Ikuti Blog Ini

Wednesday, January 11, 2012

Amalan baik,pemimpin baik



Perlulah untuk kita fahami bahawa pemimpin yang baik itu asalnya sebenarnya terlahir dari masyarakat kebanyakan iaitu dari kalangan sesama kita.Jika setiap individu tidak dibina dengan keimanan dan kesolehan yang betul,bagaimana kita mahu melahirkan pemimpin yang benar-benar baik dari kelompok masyarakat tersebut?Sedangkan usaha-usaha pembinaan yang beragama tidak wujud dalam diri setiap individu yang membentuk sesebuah masyarakat tersebut.Allah Swt telah berfirman,

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. (an-Nuur, 24: 55)

Imam Ibnu katsir rah menjelaskan,

Dari sini kita berupaya mengetahui dan menilai akan kebenaran janji Allah dan Rasul-Nya. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya. Kita memohon kepada Allah supaya Dia selalu melimpahkan kepada kita keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta kekuatan untuk mensyukurinya bersesuaian dengan apa yang diredhai-Nya.

Ar-Rabi’ bin anas r.hu telah meriwayatkan sebuah hadis yang bersumber dari Abul ‘Aliyah ketika menafsirkan firman Allah tersebut, ia berkata,


Rasulullah Saw dan para sahabatnya tinggal di Makkah sekitar sepuluh tahun. Mereka berdakwah, menyerukan untuk beribadah kepada Allah dan menyembah Sang Khaliq Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dakwah yang dilaksanakan bersifat rahsia dan secara senyap-senyap. Mereka tidak berani bertindak lebih dari itu, kerana pada ketika itu, masih belum ada perintah untuk berperang. Perintah keluar berperang hanya muncul sekitar selepas mereka berhijrah ke Madinah.

Pada awalnya mereka merasa takut, sama ada di waktu pagi atau pun di petang hari. Mereka selalu sentiasa bersiap sedia dengan senjata. Mereka berada dalam keadaan seperti itu sehingga ke waktu yang dikehendaki oleh Allah..Dan Allah Swt pun menurunkan ayat tersebut (an-Nuur, 24: 55).

Ada satu hadis yang termaktub di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih muslim, disebutkan bahawa Rasulullah Saw bersabda,

Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang membela kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menghina dan yang menyelisihi mereka, sehinggalah datang hari kiamat”.” (Hadis Riwayat muslim,1/137)

Dari sini kita dapat melihat sebuah penjelasan yang menerangkan bahawa sebuah pemerintahan yang baik (pentadbiran yang berkesan) lahir dari sebuah masyarakat yang memiliki keimanan, kesolehan dan ketaatan yang baik kepada Allah.Allah Swt berfirman,

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (al-A’raaf, 7: 96)

“Dan mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat bagi mereka, selain kaum Yunus. Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sehingga pada waktu yang tertentu.” (Yunus, 10: 98)



“Dan Kami utus dia (Yunus) kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (ash-Shaffat: 147-148)


Allah Swt berfirman,


“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (al-An’am, 6: 129)


Imam Ibnu katsir rah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut),


Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang-orang-orang yang zalim lainnya. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.”(Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir)


Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri maka Kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kefasikan/kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sewajarnya berlaku terhadap mereka perkataan (ketentuan) Kami, kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”(al-Isra’, 17: 16)


Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa atas sebab kefasikan dan sikap ingkar terhadap ketaatan kepada Allah akan mengakibatkan suatu masyarakat atau negeri itu dibinasakan.Begitu juga dengan firman Allah,


“Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (al-Hakfi, 18: 59)


Al-Walid ath-Tharthusi rah berkata,“Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan-amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin.Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini,


“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (al-An’am, 6: 129)


Abdul Malik bin Marwan rah pernah berkata,


Wahai rakyatku!Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101)



Maka,dengan ini dapatlah kita mengetahui dan memahami bahawa kesolehan dan keadilan yang terpancar (lahir) pada diri pemerintah berserta cemerlangnya sesebuah pentadbiran itu sebenarnya turut bergantung kepada kesolehan,keimanan,dan keadilan dalam diri-diri masyarakatnya.Maka,atas sebab itu,kita tidak memiliki jalan lain melainkan kita masing-masing mengambil inisiatif untuk bermula melakukan perubahan ke dalam diri sendiri dan seterusnya ke dalam masyarakat di sekeliling kita.Maka, bermuhasabahlah dan berusahalah menambah/membaiki amalan agama kita.


“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim, 66: 6)


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasehati supaya menetapi kesabaran.” (al-‘Ashr, 103: 1-3)


“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d, 13: 11)


Maka, sebagai jalan penyelesaiannya di sini adalah kita masing-masing perlu berusaha memperbaiki diri dengan menerapkan prinsip keagamaan dan dengan itu inshAllah,kepimpinan yang kita kehendaki akan di anugerahkan oleh Allah Swt.

Wednesday, January 4, 2012

Siapakah pemerintah bagi umat Islam



Dalam fiqh Islam, ketua negara atau pemimpin umat Islam disebut dengan beberapa nama.Ia adalah seperti Khalifah, Imamatul Kubra (pemimpin utama atau tertinggi), al-Imam, Waliyyul Amr, Imaratul Mukminin atau Amirul Mukminin, imam al-Muslimin, Sultan, dan al-Malik (raja). Kemudian, di bawah pemimpin tertinggi akan ada pula wakil-wakil pemimpin, para pembantunya, menteri-menteri, wali kota, garbenor, panglima, dan selainnya yang dilantik oleh pemimpin pertama (tertinggi).

Memilih seorang pemimpin (muslim) bagi menguruskan hal ehwal umat Islam dalam sesebuah negara hukumnya adalah wajib berdasarkan al-Qur’an, as-Sunnah dan ijma’ ulama.Tugas pemimpin umat Islam secara umum adalah untuk menjaga urusan agama dan urusan yang berkaitan dengan keduniaan.

Al-Khaththabi rah menyebutkan:

ان المراد بأئمة المسلمين الخلفاء وغيرهم ممن يقوم بأمور المسملين من اصحاب الولايات
 

Yang dimaksudkan dengan pemimpin umat Islam adalah para khalifah dan selainnya dari kalangan para pemimpin yang memegang tanggungjawab menguruskan hal-ehwal umat Islam (masyarakat).” (Syarah Shahih Muslim, 2/38)

Rasulullah Saw bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

Syaikh ‘Abdus Salam B. Barjas rahimahullah telah menggariskan beberapa kaedah dalam menentukan siapakah dia pemimpin (bagi umat Islam). Yang dengannya ia perlu ditaati, dihormati serta mendapat hak-haknya sebagai pemimpin atau pemerintah. Berikut disimpulkan kaedah-kaedah tersebut secara ringkas yang diambil dari buku beliau Mu’aamalatul Hukkam fii Dhaw al-Kitab wa as-Sunnah, pada bab fii Qowa’id Tata’allaq bil Amanah:

Ibnu Baththal rah berkata, “Para fuqaha’ telah sepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghallib), dan hendaklah kita berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

Sebagaimana juga perkataan Ibnu Qudamah rah (Wafat: 620H), “Apabila naiknya Abdul Malik B. Marwan dengan cara keluar menentang Ibnu az-Zubair, membunuhnya, memaksa rakyat dengan pedang hingga dia naik sebagai imam (pemimpin) dan diberikan bai’ah, maka wajib pula mentaati pemerintah yang mutaghallib (yang naik dengan cara yang tidak syar’i) ini.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 8/526)

Imam asy-Syathibi rah (Wafat: 790H) juga menyebutkan:


“Pernah ditanyakan kepada Yahya B. Yahya, Adakah bai’at itu dibenci?” Beliau menjawab, “Tidak.” Beliau ditanya lagi, “Walaupun orang yang dibai’at tersebut adalah pemimpin yang zalim?” Beliau menjawab, “Ibnu ‘Umar telah berbai’at kepada ‘Abdul Malik B. Marwan yang merampas kuasa pemerintahan dengan pedang. Demikianlah yang dikhabarkan kepadaku oleh Malik bahawasanya Ibnu ‘Umar r.huma menulis surat kepada ‘Abdul Malik rah, “Aku menyatakan kepada engkau dengan ketundukan dan ketaatan berdasarkan Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.”

Dallam Surah An-Nur Allah Swt menjanjikan kekuasaan kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Maka kita ikut jalan ini iaitu jalan menguatkan iman dan amalan agama.

Jika kita kembali kepada ayat dari Surah An-Nur itu yakni Allah Swt menjanjikan kuasa kepada orang yang beriman dan beramal soleh.Makanya tugas kita, saya, kami dan kalian juga ialah berusaha untuk menanam dan menguatkan iman seterusnya memperbetulkan segala amalan-amalan keagamaan kita. Bermula dengan diri sendiri, kemudian keluarga kerabat terdekat, kemudiannya masyarakat sekeliling.Walaupun,ada segelintir masyarakat kita mendakwa cara ini adalah cara lambat,tetapi dengan cara inilah lebih syar'ie.

Benar kata Nabi Muhammad Saw, bahawa 'kalian adalah umat yang tergesa-gesa'.Nabi Saw tidak pernah mengeluh menunggu sehingga 13 tahun sebelum berhijrah dan dianugerahkah negara.Nabi Saw sahaja yang didatangi Jibril saban waktu mengajarkan al-Qur'an dan didatangi malaikat penjaga gunung menawarkan khidmat, pun tetap bersabar.Begitu juga Nabi Nuh a.s, yang sanggup beratusan tahun berdakwah tanpa negara. Dan hanya peroleh pengikut tidak sampai 100 orang.Sayangnya,kita dalam keadaan tergesa-gesa,hendakkan negara,tapi  berpatah ara dari manhaj kenabian dan salafussoleh. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini