Ikuti Blog Ini

Wednesday, August 29, 2012

Hudzaifah bin Yamman r.hu (setiauaha sulit Nabi Saw)

Sahabat dan juga tokoh penaklukan ini banyak memegang rahsia-rahsia Nabi saw.Khalifah Umar bin Khattab r.hu mengangkatnya menjadi pemeritah di Madain.Pada tahun 642 M,dia telah berjaya mengalahkan pasukan Parsi dalam perang Nahawand,kemudian dia mengikuti  penaklukan Jazirah Arab dan akhirnya meninggal dunia di kota Madain.


Jika engkau ingin digolongkan kepada Muhajirin, engkau memang Muhajir. Dan jika engkau ingin digolongkan kepada Anshar, engkau memang seorang Anshar. Pilihlah mana yang engkau sukai.“.

Itulah kalimat yang diucapkan Rasulullah saw kepada Hudzaifah Ibnul Yaman, ketika bertemu pertama kali di Mekah.Mengenai pilihan itu, apakah beliau tergolong Muhajirin atau Anshar ada kisah tersendiri bagi Hudzaifah Al-Yaman sendiri,ayahnya adalah orang Mekah dari Bani Abbas dan kerana di sebabkan berhutang darah dengan kaumnya,dia terpaksa di buang dari Mekah ke Yastrib (Madinah).Di sana dia telah meminta perlindungan daripada Bani Abd Asyhal dan bersumpah setia pada mereka untuk menjadi keluarga dalam suku Bani Abd Asyhal.Beliau kemudiannya berkahwin dengan anak perempuan suku Asyhal.Dari perkawinannya itulah,lahirl anaknya,iaitu Hudzaifah.Maka, hilanglah halangan yang menghambat Al-Yaman untuk memasuki kota Mekah.Sejak itu dia bebas pulang pergi antara Mekah dan Madinah.Walau bagaimanapun dia lebih banyak tinggal dan menetap di Madinah.Ketika Islam kian tersebar ke seluruh Jazirah Arab, Al-Yaman termasuk salah seorang dari sepuluh orang Bani Abbas yang berkeinginan untuk menemui Rasulullah saw dan menyatakan keislamannya.

Setelah Rasulullah saw hijrah ke Madinah,Hudzaifah selalu mendampingi beliau bagaikan seorang kekasih.Hudzaifah turut bersama-sama dalam setiap peperangan yang dipimpinnya,kecuali dalam Perang Badar.Mengapa dia tidak turut serta dalam Perang Badar?.Soal ini pernah diceritakan oleh Hudzaifah sendiri.Beliau berkata,“Yang menghalangiku untuk turut serta dalam peperangan tersebut  adalah kerana saat itu aku dan bapaku berada di luar Madinah.Dalam perjalanan pulang,kami ditangkap oleh kaum kafir Quraisy seraya bertanya, “Hendak ke mana  kalian?”
Mereka menjawab, “Ke Madinah!”

Mereka bertanya, “Kalian hendak menemui Muhammad?”

Kami hendak pulang ke rumah kami di Madinah,” jawab kami.

Mereka tidak bersedia membebaskan kami, kecuali dengan perjanjian bahawa kami tidak akan membantu Muhammad,dan tidak akan memerangi mereka. Sesudah itu barulah kami dibebaskannya.Setelah bertemu dengan Rasulullah saw,kami menceritakan kepada beliau peristiwa penangkapan kami oleh kaum kafir Quraisy dan perjanjian mereka. Lalu, kami bertanya kepada baginda saw tentang apa yang harus kami lakukan.Rasulullah saw menjawab,“Batalkan perjanjian itu, dan marilah kita mohon pertolongan Allah untuk mengalahkan mereka!”

Dalam Perang Uhud, Hudzaifah turut serta dalam memerangi kaum kafir bersama dengan ayahnya, Al-Yaman.Dalam perang itu,Hudzaifah mendapat ujian besar.Dia pulang dengan selamat,tetapi bapanya disyahid oleh pedang kaum muslimin sendiri, bukan kaum musyrikin.

Berikut kisahnya, pada hari terjadinya Perang Uhud,Rasulullah saw menugaskan Al-Yaman (ayah Hudzaifah) dan Tsabit bin Waqsy mengawal benteng iaitu tempat para wanita dan kanak-kanak,karena keduanya sudah lanjut usia.Ketika tercetusnya peperangan dengan kemuncak dan sengitnya, Al-Yaman berkata kepada temannya,“Bagaimana dengan pendapatmu, apa lagi yang harus kita tunggu.Umur kita tinggal seperti lamanya kita menunggu keldai minum dengan puas.Kita mungkin mati pada hari ini atau esok hari. Apakah tidak lebih baik bila kita ambil pedang,lalu menyerbu ke tengah-tengah musuh membantu Rasulullah saw.Mudah-mudahan Allah memberi kita rezeki menjadi iaitu menjadikan kita syuhada bersama-sama dengan nabi-Nya”.Kedua-duanya lalu mengambil pedang dan mara ke medan pertempuran.

Tsabit bin Waqsy memperoleh kemuliaan di sisi Allah.Dia syahid di tangan kaum musyrikin.Tetapi, Al-Yaman menjadi sasaran pedang kaum muslimin sendiri, karena mereka tidak mengenalinya.Hudzaifah berteriak,“Itu bapa aku …! Itu bapa aku …!” Tetapi sayangnya,tidak seorang pun yang mendengar teriakannya,sehingga bapanya jatuh tersungkur.Hudzaifah tidak berkata apa-apa,kecuali hanya berdoa kepada Allah, “Semoga Allah Taala mengampuni kalian, Dia Maha Pengasih dari yang paling pengasih.”Rasulullah saw memutuskan untuk membayar tebusan darah (diyat) bapa Hudzaifah kepada anaknya,iaitu Hudzaifah.Hudzaifah berkata,“Bapaku menginginkan supaya dia mati syahid.Keinginannya itu kini telah dicapainya. Wahai Allah!Saksikanlah,sesungguhnya aku menyedekahkan diyat darah bapaku kepada kaum muslimin.”

Rasulullah saw menilai peribadi Hudzaifah Ibnul Yaman dan terdapat tiga keistimewaan yang khusus daripadanya.Pertama,cerdas, sehingga dia dapat melepaskan diri dalam situasi yang sulit.Kedua, cepat menangkap, berpikir cepat,tepat dan jitu,yang dapat dilakukannya setiap kali diperlukan.Ketiga,ialah cermat dan jujur dalam memegang rahsia,dan berdisplin tinggi,sehinggalah tidak ada seorang pun dapat mengetahui apa yang dirahsiakannya.Demikianlah riwayat hidup seorang kekasih Allah swt yang  kembali kepada Allah swt dalam kerinduan dan keimanan yang sempurna.Semoga Allah swt melimpahkan rahmat-Nya.
Di petikan daripada kitab Hayatus Sahabah,karya oleh As Sheikh Muhammad Yusof Al-Kandhalawi.

Saturday, August 18, 2012

Adab Ketika Sambut Hari Raya Aidilfitri


                      Selamat Hari Raya Aidilfitri di ucapkan kepada seluruh kaum muslim

AIDILFITRI adalah kurnia daripada Allah SWT kepada umat Islam setelah berjaya melaksanakan ibadat berpuasa dengan menahan diri daripada hawa nafsu dan perkara yang dilarang ketika berpuasa.Sewajarnya kita bersyukur atas pengurniaan itu kerana hari raya adalah hari kegembiraan serta hari mempereratkan dan memperkukuhkan hubungan persaudaraan.Satu amalan dan tradisi kita di negara ini pada hari raya ialah ziarah menziarahi saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Berziarah adalah amalan dituntut dalam Islam yang patut dipelihara dan dihidupkan kerana amalan ini mempunyai fadilat dan kelebihan.

Ziarah bertujuan mengeratkan tali persaudaraan dan perpaduan sesama Islam di samping menyemarakkan semangat untuk hidup bermasyarakat seperti mana digariskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu."

Maka jika kamu tidak mendapat sesiapa yang berhak memberi izin maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin, dan jika dikatakan kepada kamu ‘baliklah’, maka kamu berundur balik, cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu, dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.” (An-Nur, ayat 27-28) Selain menjaga adab berziarah, kita hendaklah mengambil berat mengenai perkara dilarang atau diharamkan, umpamanya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan dengan keluar berhari raya bersama kawan dan rakan bukan mahram.

Ada sebilangan remaja, terutama yang mengikat tali pertunangan, mengambil kesempatan hari raya sebagai tiket untuk keluar bersama-sama tanpa mahram. Semua itu bukan saja bertentangan dengan konsep ibadat pada hari raya, malah bertentangan dengan hukum Islam.
Di negara kita, sambutan hari raya seperti jamuan rumah terbuka menjadi amalan kebanyakan masyarakat kita dan sememangnya cara terbaik untuk mengeratkan silaturahim.

Bagaimanapun, mengadakan rumah terbuka bukan menjadi kewajipan sehingga membebankan, dan hendaklah diadakan mengikut kemampuan masing-masing.Yang penting, majlis itu hendaklah mengikut lunas ajaran agama Islam dan tidak dicampur adukkan antara yang benar dengan yang salah seperti pembaziran, pergaulan bebas dengan bersalaman antara lelaki serta perempuan yang bukan mahram dan bersuka ria tanpa batas.

Larangan tidak mencampur adukkan yang benar dengan yang salah itu disebutkan oleh Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 42, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu campur adukkan kebenaran dengan kebatilan dan kamu sembunyikan kebenaran itu, sedangkan kamu mengetahuinya.” Bersuka ria dalam pengertian ibadah, bukan bersuka ria tanpa batas, tanpa sekatan dan tujuan, sebaliknya mengikut lunas yang dibenarkan oleh syarak.

Sama-sama kita menjaga adab dan tingkah laku dalam merayakan hari raya yang mulia ini. Jangan kita mencampur adukkan amalan yang berkebajikan dengan perkara yang dilarang, terutama membabitkan hal maksiat.

Kita berdoa semoga hari raya ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita dan mudah-mudahan apa yang kita lakukan pada hari raya mendapat keredaan Allah SWT, sebagaimana firman-Nya dalam surah Yunus ayat 58 yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad: Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangnya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersuka ria (bukan dengan yang lain), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan daripada segala benda dan perkara yang tidak kekal.

Artikel milik tuan blog ini http://ulumnabawiahmakh.blogspot.com/2012/08/adab-ketika-sambut-hari-raya-aidilfitri.html

Tuesday, August 7, 2012

Sebaik-Baik Manusia Yang Diiktiraf Oleh Rasulullah saw


Telah dikisahkan bahawa pemikir Islam yang amat disegani pada era ini iaitu Syeikh Abul Hasan Ali An-nadwi telah mengunjungi Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan, semasa menziarahi Tuan Guru Nik Aziz, beliau telah dijemput ke Maahad Tahfiz Al-Quran Kubang Bujuk yang terletak di Terengganu. Kedatangan Tuan Syeikh telah tersebar luas ke pengetahuan masyarakat tidak kira sama ada dekat mahupun yang jauh. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu dengan pemikir Islam yang hebat seperti beliau.  Akhirnya masa yang dijanjikan telah pun tiba, majlis besar-besaran telah diadakan di Maahad Tahfiz tersebut. Semasa pengerusi majlis menjemput beliau untuk memberi ucapan sepatah dua kata, beliau pergi ke tempat ucapan dan memberikan kata-kata yang sangat pendek, padat, dan begitu amat bermakna.

Beliau telah melafazkan sepotong hadis yang Marfu’ daripada Nabi saw, hadisnya berbunyi:

خيركم من تعلم القرآن وعلمه
Bermaksud: Sebaik-baik manusia dalam kalangan kamu adalah orang yang belajar al-quran dan orang yang mengajarkannya.
Ketika ditanya mengapakan ucapan Tuan begitu pendek, kerana kami di sini amat mengharapkan ucapan dan nasihat daripada Tuan?Maka beliau menjawab: Bagaimana aku ingin memberi ucapan kepada golongan yang Nabi saw sendiri yang mengiktirafnya sebagai sebaik-baik manusia di atas muka bumi ini.
Subhanallah.
Hadis ini telah menjadi bukti bahawa sebaik-baik manusia dalam kalangan umat nabi Muhammad saw ialah orang yang belajar al-quran dan mengajarkannya kepada orang lain. Mengapa saya katakan bahawa mereka adalah sebaik-baik manusia di atas muka bumi berdasarkan hadis yang sahih ini?
Kita perlu tahu bahawa umat yang terbaik di antara umat-umat yang telah wujud di atas muka bumi ini semenjak dari zaman nabi Adam a.s. adalah umat nabi Muhammad saw. Tidak akan dibenarkan suatu umat manusia memasuki syurga melainkan umat nabi Muhammad saw yang akan diberi keutamaan. Daripada itu, nabi saw telah mengkhususkan lagi siapa pula yang terbaik daripada kalangan umatnya, Berdasarkan hadis yang sahih ini, manusia yang terbaik itu tidak lain dan tidak bukan adalah orang-orang beriman yang belajar al-quran dan mengajarkannya kepada orang lain. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kehebatan umat nabi Muhammad saw adalah kerana kemuliaan yang ada pada kitab suci Al-Quran.
Nabi Muhammad saw adalah seorang yang benar dan dibenarkan segala percakapannya. Manakan tidak, semasa baginda belum dilantik menjadi nabi lagi beliau sudah digelar dengan gelaran al-Amin. Apatah lagi semasa baginda diangkat menjadi pesuruh Allah swt, segala pencakapannya adalah wahyu daripada Allah swt seperi firmannya yang bermaksud:

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (An-najmu ayat 3 dan 4)
Bukti Sejarah
Sejarah tidak boleh menipu mata-mata yang sudah sedia celik. Ya, sejarah telah membuktikan betapa banyak genarasi Al-quran yang sudah Berjaya. Kita lihat bagaimana suatu masa dahulu umat Islam menguasai 2/3 dunia dengan hanya masa yang amat singkat, kita lihat bagaimana umat yang sebelumnya tidak ada tamadun, yang hidup pada hal keadaan yang sangat jahiliyah dan amat menyedihkan. Namun dengan sekelumit masa yang amat singkat, bangsa Arab yang dinaungi oleh agama suci yakni Islam telah menjadi satu kerajaan Islam yang amat dihormati dan disegani oleh semua penduduk dunia, malah menguasai timur dan barat. Hal ini kerana mereka menggunakan seluruh isi al-quran sebagai perlembagaan dalam setiap tingkatan pemerintahan baik daripada individu sehinggalah ke peringkat negara.
Inilah generasi Al-quran. Generasi yang melahirkan tokoh yang sangat hebat seperti Saidina Umar Al-Khattab. Beliau tidak seperti umat Islam sekarang, yang hanya pandai berkata-kata dan bertawakkal sahaja, sibuk  mencipta amalan-amalan baharu yang bukan daripada Rasulullah saw. Tetapi beliau menggunakan segala momentum yang ada di dalam Al-Quran dan mencontohi Rasulullah saw untuk dijadikan cara hidup pada setiap lapisan masyarakat yang dinaunginya semasa beliau digalas dengan amanah sebagai ketua bagi orang-orang Islam.Selain itu, Kita juga tidak terlepas pandang kepada kehebatan sahabat-sahabt Rasulullah saw yang lain, mereka diasuh dan ditarbiyah di dalam madrasah yang gurunya adalah al-quran iaitu Rasulullah saw sendiri. Bukankah Rasulullah saw itu adalah Al-quran yang bergerak kata Saidatina Aisyah r.a. Mereka telah membuktikan bagaimana generasi al-quran dapat menaungi dunia.
Walaupun mereka telah dilimpahi dengan harta yang begitu banyak dan melimpah ruah, ajaibnya mereka hidup dalam keadaan yang sama seperti sebelumnya, amat bersederhana. Subhanallah, mereka hidup dengan penuh rendah diri dan tawadhu’. Ke semua rakyat yang dinaungi oleh pemerintah Islam baik yang Islam atau pun yang bukan Islam merasai nikmat bahawa Islam inilah penyelamat bagi mereka. Manakan tidak, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang sangat popular dengan pemerintahan yang selari dengan al-Quran dengan menegakkan keadilan, beliau hanya meninggalkan beberapa helai pakaian sahaja. Sedangkan beliau adalah khalifah umat Islam yang menguasai empayar umat Islam yang sangat besar ketika itu.
Sumber Motivasi
Al-quran adalah sumber motivasi yang sangat hebat bagi orang yang ingin menghatinya dengan bersungguh-sungguh. Terkandung di dalamnya segala macam disiplin kehidupan yang ada untuk menjadikan seseorang itu berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Kita lihat di dalam kandungannya terdapat persoalan daripada sekecil-kecil perkara mengenai permasalahan hidup sehinggalah sebesar-besar persoalan mengenai masalah kehidupan. Semua jawapannya ada di dalam al-quran. Tetapi sayangnya, hanya beberapa orang sahaja yang menyedari tentang hakikat ini. Kebanyakan kita sekarang telah menjadikan barat sebagai kiblat yang baru. Menganggap mereka sebagai sumber ilham dan motivasi dalam segala aspek kehidupan. Hal inilah yang menjerat umat Islam dewasa ini.
Kesimpulan
Generasi Al-Quran adalah sebaik-baik generasi.
Di sini janganlah kita tersalah faham, apabila kita melihat sahaja orang yang menghafal keseluruhan al-quran dan selalu membaca al-quran tetapi tidak mengamalkan isi al-quran, kita menganggapnya sebaik-baik manusia. Hal ini bukanlah yang dimaksudkan oleh kalam Rasulullah saw itu, akan tetapi yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw ialah orang yang belajar ilmu Al-quran tidak kiralah mana-mana disiplin ilmu sama ada Syariah, undang-undang, ekonomi, politik, sains, perubatan, astronomi dan lain-lain disiplin ilmu yang berlandaskan al-quran serta mengamalkan segala isi kandungan al-quran dalam kehidupan, mereka itulah golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw sebagai sebaik-baik manusia yang dilahirkan di atas muka bumi Allah ini. Mereka itulah golongan yang dimaksudkan di dalam al-quran sebagai Ulul Albab.
Saya begitu kagum dengan kajian yang sangat Ilmiyah daripada Ulama’ hebat seperti Harun Yahya, beliau memetik isi kandungan al-quran sama ada tersurat mahupun tersirat dengan kajian yang sangat adil. Apabila kita membaca karyanya dengan mata hati yang bersih. Insyaallah, ia mampu menguatkan lagi momentum Iman yang ada di dalam diri supaya lebih beriman kepada Allah swt serta memahami kebenaran al-quran dengan dimensi Ilmu yang sebenar.
Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini