Ikuti Blog Ini

Friday, February 22, 2013

Dari Dimensi Yang Berbeza


Tuan Guru Abdul Hadi,Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) berbual dengan barisan Majlis Syura Jemaah  Tabligh dalam kunjungannya ke Masjid Jamek,Bandar Baru,Sri Petaling,petang semalam.

Sebenar,hubungan Tuan Guru,Mursyidul Am,dan beberapa pimpinan PAS adalah sangat mesra dengan Jemaah Tabligh khususnya di Malaysia.Saya yang tinggal di satu negeri yang agak terkenal dengan gelaran sebagai kubu kuat PAS turut merasai akan perihal tentang perkara ini.
Tuan Guru ada ceritakan bahawa kita hari ini berceramah berjam-jam,tapi mengikutnya adalah sedikit,tapi para sahabat r.hum ajmain berkhutbah pendek saja,yang mengikut mereka adalah ramai.Tuan GuruAbdul Hadi kata lagi,sepanjang Jalan Sutera,apabila sahabat dan tabi'in bergerak ke China,maka sepanjang perjalanan,orang akan mengikuti mereka dan masuk Islam.Kemudian,Maulana Abdul Hamid menambah bahawa para sahabat r.hum ajmain hanya berkata "kuunuu mithlana tuflihu"(jadilah mcm kami,kamu berjaya) di sebabkan mereka ada hakikat iman dan amal,kata Maulana Abdul Hamid lagi sambil Tuan Guru Abdul Hadi mengangguk kepala tanda bersetuju dengan perkataan Maulana Abdul Hamid.


Ketika,Jemaah Tabligh mulai memasuki negeri Kelantan,Jemaah Tabligh daripada India,Pakistan akan membuat kunjungan ke Pejabat Mufti Kelantan,sementara itu,yang membantu dalam menterjemah kepada Jemaah ini adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Walaupun,kebanyakan aktivis/rakan seusaha/para karkun mempunyai pengalaman pahit,pernah di halau,di caci dan di perli oleh ahli bawahan PAS,namun ketahuilah wahai saudaraku tindakan dan perbuatan mereka ini tidak di restui oleh pimpinan PAS itu sendiri.


Kebanyakan aktivis/rakan seusaha/para karkun di halau,di caci dan di perli dek kerana di tuduh bersikap nuetral dalam kerangka politik kepartian di tanah air.Ada pihak yang mendakwa bahawa aktivis/rakan seusaha/para karkun kebanyakan menyokong parti lawan mereka.Sebenarnya,Jemaah Tabligh adalah satu gerakan dakwah dan islah,namun ianya agak mustahil terjadi kesatuan dalam satu-satu kesamaan politik kepartian ini.

Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom serta pimpinan JAWI ketika beramah mesra dengan barisan Majlis Syura Jemaah Tabligh dalam rangka lawatan ke Masjid Jamek,Bandar Baru,Sri Petaling.

Sebenarnya,satu perkara yang menarik untuk kita semua ketahui bahawa Jemaah Tabligh ini adalah satu manhaj dakwah yang mengkehendaki penyertaan bagi setiap lapisan sosial umat,tidak kira mereka itu dari golongan Salafi/Wahabi,Sufi,PAS,PKR atau UMNO.Semua kita ini mempunyai tanggungjawab di antara satu sama lain.

Satu perkara yang menarik apabila golongan-golongan yang berbeza firqah ini,mereka duduk di dalam Jemaah Tabligh,mereka akan meraikan satu sama lain kerana di dalam Jemaah Tabligh sendiri di antara aspek yang di berikan penekanan penting ialah sifat “Ikramul Muslimin” dan setiap aktivis/rakan seusaha/para karkun di tekankan sifat mengutamakan saudara mereka dari diri mereka sendiri.

Usaha Dakwah ini seperti air yang sungai yang mengalir dengan tenang,walaupun lambat,ianya tetap mengalir dan akan sampai ke hilir sungai.(Kata-kata al-Musnid Syeikh Muhammad Soleh bin Usman Jalaluddin al-Fulfilani al-Malayuwi al-Makki).

                                                            Pierre Andre segak berserban

P/s laporan Harakah Daily : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16916-presiden-pas-kunjungi-jamaah-tabligh

11 comments:

  1. Allahu,sejuk memandang wajah2 mereka.

    ReplyDelete
  2. Alangkah indahnya andai semua umat islam di negara ini bersatu.....Allahhuakbar...!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, sebak rasanya.

    ReplyDelete
  4. semoga Allah satukan umat Islam di mlaysia...musuh kita adalah syaitan bukan sesama kita...namun kekadang kita tersasar dek hasutan syaitan...

    ReplyDelete
  5. masyaAllah, sejuk mata memandang org2 alim dudok sama2 bermesra..

    saya sangat menghormati n mengasihi ustaz hamid, beliau sorg ustaz yg penuh dgn sifat tawaduk.. bila berjumpa, beliau tak mudah lupa kat org..ingatan ust hamid kuat, beliau akan sebut nama kita dgn penuh senyuman..saya doakan ust hamid sihat..

    semoga Allah kurniakan rahmat keatas ust hamid dan juga keatas ulama2 PAS dan seluruh malaysia. ameen

    ReplyDelete
  6. Alangkah baiknya jika pimpinan PAS menasihati dan menegur pengikutnya yang begitu kuat mengkritik bahkan sanggup menyesatkan Jemaah Tabligh dan aliran Deoband atas alasan yang Allah saja yang tahu.

    http://urusanulama-hl.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,orang mcm tu,x payah lain,kaki putar belit,nanti dia akan bertanggungjawab di atas kata2 nya...

      p/s : Dia pun x faham perjuangan PAS itu bagaimana ?

      Delete
    2. Sedang Nabi yang maksum dan menerima wahyu pun bersedih bila dicaci maki oleh kafir Quraisy. Apa lagi karkun yang baru nak belajar buat usaha Nabi. Mereka pun manusia juga. Hati mana yang tak luka kalau dok difitnah, dicaci, dimaki, dituduh bid'ah dan sesat secara berterusan oleh orang yang langsung tak mahu dengar penjelasan.

      Harap para penyokong PAS tegar faham duduk perkara ini. Dan golongan yang 'terlebih ilmu' macam kat http://urusanulama-hl.blogspot.co.uk/ ni, moga Allah ampun mereka dan bagi petunjuk kepada mereka, Amin.

      Delete
  7. pakaian tuan guru haji hadi sama ja dgn pakaian org tabligh..sama 2 ikut sunnah nabi.. moga najib diberi hidayah berupa sama...amin.. tapi hak rakyat kene kembalikan juga wahai najib ye..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshallah,mohon doakan kebaikan dan hidayah Pemimpin kita.

      Delete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini