Ikuti Blog Ini

Sunday, March 31, 2013

Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak Telah Menziarahi Masjid Sri Petaling Malam Tadi

Ketibaan Perdana Menteri Malaysia sebelum solat Isyak di sambut oleh beberapa orang AJK masjid tersebut.

Alhamdulillah,seperti mana yang telah di beritahu oleh saya semalam ( 30/3/2013) bahawa berita kedatangan Perdana Menteri Malaysia,iaitu Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak ke Masjid Jamek Bandar Baru,Sri Petaling.Kedatangan Perdana Menteri dan anak lelakinya itu di iringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom,Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin,Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha serta Pengerusi masjid itu Haji Zaid Bin Abdullah.

Perdana Menteri, yang tiba pada 8.50 malam berbaju Melayu coklat,berkain pelikat dan berkopiah putih itu, menunaikan solat Isyak secara berjemaah dengan diimamkan oleh Imam  Besar Masjid berkenaan.Kemudiannya,selepas itu Perdana Menteri turut meluangkan masa mendengar beberapa kisah kehidupan para Sahabat r.hum ajmain yang di bacakan daripada kitab Hayatush Sahabah yang di ketuai oleh Ustaz Muaz Bin Roslan.Perdana Menteri juga di berikan peluang untuk berucap di dalam hadapan hadirin kira-kira 10 minit yang rata-rata mereka yang hadir ialah di sebabkan malam itu adalah malam markaz/malam perhimpunan dakwah di masjid berkenaan.

 Perdana Menteri duduk menunggu Solat Isyak

Ketika berlangsungnya Solat Isyak di mana Perdana Menteri turut menyertainya.

 Perdana Menteri ketika memberikan sedikit ucapan di hadapan para jemaah masjid berkenaan.

 Kelihatan para wartawan memenuhi dewan utama solat masjid berkenaan.

Perdana Menteri berjalan menuju ke Dewan Makan.

Perdana Menteri ketika di dewan Makan,turut bersama Perdana Menteri ialah mudir Madrasah Miftahul Ulum iaitu Syeikhul Hadith,Maulana Abdul Hamid,turut kelihatan bekas Ketua Jemaah Haji Malaysia iaitu Haji Salleh Mubin,juga Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perdana Menteri turut bertanya mengenai kegiatan Dakwah/Tabligh di Malaysia ini dan kegiatan pengajian di Madrasah ini.Kemudiannya,Perdana Menteri telah menawarkan diri untuk membantu madrasah berkenaan.

Peringatan,mutakhir ini,ramai ahli politik yang telah membuat kunjungan ke Masjid ini.Adanya dari barisan pembangkang adanya daripada barisan kerajaan.Justuru itu,tindakan mengeksploitasi dan mempolitikkan  kunjungan  ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak mencerminkan etika sahsiah seorang insan yang bergelar muslim. 

p/s : Untuk berlaku adil,anda di minta untuk membaca kisah di bawah ini : 

1. http://wirapendang.blogspot.com/2013/02/dari-dimensi-yang-berbeza.html
2.http://wirapendang.blogspot.com/2013/01/nasihat-al-musnid-syeikh-kepada.html
3.http://wirapendang.blogspot.com/2013/01/kisah-al-musnid-syeikh-dengan-dua-orang.html

27 comments:

  1. Allahuakbar. usaha satukan umat

    ReplyDelete
  2. Yg psl hj hadi dtg SP ade x laporan dia?saje nk bc klu ade

    ReplyDelete
  3. Ya Allah! Satukanlah ummat! Pandanglah ummat ini dengan kasih sayang-Mu! Dan wujudkanlah cinta dan kasih sayang sesama ummat.. Amin.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16916-presiden-pas-kunjungan-jamaah-tabligh

    ReplyDelete
  6. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16916-presiden-pas-kunjungan-jamaah-tabligh

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..moga2 Allah membuka hati DS untuk mengikut hukum Allah..dan terus menziarahi jemaah ini..demi ukhuwwah..bukan sebaliknya.

    ReplyDelete
  8. benar, anony 10:22pm

    ReplyDelete
  9. antara pesanan hadraji untuk madrasah kubang bujuk, janganlah terima wang daripada kerajaan, berbelanjalah dengan harta kamu sendiri. haji noh antara syura yang dengar pesanan hadraji ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ,nasihat Hadratji itu masih valid sampai sekarang.Sebenarnya,setiap amalan dan pekerjaan dakwah tabligh penuh dengan mesyuarat.Inshallah ,disitu adanya kebaikan..

      Delete
  10. Ada Najib bagi azam keluar 3H,40H,4B...

    ReplyDelete
  11. http://chaidrinker.blogspot.com/2011/06/may-allah-grant-us-hidayat-from-lives.html

    Semoga anak akan meneruskan fikir ayah spt mana mereka bergantian menjadi PM Malaysia... semoga Allah swt ambil kerja dari pemimpin2 di Malaysia.. dan harap DS Najib Tun Abd Razak juga faham ttg kisah diatas..


    baba berkata (berbahasa inggeris) "kalau kamu tahu hakikatnya, semua pahala pengorbanan yg dibuat oleh engineer sab itu, semuanya pulang kembali kpd tun razak kamu, kerana beliaulah asbab hidayah kpd engineersab itu. ketika kami di malaysia, tun razak telah buat pengorbanan dgn memberi nusrah kpd jemaah kami dan jelas tun razak telah risau keatas engineersab. Tun Razak bukannya sahaja seorang yg kaya di dunia, bahkan di akhirat!. dalam usaha ini, kerisauan yg ada dalam hati kita dan pengorbanan dlm jalankan usaha agama adalah roh kpd jasad usaha nabi saw ini. dengan kerisaua

    ReplyDelete
  12. Azrul Fazmi Bin AbuApril 5, 2013 at 8:14 PM

    Salam. Perbuatan dtg ke masjid adalah mulia. Tapi ada beberapa persoalan.. bukan nak bdebat atau mcari masalah sekadar pencerahan. 1. Kenapa perlunya pm dtg bersama wartawan dan rakaman video yg bakal keluar tv n suratkhabar sedangkan maulana saad sendiri bayan di msia tidak ada rakaman dibenarkan dlm bentuk video. 2. Kenapa buku kecil dato sri najib diedarkan di luar pintu masjid dgn gambar2 lawatan politik serta amal di biarkan kalau kata sekadar dia dtg masjid utk solat n ziarah. 3. Nampak sgt agenda politik dan publisiti mrahan utk mdpt tempat di hati rakyat. Tuan guru haji hadi dtg dgn jemaahnya hanya di bawa ke bilik mesyuarat tanpa perlu di sambut dgn protokol dan sekadar bertukar pandangan dgn maulana hamid tapi hj najib razak diberi peluang bcakap lepas program mlm markas. Kalau diajukan kepada maulana saad masa mesyuarat msia nanti bulan 9 apa reaksi syura kita dan dunia. Tlg lah sahabat handai kita buat usaha agama bukan nak popular dan glamour masuk tv n suratkabar sbb itu medium kita bukan blog, tv, majalah dan radio. Propaganda dan kambing hitam perlu dipelajari agar kita tahu samada di ambil kesempatan atau perkara itu blaku secara x sengaja dgn izin Allah. Apapun sebenar panjang lagi nak cakap tapi buat masa ini itulah dulu......

    ReplyDelete
  13. Tuan azrul fazmi: Persoalan tuan mungkin ada benarnya tetapi kita juga harus fahami matlamat usaha dakwah kita. Usaha dakwah yg kita buat adalah untuk satukan semua ummat baik dari kalangan ulama, umara' mahupun rakyat biasa. Sy sendiri berkesempatan bertanyakan soalan yang hampir sama kpd syura maulana hamid. Beliau berkata masjid sri petaling & usaha dakwah tabligh ini sentiasa menerima kedatangan sesiapa sahaja dan tiada halangan. Kedatangan tuan guru hj hadi adalah tidak di maklumkan awal oleh beliau kpd markaz kita. Ustaz gunawan yg bawa tuan guru hanya maklumkan sebelum asar & memaklumkan pd ustaz hamid bahawa kedatangan tn guru hj hadi hanya untuk singgah bersolat asar. Krn itulah tiada apa2 sambutan besar menyambut mrk. Walaubagaimanapun, tn guru hj hadi di bawa juga ke bilik mesyuarat sbg menghargai kedatangan beliau. Sebaliknya, kedatangan PM telah di maklumkan awal oleh ustaz gunawan kpd markaz dan sedikit sebanyak persiapan di buat bg menghormati PM sbg umara'. Apa maksud kedatangan tn haji hadi & pm kita pun x tahu. Sy yakin, usaha ini bukan utk dpt publisiti krn kalau mahukan kemasyhuran, dah lama maulana-maulana & syura2 kita terima jemputan ceramah2 agama yg mendapat liputan. Sebaliknya mereka menolak dgn hikmah. Begitu juga banyak ahli2 politik mahu menyumbangkan bantuan kewangan kpd markaz2 kita tapi di tolak dgn hikmah. Inilah hikmahnya syura' kita dalam menyatukan semua parti politik. Utk pengatahuan tuan azrul, kedatangan pemimpin ini juga telah di maklumkan kpd maulana saad dan nizamuddin & beliau sendiri yg mahu kita menyambut & beri makan yang elok2 kpd pemimpin yang hadir. Marilah kita bersangka baik dgn kedatangan mereka dan menghargai susah payah ulama' kita terutamanya ustaz gunawan dalam menyatukan pemimpin2 politik di malaysia dgn membawa mereka berkunjung ke masjid sri petaling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus....

      Delete
    2. Perlu bezakan antara lawatan PM dan lawatan TG Hj Hadi Awang.

      Delete
    3. Setuju.

      Seperkara lagi, Maulana Saad dan kebanyakan Masyaikh kita dari India & Pakistan bermazhab Hanafi (aliran Deobandi). Mereka masih berpegang kepada pendapat tidak membenarkan penggunaan gambar dan video kerana diibaratkan sebagai gambar, dan hukum gambar adalah haram disisi mereka (walaupun kebelakangan ini aliran Deobandi sudah banyak melonggarkan pandangan ini. Umpamanya Maulana Thariq Jamil yang biasa kita lihat video beliau dalam youtube).

      Kalau PM datang dan diberi ruang untuk berucap, rasanya TGHH juga boleh diberi ruang untuk berucap jika beliau berhajat. Rasanya tak timbul isu dalam hal ini. PM berucap pun tak sentuh tentang politik. Beliau datang atas kapasiti sebagai PM. Sebagai PM, tentulah media massa berhak untuk membuat liputan, manakala pihak markas rasanya diluar bidang kuasa mereka untuk menghalang wartawan dari membuat tugasan mereka.

      Kita sangka baik pada semua orang Islam. Kalau kita sangka buruk, adakah kita dah belah hati mereka untuk lihat niat mereka yang sebenar?

      Sekadar pandangan :-)

      Delete
  14. Ya bersangka baik ni lah pelajaran kita bagi orang2 biase ni...ubat penenag hati

    ReplyDelete
  15. Sudut pandang adalah berbeza bagi sesuatu perkara. Org politik akan berpandangan berbeza dgn pandangan seorg daei. Lebih2 lagi pilihanraya semakin dekat. Sekadar pandangan dari sudut yg berbeza ;)

    ReplyDelete
  16. Benar, kita buat je usaha kita, selebihnye kita serahkan kepada Allah, klu blh biarla semua orang buat usaha ini, tp hidayat itu milik Allah.. apa yang kita harapkan agar Allah kekalkan kita dalam usaha dakwah tabligh ni, atau sekurangnya cinta pd usaha kenabian ini tdk pudar dr hati kita...

    ReplyDelete
  17. allah pilih juga PM datang markaz....aku dah lama sejuk dan rehat. doakan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangka baik lah pada pm kita....beliau juga ada klimah yang sama dengan kita semua...

      Delete
    2. Jom datang kembali markaz...

      Delete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini