Telah dikisahkan bahawa pemikir Islam yang amat disegani pada era ini iaitu Syeikh Abul Hasan Ali An-nadwi telah mengunjungi Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan, semasa menziarahi Tuan Guru Nik Aziz, beliau telah dijemput ke Maahad Tahfiz Al-Quran Kubang Bujuk yang terletak di Terengganu. Kedatangan Tuan Syeikh telah tersebar luas ke pengetahuan masyarakat tidak kira sama ada dekat mahupun yang jauh. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu dengan pemikir Islam yang hebat seperti beliau. Akhirnya masa yang dijanjikan telah pun tiba, majlis besar-besaran telah diadakan di Maahad Tahfiz tersebut. Semasa pengerusi majlis menjemput beliau untuk memberi ucapan sepatah dua kata, beliau pergi ke tempat ucapan dan memberikan kata-kata yang sangat pendek, padat, dan begitu amat bermakna.
Beliau telah melafazkan sepotong hadis yang Marfu’ daripada Nabi saw, hadisnya berbunyi:
خيركم من تعلم القرآن وعلمهBermaksud: Sebaik-baik manusia dalam kalangan kamu adalah orang yang belajar al-quran dan orang yang mengajarkannya.
Ketika ditanya mengapakan ucapan Tuan begitu pendek, kerana kami di sini amat mengharapkan ucapan dan nasihat daripada Tuan?Maka beliau menjawab: Bagaimana aku ingin memberi ucapan kepada golongan yang Nabi saw sendiri yang mengiktirafnya sebagai sebaik-baik manusia di atas muka bumi ini.
Subhanallah.
Hadis ini telah menjadi bukti bahawa sebaik-baik manusia dalam kalangan umat nabi Muhammad saw ialah orang yang belajar al-quran dan mengajarkannya kepada orang lain. Mengapa saya katakan bahawa mereka adalah sebaik-baik manusia di atas muka bumi berdasarkan hadis yang sahih ini?
Kita perlu tahu bahawa umat yang terbaik di antara umat-umat yang telah wujud di atas muka bumi ini semenjak dari zaman nabi Adam a.s. adalah umat nabi Muhammad saw. Tidak akan dibenarkan suatu umat manusia memasuki syurga melainkan umat nabi Muhammad saw yang akan diberi keutamaan. Daripada itu, nabi saw telah mengkhususkan lagi siapa pula yang terbaik daripada kalangan umatnya, Berdasarkan hadis yang sahih ini, manusia yang terbaik itu tidak lain dan tidak bukan adalah orang-orang beriman yang belajar al-quran dan mengajarkannya kepada orang lain. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kehebatan umat nabi Muhammad saw adalah kerana kemuliaan yang ada pada kitab suci Al-Quran.
Nabi Muhammad saw adalah seorang yang benar dan dibenarkan segala percakapannya. Manakan tidak, semasa baginda belum dilantik menjadi nabi lagi beliau sudah digelar dengan gelaran al-Amin. Apatah lagi semasa baginda diangkat menjadi pesuruh Allah swt, segala pencakapannya adalah wahyu daripada Allah swt seperi firmannya yang bermaksud:
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (An-najmu ayat 3 dan 4)
Bukti Sejarah
Sejarah tidak boleh menipu mata-mata yang sudah sedia celik. Ya, sejarah telah membuktikan betapa banyak genarasi Al-quran yang sudah Berjaya. Kita lihat bagaimana suatu masa dahulu umat Islam menguasai 2/3 dunia dengan hanya masa yang amat singkat, kita lihat bagaimana umat yang sebelumnya tidak ada tamadun, yang hidup pada hal keadaan yang sangat jahiliyah dan amat menyedihkan. Namun dengan sekelumit masa yang amat singkat, bangsa Arab yang dinaungi oleh agama suci yakni Islam telah menjadi satu kerajaan Islam yang amat dihormati dan disegani oleh semua penduduk dunia, malah menguasai timur dan barat. Hal ini kerana mereka menggunakan seluruh isi al-quran sebagai perlembagaan dalam setiap tingkatan pemerintahan baik daripada individu sehinggalah ke peringkat negara.
Inilah generasi Al-quran. Generasi yang melahirkan tokoh yang sangat hebat seperti Saidina Umar Al-Khattab. Beliau tidak seperti umat Islam sekarang, yang hanya pandai berkata-kata dan bertawakkal sahaja, sibuk mencipta amalan-amalan baharu yang bukan daripada Rasulullah saw. Tetapi beliau menggunakan segala momentum yang ada di dalam Al-Quran dan mencontohi Rasulullah saw untuk dijadikan cara hidup pada setiap lapisan masyarakat yang dinaunginya semasa beliau digalas dengan amanah sebagai ketua bagi orang-orang Islam.Selain itu, Kita juga tidak terlepas pandang kepada kehebatan sahabat-sahabt Rasulullah saw yang lain, mereka diasuh dan ditarbiyah di dalam madrasah yang gurunya adalah al-quran iaitu Rasulullah saw sendiri. Bukankah Rasulullah saw itu adalah Al-quran yang bergerak kata Saidatina Aisyah r.a. Mereka telah membuktikan bagaimana generasi al-quran dapat menaungi dunia.
Inilah generasi Al-quran. Generasi yang melahirkan tokoh yang sangat hebat seperti Saidina Umar Al-Khattab. Beliau tidak seperti umat Islam sekarang, yang hanya pandai berkata-kata dan bertawakkal sahaja, sibuk mencipta amalan-amalan baharu yang bukan daripada Rasulullah saw. Tetapi beliau menggunakan segala momentum yang ada di dalam Al-Quran dan mencontohi Rasulullah saw untuk dijadikan cara hidup pada setiap lapisan masyarakat yang dinaunginya semasa beliau digalas dengan amanah sebagai ketua bagi orang-orang Islam.Selain itu, Kita juga tidak terlepas pandang kepada kehebatan sahabat-sahabt Rasulullah saw yang lain, mereka diasuh dan ditarbiyah di dalam madrasah yang gurunya adalah al-quran iaitu Rasulullah saw sendiri. Bukankah Rasulullah saw itu adalah Al-quran yang bergerak kata Saidatina Aisyah r.a. Mereka telah membuktikan bagaimana generasi al-quran dapat menaungi dunia.
Walaupun mereka telah dilimpahi dengan harta yang begitu banyak dan melimpah ruah, ajaibnya mereka hidup dalam keadaan yang sama seperti sebelumnya, amat bersederhana. Subhanallah, mereka hidup dengan penuh rendah diri dan tawadhu’. Ke semua rakyat yang dinaungi oleh pemerintah Islam baik yang Islam atau pun yang bukan Islam merasai nikmat bahawa Islam inilah penyelamat bagi mereka. Manakan tidak, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang sangat popular dengan pemerintahan yang selari dengan al-Quran dengan menegakkan keadilan, beliau hanya meninggalkan beberapa helai pakaian sahaja. Sedangkan beliau adalah khalifah umat Islam yang menguasai empayar umat Islam yang sangat besar ketika itu.
Sumber Motivasi
Al-quran adalah sumber motivasi yang sangat hebat bagi orang yang ingin menghatinya dengan bersungguh-sungguh. Terkandung di dalamnya segala macam disiplin kehidupan yang ada untuk menjadikan seseorang itu berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Kita lihat di dalam kandungannya terdapat persoalan daripada sekecil-kecil perkara mengenai permasalahan hidup sehinggalah sebesar-besar persoalan mengenai masalah kehidupan. Semua jawapannya ada di dalam al-quran. Tetapi sayangnya, hanya beberapa orang sahaja yang menyedari tentang hakikat ini. Kebanyakan kita sekarang telah menjadikan barat sebagai kiblat yang baru. Menganggap mereka sebagai sumber ilham dan motivasi dalam segala aspek kehidupan. Hal inilah yang menjerat umat Islam dewasa ini.
Kesimpulan
Generasi Al-Quran adalah sebaik-baik generasi.
Di sini janganlah kita tersalah faham, apabila kita melihat sahaja orang yang menghafal keseluruhan al-quran dan selalu membaca al-quran tetapi tidak mengamalkan isi al-quran, kita menganggapnya sebaik-baik manusia. Hal ini bukanlah yang dimaksudkan oleh kalam Rasulullah saw itu, akan tetapi yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw ialah orang yang belajar ilmu Al-quran tidak kiralah mana-mana disiplin ilmu sama ada Syariah, undang-undang, ekonomi, politik, sains, perubatan, astronomi dan lain-lain disiplin ilmu yang berlandaskan al-quran serta mengamalkan segala isi kandungan al-quran dalam kehidupan, mereka itulah golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw sebagai sebaik-baik manusia yang dilahirkan di atas muka bumi Allah ini. Mereka itulah golongan yang dimaksudkan di dalam al-quran sebagai Ulul Albab.
Saya begitu kagum dengan kajian yang sangat Ilmiyah daripada Ulama’ hebat seperti Harun Yahya, beliau memetik isi kandungan al-quran sama ada tersurat mahupun tersirat dengan kajian yang sangat adil. Apabila kita membaca karyanya dengan mata hati yang bersih. Insyaallah, ia mampu menguatkan lagi momentum Iman yang ada di dalam diri supaya lebih beriman kepada Allah swt serta memahami kebenaran al-quran dengan dimensi Ilmu yang sebenar.
Sekian.
Artikel di ambil dengan kebenaran pemilik blog ini.
http://fikrahhalaqah.com/nuzul-al-quran-sebaik-baik-manusia-yang-diiktiraf-oleh-rasulullah-saw/
http://fikrahhalaqah.com/nuzul-al-quran-sebaik-baik-manusia-yang-diiktiraf-oleh-rasulullah-saw/
benar kah syeikh Maulana Abu Hassan Ali Al-Nadwi pernah melawat Madrasah Kubang Bujuk??
ReplyDeletesyeikh Maulana Abu Hassan Ali Al-Nadwi meninggal tahun 1999M (1420H), hari jumaat,pada 23 Ramadhan...
ReplyDelete