maulana Zakariyya rah, selain fawaid dan nukat daripada kitab-kitab beliau yang lain, dan juga ta'liqat yang bermanfaat daripada hasil kerja anak-anak murid Maulana Zakariyya rah.Kerja ilmiah Maulana Zakariyya rah bertambah lagi.Sumbangan Maulana Zakariyya rah di dalam ilmu hadith terlalu besar.Semoga Allah swt merahmati beliau.


3 comments:

  1. salam.mohon izin copy

    ReplyDelete
  2. السلام عليكم ورحمه الله وبركاته
    الحمد لله اتم بهذا الكتاب
    و احسن في تقريره
    جزاه الله خيرا كثيرا على تعبه ليكمل
    هذا الكتاب

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini