Ikuti Blog Ini

Sunday, March 31, 2013

Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak Telah Menziarahi Masjid Sri Petaling Malam Tadi

Ketibaan Perdana Menteri Malaysia sebelum solat Isyak di sambut oleh beberapa orang AJK masjid tersebut.

Alhamdulillah,seperti mana yang telah di beritahu oleh saya semalam ( 30/3/2013) bahawa berita kedatangan Perdana Menteri Malaysia,iaitu Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak ke Masjid Jamek Bandar Baru,Sri Petaling.Kedatangan Perdana Menteri dan anak lelakinya itu di iringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom,Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin,Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha serta Pengerusi masjid itu Haji Zaid Bin Abdullah.

Perdana Menteri, yang tiba pada 8.50 malam berbaju Melayu coklat,berkain pelikat dan berkopiah putih itu, menunaikan solat Isyak secara berjemaah dengan diimamkan oleh Imam  Besar Masjid berkenaan.Kemudiannya,selepas itu Perdana Menteri turut meluangkan masa mendengar beberapa kisah kehidupan para Sahabat r.hum ajmain yang di bacakan daripada kitab Hayatush Sahabah yang di ketuai oleh Ustaz Muaz Bin Roslan.Perdana Menteri juga di berikan peluang untuk berucap di dalam hadapan hadirin kira-kira 10 minit yang rata-rata mereka yang hadir ialah di sebabkan malam itu adalah malam markaz/malam perhimpunan dakwah di masjid berkenaan.

 Perdana Menteri duduk menunggu Solat Isyak

Ketika berlangsungnya Solat Isyak di mana Perdana Menteri turut menyertainya.

 Perdana Menteri ketika memberikan sedikit ucapan di hadapan para jemaah masjid berkenaan.

 Kelihatan para wartawan memenuhi dewan utama solat masjid berkenaan.

Perdana Menteri berjalan menuju ke Dewan Makan.

Perdana Menteri ketika di dewan Makan,turut bersama Perdana Menteri ialah mudir Madrasah Miftahul Ulum iaitu Syeikhul Hadith,Maulana Abdul Hamid,turut kelihatan bekas Ketua Jemaah Haji Malaysia iaitu Haji Salleh Mubin,juga Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perdana Menteri turut bertanya mengenai kegiatan Dakwah/Tabligh di Malaysia ini dan kegiatan pengajian di Madrasah ini.Kemudiannya,Perdana Menteri telah menawarkan diri untuk membantu madrasah berkenaan.

Peringatan,mutakhir ini,ramai ahli politik yang telah membuat kunjungan ke Masjid ini.Adanya dari barisan pembangkang adanya daripada barisan kerajaan.Justuru itu,tindakan mengeksploitasi dan mempolitikkan  kunjungan  ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak mencerminkan etika sahsiah seorang insan yang bergelar muslim. 

p/s : Untuk berlaku adil,anda di minta untuk membaca kisah di bawah ini : 

1. http://wirapendang.blogspot.com/2013/02/dari-dimensi-yang-berbeza.html
2.http://wirapendang.blogspot.com/2013/01/nasihat-al-musnid-syeikh-kepada.html
3.http://wirapendang.blogspot.com/2013/01/kisah-al-musnid-syeikh-dengan-dua-orang.html

Saturday, March 30, 2013

Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak Ziarah Masjid Sri Petaling Malam Ini



Assalamu alaikum.Inshallah,saya hendak memberitahu kepada pembaca dan pengunjungan blog ini bahawa malam ini iaitu pada tanggal 30/3/2013,kedatangan Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia menziarahi Masjid Jamek Bandar Baru,Sri Petaling yang juga merupakan markaz pusat bagi kegiatan Dakwah/Tabligh di Malaysia.

Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak di jangka sampai di Masjid Sri Petaling pada pukul 9 malam,dan beliau akan sama-sama bersolat fardhu Isyak secara berjemaah di masjid tersebut.Kemudiannya beliau akan turut menyertai majlis pembacaan Hayatush Sahabah yang akan di bacakan oleh Ulamak di Masjid tersebut.Selepas daripada itu,beliau di jangka akan membuat pertemuan tertutup muzakarah/usrah bersama dengan para ulamak di dalam Usaha Dakwah/Tabligh.

Justuru itu,saya berharap supaya kedatangan Perdana Menteri Malaysia ini tidak di politikkan oleh mana-mana pihak kerana kerana mutakhir ini ramai ahli politik baik pembangkang mahupun kerajaan yang datang menziarahi masjid ini.

Perdana Menteri ketika menziarah Ijtimak Tabligh di Nilai pada 2009.


Sebenarnya,hubungan di antara Perdana Menteri Malaysia ini dengan beberapa ulamak dalam Usaha Dakwah/Tabligh sememangnya sudah lama di ketahui umum,misalnya hubungan beliau dengan arwah Tuan Guru Haji Solleh Penanti dsb.Marilah kita sama-sama berdoa,supaya setiap kita diberikan hidayah dan taufik dalam menjalani ketaatan kita kepada perintah dan larangannya mengikuti cara yang telah di tunjuki oleh Sayyiduna Rasulillah Saw.

Di bawah ini saya sertakan beberapa tulisan saya mengenai ziarah dan hubungan beberapa   pemimpin parti politik yang menziarahi dan menyantuni Usaha Dakwah/Tabligh.

1.
http://wirapendang.blogspot.com/2013/02/dari-dimensi-yang-berbeza.html
2.http://wirapendang.blogspot.com/2013/01/nasihat-al-musnid-syeikh-kepada.html

Friday, March 29, 2013

Tajdid Dalam Jemaah Usaha Dakwah & Tabligh (Di Malaysia)

                            Habib Ali Zaenal Abidin bersama dengan Maulana Johari Jerantut

Ada orang berkata :

“….Yang lebih menyedihkan, ramai diantara mereka yang keluar untuk berdakwah, tapi ternyata TIDAK MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN agama yang cukup. Sehingga terjadi penyesatan kepada orang-orang yang mendengar ceramah dan bayan Jemaah Tabligh ini….

JAWAPAN KAMI :

Pada pandangan kami,Jemaah Tabligh (kami lebih menfokusan situasinya di Malaysia) sudah ada tajdid (pembaharuan).Jika dahulu,bilangan para alim ulamak yang turut serta di dalam Jemaah ini sangat sedikit,tetapi setelah lebih 30 tahun Jemaah ini bertapak di Malaysia,peningkatan alim ulamak yang mengambil bahagian di dalam Jemaah ini meningkat.Jika dahulu,yang menggerakan struktur Jemaah ini ialah golongan “Awamunaas” (orang awam),maka kebarangkalian mereka menyampaikan sesuatu berisiko yang mengandungi kesilapan sangat tinggi.Tetapi,sekarang alhamdulillah,kebanyakan yang menyampaikan syarahan/bayan (penerangan) di dalam majlis Jemaah Tabligh ialah para alim ulamak,paling tidak alim ulamak kalangan mereka ialah yang telah tamat pengajian secara Daurah al-Hadith.Mereka (para alim ulamak inilah di berikan peranan sebagai jurubicara di setiap majlis-majlis anjuran Jemaah Tabligh.

Dalam kerangka kerja dakwah,aktivis Jemaah Tabligh dilatih untuk berkata-kata dalam perkara-perkara asas terutamanya tentang 6 Prinsip para sahabat r.hum ajmain yang begitu mahsyur dalam kalangan Jemaah Tabligh.

Sebagai pegangan untuk memudahkan para aktivisnya menuturkan sesuatu yang bersandarkan nas dan dalil,mereka (para aktivis )Jemaah Tabligh di galakan membaca dua karya sejarah/sirah kehidupan para sahabat r.hum ajmain iaitu Hikayatush Sahabah karya Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahalawi dan Hayatush Sahabah karya Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahalawi.

Sesuai dengan tujuannya untuk membentuk akhlak atau sifat-sifat mulia,kitab-kitab ini tidak memaparkan sejarah para sahabat secara kronologis,sebaliknya membahagikan bab-bab berdasarkan sifat-sifat tertentu serta contoh kehidupan para sahabat.Kitab Hikayatush Sahabah dibahagikan kepada bab-bab seperti :ketabahan,ketakwaan,kesederhanaan,wara‟ dan keperwiraan,semangat mencari ilmu,menyenangkan perasaan Rasulullah Saw, serta bab-bab khusus perihal mengenai kehidupan para wanita dan anak-anak di dalam generasi itu.Sedangkan di dalam kitab Hayatush Sahabah terdiri atas pasal-pasal tentang dakwah,baiat,kesabaran,hijrah,jihad,dan sebagainya.

Jemaah Tabligh juga menekan aspek wirid dan zikir,seperti yang disebutkan sebelumnya, bahawa Maulana Muhammad Ilyas adalah pengikut tariqat Chistiyyah yang bersikap terbuka terhadap berbagai tariqat lain.Dalam tariqat apa pun,aspek ini merupakan tiang utama.
Di dalam Jemaah Tabligh sendiri amalan tariqatnya tidak banyak dicampuri ajaran syeikh atau guru-guru tariqat yang menjadi sumber kasyaf sebagai puncak rujukannya.Barangkali hal ini disebabkan kerana Jamaah Tabligh banyak berpegang pada sumber hadis dan mencontohi kehidupan para sahabat r.hum ajmain sebagai ikutan mereka.

Kesimpulannya,menghukumi secara literal/zahir bahawa Jemaah Tabligh adalah sesat dan mendengar ucapan-ucapan mereka akan menjadi sesat adalah merupakan satu tohmahan yang berat kerana kedangkalan penuduh dalam memahami waqi dan maqasid jemaah ini.Kami mengakui kadang-kala mendengar ucapan dari “awamunaas” Jemaah Tabligh ada kala mengandungi kesilapan fakta,hujjah dan sebagainya.Namun tindakan penuduh membakulkan bahawa semua aktivis Jemaah Tabligh adalah sebegitu merupakan satu kesilapan besar.Kami sudah menerangkan bahawa di dalam Jemaah Tabligh khususnya di Malaysia sudah mengalami tajdid/pembaharuan kerana rata-rata sekarang,setiap jemaah yang di keluarkan akan di sertakan seorang alim dan hafiz.

Maulana Amir Bin Hamzah,Pengajar kitab Jami' Tirmizi di Madrasah Miftahul  Ulum,Sri Petaling.Berjaya memperolehi "Mumtaz" semasa belajar di Madrasah Arabia,Raiwind,Lahore,Pakistan.

Mutakhir ini,penyertaan daripada golongan “Warisatul Anbiya” ini di dalam Jemaah Tabligh amatlah menggalakan,agamawan daripada pelbagai institusi pondok,madrasah,Universiti Islam dari dalam dan luar negara dan sebagainya membuktikan bahawa Jemaah Tabligh kini kian mendapat perhatian daripada golongan “Warisatul Anbiya”.Merekalah yang akan berada di barisan hadapan dan akan mempertahankan dan memperkukuhkan perjuangan Jemaah Tabligh di lapangan dakwah ini.

Friday, March 15, 2013

Khuruj bersama Ustaz Salafi/Wahabi



Alhamdulillah,segala puji bagi Allah swt kerana telah memilih saya untuk melapangkan masa khuruj atas Jalan Dakwah /Tabligh selama pada baru-baru ini.Khuruj kali ini amat bermakna buat saya,kerana ,saya di pilih oleh Allah Swt khuruj bersama seorang Ustaz yang mendapat pendidikan di Madinah,iaitu Universiti Islam Madinah.Ustaz ini juga adalah seorang yang bermanhaj salafi/wahabi  yang agak ekstrem dengan kewahabiannya dalam juzuk-juzuk agama.

Apa yang menariknya ialah kerana,amat jalang-jalang berlaku di Malaysia ini,agamawan aliran Salafi/wahabi melibatkan diri dalam kegiatan dakwah/tabligh dengan amalan khuruj seperti yang di lakukan oleh Jemaah Tabligh yang terkenal dengan bilangan angka tertentu dalam menetapkan tempoh untuk belajar dan melakukan kerja dakwah.Kebiasaannya kita akan melihat dan mendengar ada saja kritikan dan tohmahan di lontarkan oleh golongan ini (Salafi/Wahabi) kepada Jemaah Usaha Dakwah/ Tabligh.Mereka telah mempakej bahawa setiap amalan dalam Jemaah Tabligh adalah bida’ah yang tidak pernah di lakukan Nabi Saw dan para Salafus sholeh kita yang terdahulu.

Sekiranya teman-teman daripada luar Negara yang sangat giat/aktif berdakwah atas Jalan Dakwah/Tabligh ini tidak menghairankan saya,kerana saya mempunyai pengalaman berikhtilat/bercampur dengan mereka.Rata-rata rakan-rakan yang beraliran Salafi/Wahabi ini adalah datang daripada Arab Saudi sendiri,bahkan tidak kurang juga dari Jordan dan Mesir.Walaupun aliran ini sangat cenderung kepada pandangan yang ekstrem dalam juzuk-juzuk agama tertentu,tetapi penglibatan mereka-mereka yang beraliran ini dalam kegiatan Dakwah/Tabligh amat meningkat sekali.Hal ini jika dapat lihat mengenai jumlah kehadiran saudara-saudara kita dari Arab Saudi yang terkenal dengan aliran Salafi/Wahabi di Ijtimak-Ijtimak (perhimpunan) yang di kendalikan oleh Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh sangat tinggi.

Walaupun fatwa demi fatwa dan pandangan demi pandangan di keluarkan oleh Ulamak-Ulamak mereka  mengenai kegiatan Jemaah Tabligh,hal ini tidak sedikit pun merencatkan semangat mereka untuk bergiat akktif dalam lapangan dakwah ini.Mereka-mereka yang beraliran ini seakan-akan mencari satu medium untuk pembaikan diri /islah diri.

Alhamdulillah,inilah pengalaman seorang Ustaz yang beraliran Salafi/Wahabi ini yang di kongsi bersama saya sepanjang khuruj kami.Banyak perkongsian beliau,di kongsi bersama saya.Beliau menceritakan kepada saya bahawa kenapa beliau rasa terpanggil untuk melapangkan diri di Jalan Dakwah/Tabligh  adalah kerana  3 perkara,yang mana beliau merasakan 3 perkara ini merupakan usaha yang akrab/hampir dengan kehidupan Sayyiduna Muhamad Musthofa Saw atau dalam istilah lain adalah hampir kepada Sunnah Nabi Saw.Perkara-perkara itu ialah :

1.Dalam Jemaah Tabligh adanya proses pengislahan diri (tarbiah rohani).
2.Dalam Jemaah Tabligh adanya proses muafakat/pepaduan Ummat.
3.Dalam Jemaah Tabligh adanya proses melatih dan mengajar  kita bagaimana berfikir seperti Nabi Saw berfikir iaitu “Fikir Risau” atas saudara seIslam/seaqidah dengan kita.

Beliau memberitahu saya bahawa,3 perkara ini yang membuat beliau tertarik untuk mengikuti kegiatan Dakwah/Tabligh  meskipun beliau mempunyai beberapa persoalan yang di kurang di persetujui olehnya iaitu Hadith-hadith yang bermasalah dalam kitab Fadhilat A’mal  dan sebagainya.Namun saya hanya mendengar dan mendiamkan sahaja komentar beliau,kerana masa ini belum waktu yang sesuai untuk saya menerangkan segala permasalahan yang membelenggu di fikiran beliau.Seharusnya saya berfikir untuk saya elakan berbincang tentang permasalahan ini kerana ,permasalahan ini akan menggugat keharmonian Jemaah kami.Justuru itu yang menjadi keutamaan di fikiran kami ialah bagaimana setiap masjid yang kami kunjungi di hidupkan dengan amalan masjid seperti mana hidupnya di zaman Nabi Saw  dan bagaimana semua lelaki mempunyai hubungan dengan masjid.Hal inilah yang menjadi keutamaan fikiran kami daripada kami membuang masa,membincangkan perkara-perkara yang yang boleh merosakan hubungan sesama kami.

Sepanjang khuruj bersama beliau,saya melihat kesungguhan beliau dalam melakukan dakwah amat luar biasa sekali,cita-cita beliau supaya setiap masjid di hidupkan,masyarakat di budayakan dengan  majlis ilmu,Sunnah Nabi Saw di junjung tinggi dalam kehidupan setiap orang Islam.Banyak manfaat yang saya dapat daripada beliau sepanjang khuruj kami .
Semoga apa yang saya kongsikan disini semoga ianya menjadi asbab hidayah buat kita semua,dan seterusnya menjadi jambatan penghujung antara mereka yang beraliran Salafi/Wahabi dengan Jemaah Usaha Dakwah/ Tabligh. 


Jemaah  Usaha Dakwah/Tabligh merupakan satu gerakan dakwah,namun ianya agak mustahil akan terjadinya kesatuan dalam satu satu mazhab fiqh.Justuru itu,salah satu amalan yang diamalkan mesti ada sandaran dan asal dalam syariat,dan setahu saya tidak ada amalan bidaah yang zahir yang diamalkan atas nama Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh,dan jika adapun,ianya adalah bersifat individu dan jumlahnya sedikit dan inshaAllah kita semua sama-sama berusaha untuk membaikinya,dan jika ada amalan-amalan yang bertentangan dengan amalan mana aliran di dalam masalah fiqh,maka ia bukanlah dasar dari jemaah ini,bahkan ia dibahaskan dan diperincikan atas dasar mereka ulamak hadis dari India/Pakistan bukannya atas sifat mereka adalah masyaikh Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini