Ikuti Blog Ini

Saturday, April 25, 2009

Penguman penting !!!!!!!!!

Salam...saya minta maaf kerana tidak sempat update blog saya sebab bebanan kerja le...maklumla,budak praktikal la katakan,majikan belasah cukup2 la,,hu3..

Buat pengetahuan rakan-rakan blog,saya sekarang ini sedang mengumpul maklumat tentang bab2 makan dan minum nie...memandang artikel yang saya terbitkan sebelum ini iaitu(Klik disini)mendapat liputan yang agak ramai di ruang komen,dan dari e-mel yang saya terima.Saya akan menerbitkan artikel penuh tentang bab makan dan minum ini,saya skrg ini pun sedang mengumpul maklumat berkaiatan dengan tajuk tersebut...

Saya dapati ramai lagi yang salah paham mengenai permasalahan makan dan minum ini.Hal ini perlulah di ambil dengan serius kerana makan dan minum ini adalah rutin harian kita.

Selama ini kita menganggap bahawa makan dan minum kita sudah dikira sebagai ibadat,tapi malangnya sebaliknya.Atas maksud yang sangat besar itulah,saya dengan sedikit ilmu ini akan menerbitkan artikel mengenai perkara tersebut.

Saya harap semua rakan bersabar dan terus mengikuti perkembangan blog saya<~>

Thursday, April 23, 2009

Siapa Lelaki Dayus ???????

Salam,artikel kali ini membincangkan tentang siapa lelaki dayus yang tidak akan memasuki syurga.Lelaki yang sudah mempunyai isteri dan anak2,ataupun abang dan adik lelaki yang mempunyai saudara kandungnya yang wanita.Adakah mereka ini berisiko terdedah kepada ancaman dayus??Sama2 kita baca dan hayati artikel di bawah..

Nabi SAW bersabda :-

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

1) Sabda Nabi : -

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi saw:
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)(al-Hakim)

BILA LELAKI MENJADI DAYUS????

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-


" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Monday, April 20, 2009

Makan dan minum menggunakan tangan kiri

Semalam,ada orang tanya saya,apa hukumnya kita makan dan minum menggunakan tangan kiri,dan saya telah menjawab seperti berikut berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

Dalil yang diguna pakai agar tidak makan atau minum dengan menggunakan tangan kiri ialah sebuah hadis daripada Ibnu Umar ra :

“Apabila kamu ingin makan , maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila ingin minum , maka minumlah dengan tangan kanan.Sesungguhnya , syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.”
(HR Imam Muslim : 2020)

Begitu juga dengan hadis daripada Jabir bin Abdullah ra :

“Jangan kamu makan dengan tangan kiri , kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri”
(HR Imam Muslim : 2019)

Kedua-dua hadis di atas menunjukkan kepada larangan daripada makan dan minum dengan tangan kiri.Apa yang dimaklumi ialah , Rasulullah saw melarang daripada makan dan minum dengan tangan kiri adalah kerana perbuatan tersebut merupakan salah satu daripada perbuatan syaitan , yang mana Islam menyuruh kita sentiasa menganggap syaitan itu adalah musuh nyata bagi umat Islam.Oleh yang demikian , mengikut segala ketetapan yang ditentukan oleh syarak melalui al-Quran dan Hadis Rasulullah saw adalah sesuatu yang amat digalakkan.

Hadith diatas juga menerangkan bahawa syaitan minum/makan dengan menggunakan tangan kiri.Jika kita amalkan perbuatan seperti tersebut seolah-olah kita telah menjadikan syaitan itu sebagai kawan/idola kita..Naauzubillah

Allah swt berfirman

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagimu".(Az Zukhruf 62.)

Persoalannya..

"Macam mana nak gunakan tangan kanan sekiranya penuh dengan sisa makanan di tangan/jari.

Jawapan:Apa salahnya,jika kita sisipkan makanan tersebut ataupun kita boleh jilat jari kita tersebut,tak salahkan sisa makanan yang ada di tangan/jari itu merupakan bekas makanan kita juga,jadi tidak timbul soal lagi soal jijik atau tidak.

Semoga Allah swt beri taufik untuk kita amal dan sampaikan''

Saturday, April 18, 2009

Info Ijtimak Malaysia 2009(nota tambahan)

Salam..

Allah swt berfirman"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasul-NYA dan (dari) berjihad untuk agama-NYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA (azab seksa-NYA); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)." (Surah at-Taubah, 9: 24)

Sedikit info tentang Ijtimak Malaysia 2009.

Allah swt dengan kudrat-Nya telah buat keputusan dengan asbab kerajaan Malaysia telah meluluskan permohonan untuk tapak Ijtimak berdekatan dengan Masjid Kuartes KLIA..

"Tapak yang di berikan 1juta kaki persegi.(Tapak Ijtimak boleh di lihat di sini)
"Di jangka yang akan solat berjemaah di situ sekitar 200 ribu orang.
"Di jangka iktikaf(tidur) sekitar 150ribu orang.
"Di jangka 20 waktu solat berjemaah akan di lakukan disitu.(tidak pernah dalam sejarah Malaysia terjadi sebegini)
Di jangka jemaah yang akan di keluarkan sekitar 800-900 jemaah.

Nota penting"" Kesan Ijtimak nanti akan mengubah sesuatu keadaan.Contohnya selepas Ijtimak di Terangganu dulu,pada tahun 1982,Allah swt dengan sifat pemurah-Nya telah anugerahkan minyak kepada negeri Terangganu.Ini kesan dari segi keduniaan saja,dan kesan yang paling utama ialah kesan hidayat untuk bumi Malaysia yang tercinta khususnya dan amnya untuk seluruh alam.

Ijtimak atau perhimpunan untuk orang Islam ini bukanlah untuk berdemotrasi atau yang ada berkaitan dengan hal2 keduniaan,tetapi adalah untuk menyedarkan kembali umat ini bahawa apa maksud mereka di hantar.Umat hari ini telah lupa apa yang mereka lupa"".

Tujuan Ijtimak diadakan(KLIK SINI)

Info akan di tambah dari semasa ke semasa..

Iklan"" di mohon doa kepada penulis,di mudahkan keluar di Sabah nanti(15/6/09 jemaah solid student)

Monday, April 13, 2009

Sifat-sifat ahli syurga (mesti baca)

Firman Allah swt.

“Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73).

Ketahuilah saudaraku,orang-orang yang mendiami syurga itu adalah sehabis-habis tinggi nikmat dan suka cita tinggal di dalamnya.Syurga ini tempat untuk mendapat balasan nikmat.Dikatakan juga,tiada nikmat melainkan semuanya nikmat dalam syurga iaitu bersuka-suka dan bersedap-sedap sahaja.Apabila berada dalam syurga,tiada lagi susah,tiada lagi penat melainkan senang sahaja dan tiada terkena kotor dan tercemar melainkan putih dan hening pakaian dan badan cukup memakai bau-bauan yang sedap-sedap dan rupa diri mereka itu semacam bulan purnama,dan apabila mereka makan dan minum tiada berhajat mereka itu kepada tandas.

Nabi saw bersabda "Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: “Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Syurga bukanlah tempat kotor,maka syurga hanya ada untuk kerja makan dan minum,tiada kencing,tiada berak hatta hingus pun tiada,bahkan tempat nak ludah pun tiada.Bahkan semua makanan itu akan menjadi peluh dan mengeluarkan bau semacam kasturi,maka bersuka-suka lah ria dengan isteri-isteri dan gundik-gundiknya.

Nabi saw bersabda”Awal-awal masuk syurga ialah itu adalah atas rupa,muka mereka macam bulan penuh purnama dan tiada mereka itu berludah-ludah dan mengeluarkan air liur dan tiada buang hingus,berak dan kencing,bahkan semua makanan yang dimakan dan minuman akan menjadi peluh,bermula bejana(bekas air) daripada emas,,sisir(sikat) mereka daripada emas dan perak,dan peresapan mereka itu daripada aluah,dan peluh mereka itu berbau kasturi dan tiap-tiap ahli syurga ini masuk kedalam syurga ada 2 isteri (daripada wanita2 dunia)dan lain daripada gundiknya.2 isteri itu akan boleh dinampak anak tulang betih,daripada luar dagingnya daripada segak dan cantiknya,dan tiada berselisih fikiran diantara isteri2 (tiada perasaan cemburu diantara mereka berdua)dan tidak bermaki2,tidak memarah2,tidak benci2 bahkan masing dalam keadaan sukacita mengikut darjat masing2.dan mengucap mereka itu(peghuni syurga)tasbih(subhanAllah) pagi dan petang,bukanlah diberati,bahkan bersedap2 saja(seperti menarik nafas keluar masuk dalam badan).(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ahli syurga itu cukup bagus dan cantik di jadikan Allah.Tidak ada orang yang masuk syurga itu hodoh dan buruk rupanya semacam di dunia.Jika kita ada kecacatan di dunia,segalanya kecacatan ini,apabila kita memasuki syurga, Allah swt akan tukar dengan yang baik.Dan muka semacam bulan purnama dan badan itu puteh hening,sampai nampak otot dalam tulang,dan berpakaian dengan pakaian emas seperti bergelang tangan,bermegah dengan mahkota dan sebagainya.Oleh sebab itulah,kita tidak boleh mengambarkan kerana,tiada contoh bandingnya di dunia.

Di dalam al-quran dan al-hadith memberikan gambaran tentang syurga,tetapi pada hakikatnya,ia lebih lagi,kerana itu merupakan gambaran sahaja.Adapun barang yang tidak pernah terlintas hati,tidak pernah di dengar oleh telinga dan tidak pernah di lihat oleh mata,semua ini ada dalam syurga.

Nabi saw bersabda”Jika barang yang di buang oleh penghuni syurga,nescaya terhias baginya pihak antara barang segala7 petal langit dan bumi,Jikalau penghuni syurga itu terbit ke keluar(di dunia)zahir dia akan segala gelang2nya,maka terpadamlah cahaya matahari,sebagaimana matahari memadamkan cahaya bintang2”.(Riwayat Tirmizi bertaraf gharib)

Firman Allah swt

“Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (Surah Muhammad, ayat 15).

Thursday, April 9, 2009

Sifat jimak ahli syurga dengan perempuan-perempuan.

Allah swt berfirman:

14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).(Ali-Imran 14)

32. dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?(Al-Al’am 32)


22.Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra Dengan orang-orang Yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang Yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman Dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka Dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang Yang Berjaya.(Al-Mujadalah 22)

Ketahuilalah saudaraku,bermula jimak itu adalah satu kesedapan yang dikurniakan Tuhan.Jimak ini juga adalah kesudahan dan kesedapan berkahwin,bila bercakap tentang lelaki,Allah swt memberikan kepadanya kekuatan syahwat kepada perempuan.kalau tiada syahwat kepada perempuan,itu dikira sebagai tidak normal,dan Allah swt memberi kepada perempuan lebih syahwat dan ada keinginan kepada lelaki.Nafsu mereka melebihi lelaki,tetapi ada pertimbangan akalnya,maka lebih banyak halnya kepada emosi.

Sayugia,Allah swt memberi nafsu kepada makan dan minum,tetapi kelazatan berjimak tidak sama dengan kelazatan makan dan minum.Maka demikian,Allah swt menjadikan nikmat dengan satu nimat adalah berbeza.Semasa berada di dalam dunia,hal yang demikian ,jimak adalah nikmat yang cukup hebat,maka orang yang masuk syurga,Allah swt akan beri juga nikmat jimak ketika berada di dalam syurga,tetapi nikmat jimak yang Allah swt beri ini ,tidak sama dengan nikmat jimak di dunia.Apabila seseoorang itu bersyukur atas nikmat jimak di dunia,maka apabila berada di dalam syurga,Allah swt akan gandakan lagi nikmat tersebut.Allah swt juga akan beri nikmat bermain-main dan berseronok dengan perempuan-perempuan.Bahasa fekah mentafsirkan perkataan imtimsaq sebagai mengambil nikmat daripada perempuan-perempuan.

Seorang mukmin itu apabila berada di dalam syurga,akan bermain dan bersenda gurau dengan isterinya dan dengan gundiknya dan di jimakkan seorang dan kemudian dengan seorang dengan secukup-cukupnya dan bersambung-sambung dengan yang lain dan di panggil yang seterusnya.

Rasulullah saw bersabda”Seseorang mukmin di dalam syurga itu akan kuat bergian-bergian(banyak kuat syahwatnya daripada jimaknya perempuan-perempuan syurga).Sahabat bertanya,Ya Rasulullah,adakah kuasa orang mukmin itu kuat untuk jimaknya di dalam syurga ?,Nabi saw berkata,diberi oleh Allah swt kurnian kuat 100 orang”. (Riwayat Tirmizi)

Allah swt memberi kekuatan jimak ini beratus-ratus kali ganda,Hal yang demikian adalah sebagai anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang taat kepada perintahnya dan rasulnya.

Semasa berada di dunia ini lah kita kena usaha,supaya Allah swt memberi kepada kita semua nikmat-nikmat tersebut.Usahakan supaya kita berada di dunia membuat amalan-amalan seperti yakin yang betul kepada Allah dengan tidak ada tapi-tapi, solat,puasa,zakat dan haji.

Nota penting**pada post yang lain,saya akan menceritakan kisah sifat penghuni syurga..<_>

Wednesday, April 8, 2009

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...( bidadari syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,
tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Nota penting,(nanti saya akan cerita kisah jimak penghuni syurga dengan wanita-wanita syurga)

Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih

Monday, April 6, 2009

Bila orang muda mula bersuara.

muka (orang-orang Yang beriman) pada hari itu berseri-seri, tertawa, lagi bersuka ria, dan muka (orang-orang Yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,.. (Abasa:38-40)

Sebenarnya,bukanlah niat saya untuk menulis/mengkritik/mengomen tapi dek kelemahan iman saya inilah,saya mengambil langkah menulis dengan tujuan sekadar untuk berkongsi pandangan dan pendapatan.Kisah ini saya ceritakan berdasarkan pengalaman saya yang sedikit dan ditambah dengan pengalaman rakan-rakan saya yang sebaya dengan saya.

Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang mengajak kepada pertunjuk,maka dia mendapat pahala seperti mana orang yang mengikutnya tanpa mengurangkan pahala mereka sedikit pun dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan,maka dia memikul dosa seperti mana dosa-dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun..(Muslim)

Baru-baru ini,saya ada bawa beberapa orang remaja untuk pergi buat usaha diatas iman mereka,Cuba tuan-tuan bayangkan,betapa sukarnya saya untuk mengajak mereka mengikuti saya,sebenar mereka adalah sebilangan remaja yang saya jumpa ketika saya membuat usaha ziarah rumah ke rumah.

Dipendekkan cerita,pada satu petang,saya bawa 1 kumpulan remaja untuk buat usaha ziarah rumah ke rumah.Bila sampai ke sebuah rumah,saya bertindak selaku jurucakap bagi kumpulan remaja ini,setelah lama menunggu,tiba-tiba keluarlah satu orang pakcik,mungkin haji kot,dan bermulalah saya berbicara dengannya,saya menyatakan bahawa saya datang dari masjid berhampiran,dan datang ke rumah pakcik adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama Islam.

Tidak lama selepas itu, pakcik ini mula mengeluarkan kata-katanya,kamu semua,pergi belajar ilmu dulu,ilmu pada diri sendiri pun tak cukup,nak mengajar orang pulak, dan katanya lagi,sekarang ini,kita tidak boleh tinggal di masjid saja, dan pakcik ini menyuruh kami pergi berjumpa dengan orang-orang bukan Islam .Merah padam juga muka kami ini,dan Saya tidak bercakap apa-apa dan tidak menjawab sebarang pertanyaannya dan saya mengeluarkan tangan untuk bersalam dengannya dan meminta maaf serta memohon doa supaya Allah pelihara kami dari fitnah zaman remaja.

Rasulullah saw bersabda ”Tiadalah daripada dua orang muslim yang bertemu dan berjabat tangan, melainkan diampunkan bagi mereka berdua sebelum mereka berdua berpisah. [Ahmad)

Sebenarnya,tujuan kami melakukan ziarah ialah untuk mengeratkan silaturahim dan belajar menghormati orang-orang tua itu saja,bukan lah,kami nak pergi mengajar ke atau pergi menjual barang ke,tapi semata-mata kerana Allah.Cuba tuan-tuan semua bayangkan,saya bawa remaja pergi ziarah orang-orang tua,tetapi cacian dan kehinaan yang menimpa kami,sepatutnya orang tua kena bagi galakan kepada kami orang-orang muda,ditengah-tengah remaja sedang dilanda musibah yang bermacam-macam,tiba-tiba ada segolongan remaja yang bangun membuat usaha untuk menyelamatkan remaja yang lain dihina,dimaki dan dituduh dengan bermacam-macam tuduhan.

Kata orang tua-tua dulu,orang tua adalah contoh kepada orang muda,orang tua adalah pimpinan kepada orang muda,tetapi disebabkan kita berada di akhir zaman,remaja hari ini susah untuk mencari siapakah orang tua yang ingin dijadikan contoh dalam hal agama,cuba cari disetiap kawasan tuan-tuan,ada lagikah orang tua yang boleh dijadikan contoh,pergi saja di warung kopi pada pagi atau petang,hampir semua golongan ini ada di warung-warung ini,bersembang benda yang tidak berfaedah.Bila azan dilaungkan,pakcik-pakcik ni buat tidak tahu je,kesian jugak tengok mereka ni.Apa dah jadi dengan orang tua-tua ni,dah tuan pun bila solat pandang sana-sini,macam mana nak jawab soalan dalam kubur.Ini semua adalah persoalan hidayat...Hidayat-hidayat..

Sabda Rasulullah saw,"Kedua-dua kaki anak seorang hamba tidak akan berganjak(pada hari kiamat) selagi tidak ditanya tentang umurnya,untuk apa dia habiskan,tentang ilmunya,tentang apa dia gunakan,tentang hartanya dari mana dia perolehi dan dimana dia menginfakkan,jasadnya untuk apa dia menggunakannya" (Tirmizi dan dia berkata hadith hassan saheh)

Sabda Rasulullah saw,"Sesungguhnya didalam syurga terdapat sebatang pohon,(jika)dimana seorang yang menunggang kuda terlatih yang berlarinya selama 100 tahun tidak dapat menempuh luas bayangannya."(Muslim)

Friday, April 3, 2009

Selawat ke atas Nabi Muhamad SAW

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Kedudukan selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup).

Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali seumur hidup.

Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya.

Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’. Menurut pandangan Mazhab Syafie dan Hanbali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang makruh.

Semoga Allah swt beri taufik untuk kita amal dan sampaikan...

Thursday, April 2, 2009

Carilah ketenangan di masjid, surau

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Wednesday, April 1, 2009

Dosa syirik tidak diampun


Foto sekadar hiasan je...

Firman Allah yang bermaksud,Nabi Isa a.s. berkata,Wahai Bani Israil, sembahlah kamu akan Allah, Tuhan-ku dan tuhan kamu. Sesungguhnya sesiapa yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan ke atasnya syurga dan tempat menetapnya di dalam neraka dan tiadalah bagi orang-orang yang zalim itu penolong.(Surah al-Maidah: 72)

Zalim paling besar adalah mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Allah Taala tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud,Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu.(Surah an-Nisa: 116)

Manusia yang mempunyai keyakinan selain daripada Allah swt,ini pun termasuk dalam kalangan manusia yang telah syirik pada Allah.Orang Islam hari ini tidak sedar bahawa mereka jugak tidak dapat lari dari melakukan kesyirikan kepada Allah.Dalam hati orang Islam ada selain daripada Allah..

Orang Islam hari ini telah menganggap bahawa mereka yang sujud kepada patung,itulah yang dikatakan syirik,sebab itulah mereka tidak ada kerisauan tentang iman mereka.Saya pernah berkesempatan mengikuti kuliah yang disampaikan oleh seorang ulama yang begitu arif tentang ilmu tauhid,kata ulama tersebut,makan ubat pun,kita boleh syirik,jika kita makan ubat,dalam hati kita yakin,bahawa penyakit saya akan sembuh setelah memakan ubat ini,percakapan macam nie,boleh merosakkan iman kita,makan ubat boleh,tetapi perbu isbabkan Allah dalam percakapan kita.

Satu lagi contoh,petani yang ingin membeli racun,telah berkata kepada seorang tauke yang bukan muslim,tauke mana racun yang paling bagus sekali,lalu tauke itu pun berkata,ini racun baik punya,kalau you guna di tanaman you,mesti subur punya,lalu petani ini pun mengakui percakapan tauke ini,tengok percakapan orang bukan Islam dengan orang Islam,tak berbeza pun,tidak melibatkan pengisbatan Allah dalam percakapan mereka.Tidak ada bezanya dengan percakapan orang bukan Islam.

Orang yang membunuh manusia dan berzina beribu kali, jika benar-benar bertaubat nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. Begitu juga pemakan riba dengan jumlah berjuta-juta ringgit, jika benar-benar bertaubat diampunkan dosanya. Begitu juga dengan dosa-dosa yang lain melainkan dosa orang yang syirik dengan Allah SWT.

Orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan melantik Tuhan yang lain daripada Allah, yang berdoa kepada yang lain daripada Allah, yang mengada-ngdakan hukum yang lain daripada hukum Allah dan menganggapnya serupa dengan hukum Allah atau lebih daripada hukum Allah, mereka berkenaan telah melakukan syirik. Allah Taala tidak mengampun dosa mereka.

Disebut di dalam ayat yang banyak termasuk ayat yang ditafsirkan ini termasuk juga di dalam hadis yang banyak antara lain sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,Jauhlah kamu daripada tujuh dosa besar. Dikatakan, apa yang dikatakan tujuh dosa besar itu? Rasulullah bersabda, yang pertama ialah syirik dengan Allah.

Syirik dengan Allah tidak diampun dosanya melainkan dengan mengucap dua kalimah syahadah, berhenti daripada perbuatan dan perkataan syirik bagi menghilangkannya. Istighfar dengan bertaubat sahaja tidak boleh.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, Orang yang syirik dengan Allah, tidak ada peluang masuk syurga.

Dan mengikut satu riwayat lain dirinya yang beriman bukan dirinya yang syirik. Yang syirik dan kafir tidak masuk syurga.

Dan Allah Taala menghukum orang-orang Kristian kafir walaupun mereka mengaku bahawa Allah itu Tuhan, walaupun mereka membuat kebajikan tetapi apabila mereka menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka mereka telah melakukan syirik.

Firman Allah yang bermaksud, Dan orang-orang yang zalim itu tidak mendapat pertolongan dari Allah. (Surah al-Maidah: 72)

Kita melihat mereka berkeadaan baik dengan tubuh badan yang sihat serta gagah perkasa di atas dunia kerana Allah memberi peluang kepada mereka untuk berbuat sesuatu sama ada baik ataupun jahat.

Allah Taala tidak menolong mereka, mudah-mudahan mereka bertaubat dari segala perbuatan jahat yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud, Sesungguhnya telah kafirlah orang yang mengatakan bahawa Allah itu tiga daripada yang tiga. (Surah al-Maidah: 73)

Iaitulah orang Kristian yang mendakwa Allah itu satu daripada tiga unsur ataupun satu daripada tiga Tuhan.

Firman Allah yang bermaksud, Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka ucap daripada Maha Tinggi dan Maha Besar. (Surah al-Israa': 43)

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka ucapkan kerana Allah Taala itu Maha Esa.

Firman Allah yang bermaksud,Dan tiada daripada tuhan melainkan Tuhan Yang Satu. (Surah al-Maidah: 73)

Tuhan hanya satu sahaja itulah Allah SWT Yang Maha Esa, yang tunggal pada zat dan sifat-Nya dan pada segala-gala yang dimiliki-Nya.

Firman Allah yang bermaksud, Dan jika sekiranya mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka cakap,(terus mengatakan Allah Taala satu daripada tiga, Isa al-Masih juga sebagai Tuhan), nescaya mesti akan mengenai orang-orang yang kafir di kalangan mereka azab yang pedih. (Surah al-Maidah: 73)

Oleh yang demikianlah,ulama-ulama suruh kita keluar jalan Allah untuk bawa iman kita,orang Islam ini sudah ada iman,tetapi iman tidak ada nur,tidak ada keyakinan,sebab itu,kita kena keluar jalan Allah,untuk berikan nur kembali kepada iman kita.

Semoga Allah swt beri taufik untuk kita amal dan sampaikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini