Ikuti Blog Ini

Wednesday, June 1, 2011

Analogi miswak dan aku??


gambar sekadar hiasan..
Islam telah menaikkan taraf yang tinggi kepada penggunaan amalan sunnah ini iaitu miswak. Kepentinggannya telah ditegaskan dalam banyak hadith Rasulullah SAW. Kenyataan dan contoh yang dilakukan oleh para sahabat dan ulama Islam membuktikan tentang kelebihan dan kepentingan miswak.

Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : “kalaulah tidak memberatkan umatku atau ke atas manusia maka akan ku perintahkan mereka dengan bersiwak untuk setiap solat”. (Bukhari dan muslim)

Suatu perkara yang seringkali kita melupai akan kepentingannya adalah mengenai amalan sunnah yang sering dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Perkara ini perlu diketengahkan agar ianya menjadi amalan yang tidak asing bagi umat kita sekarang ini iaitu mengenai dengan kepentingan penggunaan miswak. Amalan penggunaan miswak pada zaman Nabi adalah sangat lazim. Dalam apa keadaan sahaja baginda akan menggunakan miswak untuk membersihkan mulut.

Miswak iaitu ranting kayu yang digunakan untuk menggosok dan membersihkan gigi telah digunakan lama sebelum zaman Nabi kita Muhammad SAW. Dalam hadith-hadith yang diriwayatkan menunjukkan miswak adalah merupakan sunnah dan amalan daripada semua nabi-nabi Allah SWT.

Maksudnya : dari Abi Ayub r.a. berkata, telah berkata Rasulullah SAW : “empat perkara diantara amalan-amalan para Anbia ialah bersunat, memakai atar, miswak dan bernikah”.(H.R Tirmizi)

Hal ini menunjukkan bahawa miswak telah digunakan sejak nabi-nabi yang terdahulu. Banyak di antara faedah dan manfaat penggunaan miswak dan yang terbesar sekali adalah berkat perkaitannya dengan amalan para nabi Allah melalui amalan ini.
Cerita aku di satu petang yang hening.

Sewaktu aku menjalani latihan Industri ataupun praktikal,ada satu orang budak yang selalu bermain di perkarangan masjid beredekatan tempat praktikal aku,dan aku selalu juga mengungjungi masjid tersebut untuk menunaikan solat berjemaah,hendak di jadikan cerita, salah seorang daripada kanak-kanak yang bermain di situ adalah merupakan seorang budak yang miskin,pakaiannya,pun kelihatan usang,rambut yang tidak di ikat dengan kemas,memang menyerlah kemiskinan beliau.

Ketika aku melalui perkarangan masjid itu,kelihatan kanak-kanak yang aku ceritakan tadi itu mengikuti aku,dan setelah aku perasaan,aku bertanya,kenapa ikut saya?
Budak tersebut berkata: saya nak duit,lapar,seharian tidak makan.
Aku tanya:mana mak ayah?? Tinggal di mana??
Budak tersebut berkata: mak ayah p kerja.Kami tinggal di situ,sambil jarinya menunjuk kearah satu tempat,yang kurang aku kenali.
Aku jawab:aku bagi ja,tak silap aku,aku bagi pada dia RM5,terus dia senyum.
Ketika itu juga laungan azan terus berkumandang,menndakan masuknya waktu asar bagi kawasan itu dan kawasan yang sama waktu dengannya.Maka aku terus ke tempat wudhuk,ketika aku mengeluarkan miswak aku,dan dengan selamba,menggosoknya,terasa nikmat....huhu.Aku tidak perasaan,bahawa,perbuatan aku ini,telah di lihat oleh budak tersebut,lantas beliau datang kepada aku,dan berkata,
Budak tersebut:rupa-rupanya abang lagi miskin daripada saya,gosok gigi guna ranting kayu,saya pun gosok gigi mengunakan berus gigi,tapi abang yang bagi duit pada saya tadi gosok gigi guna ranting kayu,Miskin juga abang ni??
Aku jawab:sambil mimik muka berubah ke arah senyuman dan sedikit di campurkan dengan perasaan hiba dan ketawa,aku cakap padanya,ini merupakan miswak,bukan ranting kayu biasa,merupakan sunnah junjungan besar kita.
Budak tersebut:beliau mengangguk,aku tidak tahu dia faham ke tidak???
Keesokan harinya,ketika aku sedang bekerja(praktikal la tu) datang budak tersebut,dan tangannya ada,sesuatu,budak tersebut terus meluru ke arah aku,dan setelah berjaya mendapatkan aku,beliau terus memberikan kepada aku sesuatu dan apabila dibuka,rupa-rupanya,terisi berus gigi serta ubatnya,kemudian,aku bertanya,kenapa bagi aku?? Dia menjawab,sebagai hadiah supaya abang tidak lagi mengunakan ranting kayu sebagai alat untuk mengosok gigi.Lagi sekali aku terkena??????hahahaha...
Cerita di atas adalah merupakan kenangan manis aku,ketika aku menggunakan miswak untuk membersihkan mulut aku,ketika aku hendak solat.Mungkin pembaca di luar sana,ada cerita yang menarik untuk di kongsi bersama,mana tahu,cerita tersebut merupakan kenangan manis kita ketika kita dalam proses untuk menghidupkan kembali sunnah junjungan besar kita di zaman yang kehidupannya serba mencabar ini.Pembaca yang budiman dan rakan-rakan sekalian,bolehlah berkongsi di sini,kenangan manis yang ada ketika mula mengamalkan sunnah bersugi @ miswak ini.

Miswak @ sugi adalah amalan Nabi Saw.Kepada mereka mereka yang sudah bersugi @ miswak,maka teruskan sehingga ka akhir hayatmu serta syabas di ucapkan kerana bersabar diatas segala kata-kata kurang enak sepanjang bersugi @ bermiswak ini.Sebenarnya,kamu adalah manusia sejati yang mencintai rasulnya.

25 comments:

  1. hehe..

    ini menunjukkan kanak-kanak skarang tak d dedahkan dengan sunnah nabi..

    mase mula2 saya pakai sugi saya tak tahu nk cne nk jadikan kayu tu berus gg. nak gigit geli. pastu ketuk ngn lesung batu.huhu... mase pakai tu pulak rase pelik jer.. bau pon kureng enak..

    tapi skarang rse best la plk pkai bnda nie..

    Allah suka syitan pon lari.kn?

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Hehe. Kelakar lah cerita tu.

    Sekarang ni, bukan budak2 je yang tak tahu. Bapak budak pun ramai yang tak tahu.

    Ishkk. :(

    ReplyDelete
  3. hehe. mashaAllah. menarik perkongsiannya. teruskan menulis dan berkongsi pengalaman hebat anda supaya kian menjadi asbab hidayah tersebar kesluruh dunia=)

    ReplyDelete
  4. aku pernah jumpa macam ni. ada 3 beradik ni. masa aku tengah pakai sugi 3 budak ni tengok sambil terbeliak mata. aku yang tengok dorang pun jadi terkejut. tegelak aku dalam hati,

    ni lah tanda asingnya amalan sunah pada masa skrg.

    ReplyDelete
  5. salam,
    moga2 budak yg bagi hadiah berus gigi kat awak tu, suatu hari dapat hidayah utk amalkan sunnah nabi, perasan tak budak tu ada sifat yg baik iaitu tak kedekut, dia belikan awak berus gigi,(w/pun dia miskin) kerana menyangkakn awakpun miskin mcm dia, disebalik kemiskinannya dan ketidakfahamnya terhdp sugi, dia memiliki hati yg tulus....
    (akak tahu ttg sugi ni lepas kahwin...kenangan manis? ada tapi takleh cite kat sini, secret!)

    ReplyDelete
  6. berbahagialah org2 yg asing itu..
    doakan juga sy dpt istiqamah smpi akhir hayat. ^^ insyaallah.

    p/s:knp tk terangkan btl2 dgn bdk tu? :) then awk pulak yg hadiahkan bdk tu sugi sebatang..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum tuan, entry ni menarik betul. walaupun ada unsur kelucuan dalamnya tapi yang penting mesejnya jelas...azam keluar di sandakan tuan...he3

    ReplyDelete
  8. ada video penggunaan miswak di youtube..

    http://www.youtube.com/watch?v=GrfUIviGgxI

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum tuan,

    Menarik betul kenangan manis tuan ni.

    Terima kasih kerana mengajak. Setuju dengan rakan-rakan diatas, dan solehnya anak kecil tu, mudah-mudahan kelak ALLAH pilihnya sebagai seorang daie, ameen...insya'ALLAH

    ReplyDelete
  10. Ummat hari ini menisbahkan kekayaan dgn kebendaan kerana dalam hati ada kecintaan pada dunia....padahal kekayaan yg sebenar adalah kekeyaan hati seperti yg terdapat dalam beberapa hadis RasuluLLAH saw....

    ReplyDelete
  11. Cerita saya:
    Mula2 tu macam tak biasa gak pakai sugi.. kejap sugi kejap berus gigi.. kejap sugi kejap berus gigi..
    Tapi di suatu ketika dahulu,ketika di masjid sri petaling, ada pulak risalah diedarkan mengatakan beberapa jenama ubat gigi tak halal.. ye lah kan, takde logo halal..
    Then, terus jadi biasa pakai sugi..
    Ada jugak la hikmahnya risalah tu diedarkan..
    Alhamdulillah..(",)

    ReplyDelete
  12. pelik....beg duit x pernah atau sangat jarang tertinggal @ terlupa bawak....tp sugi, asyik lupa,tertinggal,hilang.....beg duit kalau tertinggal pusing balik ambik walaupun dah 5KM jauhnya.....tp sugi bila tertinggal walaupun 5 langkah tak pelah, nanti lah ambik, tak pe..sunat je...solat sah gak kalau x de sugi...nielah bisikan2 yg selalu ada bila sugi tertinggal....jelas menunjukkan hubungan hati yg sangat lemah dengan sunnah RASULULLAH saw....moga ALLAH swt maafkan saya dan seluruh muslim muslimat, mukmin mukminat...

    ReplyDelete
  13. kelakar....tapi baik juga budak tu

    ReplyDelete
  14. ahLia teeeetttttt:semua orang alami bende nie...saya dulu pun sama ja,rasa nk meloya je...

    ~PENCHENTA~:betul tu,bukan stkat bpak budak,malah ramai lagi yg kt luar sama yg xtau..

    roha:terima kasih

    ReplyDelete
  15. asrulhadi :amin,terima kasih

    rafiq :masing2 ada pengalaman masing2...hidayat2

    Norsha :betul,pengajaran buat saya...secret??awat xleh cerita ka??

    ReplyDelete
  16. ank_ayah :amin,doakan saya jua,tula pasai x ingat plak saya...mungkin akibat terkesima kot..

    Daud :ia,benar,msjnya jelas tu...semoga sy la dpat amal dulu..amalan mahal nie..amin,doa kan saya..

    mded :terima kasih

    ReplyDelete
  17. halawah al-iman ;amin,terima ksih.

    Abu Abdurrahman :tula pasai,,sunnah yg ditinggalkan umat...

    fuad ansari:wah menarik pngalaman tu..

    Mama Rocks :terima kasih..amin

    ReplyDelete
  18. Ada sorang kawan aku, beragama Hindu. Aku dok kat hostel. Bila dia tengok aku guna kayu miswak untuk bersugi, (dalam bilik air sambil mengadap cermin) dia tanya, "Wei, nape ko guna kayu wat gosok gigi?" Aku jawab, 'Ni sunnah nabi aku". Dia jawab "Ooo..."

    -bakalmayat-

    ReplyDelete
  19. dalam mengamalkan sunnah Rasulullah saw, pasti dan pasti ada kejayaan.. Allahuakhbar!

    ReplyDelete
  20. Anonymous 1: cerita tuan sama tapi lain cara..hahhahasmoga Allah ber taufik pd kwan tuan.

    Anonymous 2: benar..

    ReplyDelete
  21. syukran wa jazakallahu khairan.. T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,
      Kalau kita pakai ubat gigi sahaja dapat 1 pahala menyucikan mulut dan gigi tapi kalau pakai kayu sugi dapat 2 (1 mencucikan mulut dan gigi serta terdapat banyak fadhilat yang terbukti secara saintifik dan 1 lagi kerana sunnah Nabi S.A.W)

      Delete
    2. Assalamualaikum,
      Kalau kita pakai ubat gigi sahaja dapat 1 pahala menyucikan mulut dan gigi tapi kalau pakai kayu sugi dapat 2 (1 mencucikan mulut dan gigi serta terdapat banyak fadhilat yang terbukti secara saintifik dan 1 lagi kerana sunnah Nabi S.A.W)

      Delete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini