Ikuti Blog Ini

Friday, May 8, 2009

"Mereka terpelanting"(Al-Fatihah)


Gambar Allahyarham di bilik mayat

ALOR STAR: “Saya nampak cahaya kilat diikuti dentuman guruh dan pada masa sama dua beranak itu terpelanting dalam tali air,” kata Phisol Hasbullah, 46, saksi kejadian seorang guru agama, Mohd Fauzi Saad, 41, mati dipanah petir ketika menunggang motosikal di Kampung Tok Keling, dekat sini, semalam.
M
Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal bersama anaknya, Muhammad Irdhi, 11, namun, kanak-kanak berkenaan terselamat walaupun parah.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika hujan renyai-renyai itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak keduanya itu parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Tanjung Bayam, kira-kira satu kilometer dari Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Mengkudu dengan melalui jalan kampung di tepi tali air berkenaan.(Berita lanjut baca kat sini)


Ini adalah kisah mengenai orang kampung saya,baru dua hari yang lepas,saya sempat bergurau dengan dia dan dari segi gurauan dia,dia tidak menunjuk sesuatu yang ganjil,tetapi kejadian kelmarin telah mengubah segala2nya..

Al-Fatihah buat Ustaz Mohd Fauzi Saad,semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya..

20 comments:

  1. salam bro,
    semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin.

    ReplyDelete
  2. alfatihah dan takziah utk family beliau...

    ReplyDelete
  3. walaupepun,
    semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

    ReplyDelete
  4. Salam takziah buat keluarga Ustaz Mohd Fauzi.

    ReplyDelete
  5. Semoga rohnya ditempatkan bersama sama orang yg dirahmati Allah... Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  6. masya Allah...

    inna lillah...

    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  7. innaalillaahiwainaailaihiraajiun!....

    ReplyDelete
  8. innaalillaahiwainaailaihiraajiun

    takziah buat keluarga arwah~

    ReplyDelete
  9. innalillahiwainnailaihirajiuun..

    takziah buat family arwah



    ..me trauma with petir..

    ReplyDelete
  10. deaf_angel

    INTAN

    Pu3

    kayteeze

    John Iverson

    Muhammad Sayyid bin A Rahman

    cikgupj

    Sifu Mirza

    qishie

    Terima kasih semua....doa kpd anak beliau,,skrg berada di wad ICU ...

    ReplyDelete
  11. AL-FATIHAH..takziah buat keluarga Allahyarham smoga anak beliau berada dlm keadaan slamat..

    ReplyDelete
  12. semoga ustadz Mohd Fauzi Saad rohnya dicucuri rahmat...

    ***

    ReplyDelete
  13. Segala sesuatu dariNya, dan kepadaNya tempat kembali.

    Allahyarham telah mendahului kita. Insyaallah kita tetap akan menyusulinya kemudian.

    Mudah-mudahan Allah tidak serahkan kita kepada suatupun daripada makhlukNya.

    ReplyDelete
  14. Baitijannati............amin3

    sepohonkayu.....amin5

    Dal .selepas ini sapa pulak ye..

    dcrysz..slm.

    ReplyDelete
  15. Salam Takziah buat keluarga arwah,.

    ReplyDelete
  16. salam,

    saya dapat tahu ada seorang yang pandai mengurut saraf di kg to keling bernama pak lang. Adakah saudara mengenali beliau. kalau boleh saya ingin mendapatkan pandu arah ke kg tersebut sekiranya saya bertolak dr alor setar. harap saudara dapat memberikan sedikit maklumat. Terima kasih

    hartini

    ReplyDelete
  17. salam,Anonymous,,,saya tidak mengenalinya,tetapi di kampung saya menetap sekarang ada seorang yang pandia mengurut saraf dan urat..di kampung rambai,jalan tokai..kalo kakak berminat boleh maklum kat saya di blog ini..

    ReplyDelete
  18. salam..

    adakah Pak Lang dan orang kampung saudara tu org yang sama? Saya ingin berurut saraf sekiranya beliau masih lagi memberikan perkhidmatannya

    terima Kasih

    ReplyDelete
  19. Anonymous ...untuk maklum anda,saya tidak mengenalinye...tapi orang kampung saya tu memang menyediakan perkhidmatan urut urat dan saraf..saya baru saja mendapatkan rawatan daripada beliau...tapi saya tidak pasti samada dia menerima wanita dalam rawatannya atau pun tidak...

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini