Ikuti Blog Ini

Monday, September 2, 2013

As-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya Rah Dan Sumbangannya Menurut As-Syeikh Maulana Salman An-Nadwi

Syeikhul Hadith adalah satu gelaran kehormatan ilmiah di pusat-pusat Pengajian Tinggi Islam di Benua Kecil India.Ia di gunakan untuk seseoang syeikh yang mengetuai bahagian pengajian hadith di sesebuah pusat pengajian.Namun gelaran itu tidak sama dengan gelaran ‘Dekan Fakulti Hadith’ di university-universiti di Negara –negara Arab.Bahkan ia membawa maknayang jauh berbeza.Pada gelaran Syeikhul Hadith terkandaung makna yang terdapat pada Muhadithin zaman lampau daripada sifat-sifat mulia dan keistimewaan-keistimewaan dari segi ilmu,kelebihan,kesolehan dan taqwa.Gelaran Syeikhul Hadith juga menganduningi makna yang terdapat pada Muhadith zaman moden dari segi ilmu pengajian perbandingan dan uslub ilmiah moden yang khusus.Selain itu,sebagai tambahan,gelaran Syeikhul Hadith jga mengandungi makna Syeikh serta murabbi kerohanian.

Pintu masuk rumah As-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya 

Gelaran ini telah digunakan untuk ramai muhadith yang telah mencapai tahap keilmuan yang tinggi tersebut.Namun sesungguhnya saya tidak mengetahui seorang pun dalam sejarah India yang telah di gelar dengan gelaran tersebut dan gelaran tersebut telah menjadi nama khas dan nama peribadi sehingga as-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya rah (1315-1402 H) lebih masyhur dan lebih di kenali dengan Syeikhul hadith daripada nama beliau sendiri.

Terdapat banyak contoh dalam sejarah yang menunjukkan gelaran,kuniyah dan nama nisbah mengatasi nama khas dan nama peribadi.Maka kita dapati nama-nama al-Ghazali rah,Ibnu Tamiyyah rah dan Ibnu Hajar rah serta Hujjat ul-Islam,Syeikhul Islam dan al-Hafiz dari segi sifat-sifat dan gelaran-gelaran.Namun saya tidak tahu seseorang pun pada zaman dahulu dan sekaranng yang di gelar ‘Syeikhul Hadith’ dengan makna yang saya telah terangkan di atas dan makna-makna yang banyak tersirat pada peribadi seorang ‘Syeikhul Hadith’ selain daripada as-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya rah.Beliau adalah antara peribadi-peribadi unggul dalam kalangan ulamak muhadithin,ahli zuhud yang banyak beribadat dan masyaikh murabbi sehingga di kenali  ramai dalam kalangan ulamak dan para muhadith.

Sesungguhnya sifat-sifat mulia yang ada pada beliau yang menyebabkan beliau teristimewa daripada para ulama besar,para pemikir Islam dan para masyaikh lain sezaman dengan beliau ialah dari beberapa sudut.Sudut yang paling ketara dan jelas ialah keseimbangan yang menakjudkan dan kemampuan beliau yang menghairankan dalam mengumpulkan antara tenggelam dalam ilmu,membuat tahqiq,kajian,komenta,syarah dan menyusun kitab-kitab dan dapat juga beliau sibuk sepenuhnya dengan ibadat-ibadat yang meletihkan seperti solah-solah sunat,puasa-puasa sunat,berzikir,tilawah al-quran,wirid-wirid dan amala-amalan lain.

Perpustakaan peribadi As-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya yang turut menyimpan koleksi karya-karya beliau

Bersama semua amalan itu,masih juga beliau dapat memberikan tumpuan kepada mentarbiah para salikin,memberi tunjuk ajar kepada para pelajar dan penyucian jiwa anak-anak murid yang bilangan mereka mencecah ribuan orang.Sedangkan murid-murid itu terdiri daripada kumpulan manusia yang berbeza-beza kebolehan dan kemampuan datang dari tempat dan negeri yang jauh serta mempunyai kedudukan dan tahap yang berbagai-bagai.Beliau juga masih sempat membalas dan menjawab berpuluh-puluh surat yang sampai setiap hari dengan jawaban yang detil lagi terperinci yang memberi jalan-jalan penyelesaian yang berguna kepada orang-orang yang bertanya dan meninta fatwa.

Di samping kesibukan itu semua,beliau masih juga dapat menyambut dan melayan dengan sambutan yang hangat dan layanan yang mesra yang tiada tandingan akan setiap tetamu yang datang berkunjung atau singgah di tempat beliau,serta  kemesraan beliau dengan kata-kata yang lemah lembut dan akhlak yang mulia berserta dengan hamparan saprah yang penuh dengan makanan-makanan pelbagai warna.Hal itu semua beliau lakukan dengan penuh kesedaran,kebijaksanaan yang tiada tandingan,kepintaran yang tajam yang jelas tergambar daripada kedua-dua mata beliau yang tajam berkilauan serta jelas terbayang di dahi beliau sedikit pun hubungan hatinya dengan Allah Swt.kamu dapat menyedari keadaan itu ketika kamu duduk bersamanya seolah-olah kamu duduk di hadapan seorang lelaki yang hatinya terhubung dengan Rab-Nya serta syurga dan nereka terbentang di hadapan matanya.

Beliau itulah alim rabbani yang memiliki beberapa keistimewaan dan kelebihan.Dengan keistimewaan dan kelebihan itu beliau mengatasi ramai alim ulamak yang besar-besar sezaman dengan beliau bahkan saya bersaksi dengan nama Allah Swt bahawa sesungguhnya mata belum pernah melihat orang yang setanding dengan beliau sedangkan kedua-kedua mata saya ini telah menyaksikan ramai ulamak Islam yang besar-besar di seluruh dunia.Keistimewaan beliau itu dari segi hubungan dengan Allah Swt,pengetahuan yang luas,ilmu yang mendalam,kepandaian,kebijaksaan,kesedaran,kejernihan hati,banyaknya kitab-kitab yang dikarang,di datangi oleh orang ramai seumpama lampu di hurung kelkatu,sifat pemurahnya yang tiada tandingan,ratusan orang berkumpul di saprahnya pada setiap bulan Ramadhan,memanng belum pernah kedua-kedua mata melihat mana-mana orang yang terhimpun keistimewaan-keistimewaan ini bersama keseimbangan yang indah dan akhlak kenabian yang mulia selain daripada beliau.

P/S : Bersambung ke artikel akan datang

Di petik daripada Muqadimah Kitab Fadhilat A'mal versi 2013 dan sedikit suntingan daripada saya.Artikel ini adalah sanjungan As-Syeikh Maulana Salman An Nadwi Hafidzahullah kepada As-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya rah.

8 comments:

  1. Masya Allah...Maulana Zakaria bukan sahaja dikenali di indopak tapi hampir semua ulama' di negara2 arab menghormati beliau dan memberikan penghormatan tinggi...seperti As-Syeikh Abu Ghudah dari syria dan Sayyid Muhammad Alawi walaupun dari lain2 manhaj. Sokongan beliau dalam usaha dakwah dan tabligh terus di muliakan dengan kitab2 nya yang dibaca seluruh dunia dalam pelbagai bahasa...bukti penerimaan Allah kpd beliau...

    ReplyDelete
  2. Hadrat Syeikh Maulana Hakim Muhammad Akhtar ceritakan satu peristiwa. Seseorang telah bermimpi melihat Hadrat Maulana Zakaria Rah. Dalam mimpi tersebut Hadrat Syeikh tidak berjanggut. Ini serba sedikit memberi kesan kepada orang yang bermimpi tersebut dan diselubungi tanda tanya. Kemudiannya mimpi ini sampai kepada seorang 'alim. 'Alim tersebut memberitahu bahawa mimpi itu adalah satu khabar baik (basyarat) mengenai janji syurga kepada Hadrat Syeikh. Ini kerana, ahli syurga adalah muda dan tidak berjanggut. Allah! Semoga Allah penuhi kuburan Hadrat Syeikh dgn nur dan dijanjikan syurga yang tertinggi. Amin

    ReplyDelete
  3. Ketinggian sifat beliau antaranya adalah rendah diri. Mana-mana surat beliau sama ada kepada Syeikh beliau, Ulama sezamannya mahupun anak muridnya juga surat kepada umum banyak berbunyi, "hamba yang hina ini..."

    Dalam Aap beeti beliau berkata, "Hamba yang hina ini seumpama ekor anjing yang dimasukkan ke dalam paip untuk diperbetulkan. Namun ia tetap bengkok."

    Allah. Menitis air mata bila hayati kisah beliau. Moga menjadi pengajaran untuk kita semua.

    ReplyDelete
  4. Ketinggian sifat beliau antaranya adalah rendah diri. Mana-mana surat beliau sama ada kepada Syeikh beliau, Ulama sezamannya mahupun anak muridnya juga surat kepada umum banyak berbunyi, "hamba yang hina ini..."

    Dalam Aap beeti beliau berkata, "Hamba yang hina ini seumpama ekor anjing yang dimasukkan ke dalam paip untuk diperbetulkan. Namun ia tetap bengkok."

    Allah. Menitis air mata bila hayati kisah beliau. Moga menjadi pengajaran untuk kita semua.

    ReplyDelete
  5. Hadrat Syeikh Maulana Hakim Muhammad Akhtar ceritakan satu peristiwa. Seseorang telah bermimpi melihat Hadrat Maulana Zakaria Rah. Dalam mimpi tersebut Hadrat Syeikh tidak berjanggut. Ini serba sedikit memberi kesan kepada orang yang bermimpi tersebut dan diselubungi tanda tanya. Kemudiannya mimpi ini sampai kepada seorang 'alim. 'Alim tersebut memberitahu bahawa mimpi itu adalah satu khabar baik (basyarat) mengenai janji syurga kepada Hadrat Syeikh. Ini kerana, ahli syurga adalah muda dan tidak berjanggut. Allah! Semoga Allah penuhi kuburan Hadrat Syeikh dgn nur dan dijanjikan syurga yang tertinggi. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ust fuad,mau tanya -apa hukum mencium tangan ulama?

      Delete
    2. "Mencium tangan seseorang karena kezuhudannya, keshalihannya, ilmunya, kemuliaannya, atau alasan-alasan keagamaan lainnya, adalah sesuatu yang tidak makruh, bahkan disunnahkan. Tetapi jika mencium tangan seseorang kerana memandang kekayaannya, kekuasaannya, atau kedudukannya di kalangan ahli dunia, itu perbuatan yang sangat dibenci."

      Delete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini