Ikuti Blog Ini

Wednesday, March 2, 2011

Perjumpaan Ulama Pattani.

Masjid Sultanah Haminah

Alhamdulillah,satu jemaah Ulama ikram telah datang ke kawasan Pendang,Jemaah ini merupakan jemaah khas dari Markaz Yala,yang di putuskan oleh ahli majlis syura-syura Markaz Yala,selama 10 hari,dan atas permintaan dari Ustaz-ustaz di Markaz Jitra.Mereka bergerak di Pulau Langkawi,Alor Star dan di kawasan Pendang sendiri.Paling istimewa yang terdapat dalam Jemaah ini ialah kesemua ahli jemaah ini baba-baba atau tok guru-tok guru pondok besar di tiga wilayah di Selatan negara Thailand.

Buat pengetahuan pembaca semua,Pak Ndak Ngail atau Tok Guru Haji Ismail dari Pondok Kerasak juga ikut serta ,beliau merupakan seorang ahli majlis fatwa di wilayah Patani,bahkan beliau juga merupakan seorang yang alim di dalam ilmu Tauhid,Fekah ,Tasawuf dan lain-lain lagi.Di pondok beliau juga terdapat lebih kurang 1200 pelajar yang belajar dengan beliau,dan beliau juga mempunyai anak murid ramai yang bertebaran di sekitar negeri Kedah,Perlis,Pulau Pinang dan Kelantan.
Masjid Sultanah Haminah.
Maka,masjid yang dipilih untuk jemaah Alim Ulama ini membuat usaha ialah di Masjid Daerah Pendang,Tangjung Radin,Pendang,Kedah,dengan segala prasarana dan infrastruktur yang lengkap,maka amat bersesuaian masjid ini di jadikan route mereka,dan juga di jadikan tempat untuk membuat Jhor Ulama di sini.

Pada malam yang pertama,program perjumpaan bersama dengan alim ulama yang datang dari seluruh negeri Kedah,bahkan ada juga alim ulama yang sanggup datang dari Daerah Sik,dari Pondok Tok Guru Haji Salleh Musa,Sik,semoga Allah ambil pengorbanan mereka ini.Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Timbalan Mufti Negeri Kedah,Syeikh Marwazi,alim ulama sekitar Negeri kedah,bloggers terkenal ziarah76 dan ramai lagi terutamanya bekas anak-anak murid Pak Ndak Ngail,kehadiran lebih kurang 300 orang,walaupun tidak ada satu poster atau banner di pasang bagi mengiklankan program ini.

Ucapan ataupun bayan di sampaikan oleh Pak Ndak Ngail,mashaAllah,Allah bagi dia faham,hebat,ini lah kebaikan dan kelebihan alim ulama di dalam usaha dakwah ini,kefahaman beliau dan syarahan beliau mengenai ilmu usuluddin,beliau juga telah membuktikan lagi bahawa kealiman ulama-ulama dari selatan Thailand di dalam ilmu Usuluddin.Program berlangsung sekitar 1jam setengah,dan solat Isyak,telah di imami oleh Timbalan Mufti Besar Negeri Kedah,dan majlis diakhiri dengan jamuan …hahahha

P/s:cerita di belakang tabir,perhimpunan atau Jhor bagi pekerja /touke kedai makan Tom Yam dan masakan Patani,telah di buat pada pukul 3.00 pagi..mashaAllah,buat kerja sungguh mereka..

16 comments:

  1. yg bagi bayan tu Baba Ismail Sepanjang ke?

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar...takda rakaman audio ka?

    ReplyDelete
  3. Ridzuan Ariffin: bukan,tp baba Ismail dari pondok kerasak,menurut anak muridnya baba ismail sepanjg blum ikut dakwah ini lagi,sudah banyak baba2 yg telah buat usaha ini pergi ziarahi dia..o\inshaAllah,

    PIANED:audio ada,tapi xclear,sebab pak ndak ismail suaranya dia,kurang jelas...

    ReplyDelete
  4. bleh tolong send...mana la tau ada sikit2 yang dapat difahamkan....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Ulama adalah pewaris para nabi.. kena banyak belajar dan dampingi ulama, mudah-mudahan dapat ambil manafaat, belajar sifat dan ilmu yang ada pada mereka.

    ReplyDelete
  6. Beruntung sungguh orang Pendang khususnya rakan seusaha anak pendang yg gigih dan dipermudahkan Allah untuk mengambil jemaah ulama-ulama patani untuk maksud asbab hidayat seluruh alam.
    Nama Tuan Guru (TG) Haji Salleh ada dua orang yang mahsyur sebagai ulama pondok. Satu yang di Sik tu TG Hj Salleh Musa yg hadir di Pendang mlm tu. (masa saya khuruj di Sik 2009, saya mendapat karkuzari dari rakan seusaha mengenai beliau).
    Satu lagi TG Haji Salleh Penanti yang juga Syura Tabligh Malaysia, yang kini menetap di Mekah. Yg menariknya, kedua-dua mereka kenal dan berkawan.
    TG Hj Salleh Penanti anak kepada ulama nusantara, Syeikh Uthman Jalalludin (anak murid Tok Kenali). (Syeikh Uthman asal kelantan, pernah belajar juga di Patani dan kemudian sambung belajar di Mekah, balik dari Mekah buka pondok bukan di Kelantan tetapi di Penanti, Seberang Perai). wallahualam

    p/s: fuad, Z76 bloggers terkenal amende? tak mau la terkenal.

    ReplyDelete
  7. diumumkan,ahad ni ada jemaah dr arab akan dtg ke tempat kami.masjid wan alwi kuching sarawak..blogger sarawak dan yg ada dkt2 kwsn wan alwi,jemput datang ok

    ReplyDelete
  8. PIANED :tuan bagi e-mail...

    mhafiz_ydin:semoga usaha kita sentiasa berada di bawah payung dan bimbingan alim ulama

    ziarah76:TG Salleh Musa n TG Salleh Penanti,merupakan kebanggaan umat Islam Melayu..
    p/s:terkenal la...

    menusuk hati :mashaAllah...jauhnya kami nk p...
    serta doa saja...

    ReplyDelete
  9. welcomerevival_89@yahoo.com

    jazakallah kerana sudi untuk berkongsi...

    ReplyDelete
  10. "Ya Allah, pilih lah si faqir ini utk dpt bersama jemaah para ulamak... oh Allah, dapat jadi tukang bawa dan susun kasut mereka pun jadilah.... asalkan Kau terima si faqir ini.... utk dikait2kan dgn usaha agama-Mu.. oh Allah!"

    ReplyDelete
  11. Bila jemaah nak ke langkawi..?

    ReplyDelete
  12. PIANED:TUNGGU sat noh...

    Ust Gunawan:sy lagi la,yg jahil nie,dpt berkhidmat utk ulama pun jadi la...

    Anonymous:jemaah itu sudah pun pergi,dh tangguh dh,dh balik patani dh..

    ReplyDelete
  13. MasyaAllah.
    Dapat rasa seronoknya dari jauh walalupun tak dapat datang.

    ReplyDelete
  14. semoga Allah sebarkan hidayat seluruh alam

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini