Ikuti Blog Ini

Wednesday, September 11, 2013

Karya-karya As-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya Rah

Tempat As-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya menghasilkan karya-karyanya

Muhaddith yang unggul ini di kenali melalui kitab-kitab karangan beliau yang masyhur yang banyak di gunakan di medan ilmiah dan pembelajaran diniyyah di India/Pakistan dan Negara luar.Antara kitab-kitab itu ialah :

1)Aujazul Masalik syarah kepada Muwattha' Imam Malik rah yang telah di cetak beberapa kali di India/Pakistan dan di cetak di dunia Arab dalam 10 jilid.

2)Ta’liq ke atas Bazlul Majhud syarah Abi Daud (walaupun muallifnya ialah Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri, namun sebahagian besar isi dan pemilhan syarah dikumpul oleh Maulana  Muhammad Zakariyya rah dengan seliaan Maulana Saharanpuri sendri).

3)Tahqiq ke atas kitab Lamiud darari Syarah Bukhari.

5) Al-Abwab wa al-Tarajim Lī al-Bukhari beserta taqrir Sahih Bukhari dalam bahasa Urdu.

Kitab-kitab ini telah diterbitkan dan di kenali di medan ilmiah lebih-lebih lagi dalam kalangan Muhaddithin.Saya memaklumkan kepada sesiapa yang belum mengetahui atau belum pernah mendengar tentang kitab-kitab itu bahawa ianya mengandungi kelebihan-kelebihan berikut :

1.Ketelitian dalam menukilkan pendapat-pendapat mazhab dan menghubungkan pandangan tersebut kepada tuannya yang sebenar serta rujukan mengenai setiap mazhab kepada bahan rujukannnya yang asal.

2.Menyempurnakan hak-hak para imam mazhab yang empat berserta pegangan Syeikhul Hadith sendiri yang teguh dengan Mazhab Hanafi bersama pandangan yang jelas,sokongan dalil dan hujjah yang memuaskan hati.

3.Nukilan-nukilan serta petikan-petikan daripada kitab-kitab fiqah dan hadith yang banyak.Kemungkinan para pembaca tidak akan temui himpunan yang begitu menyeluruh dan kajian yang begitu mendalam dalam kitab-kitab lain.

4.Pembentangan dalil-dalil mazhab-mazhab lain berserta pentarjihan terhadap mazhab Hanafi dengan gaya bahasa yang senang,serta meraikan kemuliaan semua ulamak lain berserta perasaan cinta serta menghormati kedudukan mereka yang tinggi.

5.Penjelasan setiap sesuatu yang berkaitan dengan perkara yang di bahaskan sama ada ia perkara kulliyah atau juz’iyyah secara menyeluruh,meluas dan meliputi.Keadaan ini sangat jelas dapat di lihat dalam hasil usaha ilmiah beliau yang agung iaitu di dalam kitab Aujazul Masalik syarah kepada Muwattha' Imam Malik rah.

6.Keistimewaan keenam yang menyerlahkan seluruh kitab karangan beliau daripada karangan-karangan ramai ulamak yang lain ialah keikhlasan beliau dalam menulis dan beliau tidak mengambil manfaat dan keuntungan keduniaan dengan perantaraan kitab-kitab itu malah ianya diwaqafkan di jalan ilmu dan agama dan juga beliau melazimkan diri dengan adab-adab yang tinggi semasa mengarang.Hal inilah perkara yang menyebabkan kitab-kitab beliau memberi kesan yang mendalam dalam jiwa para pembaca.

Beliau juga telah meninggalkan himpunan yang besar daripada karangan-karangan berkenaan pelbagai tajuk ilmiah.Kitab-kitab beliau mengenai targhib dan tarhib yang terkenal dengan nama Fadhilat A’mal yang terdiri daripada Fadhilat Solah,Fadhilat Ramadhan,Fadhilat Haji,Fadhilat Sedekah,Fadhilat Tabligh dan lain-lain telah tersebar luas,terkenal di seluruh alam,di bacakan di masjid-masjid di seluruh dunia dan kitab-kitab itu telah menjadi bacaan harian Jemaah Dakwah dan Tabligh.

Tulisan tangan As-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya 

Orang-orang yang membangkang kitab-kitab tersebut kerana di dalamnya terdapat hadith-hadith yang dhaif sebenarnya lalai atau pun sengaja buat-buat jahil bahawa bukan sesuatu yang bidaah dalam kalangan muhaddithin bahkan kebanyakan muhaddithin menyebut hadith-hadith dhaif dalam karangan-karangan mereka bersama syarat-syarat yang diguna pakai dalam hal kelebihan-kelebihan amal.Hal inilah pendapat Jumhur Muhaddithin yang saksama.

Biografi ini di tulis oleh al-Syeikh Maulana Sayyid Salman Al-Hussaini An-Nadwi,Guru Hadith di Jami’at Nadwatul Ulama,Lucknow,India.

Di petik,diterjemah dan di sunting daripada Buku Biografi as-Syeikhul hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalwai rah pada pemulaan kitab Manhajul hayatil iimaniyyah wattarbiyati ddiiniyyah fi dhoil kitab wassunnah.Kitab ini merupakan terjemahan kitab Fadhilat A’mal ke bahasa Arab.

3 comments:

  1. Terima kasih akhie

    ReplyDelete
  2. dah ader ke terjemahan bahasa melayu utk kitab Aujazul Masalik syarah kepada Muwattha' Imam Malik tuh tuan?

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini