Ikuti Blog Ini

Wednesday, October 14, 2009

DEMONSTRASI MELALUI SOLAT SUBUH BERJEMAAH?


Gambar ijtimak Malaysia 2009.

Sabdaan:“Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat separuh malam. Dan barang siapa solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak seperti yang tertera dalam hadis Abu Daud dan Tirmizi) maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam semalam penuh.” (HR Muslim).

“Pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.”

Atas dasar apa dia berkata demikian, tidak pula dinyatakan secara pasti. Namun jika kita sendiri melihat situasi ini lebih dekat, ada logik dan kebenarannya.
Pada awal tahun yang lau, terjadi satu tragedi besar dalam dunia Islam. Tentera Israel (semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka) telah menyerang Palestin. Pelajar-pelajar Islam di tempat saya belajar ketika itu telah bangun melancarkan demonstrasi.

Saya masih ingat bagaimana ucapan berapi-api daripada para pemimpin pelajar ketika itu telah membakar emosi dan menimbulkan rasa marah yang amat sangat kepada tentera Israel. Bendera Israel, patung Ehud Olmert (PM Israel) telah dibakar. Ucapan yang berapi-api telah disambut oleh jeritan, “Allah hu Akbar! Allah hu Akbar!” telah bergegar di padang tempat kami melakukan tunjuk perasaan.

Rasa-rasanya, kalau dilihat pada semangat yang memuncak, bagaikan semua telah bersedia untuk dihantar ke Palestin untuk membantu rakyat Palestin bagi mempertahankan daerah Palestin yang di cerobuhi tentera Israel.. Bilangan pelajar Islam yang berdemonstrasi saya rasa hampir mencecah ribuan orang.

Keesokan harinya, sewaktu solat Subuh di Pusat Islam, saya dapati hanya beberapa kerat pelajar yang datang untuk solat berjemaah. Sangat minoriti, tidak sampai satu saf pun. Ke mana perginya mereka yang bersemangat berapi-api semalam? Tidak ada laungan Allah hu Akbar lagi sekalipun untuk sekadar bertakbiratul Ihram. Dan paling aneh, para pemimpin pelajar yang hebat berpidato itu pun tidak muncul-muncul.
Cuba fikirkan mengapa terjadi demikian? Akan gerunkah musuh Islam kepada umat yang tidak solat Subuh berjemaah ataupun tidak bangun Subuh langsung? Pada hal demonstrasi hakiki yang benar-benar menggerunkan musuh (berdasarkan pengakuan penguasa Yahudi sendiri) ialah solat Subuh secara berjemaah yang dilakukan oleh majoriti umat Islam.

Tidak salah membakar bendera negara yang menzalimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu “membakar” selimut syaitan yang menghalang kita bangun untuk solat Subuh berjemaah? Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam, tetapi alangkah baiknya jika suara itu digunakan juga untuk bertabiratul Ihram dalam solat Subuh secara berjemaah?
Hemm, mampukah orang yang “liat” bangun Subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat ke medan jihad untuk memerangi musuh Allah??.

Ada tokoh yang hebat yang begitu menarik kata dan ucapannya tentang Islam… begitu indah, bersemangat dan menyentuh. Tetapi apakah ertinya jika dia melazimi tidak hadir ke masjid untuk berjemaah Subuh? Atau figur ekonomi Islam yang berjaya membentang segala perancangan dan strategi muamalat Islam tetapi liat melangkah kaki menyertai solat Subuh berjemaah. Atau seorang yang begitu menonjol sekali dalam melahirkan produk-produk serta perkhidmatan Islam, tetapi hanya “kadang-kadang” dan “jarang-jarang” menyertai solat berjemaah Isyak dan Subuh!

Dan nabi saw bersabda“Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR Ahmad dan An Nasai’)

17 comments:

  1. me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. thanx bro

    ReplyDelete
  2. en_me.....saya pun sama gak...saya tulis nie untuk diri saya la.............

    ReplyDelete
  3. Salam..
    huhu. kena koreksi diri nie.
    asyik marah pada yang luar,
    syaitan dalma diri pun tak nampak.

    p.s: saling muhasabah dalam bermujahadah:)

    ReplyDelete
  4. terima kasih entry yang bermakna ni..btl ckp anak pendang..berjihad melawan nafsu dan baiki diri sendiri untuk setiap individu..musuh akan btl2 takut jika begitu..

    ReplyDelete
  5. Wah...sangat2 menyedarkan..

    Alangkah indahnya jika kita dapat mengerjakan solat subuh beramai2, setiap hari. Barulah rasa manisnya iman. Berkobar2 pulak semangat ni..

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah kembalikan umat ni pada tahap sahabat r.hum.

    ReplyDelete
  7. Shalat Shubuh berjamaah memang paling sepi. Semoga kita dimudahkan Allah untuk menghidupkannya

    ReplyDelete
  8. mcm time pilihanraye la kan. abis sume pakat kecoh2 g ceramah sampai tgh malam.. tp subuh, 'kong'...

    ReplyDelete
  9. macam pernah nampak je gambar atas tu?

    ReplyDelete
  10. salam ziarah....

    benar kata2 anda,,,,
    bersama2lah kita perbaiki diri...

    ReplyDelete
  11. salam...terima kasih semua pengkomen......semoga Allah istiqomah kita dalam apa jua amalan agama....

    ReplyDelete
  12. Yahudi juga pernah berkata, "umat Islam tidak akan dapat dikalahkan selagi mereka berpegang kepada al-Quran"

    ayuh kita kongsikan bersama, apakah manfaatnya menunaikan solat di blog saya ^^ (alamak, ini bukan promosi percuma ya huhu)

    ReplyDelete
  13. acapkali kita mendengarnya tp sygnya kita leka

    ReplyDelete
  14. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah NYA pada kita Insya Allah

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini