Ikuti Blog Ini

Wednesday, January 13, 2016

‪Kenangan‬ saya dan Syaikh Hafeez Patel Saheb حفظه الله

Syaikh Hafeez Patel Saheb حفظه الله (yang duduk memakai stokin hitam) ketika diziarahi oleh Syaikh Maulānā Yunus Palanpurī حفظه الله (anak Syaikh Maulānā Umar Palanpurī رحمه الله yang memakai spek mata bingkai hitam) . Gambar ini ditangkap pada awal tahun ini dan ianya bukan milik saya.

Pada hari ketiga Ijtima' Thailand 2008, saya telah menziarahi Syaikh Hafeez Patel Saheb (Amir Jemaah Tabligh Eropah dan juga khalifah tariqat Chistīyyāh kepada Maulānā Inamul Hasan al-Kandhalawī رحمه الله ) di bilik beliau di medan ijtima' tersebut. Usia beliau lewat 80-an tetapi pada ketika itu beliau masih kuat lagi.

Pada pagi itu, saya telah beranggapan bahawa beliau telah selesai mengerjakan solat Dhūha, lantas saya menunggu di luar bilik beliau, saya telah bertanya kepada khadim beliau bahawa "bolehkah saya mahu berjumpa dengan Syaikh Hafeez Patel saheb", khadim beliau menjawab, "tunggu sekejap, biar saya maklum kan kepada beliau dahulu," selepas itu khadim beliau memanggil saya masuk ke dalam bilik Syaikh Hafeez Patel Saheb.

Saya bersyukur kepada Allah kerana itu adalah kali pertama saya berjumpa dengan beliau dan menjadi impian saya dari dulu lagi bahawa saya memang teringin hendak berjumpa dengan beliau, akhirnya Allah ta'ala memakbulkan hajat saya.

Ketika saya duduk di hadapan beliau, beliau memerhatikan saya dengan raut senyuman terukir indah di wajahnya. Saya melihat tasbih ditangan beliau senantiasa bergerak dan ini menandakan bahawa beliau sedang berzikir. Ketika sarapan pagi dihidangkan, beliau telah menghulurkan kurma kepada saya lalu saya menerimanya tetapi saya telah minta kepada beliau untuk menyuapkan terus ke dalam mulut saya kerana untuk ambil keberkatan beliau (orang soleh). Saya telah memicit-micit badan dan kaki beliau sebagai tanda khidmat saya kepada beliau.

Sebelum beredar meninggal beliau, saya telah meminta beliau untuk menasihati saya, maka beliau telah menasihati saya dengan beberapa pesanan. Kemudiannya saya telah meminta kepada beliau untuk mendoakan saya, maka beliau telah mengangkat tangan lalu berdoa kepada Allah. Saya telah dengar beberapa kali beliau menyebut nama saya dalam doa beliau. Hati saya menjadi sebak Allah. Saya tahu,beliau sedang mendoakan saya. 

Selepas itu, saya meminta diri untuk berjumpa dengan para masyaīkh yang lain yang sedang menjamu selera. Ketika saya beredar meninggalkan beliau, beliau terus berterusan berkeadaan berzikir kepada Allah.

Masyallah, asbab keberkatan kewalian beliau, saya tidak berasa lapar sehingga 24jam (dengan izin Allah) walhal saya pada pagi tersebut hanya bersarapankan buah kurma sahaja.

Insyallah, segala pengalaman ini saya akan hikayat kepada keturunan saya, insyallah, biiznillah. Ketika saya menulis cebisan pengalaman saya ini, Syaikh sedang bertarung nyawa melawan jangkitan kuman yang menyerang imunisasi tubuh badan beliau. Beliau hanya boleh meminum air sahaja tetapi tidak boleh makan. Semoga Allah سبحا نه وتعالى mengafiatkan beliau kerana beliau adalah insan penting dalam gerak kerja dakwah di bumi Eropah. Gagasan beliau adalah untuk mengislamkan bumi Eropah dan menukar suasana bumi Eropah menjadi seperti suasana Madinah di zaman Nabi صلى الله عليه وسلم .

Hati-hati lah apabila mencemuh Jemaah Tabligh, ia memang saya akui, ada juga dalam kalangan kita yang tidak setuju dengan para ahli mereka dalam beberapa perkara tetapi ketidaksetujuan itu hanya dalam perkara yang kecil sahaja. Tetapi kita tidak boleh menafikan kesan dan pengaruh dakwah mereka dalam kalangan umat Islam mutakhir ini, apatah lagi untuk kita menghilangkan segala perhormatan dan adab kepada mereka sedangkan kita mengetahui bahawasanya yang mengepalai Jemaah ini ialah insan-insan yang terdiri dalam kalangan para Ulama, para Ahlūllah dan para Salikīn.

Nota Penting

Ustaz-ustaz kami telah ajar dan didik kami bahawa jika jumpa @ ziarah alim ulama/ orang soleh. Ada tiga perkara yang kami kena buat:

1. Khidmat mereka 
2. Minta nasihat daripada mereka 

3. Minta mereka doakan kita

0 Komen kat sini:

Post a Comment

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini