Ikuti Blog Ini

Tuesday, June 28, 2011

Kekuatan jimak dalam syurga

Kashmir yang digelar syurga dunia



Dalam Islam,fadhilat atau kelebihan banyak diberikan dan seakan memberati kaum lelakinya.Hal ini seolah-olah menafikan kaum wanita yang juga memainkan peranan penting dalam golongan umat pada hari ini.
Ahli hukama bermadah;
Rosaknya dunia ini kerana rosaknya wanita,
Rosaknya wanita ini kerana rosaknya si lelakinya ini.

Jesturu itu,timbulah pertanyaan,kenapa si lelakinya di janjikan dengan pelbagai kelebihan sedemikian rupa,sedangkan si wanita seolah-olah tidak ada bahagian dalam agama ini.Sebenarnya,segala masalah dalam dunia ini asalnya berpunca daripada rosaknya si lelaki ini.Hal inilah,diantara hikmah Allah Swt telah janjikan banyak kelebihan untuk kaum lelaki,kerana bertujuan untuk menguatkan keimanan kaum lelaki ini supaya mereka terselamat daripada melakukan perkara yang di tegah oleh syariat.Bila mana keimanan seseorang lelaki menjadi kuat,maka secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kaum wanita.Sebagai contoh,jika si ayah punyai keimanan yang kuat,maka secara tidak langsung,si ibu dan si anak akan terpelihara dari melakukan perbuatan yang ditegah oleh syarak.Juga rujuk peranan si ayah dalam masalah dayus.Silat lihat disini dan juga disini.
Hazrat Aishah r.ha berkata”sebelum Allah Swt turunkan ayat mengenai pengharaman arak di dunia,terlebih dahulu Allah Swt telah ceritakan akan kenikmatan arak di syurganya  kepada diri para sahabat r.hum“.(Hayatus Sahabah)
Pemahaman yang kita perolehi di sini ialah Allah Swt juga telah guna perkara-perkara kelebihan/fadhilat ini untuk menguatkan keimanan para sahabat r.hu.Hal ini adalah kerana secara fitrah bagi manusia untuk menyukai sesuatu perkara yang dilakukan,kemudianya dia mengetahui akan maanfaat yang diperolehi dari pekerjaan yang dilakukannya.
Daripada keterangan beberapa hadith tentang hubungan suami dan isteri di dalam syurga,maka dapatlah disimpulkan disini bahawa hubungan suami isteri didalam syurga jauh lebih indah jika dibandingkan dengan hubungan  di dalam dunia ini.Kemesraan dan dan keindahan hubungan tersebut  diantarnaya disebabkan  masing-masing mereka mempunyai keinginan  dan kemampuan yang sama dalam melakukan jimak bahkan berjimak itu dapat di lakukan berlipat kali ganda dan  tidak pernah kurang sedikit pun.Berjimak di dalam syurga itu tidak mengeluarkan air mani,tetapi hanya mengeluarkan yang sedikit rasa panas seperti gas  atau angin,maka itulah di antara sebabnya  ianya tidak menyebabkan kehamilan berlaku.
Satu hadith daripada riwayat Imam Tirmizi dan Imam Tabrani dari Luqaid bin Amir r.hu.Ianya betanya kepada rasulullah saw”Ya Rasulullah ,apakah yang ada di dalam syurga?Baginda Saw bersabda”sungai-sungai dari madu yang di saring,sungai-sungai dari arak yang tidak menyebabakan mabuk atau sakit kepala,sungai-sungai dari susu yang tidak berubah rasanya dan air tawar yang tidak pernah berubah rasanya,buah-buahan yang lebih baik dari buah yang paling baik yang pernah kamu jumpai dan isteri-isteri yang suci”.
Setelah mendengar jawapan itu,aku bertanya lagi “Ya rasulullah,apakah kita mendapatkan isteri-isteri yang baik.Menjawab pertanyaan tersebut ,rasulullah Saw menjawab,wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki –lelaki yang baik,dan kamu akan merasa nikmat dengan mereka seperti  mana kamu merasa nikmat dengan isteri-isteri kamu di dunia ini,tetapi hanya tidak melahirkan anak ".
Juga dalam satu riwayat yang lain,Ibnu Wahab dari Abu Hurairah r.hu,berkata Abu Hurairah r.hu” Ya Rasulullah apakah kita akan berjimak  di syurga? “menjawab pertanyaan beliau ,Rasulullah Saw bersabda,Ya,demi Tuhan yang memegang jiwaku dengan tanganya,hebat,hebat(jauh lebih bersemangat daripada berjimak  di dunia),dan bila ia selesai,si isteri akan kembali suci dan perawam”.
Juga di sebut dalam hadith ini,Abu Said Al-Khudri r.hu,bersabda Rasulullah Saw’”sesungguhnya ahli syurga bila sudah berjimak dengan isterinya,maka isterinya itu akana kembali menjadi anak gadis(perawan,daranya dikembalikan”).(Hadith riwayat Imam Tabrani)
Dalam pertanyaan yang lain,rasulullah Saw menjawab,”ya,di dalam syurga ahli syurga akan berjimak dengan dengan isterinya,demi yang Tuhan yang mengutuskan aku dengan membawa kebenaran bahawa zakar pada waktu itu tidak pernah lemah,faraj pula  tidak pernah kendur dan nafsu syahwat tidak pernah putus” firman Allah Swt yang bermaksud.Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan,Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersuka ria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin,Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki,Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani ".( Q.S Yassin 55-58).
Kebanyak ulama kalangan para sahabat r.hum menafsirkan ayat  dalam kelalaian dan bersenang-senang ialah kerana mereka tidak ada tugas lain atau kewajipan lain,jesturu itu, mereka selalu bersenang-senang dengan isteri mereka masing-masing tanpa menghirau waktu.
Tdak beranak atau melahirkan anak
Dalam beberapa hadith di terangkan bahawa sekalipun ,di syurga itu ,ada hubungan suami isteri dengan segala kesenangannya,bahkan dikata dengan kekuatan syahwat yang jauh lebih hebat yang di alaminya di dunia sekarang ini,tetapi dari segi perkahwinan dan persetubuhan itu  tidaklah mengakibatkan lahirnya anak atau keturunan.
Akan tetapi  dalam sebuah hadith,rasulullah Saw bersabda”bila seseorang mukmin itu menginginkan  di dalam syurga,maka jadilah anak itu di saat ia menginginnya,akan tetapi tidak adaa seseorang pun yang ingin bernak di dalam syurga.”(Hadith riwayat Imam Tirmizi)
Sebagai natijahnya,mereka-mereka yang yakin kepada adanya kehidupan selepas kematian tidak akan membuang masa selain daripada masanya di infakkan untuk agama Allah Swt.Merka-mereka yang tidak mahu menunaikan syahwat mereka di dunia,maka mereka akan dapat berbuat demikian di dalam syurga nanti.Ayuh,apa kita tunggu,kita zahirkan keazaman kita dengan kita gunakan harta ,masa dan kebolehan kita denagan cara yang dikehendaki oleh Allah Swt.Semua kita sedia,InshaAllah

Friday, June 24, 2011

Cintaku tertinggal di India

Seorang lelaki tidur dihadapan kedai "money changer" betul-betul di depan markaz.

Pada hari ini genaplah setahun tarikh saya menjejak kaki ke Negara India,pada tanggal 24 Jun 2010,merupakan tarikh yang begitu istimewa dalam hidup saya ini,dimana buat kali pertamanya saya menjejaki di negera yang terkenal bagi mereka yang ingin belajar erti kehidupan manusia.Semoga cerita dibawah memberikan pengajaran kepada saya dan pembaca semua.

Kota Delhi (dulu dikenali sebagai deen ilahi) dan Nizhamuddin (di mana tempat yang hendak kami tujui) dihubungkan dengan lebuhraya.Khabarnya lebuhraya ini baru di bina oleh syarikat dari Malaysia,jaraknya lebih kurang 40 kilometer.Menurut pemandu teksi,masa perjalanan mengambil masa 30 -45 minit,tetapi hakikatnya teksi yang kami naiki mengambil masa kira-kira 1 jam lebih untuk sampai ke destinasi.

Sekalipun setiap haluan,mempunyai dua lorong,keadaan jalannya sentiasa dipenuhi dengan kenderaan dan ditambah pula dengan pelbagai ganguan seperti kereta kuda dan lembu,bas berhenti sesuka hati di laluan tepi dan binatang ternakan juga mengambil bahagian, menjadikan ianya satu perjalanan penuh berliku dan cabaran.Adalah menjadi suatu kelazimannya,di Negara India ini hon di bunyikan setiap kali kenderaan memintas(memotong) kenderaan yang lain,ianya juga mengamatkan lagi keadaan di jalan raya yang begitu sibuk keadaanya.


Seperti di Malaysia,lebuhraya juga di pasang pondok tol,tetapi keadaan pondok tol mereka begitu ringkas sekali dengan hanya kerangka besi di pasang untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Kenderaan pilihan di sana,saya juga berkesempatan menaikinya.


Sesetangah jalanraya termasuk di tengah-tengah kota Delhi ini,pengguna (manusia) berkongsi jalan dengan kambing,lembu,kerbau dan ayam.Sebahagian pemandu memandu kenderaan mereka sesesuka hati termasuk memasuki laluan salah bertentangan dengan jalan kami,tetapi peliknya tidak pula saya saksikan kemalangan berlaku.

Sama seperti lebuhraya dan jalanrayanya yang merakam 1001 cerita unik dan pelik daripada kaca mata orang luar,rakyatnya juga mencatatkan 1001 kehidupan penuh berliku yang melayakan insan asing belajar erti sebuah kehidupan termasuk kesabaran dan penderitaan.
Kanak-kanak bermain layang-layang,bertentangan dengan markaz,bangunan memoir Hazrat Nizhamuddin dibina oleh kerajaan India,di sini juga tempat berlangsungnya solat jenazah bagi markaz ini.

Seperti biasa,apabila kami “check in” di markaz Masjid Banglawali,kami di ingatkan oleh orang khidmat markaz ini supaya jangan di layan pengemis-pengemis yang berkeliaran di luar perkaranagan masjid ini,kerana suatu pemberian akan mengundang kehadiran ramai lagi pengemis yang lain.Malah mereka juga akan mengingati kita sekiranya kita pernah memberi sesuatu kepada mereka,bahkan ada diantara mereka melontar kata seperti ini “ baba,muslim baba”,ada juga terus melafazkan kalimah syahadah untuk meraih simpati daripada kita.Tujuan mereka ini adalah untuk membuktikan kepada kita bahawa mereka juga beragama Islam.Tetapi sebagai insan yang sedang dalam proses membaiki diri dari segi kerohanian,saya terkesan dengan satu situasi yang tetap terbayang di depan mata saya sehingga kini.
Pemandangan biasa,kandang lembu di hadapan rumah,ada juga yang saya temui kandang lembu dan kambing di ternak di dalam rumah,baunya semerbak harum.


Satu hari ,selepas bersarapan kenyang beralaskan chapati(sejenis makanan tradisi orang Islam India yang diperbuat daripada campuran tepung) dengan chai(sejenis air juga tradisi orang Islam di sini campuran anatra teh dan susu lembu,juga di kenali sebagai teh tarik di Malaysia),disebuah kedai hadapan pintu masuk markaz Banglawali masjid,saya kembali ke masjid ,saya telah diikuti oleh seorang peminta sedekah muda yang mendukung seorang bayi.Penampilannya sungguh teruk dengan pakaian compang-camping tanpa alas kaki,kakinya kelihtan kematu,sedangkan bayi itu berkudis-kudis keadaaanya,mulutnya di hinggapi penuh dengan lalat.


Dia merayu dan merayu kepada saya tetapi saya buat “dek” saja.Hinggakan saya sudah masuk ke daalam masjid duduk di tepi pintu masjid,dia yang berada di luar sana memandang saya dengan penuh sayu,mulutnya merayu-rayu,tetapi saya tetap ingat apa yang dipesan oleh orang khidmat markaz Masjid Banglawali ni.Berat sungguh hati dan tangan saya ini untuk menyeluk saku saya seterusnya memberikan kepadanya wang kecil 10 rupee(kira-kira 70 sen) daripada pintu masjid ini.


Apabila budak tersebut berlalu,tiba-tiba bergemalah maksud hadith ini dalam benak saya.” Tidak beriman kepadaku siapa yang tidur kenyang padahal,jiranya lapar dismpingnya sedangkan dia tahu jiranya klapar” (Riwayat Thabarani).
Pengemis kanak-kanak,kalau di solek mungkin kelihatan cantik.

Ya,saya sudah kenyang dan mahu berangkat ke tempat rehat,dia mungkin sedang kelaparan.Saya menjadi malu pada diri sendri,rupanya –rupanya diri saya bukan lah sebaik yang saya sangka.Hanya kerana sedikit provokasi dari pada orang khidmat disini,saya sudah menjadi terlalu kedekut dan takjud untuk menyedahkan sedikit rupee saya.Natijahnya pada hari itu,saya gagal melelapkan mata dalam masjid kerana asyik terfikir-fikir kejahatan diri ini.Semoga Allah swt mengampuni saya.Kemungkinan anda juga mempunyai pengalaman yang sama,sila lah berkongsi di dengan saya….

Saturday, June 18, 2011

Mereka mendahului kita

Sebuah gereja di Malaysia,masih dalam pembinaan,dijangka menjadi gereja terbesar di asia.

Syiekh Abdul Wahab Hafizuallah ketika di Ijtimak Tonggi pada tahun ini telah memberikan satu laporan tentang laporan yang mengembirakan tentang terdirinya satu masjid di Vatican City,iaitu kota suci bagi penganut Kristian.Beliau juga mengucapkan syukur ke kepada Allah swt dan tahniah kepada karkun-karkun di Vatican City,asbab pengorbanan mereka,Allah swt telah mudahkan usaha mereka.
Mereka-mereka yang mendakwa bahawa melakukan usaha dakwah secara misionari atau berdakwah secara berhijrah dari satu tempat ke satu tempat merupakan tindakan yang yang tidak relevan lagi,kerana di katakan ketinggalan zaman kerana,dalam era dunia yang terkenal dengan istilah tanpa sempadan ini,mereka lebih suka memandang ke arah melakukan usaha dakwah melalui bantuan teknologi yang canggih,maka pendapat ini perlulah disangkal kerana keberkesanan usaha dakwah melalui tindakan misionari ini amat berkesan sekali.Cuba kita lihat apa yang telah di lakukan oleh pendakyah agama-agama bathil di seluruh dunia.Mereka begitu yakin sekali dengan keberkesanan tindakan ini.Mereka lebih suka bergerak dari satu tempat ke satu tempat,bergerak dari satu rumah ke satu rumah,bergerak dari satu kampong ke satu kampong menyebarkan dakyah mereka.Namun yang menjadi kerisauan kita adalah kerana tindakan mereka ini ada juga mendatangkan hasil.Penulis juga sendiri pernah teserampak dengan bebarapa orang pendakyah agama bathil ini sendiri ketika mereka sedang melakukan upacara ziarah dari satu rumah ke satu rumah di negeri Sarawak.
Dibawa ini ada di sertakan sedikit bukti keberkesan tindakan ini.Lihatlah tindakan misionari agama Kristian,dan tindakan mereka dalam menjalankan upacara meyebarkan dakyah mereka.Mereka Berjaya melakukannya di negara Filipina yang majoriti penduduknya berjumlah lebih 92 juta itu.Kebanyakan mereka menganut kepercayaan Kristian bermazhab Katolik (64.9%),Kristian bebas(17.7 %),Protestan (5%),Islam (5.1%),kepercayaan Tradisional (2.2%) dan lain-lainnya.
Filipina dahulunya dijajah Sepanyol dari tahun 1521 hingga 1898 dan kemudianya di ambil alih oleh Amerika Syarikat (AS).Filipina mencapai kemerdekaan pada tahun 1946.Mereka telah dijajah selama 300 tahun di bawah penjajah Sepanyol.Untuk maklumat pembaca,penduduk asal Filipina adalah berbangsa (Melayu)dan kemudian setelah dijajah dalam tempoh begitu lama,akhirnya penduduk asal ini menganut kepercayaan Kristian bermazhab Katolik.
Pengalaman saya dan mereka.
Berasaskan pengalaman pernah berdialog dan berkawan dengan rakan-rakan yang mempunyai kepercayaan Kristian,mengenai gerakan Kristianisasi,tidak la ianya mengejutkan saya.Mereka memberitahu saya,bahawa menjadi tanggungjawab penganut-penganut agama Kristian untuk menyampaikan ajaran agama mereka ke seluruh dunia,hal ini sebagaimana yang telah termaktub dalam kitab-kitab suci agama mereka,Ianya juga sama sperti agama kita,iaitu menjadi tanggungjawab penganut-penganutnya menyebarkan agama di seluruh dunia.
Gambar lakaran komputer,gereja tersebut berbentuk begini.
Sesiapa yang mengkaji gerakan Kristianisasi,di Malaysia,ianya semakin berleluasa,bahkan sudah mencapai tahap membimbangkan.Mereka mahu menjadikan antau Asia Tenggara sebagai syurga Kristian setelah Berjaya di Indonesia.Sasaran seterusnya ialah Malaysia,setelah mereka Berjaya di Singapura.
Wah,berdekat dengan Masjid Jamek Sri Petaling,juga dekat dengan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Mengapa kalau sesuatu isu melibatkan Islam,kita akan mengambil sikap mendiamkan diri,malah ada yang akan menyalahkan diri sesama sendiri.Pihak mubaligh dan gereja yang menjalankan kegiatan memesongkan akidah Islam dari rumah-rumah,kampong ke kampong,sekolah,kilang,university dan sebagainya tidak mengapa kerana atas dasar kebebasan hak asasi manusia.Ya Allah ,mereka sudah lama melakukannya.TeTapi kita bagaimana?? Cukupkah dengan banner?poster ,kain rentang ataupun di kaca televisyen.Betul la sekarang zaman di mana orang Kristian mengetuk setiap pintu-pintu rumah orang Islam.Kesannya,berapa ramai yang ingin keluar dari agama kita yang suci ini.Lihat disini.
Di antara musibah umat Islam sekerang ialah berlakunya perpecahan dan perselisihan faham yang kita lihat berlaku sehingga berpuak-puak,dan lebih membarahkan lagi dengan kewujudan parti-parti politik yang mana sekarang ini kian galak mengalunkan kompang kesukuan dan tidak melihat kepada sebagai satu umat..Setiap kelopok melihat dirinya sahaja yang dianggap sebagai jemaah Muslimin,bukanya melihat dari perspektif sebagai umat Nabi Saw.
Mereka yang memandang rendah dakwah secara ini perlulah bermuhasabah kembali kerana tindakan ini juga di lakukan oleh para sahabat r.hum sendiri ,lihatlah dalam catitan sejarah Islam,kebanyakan mereka bergerak melalui kaedah ini,iaitu bergerak secara berhijah ke satu tempat.Maka keberkesanan usaha mereka ini dapat dilihat dengan hidupnya agama di seluruh alam berkat pergerakan mereka ini.Mereka-mereka yang berpendapat dengan mengatakan bahawa amalan yang suci murni ini adalah perbuatan bidaah perlulah memikirkannya kembali dan sedia untuk berlapang dada dalam perkara ini.Mereka juga perlu bersangka baik dengan memandang sumbangan besar amalan ini dalam menyelamatkan agama Islam yang mulia ini.

Tuesday, June 14, 2011

Jadilah macam mereka…. rijal ‘ammah

Seorang ahli zuhud yang masyhur, Bisyru bin al-Haris al-Hafi Rahimahullah mendapati ada tiga sifat istimewa yang terdapat pada Imam Ahmad bin Hanbal rah. Dengan sifat-sifat ini, Imam Ahmad rah dianggap melebihinya berbanding dirinya. Salah satu daripada sifat-sifat istimewa itu ialah; “...beliau merupakan imam orang ramai..”. ( Al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jilid 2, m.s. 23)
 
Para ilmu rijal menyifatkan Imam Al-Auza’I rah pula sebagai rijal ‘ammah – orang yang bersama orang ramai.(Ibnu Hajar, Tahzib al-Tahzib, Jilid 6, m.s. 241)

Demikian juga seorang ahli hadis dan faqih yang thiqah lain iaitu Abu Ishak al-Fazari rah. Ulama rijal berkata: “Dia adalah seorang rajul ammah. Dia telah mendidik penduduk-penduduk dipersempadanan Islam di tanah tinggi Syam dan semenanjung yang mengadap ke Rom.. Beliau mengajar mereka tentang sunnah dan cara hidup Rasulullah S.A.W., menyuruh manusia kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran.(Ibid, Jilid 1, m.s. 152)
Demikian juga Khalid bin Abdullah al-Wasiti rah, salah seorang ahli hadis yang thiqah dan merupakan salah seorang dari guru-guru Imam al-Bukhari rah. Mereka sifatkannya sebagai rijal ammah.(Ibnu Hajar, Tahzib al-Tahzib, Jilid 3, m.s. 100)

Pengenalan-pengenalan kepada rijal di atas menjelaskan bahawa mereka semua adalah da’i yang mengajar manusia. Ilmu mereka tidak meletakkan mereka hanya di dalam bilik-bilik. Mereka turun ke medan, memimpin masyarakat membuat pendirian dan sikap politik.

Apa yang dimaksudkan dengan ammah ialah orang ramai samada terpelajar atau buta huruf dan bukannya menurut istilah moden yang bermaksud orang-orang jahil. Pemimpin dan da’i Islam dahulu tidak pernah melupakan orang Badwi dan penduduk kawasan pedalaman di samping memimpin penduduk bandar. Mereka mengambil berat tentang peri pentingnya kesatuan akidah dan pendirian antara kesemua masyarakat tersebut. Ini menyebabkan da’I itu memperuntukkan sebahagian dari usaha untuk kesemua mad’u tersebut. Imam Al-Zuhri rah, pemimpin ahli hadis telah mendidik beberapa generasi penduduk beberapa kota raya Islam dan membentuk mereka menjadi pemimpin-pemimpin di dalam bidang hadis. Bukan itu sahaja, bahkan beliau sendiri turun menemui masyarakat badwi dan penduduk kampung untuk mengajar mereka, memelihara yang masih kekal dalam akidah yang benar dan berlemah lembut terhadap orang yang telah diselewengkan oleh mereka yang sesat.

Para ulama’ dan da’i kemudian pula memperbaharui sejarah al-Zuhri ini rah.Antaranya ialah: Seorang faqih dan pembimbing, Ahmad al-Ghazali rah, saudara kandung kepada Abu Hamid al-Ghazali rah pengarang Ihya’ ‘Ulumuddin. Beliau memasuki kampung-kampung dan kebun-kebun, memberi nasihat kepada penduduknya agar mereka mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.(Al-Subki, Tabaqat al-Syafi’iyyah, jilid 6, m.s. 62)
Hal inilah bukti paling berharga yang menjadi hujah kita menolak pendapat orang yang menganggap amal jama’ie sebagai bid’ah dalam uslub dakwah Islam. Ianya juga merupakan bukti terang yang mendorong da’i Islam untuk mengumpulkan nas-nas ulama lain seperti ini dan menjadikannya sebagai paksi dalam amal dakwi. Dakwah akan menjadi lebih kukuh dan mantap memandangkan penyebut nas-nas ini adalah orang yang hebat. Ia juga akan menjadi kata putus dalam menghadapi setengah golongan yang tidak faham yang cepat menuduh bahawa amal jama’i adalah kerja bid’ah. Bagaimanakah amal jama’ie dan gerakan berjamaah itu boleh dianggap sebagai suatu bid’ah sedangkan ia merupakan perkara yang dipusakai dari Nabi-nabi a.s.?(Ibnu al-Qayyim, Miftah Dar al-Sa’adah, Jilid 1, m.s. 154)
 
Firman Allah “Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yangmenurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkanketerangan dan bukti yang jelas nyata".” (Yusuf 12:108)

Allah S.W.T. telah berfirman:“Berapa banyaknya nabi yang berperang bersamanya kaum (Al-Ribbiyyun) yang banyak.” (Aali Imran 3:146)

Ibnu al-Qayyim rah berkata: Al-ribbiyyundi sini bermaksud “jemaah-jemaah” seperti yang telah disepakati oleh ahli tafsir. Satu pendapat lagi mengatakan ia berasal dari perkataan “al-ribbah” yang bermaksud “jamaah”. Al-Jauhari berpendapat: “Al-ribbi” merupakan kata nama tunggal bagi “alribbiyyun”,iaitu beribu-ribu orang manusia.”(Ibid, m.s. 126)

Oleh itu, maksud ayat di atas ialah Nabi-nabi a.s berperang bersama-sama beribu-ribu orang yang beriman. Sejarah hidup Rasulullah S.A.W. merupakan contoh yang jelas bagi ayat tersebut.
Mereka Menyeru Kepada Kebaikan Bersama-sama Pengikut Mereka

Pengertian ini telah difahami oleh para sahabat dan salafussoleh dengan penuh kesedaran. Bagi mereka dakwah secara bersendirian adalah tidak memadai. Kerana itu, mereka menubuhkan jamaah-jamaah untuk berdakwah kepada Allah untuk menyeru manusia kepada agama Allah dan mereka bekerja secara berjamaah.
Di antara mereka ialah sahabat Rasulullah S.A.W. Hisyam bin Hakim bin Hizam al-Qurasyiyy r.a. Al-Zuhri berkata: “Beliau (Hisyam bin Hakim) menyeru kepada perkara ma’ruf bersama-sama dengan segolongan bersamanya.”(Tahzib al-Tahzib, Jilid 11, m.s. 37)
Perhatikan kata-kata al-Zuhri: “Segolongan bersamanya.” Beliau telah membentuk satu jamaah dalam urusan amar makruf dan nahi mungkar. Ini menunjukkan bahawa Islam menuntut penubuhan satu jamaah dalam kerja ini.Bila ada jamaah, maka barulah ada dakwah. Para ulama’ sejak dahulu sentiasa menubuhkan jamaah-jamaah dan mencari sahabat-sahabat mereka untuk sama-sama melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar.
Begitulah sebagaimana yang dibuat oleh Abdul Rahim bin al-‘Althi al-- Baghdadi, seorang ahli fiqh dan ahli hadis yang zuhud. Mereka menyifatkannya sebagai seorang guru yang mulia, ulama’ yang arif lagi bijaksana dan merupakan salah seorang dari guru-guru hadis yang terhormat,beriltizam dengan al-sunnah, zuhud yang mempunyai kemuliaan dan warak serta mempunyai adab dan ilmu yang banyak. Al-Barzaali telah berkata tentang tokoh ini: “Beliau merupakan seorang guru hadis di Baghdad semasa zamannya, dan disifatkan sebagai pengikut setia, penolong dan pembela alsunnah.” Al-Zahabi pula berkata: “Beliau mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat sahabat yang berusaha menyuruh manusia kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran”.(Ibnu Rejab, Zail Tabaqat al-Hanabilah, Jilid 2, m.s. 316)
Ya, pemimpin jamaah telah menetapkan satu syarat kepada sesiapa yang hendak menggabungkan diri dalam jamaahnya iaitu, dia hanya memilih orang yang beriman, soleh, yang hanya memakan makanan yang halal.Hal ini semua supaya penggabungan mereka membawa taufik dari Allah S.W.T. dan dakwah mereka memberi pengaruhnya. Kerana jika mereka ini terdiri dari orang yang campur aduk antara unsur-unsur jahat dan baik, tidak memelihara syariat Allah dalam muamalat, tindak tanduk dan hidupnya, ini akan menyebabkan Allah tidak memberi taufik dan keberkatan di dalam usaha mereka. Akhirnya, jamaah yang akan menanggung risiko kegagalan dalam setiap usahanya.
Demikianlah mazhab yang dipegang oleh da’i qudama’. Menurut Ibnu al- Jauzi rah: Ibnu Akil rah telah berkata: “Di zaman kami, kami telah melihat Abu Bakar al-Aqfali rah semasa pemerintahan khalifah al-Qaim, apabila beliau tampil untuk menyangkal satu kemungkaran, dibawa bersamanya beberapa orang ulama’ dan orang-orang yang soleh, yang tidak makan kecuali dari hasil usaha mereka sendiri seperti Abu Bakar al-Khabbaz yang telah telah buta kerana selalu terdedah kepada kepanasan bahang api pembakar roti. Mereka diiringi oleh satu jamaah yang tiada seorang pun di antara mereka yang menerima sedekah dan mahu mencemarkan diri mereka dengan menerima pemberian atau hadiah daripada pihak pemerintah. Mereka berpuasa di siang hari, bertahajjud di malam hari dan kerap menangis. Apabila ada golongan mukhlit (orang yang bercampur aduk antara berbuat baik dan jahat) ingin bersama-sama, dia menolak dan berkata: “Apabila kami menghadapi musuh sedangkan ahli maksiat ada bersama kami, pastinya kami menerima kekalahan.”( 131 Ibnu al-Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 145)

Demikianlah kesedaran, kefahaman yang benar dan penapisan, bila telah wujud. Tanpa adanya syarat-syarat ketat tersebut, jamaah Islam akan menjadi sarang orang yang lemah. Ketika itu hilanglah kekuatan dan kewibawaannya dan Allah tidak akan memberi pertolongan kepadanya.
Nas-nas dari kitab lama seperti ini adalah jumpaan berharga bagi mereka yang suka membidaah apabila orang Islam bersatu di bawah satu pimpinan.

Wednesday, June 1, 2011

Analogi miswak dan aku??


gambar sekadar hiasan..
Islam telah menaikkan taraf yang tinggi kepada penggunaan amalan sunnah ini iaitu miswak. Kepentinggannya telah ditegaskan dalam banyak hadith Rasulullah SAW. Kenyataan dan contoh yang dilakukan oleh para sahabat dan ulama Islam membuktikan tentang kelebihan dan kepentingan miswak.

Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : “kalaulah tidak memberatkan umatku atau ke atas manusia maka akan ku perintahkan mereka dengan bersiwak untuk setiap solat”. (Bukhari dan muslim)

Suatu perkara yang seringkali kita melupai akan kepentingannya adalah mengenai amalan sunnah yang sering dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Perkara ini perlu diketengahkan agar ianya menjadi amalan yang tidak asing bagi umat kita sekarang ini iaitu mengenai dengan kepentingan penggunaan miswak. Amalan penggunaan miswak pada zaman Nabi adalah sangat lazim. Dalam apa keadaan sahaja baginda akan menggunakan miswak untuk membersihkan mulut.

Miswak iaitu ranting kayu yang digunakan untuk menggosok dan membersihkan gigi telah digunakan lama sebelum zaman Nabi kita Muhammad SAW. Dalam hadith-hadith yang diriwayatkan menunjukkan miswak adalah merupakan sunnah dan amalan daripada semua nabi-nabi Allah SWT.

Maksudnya : dari Abi Ayub r.a. berkata, telah berkata Rasulullah SAW : “empat perkara diantara amalan-amalan para Anbia ialah bersunat, memakai atar, miswak dan bernikah”.(H.R Tirmizi)

Hal ini menunjukkan bahawa miswak telah digunakan sejak nabi-nabi yang terdahulu. Banyak di antara faedah dan manfaat penggunaan miswak dan yang terbesar sekali adalah berkat perkaitannya dengan amalan para nabi Allah melalui amalan ini.
Cerita aku di satu petang yang hening.

Sewaktu aku menjalani latihan Industri ataupun praktikal,ada satu orang budak yang selalu bermain di perkarangan masjid beredekatan tempat praktikal aku,dan aku selalu juga mengungjungi masjid tersebut untuk menunaikan solat berjemaah,hendak di jadikan cerita, salah seorang daripada kanak-kanak yang bermain di situ adalah merupakan seorang budak yang miskin,pakaiannya,pun kelihatan usang,rambut yang tidak di ikat dengan kemas,memang menyerlah kemiskinan beliau.

Ketika aku melalui perkarangan masjid itu,kelihatan kanak-kanak yang aku ceritakan tadi itu mengikuti aku,dan setelah aku perasaan,aku bertanya,kenapa ikut saya?
Budak tersebut berkata: saya nak duit,lapar,seharian tidak makan.
Aku tanya:mana mak ayah?? Tinggal di mana??
Budak tersebut berkata: mak ayah p kerja.Kami tinggal di situ,sambil jarinya menunjuk kearah satu tempat,yang kurang aku kenali.
Aku jawab:aku bagi ja,tak silap aku,aku bagi pada dia RM5,terus dia senyum.
Ketika itu juga laungan azan terus berkumandang,menndakan masuknya waktu asar bagi kawasan itu dan kawasan yang sama waktu dengannya.Maka aku terus ke tempat wudhuk,ketika aku mengeluarkan miswak aku,dan dengan selamba,menggosoknya,terasa nikmat....huhu.Aku tidak perasaan,bahawa,perbuatan aku ini,telah di lihat oleh budak tersebut,lantas beliau datang kepada aku,dan berkata,
Budak tersebut:rupa-rupanya abang lagi miskin daripada saya,gosok gigi guna ranting kayu,saya pun gosok gigi mengunakan berus gigi,tapi abang yang bagi duit pada saya tadi gosok gigi guna ranting kayu,Miskin juga abang ni??
Aku jawab:sambil mimik muka berubah ke arah senyuman dan sedikit di campurkan dengan perasaan hiba dan ketawa,aku cakap padanya,ini merupakan miswak,bukan ranting kayu biasa,merupakan sunnah junjungan besar kita.
Budak tersebut:beliau mengangguk,aku tidak tahu dia faham ke tidak???
Keesokan harinya,ketika aku sedang bekerja(praktikal la tu) datang budak tersebut,dan tangannya ada,sesuatu,budak tersebut terus meluru ke arah aku,dan setelah berjaya mendapatkan aku,beliau terus memberikan kepada aku sesuatu dan apabila dibuka,rupa-rupanya,terisi berus gigi serta ubatnya,kemudian,aku bertanya,kenapa bagi aku?? Dia menjawab,sebagai hadiah supaya abang tidak lagi mengunakan ranting kayu sebagai alat untuk mengosok gigi.Lagi sekali aku terkena??????hahahaha...
Cerita di atas adalah merupakan kenangan manis aku,ketika aku menggunakan miswak untuk membersihkan mulut aku,ketika aku hendak solat.Mungkin pembaca di luar sana,ada cerita yang menarik untuk di kongsi bersama,mana tahu,cerita tersebut merupakan kenangan manis kita ketika kita dalam proses untuk menghidupkan kembali sunnah junjungan besar kita di zaman yang kehidupannya serba mencabar ini.Pembaca yang budiman dan rakan-rakan sekalian,bolehlah berkongsi di sini,kenangan manis yang ada ketika mula mengamalkan sunnah bersugi @ miswak ini.

Miswak @ sugi adalah amalan Nabi Saw.Kepada mereka mereka yang sudah bersugi @ miswak,maka teruskan sehingga ka akhir hayatmu serta syabas di ucapkan kerana bersabar diatas segala kata-kata kurang enak sepanjang bersugi @ bermiswak ini.Sebenarnya,kamu adalah manusia sejati yang mencintai rasulnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini