Ikuti Blog Ini

Tuesday, January 22, 2013

Nasihat Al-Musnid Syeikh Kepada Beberapa Pemimpin Negara


                          Gambar Perdana Menteri Dan Isteri Ketika Melakukan Tawaf

Al-Musnid Syeikh Muhammad Soleh bin Usman Jalaludin al-Fulfilani al-Malayuwi al-Makki pernah menceritakan bahawa beliau telah menasihati Isteri Perdana Menteri ,iaitu Datin Seri Rosmah Mansur ketika mereka berdua (Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak bersama isteri, Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor) menunaikan haji sekitar tahun 2008.

Telah berkata Al-Musnid Syeikh ,ketika menjawab soalan daripada isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor.(Perbualan ini berlangsung di rumah Al-Musnid Syeikh di Mekah,ketika Perdana Menteri dan Isteri menziarahi Al-Musnid Syeikh).

Soalan daripada Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor : Tuan Guru (Di kenali sebagai Tok Guru di Malaysia) adakah boleh saya bersama dengan suami saya di dalam syurga kelak.
Maka Tuan Guru menjawab,inshallah,boleh jika Datin Paduka Seri mentaati perintah Allah Swt dan Rasulnya,dan juga mentaati perintah suami,membuatkan suami rasa gembira dan bahagia.Dengan rahmat daripada Allah Swt,Allah Swt akan masukan Dato Sri dan Datin Paduka Seri ke dalam Syurga.

Tambahan lagi,Tuan Guru menghadiah beberapa amalan khusus kepada pasangan suami-isteri ini (Dato Sri dan Datin Paduka Seri – penulis merasakan ,amalan-amalan seperti zikir dan amalan sunnat tertentu w/a).

Penulis merasakan bahawa ada lagi nasihat daripada Al-Musnid Syeikh,tetapi hanya nasihat dan kata-kata ini yang telah Al-Musnid Syeikh ceritakan kepada penulis.

Al-Musnid Syeikh Ketika Solat Asar bersama Dato' Sri Haji Mohammad Najib di Medan Ijtimak Malaysia,di Nilai 2009.Turut hadir di medam Ijtimak ini ialah Dato' Seri Anwar bin Ibrahim yang juga anak murid kepada al-Musnid Syeikh.


Kisah ini di ceritakan sendiri kepada penulis ketika penulis menziarahi Al-Musnid Syeikh di rumah beliau,di Penanti sekitar tahun 2009,ketika Al-Musnid Syeikh pulang daripada menghadiri program Ijtimak Malaysia di Nilai ,Negeri Sembilan.

Komen daripada penulis : Sepatutnya diantara adab kita bermuamalah dengan pemimpin kita ,adalah dengan memberikan nasihat-nasihat yang baik.Hal yang demikian adalah di suruh oleh syarak.Bukan kita hanya melemparkan tuduhan dan kejian sedang beliau juga mempunyai iltizam dan sifat kemanusian seperti kita iaitu menginginkan redha daripada Allah Swt.

Walaupun sesiapa sahaja melakukan kesalahan atau kesilapan,hendaklah kita menegurnya dengan cara yang berhemah sesuai dengan garis panduan yang di garis oleh syarak.Bukan kita melemparkan cacian dan kata-kata nista yang hanya akan membahayakan kehidupan akhirat kita.
                                        Al-Musnid Syeikh bersama Syeikh Husni Ginting

                                          
(Kata-kata al-Musnid Syeikh Muhammad Soleh bin Usman Jalaluddin al-Fulfilani al-Malayuwi al-Makki,ketika menceritakan kisah beliau dengan Perdana Menteri Malaysia kepada saya sekitar 2009,di kediaman beliau,Penanti,Pulau Pinang).

P/S : Sebenarnya penulis ada menyimpan beberapa lagi kisah-kisah Al-Musnid Syeikh iaitu nasihat Al-Musnid Syeikh bekas Perdana Menteri Malaysia,Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan kepada Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (juga anak murid kepada Al-Musnid Syeikh).Sesiapa yang berminat mengetahuinya,sila hubungi penulis (fuadpendang@gmail.com).

2 comments:

  1. Masyallah...satu cerita yg baik...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini