Ikuti Blog Ini

Sunday, September 29, 2013

Laporan Ziarah Jemaah Para Habaib Dari Indonesia Ke Thailand Dan Kelantan

Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah Swt kerana telah memilih diri saya yang dhoif lagi hina ini untuk mencoretkan sedikit laporan kedatangan jemaah Para Habaib ini ke Thailand dan Kelantan.Walaupun saya tidak terlibatkan secara langsung menyambut kedatangan jemaah ini ke Kelantan baru-baru,tetapi izinkan saya untuk mencoretkan sedikit catitan mengenai ziarah jemaah para Habaib ini.

Mereka yang terlibat dalam rombongan ini ialah Habibana Al- Habib Solleh Al-Jufri,Habib Haidar dari Solo,Habib Abdullah Bagir dari Pekalongan,Kiyai Abdullah Abuya dari Sukabumi dan lain-lain lagi.Mereka tiba di Thailand dan melawat beberapa tempat sekitar selatan Thailand dari pondok-pondok pusat pengajian Islam hinggalah ke premis kerajaan Thailand.Mereka di sambut seperti tetamu kerajaan.Semoga Allah Swt menganjari ganjaran yang setimpal atas usaha dan gerak kerja dari mereka.Amin.

Al- Habib Solleh Al-Jufri dalam satu majlis bersama Ulamak sekitar Selatan Thailand di Masjid Markaz Dakwah,Yala,Thailand.Habib Solleh Al-Jufri ini adalah murid kepada Syeikhuna Habib Omar Al Hafidz dari Yaman dan biras kepada Almarhum Habib Munzir al Musawa

Ramai jugak para Ulamak yang bangun dan berikan nama mereka dalam majlis ini.

Ketika mereka menziarahi tokoh Ulamak terkenal di Selatan Thailand iaitu Baba Ismail Sepanjang Al-Fatoni.

Menurut sahabat saya yang juga murid kepada Baba Eil Sepanjang ketika kunjungan Para Habaib ini,telah berlaku satu peristiwa yang sangat menginsafkan dan tauladan yang begitu baik dan penting mesti di contohi semua penuntut ilmu,iaitu :

" Baba Eil sebak,setelah selesai majlis silaturrahim bersama dengan para Habaib dan      tetamu lain dari Indonesia.Maka Habib Solleh Al-Jufri pun berkata kepada Baba Eil  Sepanjang.

meminta Baba Ismail berikan ijazah dan berdoa kepada yang hadir.Lantas  Baba Ismail menjawab nak minta apa? beliau ' tidak mempunyai apa-apa' beliau terus sebak dan menundukan kepala,kesemua yang ada di sittu turut menunduk kepala serta terdiam seketika".

Rombongan Para Habaib bergambar kenangan dengan Baba Ismail Sepanjang Al-Fatoni

Jemaah Para Habaib di Pondok Baba Mat Bermin,kelihatan Habib Abdullah Bagir  memberikan sedikit tausiah kepada para pelajar di Pondok Baba Mat Bermin

Seterusnya,perjalanan rombongan para Habaib ini di teruskan lagi ke Kem Tentera Darat Thailand untuk menziarahi Ketua Staf Tentera Thailand di Wilayah tersebut

Perbincangan tertutup antara rombongan Para Habaib ini dengan Ketua Staf Tentera Thailand,berjubah dan berkopiah.Maklumat yang di terima dari sahabat baik saya,Ketua Staf Tentera ini juga terlibat dengan kegiatan Dakwah & Tabligh di Thailand.Beliau telah mendapat penghormatan dari kerajaan Thailand kerana berjaya mengembalikan keamanan di bumi Selatan Thailand

Bertukar-tukar cenderamata kenangan di mana Pihak rombongan di wakili oleh Habib Abdullah Bagir manakala di pihak Kem Tentera di wakil Ketua Staf Tentera sendiri

Kemudian,setelah beberapa hari mereka di Selatan Thailand,rombongan Para Habaib ini meneruskan kunjungan mereka ke Kelatan dan destinasi mereka ialah mengunjungi pusat pengajian Islam Tradisional terkenal di Kelatan iaitu Madrasah Diniah Bakriah,Pasir Tumboh (Pondok Pasir Tumboh).Mereka di sambut oleh barisan para asatizah di pondok itu sendiri.

Ketibaan rombongan Para Habaib dari Selatan Thailand

Turut mengiring rombongan Para Habaib ini ialah beberapa ulamak dari Masjid Markaz Dakwah Yala.Mereka di sambut dengan begitu baik.

Habib Solleh Al-Jufri memberikan sedikit tausiah kepada barisan Asatizah Pondok Pasir Tumboh sambil menunggu untuk menikmati jamuan ringan yang di sediakan oleh pihak pondok.

Dr Rosmadi dan Ustaz Wan Aswadi kelihatan menyantuni Habib Haidar dari Solo ini.Ketika saya menulis artikel ini,Dr Rosmadi dalam perjalanan menunaikan haji.Semoga Allah Swt menganjari pahala atas usaha yang beliau telah lakukan dalam usaha melayani ahli rombongan ini.Manakala Ustaz Wan Asmadi sanggup datang dari Hulu Langat untuk bersama-sama dengan rombongan Para Habaib ini

Rakan-rakan seusaha dari Markaz Dusun Raja tanpa mengenal erti penat melayani rombongan Para Habaib ini.Kelihatan mereka sedang menyantuni Habib Abdullah Bagir ketika Habib menjamu selera.Semoga Allah Swt menganjari ganjaran atas mereka semua yang bertungkus-lumus dalam memberik perkhidmatan yang terbaik demi mengembirakan rombongan ini

Kemaskini #

Ketika artikel ini di tulis,saya telah mendapat khabar yang mendukacitakan dari Pondok Pasir Tumboh,Kelantan.Satu khabar yang memilukan iaitu pemergian Tuan Guru Haji Abdul Rahim.Beliau ialah Almarhum Tuk Guru Haji Abd Rahim Pasir Tumboh yg telah pun meninggal dunia hari ni jam 7.45 pagi - 28 September 2013. Beliau antara permata Pondok Pasir Tumboh merangkap menantu kepada pengasas utama Pondok Pasir Tumboh, Almarhum Tuk Guru Haij Mustafa Pasir Tumboh.

Walaupun saya tidak pernah berjumpa atau belajar daripada beliau,tetapi saya amat yakin beliau adalah seorang ulamak yang sangat hebat yang telah berjasa besar kepada masyarakat Islam khusus di Pondok Pasir Tumboh.Semoga Allah Swt mengurniakan kepada maqam para Syuhada dan auliyanya.Al-Fatihah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini