Ikuti Blog Ini

Tuesday, December 10, 2013

Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi

Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi (1851- 1920 M) atau lebih di kenali sebagai Syeikhul Hind (Pemimpin India kerana memimpin gerakan melawan penjajah British di India) adalah pelajar pertama di Darul Uloom Deoband dan kemudiannya di lantik sebagai guru hadith di institusi tersebut.Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan guru hadith yang hebat yang pernah di lahirkan oleh Darul Uloom Deoband.Kemudiannya beliau di lantik sebagai Sadr Mudarris (Ketua Guru ) dan penaung di Darul Uloom Deoband.Manakala dalam jalan tasawwuf pula,beliau menerima ijazah dari Syeikhul Masyaikh Haji Imdadullah Muhajir Makki rah (1817-1899 M) dan kemudian menerima ijazah daripada Imam Robbani Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah (1829-1905 M) .

Beliau meninggal dunia pada tahun 1920 M dan meninggalkan murid-murid beliau yang kemudiannya menjadi ulamak-ulamak hebat dan di segani di seluruh dunia.Antaranya ialah :

1.Syeikhul Hadith Maulana Anwar Shah Kashmiri rah (1875- 1933 M)
2.Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi rah (1863 – 1943 M)
3.Maulana Shabir Ahmad Uthmani rah (1886 -1949 M)
4.Mufti A'azam Mufti Syafi' Uthmani rah (1897-1976 M)
5.Syeikhul Islam Maulana Husain Ahmad Madani rah (1879 -1957 M)
6.Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi rah (1885-1943 M)
7.Maulana Ubaidullah Sindhi (1872- 1944 M)
8.Mufti A’zam Kifayatullah Dehlawi rah (1875-1952 M)

Antara pelajar-pelajar beliau ialah,seperti Maulana Asyraf Ali Thanwi rah yang merupakan seorang ulamak hebat yang pernah mengarang lebih daripada seribu buah kitab dalam pelbagai disiplin ilmu.Salah seorang lagi pelajar beliau iaitu  Maulana Ubaidullah Sindhi rah yang pernah hukum oleh British sehingga beliau dibuang ( ke Kepulauan Andaman,India) selama 25 tahun.Apabila beliau meninggalkan negara India, janggutnya baru sahaja mula tumbuh dan apabila beliau kembali selepas 25 tahun, janggutnya sudah berubah menjadi putih.Salah seorang lagi daripada pelajar beliau daripada adalah Mufti Kifayatullah Dehlawi rah.Mufti Kifayatullah Dehlawi rah menghasilkan fatwanya yang telah dibentangkan kepada Ulamak-ulamak Mesir,mereka(Ulamak-ulamak Mesir) mengatakan bahawa "Kami tidak menemui lagi seorang yang begitu alim yang hebat di dunia ini seperti kami menemui Mufti Kifayatullah Dehlawi rah".

Mufti A’zam Kifayatullah Dehlawi rah.Hayat beliau di dunia ini adalah selama 77 tahun iaitu dari 1875 – 1952 M.Mufti Saheb belajar di Darul Ulom Deoband sekelas dengan Mufti Syafi' Uthmani rah ,Syeikhul Hadith Maulana Anwar Shah Kashmiri rah dan Syeikhul Islam Maulana Husain Ahmad Madani rah.

Di antara murid Syeikhul Hind lagi adalah Syeikhul Hadith Maulana Anwar Shah Kashmiri rah yang telah menulis satu ulasan atau syarah terhadap Sahih Al-Bukhari iaitu Fayd Al-Bari Ala Sahih Al-Bukhari.Komentar oleh Maulana Anwar Shah Kashmiri ini telah diberikan pujian hebat oleh ulamak-ulamak ASWJ dari seluruh pelusuk dunia antaranya al-'Allamah Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari rah (1879-1951 M) dan al-'Allamah Syeikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah rah (1917- 1997).

Salah seorang murid Syeikhul Hind ialah Maulana Muhammad Ilyas rah,pelopor Jemaah Dakwah & Tabligh yang telah terbukti telah berjasa kepada masyarakat Islam dewasa ini.Beliau (Maulana Muhammad Ilyas rah) adalah seorang yang sederhana dari segi ketinggiannya dan lemah pertuturannya (kerana lidah beliau terkena sejenis penyakit yang menyebabkan beliau gagal bertutur dengan baik).Beliau sangat suka merendah diri.Bahkan Syeikhul Hind pernah berkata bahawa : "Apabila aku melihat wajah Maulana Muhammad Ilyas rah,maka aku teringat akan kehidupan Para Sahabat r.hum ajmain".

Masjid Bangla-Walee menjadi tempat pengumpulan Jemaah Dakwah & Tabligh dari seluruh dunia

Semasa beliau mula melakukan Usaha Tabligh di daerah Panipat dalam negeri Haryana kira-kira 90 km dari Delhi ,India.Penduduk Panipat telah menghalaunya beberapa kali,ada sekali beliau telah di pukul oleh penduduk Panipat yang mana telah menyebabkan beliau rebah ke tanah lalu pengsan.Apabila beliau sedar semula,beliau mengatakan kepada orang ramai yang memukulnya : "Kamu semua harus perlu pergi ke masjid dan dengarlah hadith-hadith Nabi Saw yang di bicara di dalamnya ".Mengapa beliau (Maulana Muhammad Ilyas rah) dipukul dan di tampar? beliau tidak dipukul dan di tampar kerana beliau adalah lemah,tetapi beliau dipukul kerana Rasulullah Saw juga pernah dipukul di Taif.Beliau dipukul kerana Rasulullah Saw juga pernah dipukul di jalan-jalan di Kota Mekah. 

Pengkebumian Syeikhul Hind

Kubur Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi di perkarangan perkuburan Darul Uloom Deoband.Semoga Allah Swt terangkan pusara beliau dengan cahaya yang sempurna.Amin

Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi rah telah meninggal dunia pada tahun 1921 M di Delhi di rumah salah seorang daripada murid beliau,iaitu Hakim Ajmal Khan (1868–1927 M),salah seorang Hakim yang sangat terkenal di Delhi.Jasadnya telah dibawa dari Delhi ke Deoband.Apabila jasadnya telah diletakkan di untuk di mandikan,pakaianya telah di tanggalkan,maka masyarakat tempatan dapat melihat jasadnya yang tiada lagi daging di pinggang dan belakangnya.Yang tinggal hanya kulit dan tulangnya sahaja.Kesemua mereka yang hadir melihat upacara ini menangis.Apabila Syeikhul Islam Maulana Husain Ahmad Madani yang mengajar hadith di Calcutta pada masa itu,datang ke Deoband,masyarakat tempatan memaklumkan kepadanya mengenai keadaan Syeikhul Hind ini.Mereka memberitahunya bahawa Syeikhul Hind tidak mempunyai daging pada tubuhnya,hanya tinggal kulit dan tulang.Beliau (Maulana Husain Ahmad Madani) juga tiba-tiba menangis dengan hiba dan berkata: " Syeikhul Hind telah meminta saya untuk tidak mendedahkan rahsia ini.Apabila Syeikhul Hind (guru saya),dibawa sebagai tawanan ke Malta,pegawai British telah membawanya ke salah satu kurungan bawah tanah di mana beliau akan telah di seksa dengan belakangnya telah di letakan dengan besi panas dan kerana permintaan British supaya Syeikhul Hind Mahmudul Hasan mengeluarkan fatwa yang memihak kepada British.Beliau menolak untuk mengeluarkan fatwa sebegitu.Lalu hukuman kejam ini dikenakan terhadap beliau sehinggalah beliau pengsan kerana tidak tahan di seksa sebegitu.Apabila Pegawai British datang berbisik ke telinganya,beliau akan berkata : " Wahai British ! Walaupun tubuh saya kurus,saya tidak ada apa-apa.Saya seorang pewaris kepada Sayyiduna Bilal r.hu. Walaupun kulit saya dikupas dari badan saya,tetapi saya tidak akan mengeluarkan fatwa yang memihak kepada kamu.Hal ini merupakan manifestasi kecintaan,kesetiaan dan ketaatan Syeikhul Hind untuk Rasulullah Saw dan agamanya.

Salah seorang daripada pelajar Syeikhul Hind iaitu Maulana Muhammad Ilyas rah.Melalui Usaha Tabligh yang di pelopor olehnya pada hari ini telah merentasi 165 buah negara di seluruh pelusuk dunia.Siapa yang boleh menghalangnya daripada melakukan kerja-kerja ini ? Orang-orang hebat yang terlibat secara istiqomah dalam Usaha Tabligh ini walaupun beberapa orang telah berusaha untuk menghalangnya.Sebenarnya tiada siapa yang boleh menghalang pergerakan Jemaah ini dari maju ke hadapan.Jemaah ini sebenar telah menerima doa daripada para Akabir Deoband dan inshalah,tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalang pergerakan Jemaah ini daripada menyebarkan mesej-mesej Islam yang haq.

P/s : Rujukan Ulama Deoband,Penerbitan Darul Uloom AzaadVille,Afrika Selatan,Halaman 54-57 dan Ulamak-Ulamak Agung Deoband,Mufti Taqi Uthmani,Halaman 19.

2 comments:

  1. salam
    1.mohon semak tahun kelahirannya bukan 1867 sbb deoband ditubuh pd tahun 1866
    2. maulana rashid ahmad meninggal tahun 1905

    ReplyDelete
  2. Terima kasih,maaf saya terlepas pandang...

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini