Ikuti Blog Ini

Wednesday, January 11, 2012

Amalan baik,pemimpin baik



Perlulah untuk kita fahami bahawa pemimpin yang baik itu asalnya sebenarnya terlahir dari masyarakat kebanyakan iaitu dari kalangan sesama kita.Jika setiap individu tidak dibina dengan keimanan dan kesolehan yang betul,bagaimana kita mahu melahirkan pemimpin yang benar-benar baik dari kelompok masyarakat tersebut?Sedangkan usaha-usaha pembinaan yang beragama tidak wujud dalam diri setiap individu yang membentuk sesebuah masyarakat tersebut.Allah Swt telah berfirman,

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. (an-Nuur, 24: 55)

Imam Ibnu katsir rah menjelaskan,

Dari sini kita berupaya mengetahui dan menilai akan kebenaran janji Allah dan Rasul-Nya. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya. Kita memohon kepada Allah supaya Dia selalu melimpahkan kepada kita keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta kekuatan untuk mensyukurinya bersesuaian dengan apa yang diredhai-Nya.

Ar-Rabi’ bin anas r.hu telah meriwayatkan sebuah hadis yang bersumber dari Abul ‘Aliyah ketika menafsirkan firman Allah tersebut, ia berkata,


Rasulullah Saw dan para sahabatnya tinggal di Makkah sekitar sepuluh tahun. Mereka berdakwah, menyerukan untuk beribadah kepada Allah dan menyembah Sang Khaliq Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dakwah yang dilaksanakan bersifat rahsia dan secara senyap-senyap. Mereka tidak berani bertindak lebih dari itu, kerana pada ketika itu, masih belum ada perintah untuk berperang. Perintah keluar berperang hanya muncul sekitar selepas mereka berhijrah ke Madinah.

Pada awalnya mereka merasa takut, sama ada di waktu pagi atau pun di petang hari. Mereka selalu sentiasa bersiap sedia dengan senjata. Mereka berada dalam keadaan seperti itu sehingga ke waktu yang dikehendaki oleh Allah..Dan Allah Swt pun menurunkan ayat tersebut (an-Nuur, 24: 55).

Ada satu hadis yang termaktub di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih muslim, disebutkan bahawa Rasulullah Saw bersabda,

Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang membela kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menghina dan yang menyelisihi mereka, sehinggalah datang hari kiamat”.” (Hadis Riwayat muslim,1/137)

Dari sini kita dapat melihat sebuah penjelasan yang menerangkan bahawa sebuah pemerintahan yang baik (pentadbiran yang berkesan) lahir dari sebuah masyarakat yang memiliki keimanan, kesolehan dan ketaatan yang baik kepada Allah.Allah Swt berfirman,

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (al-A’raaf, 7: 96)

“Dan mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat bagi mereka, selain kaum Yunus. Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sehingga pada waktu yang tertentu.” (Yunus, 10: 98)



“Dan Kami utus dia (Yunus) kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (ash-Shaffat: 147-148)


Allah Swt berfirman,


“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (al-An’am, 6: 129)


Imam Ibnu katsir rah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut),


Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang-orang-orang yang zalim lainnya. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.”(Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir)


Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri maka Kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kefasikan/kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sewajarnya berlaku terhadap mereka perkataan (ketentuan) Kami, kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”(al-Isra’, 17: 16)


Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa atas sebab kefasikan dan sikap ingkar terhadap ketaatan kepada Allah akan mengakibatkan suatu masyarakat atau negeri itu dibinasakan.Begitu juga dengan firman Allah,


“Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (al-Hakfi, 18: 59)


Al-Walid ath-Tharthusi rah berkata,“Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan-amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin.Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini,


“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (al-An’am, 6: 129)


Abdul Malik bin Marwan rah pernah berkata,


Wahai rakyatku!Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101)



Maka,dengan ini dapatlah kita mengetahui dan memahami bahawa kesolehan dan keadilan yang terpancar (lahir) pada diri pemerintah berserta cemerlangnya sesebuah pentadbiran itu sebenarnya turut bergantung kepada kesolehan,keimanan,dan keadilan dalam diri-diri masyarakatnya.Maka,atas sebab itu,kita tidak memiliki jalan lain melainkan kita masing-masing mengambil inisiatif untuk bermula melakukan perubahan ke dalam diri sendiri dan seterusnya ke dalam masyarakat di sekeliling kita.Maka, bermuhasabahlah dan berusahalah menambah/membaiki amalan agama kita.


“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim, 66: 6)


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasehati supaya menetapi kesabaran.” (al-‘Ashr, 103: 1-3)


“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d, 13: 11)


Maka, sebagai jalan penyelesaiannya di sini adalah kita masing-masing perlu berusaha memperbaiki diri dengan menerapkan prinsip keagamaan dan dengan itu inshAllah,kepimpinan yang kita kehendaki akan di anugerahkan oleh Allah Swt.

25 comments:

  1. wahai anak pendang,sy ingin bertanya,adakah cara ini menyalahi prinsip demokrasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam demokrasi, takder janji Allah...

      Regards,

      Zuhairi

      Delete
    2. Sistem demokrasi merupakan ciptaan orang kafir...
      kontra dgn Islam..walaupun hukum menggunakannya adalah harus,tapi pada hemat saya,sistem demokrasi penuh dgn kekurangannya..

      Delete
    3. pandangan saya-ini adalah pandangan peribadi penulis seorang dan ia tidak mewakili ajaran islam sebenar.

      begitu juga pandangan zuhairi tidak mewakili fahaman ASWJ.

      harap maklum

      Delete
    4. ya ini pandangan saya,dan pandang beberapa gerakan jemaah/hieraki Islam yg kuat berpegang dengan ASWJ seperti Baalawi dan Deobandi.

      Delete
  2. ye...cara ini menyisih prinsip demokrasi...inshaAllah,nanti saya akan tuliskan satu artikel berkaitan syubhat demokrasi ini.

    ReplyDelete
  3. Tulisan yang bernas oleh anak pendang

    ReplyDelete
  4. Sistem demokrasi merupakan ciptaan orang kafir...
    kontra dgn Islam..walaupun hukum menggunakannya adalah harus,tapi pada hemat saya,sistem demokrasi penuh dgn kekurangannya..

    Bagi saya itu bukan satu keperluan utk menerangkan syubhat demokrasi kerana tuan punya blog sendiri telah menerangkan dan jumhur ulama mengatakan ia HARUS. jadi kenapa perlu mewujudkan kekeliruan? cukuplah dgn artikel ini yg lebih membina jati diri dari menulis perkara yg mendatangkan kekhilafan sesama sendiri. Kalau kita cuba mewujudkan sesuatu yg mendatangkan keraguan maka seluruh kehidupan kita di Malaysia akan juga meragukan. Kerana Malaysia asas pentadbirannya ialah demokrasi berperlembagaan yg mencakupi semua bentuk corak kehidupan di Malaysia. Kalau kita menulis sesuatu yg membina kekuatan jemaah dan melihat kepada perkara kebaikan adalah lebih baik dari kita mencari-cari keburukan sesuatu perkara. Bukankah itu yg dianjurkan oleh eldest kita. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ikhwan yg karim,terima kasih atas nasihat saudara.
      Kajian atas syubhat Demokrasi adalah bidang kajian saya.
      Saya rasa,tidak ada salah,jika saya membongkarkannya,sebagai satu pencerahan kepada mereka yg berkeinginan kepada perkara ini.
      Penulisan saya tidak mewakili mana2 pihak.Saya cuma mengkritik sistemnya.Saya tidak perlakunya.mohon di doakan kepada saya.

      Delete
  5. tak pandailah nak komen tang ni sbb bukan bidang saya...btw, didokan
    moga penulis blog ni sentiasa berjaya hendaknya dlm setiap lapangan yg
    diceburi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norsha:terima kasih atas komentar,juga terima kasih atas doaPuan terhadap saya.semoga Allah beri keberkatan dlm kehidupan puan dan keluarga.

      Delete
  6. Pelihara agama Allah, Allah pelihara kita...

    Teruskan menulis. Saya sentiasa mengikuti (silent reader). Moga Allah pelihara.

    ReplyDelete
  7. saya sokong pandangan Abu Nafis...

    saya cadangkan kpd tuan blog supaya jgn menggunakan wang kertas yg menjadi mata wang rasmi seluruh dunia ketika ini kerana ia di cipta oleh org kafir yahudi.

    kalau nak tolak biar tolak semua jgn tolak setakat satu dua tapi yg lain balun semacam je.......

    zaman nabi mana ada wang kertas...

    ReplyDelete
  8. respon kpd tajuk entri: saya minta pandangan tuan blog akan ungkapan ulama tabien ini:

    Abdullah Ibn Mubarak : ” Dua kelompok manusia, jika mereka baik, maka masyarakat akan baik, sebaliknya jika mereka rosak, maka masyarakat pun akan ikut rosak, mereka itu adalah para ulama dan umara’. “

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah taala berfirman di dalam surah Al An’am, ayat 129, maksudnya: “dan seperti itulah kami jadikan orang zalim memerintah orang yang zalim kerana dosa yang mereka lakukan.”

      Abu Syaikh meriwayatkan daripada Mansur bin Abu Aswad, ia berkata, aku bertanyakan Al A’masy mengenai maksud ayat ini, Al A’masy berkata: apabila manusia telah rosak akan dijadikan orang-orang yang jahat dari kalangan mereka sebagai pemerintah mereka (dipetik dari kitab Ad Durrul Manthur, Suyuti, jilid 6, ms 203)

      Al Hakim meriwatkan dalam kitab Tarikh dan Al Baihaqi di dalam kitab Shuabul Iman, bahawa Nabi, selawat dan salam ke atas baginda, telah bersabda, ertinya: “sebagaimana keadaan kamu seperti itulah diletakkan pemerintah kamu” (ibid)

      Delete
  9. Berkata Abu Darda, semoga Allah redha kepadanya, ertinya: “kamu mestilah menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada kemungkaran, kalau tidak Allah akan bangkitkan seorang raja yang zalim memerintah kamu. Dia tidak akan menghormati orang-orang tua kamu dan tidak akan belas kasihan kepada orang-orang muda kamu. Pada masa itu doa orang yang soleh dari kalangan kamu tidak akan diterima. Kamu memohon bantuan tetapi tidak dibantu, kamu meminta keampunan tapi tidak akan diampunkan.” (Fadhilat tabligh, Maulana Muhammad Zakariyya, 20)

    ReplyDelete
  10. Sdr menukilkan perkataan para ulama tapi dalam kontek yg salah.

    kenapa saya berkata begitu?

    Kita semak realiti yg berlaku di zaman Yazid bin Muawiyah memerintah ada seorang gabenor yg bernama Hajjaj bin Yusof as Thaqafi yg terkenal dlm sejarah sebagai penumpah darah.Sanggup membunuh siapa sahaja yg menentang pemerintahan beliau.

    Antara Ulama yg terkenal menjadi korban beliau ialah Said bin Jubair dan Abdullah bin Zubair bin Awwam ra.

    Hajjaj menjadi pemerintah yg zalim di zaman hidupnya ramai para sahabat dan tabien serta org2 soleh.

    soalan saya,dimana relevannya pernyataan anda mengatakan kalau rakyat baik maka pemimpin juga akan baik??

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembetulan kpd ayat Yazid bin Muawiyah-SALAH
      yang BETUL Abdul Malik bin Marwan

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Inshallah tuan guru yang amat saya kasihi TG Haji Abd Hadi Awang akan melawat markaz Dakwah Masjid Sri Petaling...
      semoga kedatangan tuan Guru Hj Hadi ini akan memperkasakan lagi dakwah di bumi malaysia ini

      Delete
    5. he...he...hee

      lain yg ditanya..lain yg dijawab

      what wrong with you?

      Delete
    6. malas saya nk layan...
      nk terima,terima saja lah...

      Delete
  11. “Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (al-An’am, 6: 129)

    Ayat ini menjelaskan bahawa perbuatan dosa adalah punca kepada segala kesusahan, bala bencana, wabak penyakit dan lain-lain. Kalau kita menganggap bahawa kezaliman pemerintah adalah satu bencana maka itu adalah kerana dosa yang dilakukan oleh rakyat..

    Allah taala berfirman di dalam surah Al An’am, ayat 129, maksudnya: “dan seperti itulah kami jadikan orang zalim memerintah orang yang zalim kerana dosa yang mereka lakukan.”

    Abu Syaikh meriwayatkan daripada Mansur bin Abu Aswad, ia berkata, aku bertanyakan Al A’masy mengenai maksud ayat ini, Al A’masy berkata: apabila manusia telah rosak akan dijadikan orang-orang yang jahat dari kalangan mereka sebagai pemerintah mereka (dipetik dari kitab Ad Durrul Manthur, Suyuti, jilid 6, ms 203)

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini