Ikuti Blog Ini

Tuesday, November 20, 2012

Semangat Dakwah dan Jihad.

Gambar sekadar hiasan

Rasulullah SAW bersabda 'مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ' Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak pernah berjihad atau tidak memiliki kehendak untuk berjihad maka dia mati dalam salah satu cabang kemunafikan. [Riwayat Muslim]

Apabila ana terbaca hadith ini,maka teringat akan ana kisah Baba Ismail (Pak Dak Eil) Pondok Krasak yang bayan/tazkirah di halaqah ana (Pendang) pada tahun lepas iaitu 2011.

Baba Ismail (Pak Dak Eil) ceritakan mengenai kisah beliau mendapat taufiq dan seterusnya bersama dengan Usaha Dakwah dan Tabligh.Beliau cerita bahawa sebelum beliau adalah seorang yang paling lantang menentang kegiatan jemaah ini di kawasan beliau.Tetapi,apabila beliau membaca hadith ini,beliau merasakan  suatu tamparan dalam hidup beliau,seterusnya beliau telah membuat keputusan untuk bersama dengan Usaha Dakwah dan Tabligh.

Alhamdulillah,selepas daripada itu,Baba Ismail (Pak Dak Eil) telah mengikut rombongan Jemaah Ulama dari Markaz Yala untuk keluar 40 hari di India.Beliau ceritakan lagi bahawa ketika berada di India,beliau telah di tarbiah oleh Allah swt secukup2nya.Beliau berkata beliau ada kenangan manis dengan sugi.(maaf ana tidak dapat ceritakan di sini).

Beliau mencerita kisah beliau ini dengan menangis teresak-esak ,sambil majlis beliau di hadiri oleh timbalan Mufti Negeri Kedah iaitu Syeikh Marwazi Dziyauddin dan ratusan anak murid beliau yang hadir secara mengejut di masjid ana.

Baba Ismail (Pak Dak Eil) adalah Mudir Pondok Krasak(salah satu pondok terbesar di Selatan Thailand,beliau juga mempunyai anak murid yang ramai yang bertebaran di negeri (Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan) dan semenanjung  Malaysia sehinggakan ana pernah jumpa anak murid beliau di Batu Pahat,Johor).Beliau juga beliau merupakan seorang ahli majlis fatwa di wilayah Patani,bahkan beliau juga merupakan seorang yang alim di dalam ilmu Tauhid,Fekah,Tasawuf dan lain-lain lagi.

Berita tentang kedatangan jemaah beliau telah ana tulis di post ini.Sila klik

Saturday, November 17, 2012

Terbelahnya Sungai Dajlah


                                             Sungai Dajlah luas saujana memandang

Ditakhrijkan oleh Abu Nu'aim dari Abu Bakar bin Hafs bin 'Umar, dia berkata, "Salman Al-Farisi dan Saad r.hu berjalan berkumpulan dan kemudianya Saad r.hu berkata, "Hasbunallah Sungguh Allah akan menolong wali-wali Nya dan Allah menyebarkan agamanya ini dan Allah swt akan mengalahkan musuh-Nya, jika di dalam jemaah ini tidak ada kefasadan  atau dosa maka Jemaah ini akan mendapatkan hasanah(kebaikan) dan nusrah (pertolongan).,dan kemudian Salman r.hu  berkata,bahawa” Sungguh Islam ini baru, Allah SWT akan menundukkan sungai ini (Dajlah) sebagaimana Allah SWT telah menundukkan bumi (daratan) kepada kita, demi Allah yang diri Salman berada di dalam genggamanNya.

Lalu sungai Dajlah telah terbelah sehingga tidak nampak air sedikitpun di bahagian yang terbelah itu dan Jemaah kaum  Muslim ketika melaluinya mereka berbicara lebih banyak dibandingkan ketika mereka di daratan (menunjukkan mereka dalam keadaan yang tidak ada rasa takut dan dalam keadaan tenang). Jemaah kaum  Muslim yang berkelompok kelompok keluar darinya sebagaimana mereka masuk kedalam Sungai Dajlah. Mereka keluar dari sungai itu sama sebagaimana sumpah Salman r.hu. Mereka tidak kehilangan sesuatu apa pun dan tidak ada seorang pun dari mereka yang mati lemas (tenggelam).(Ad-Dalaail, 209)


Ditakhrijkan oleh Ibnu Jarir dari 'Umar Ash Shaidy, dia berkata, "apabila Saad r.hu dan orang-orang Islam masuk ke dalam sungai Dajlah dengan berjemaah,maka  Salman r.hu  berjalan bersama-sama  dengan Saad r.hu  mereka berjalan di atas air.Maka  Saad r.hu telah  berkata, ذَٲلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ”(pent- itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui) (Yaasin:38), dan apabila air sungai itu semakin meninggi, maka kuda-kuda mereka juga naik, (para sahabat dapat merasakan) kuda-kuda itu dalam keadaan tenang sebagaimana di daratan. Di Madain tidak pernah terjadi hal seperti ini maka hari itu disebut Yaum al-Maa' (hari air) dan mereka panggil juga hari itu sebagai Yaum al-Jaratsim (hari tempat-tempat yang tinggi).(Tarikh Ibnu Jarir, 3:122)
Pemandangan Sungai Dajlah dari atas satu jambatan.

Abu Nu'aim mentakhrijkan dari 'Umar Ash Shaidy sama seperti yang lain yang disampaikan kecuali tidak ada dikawasan Madain kejadian perkara ajaib ini dan kerana itu hari tersebut dipanggil sebagai “ Yaum al-Jaratsim”. Tidak ada satu orang pun daripada mereka pada  hari itu kecuali berada dalam keadaan gembira. (Ad-Dalaail, 29)

Friday, November 2, 2012

Ambil Manfaat Rezeki Dengan Amalan


Syeikh Ilyaas Kandhalawi rah pernah berkata bahawa"Jika seseorang tidak mendapat rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka,maka ketaqwaannya boleh di ragui".(Di petik daripada Buku Mutiara kata-kata Syeikh Ilyaas).

Mungkin ramai tidak menyangka bahawa dengan istighfar dan taubat mampu menjadi asbab terbukanya pintu-pintu rezeki.Oleh kerana itu,marilah berlumba-lumba dan bersegeralah kepada pintu taubat Allah Swt.Allah Swt telah berfirman:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu...” (Surah Ali ‘Imran, 3: 133)

Dalam al-Qur’an terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa rezeki Allah diturunkan kepada orang-orang yang sentiasa beristighfar, bertaubat dan kembali kepada Allah. Di antara petunjuk yang dimaksudkan tersebut adalah sebagaimana berikut.
Nuh ‘alaihis Salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Qur’an:
فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh, 71: 10-12)

Imam al-Qurthubi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rah menyebutkan sebuah atsar dari al-Hasan al-Bashri rah:

Bahawasanya seorang lelaki mengadu kepadanya tentang musim kemarau yang sedang terjadi. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”

Kemudian datang pula orang lain mengadu kepada beliau tentang kefaqirannya. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”Kemudian datang lagi yang lain pula mengadu kepada beliau tentang kekeringan tanamannya. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristigfarlah kepada Allah.”


Kemudian datang lagi yang lain mengadu kepada beliau kerana masih tidak memiliki anak. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.” Kemudian al-Hasan al-Bashri pun membacakan surah ini (Surah Nuh, 71: 11-12) kepada mereka.” (Tafsir al-Qurthubi, 18/302-303. Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 11/98)

Dalam ayat yang lain juga, Allah Swt berfirman:
وَيَقَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ
“(Hud berkata): “Wahai kaumku, beristighfarlah kepada Rabb-mu kemudian bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan pada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan melakukan dosa.” (Surah Huud, 11: 52)

Disebutkan dalam suatu hadis:

Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir, tetapi dinilai dhaif oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth).”

Oleh itu, perbanyakkanlah istighfar dan taubat. Istighfar dan taubat memiliki keutamaan yang sangat besar bukan sekadar apa yang disebutkan di atas. Malah Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri yang memerintahkan kepada kita agar sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada-Nya.
Allah Swt berfirman:

“Dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah dengan memuji Rabb-mu di waktu pagi dan petang.” Surah Al-Mukmiin, 40: 55

Di ayat yang lain:

Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah), di sisi Rabb mereka ada Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan mereka dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat para hamba-Nya. Iaitu orang-orang yang berdoa, “Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.” Iaitu orang-orang yang sabar, yang tetap taat, yang mengeluarkan sedekah, dan yang memohon keampunan di waktu sahur.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 15-17).

Dalam ayat lain lagi:

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menzalimi dirinya lalu kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisaa’, 4: 110).

Demikian juga sebagaimana apa yang diperintahkan oleh Rasulullah Saw, beliau bukan sahaja mengajak agar kita sentiasa beristighfar dan bertaubat, malah beliau sendiri telah menunjukkan contohnya dengan sebaik-baik contoh. Baginda Saw mengajar kita agar beristighfar dalam banyak keadaan dan hampir setiap keadaan. Seperti ketika tersedar dari melakukan dosa, ketika menutup majlis, ketika waktu pagi dan petang, ketika hendak mengakhiri solat, ketika sebaik selesai solat, ketika di dalam solat, ketika sebaik selesai berwudhu’, dan banyak lagi.

Kata Nabi Saw:

Demi Allah, aku benar-benar beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam satu hari lebih banyak dari tujuh puluh kali.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, bab: Istighfar Nabi di siang dan malam hari, no. 6307)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Saw bersabda:
إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِي، وَإِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللهَ، فِي الْيَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ
Sesungguhnya aku dicukupkan atas hatiku dan aku beristighfar kepada Allah sehari seratus kali.” (Hadis Riwayat Muslim, bab: anjuran beristighfar, no. 2702)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini