Ikuti Blog Ini

Friday, March 15, 2013

Khuruj bersama Ustaz Salafi/Wahabi



Alhamdulillah,segala puji bagi Allah swt kerana telah memilih saya untuk melapangkan masa khuruj atas Jalan Dakwah /Tabligh selama pada baru-baru ini.Khuruj kali ini amat bermakna buat saya,kerana ,saya di pilih oleh Allah Swt khuruj bersama seorang Ustaz yang mendapat pendidikan di Madinah,iaitu Universiti Islam Madinah.Ustaz ini juga adalah seorang yang bermanhaj salafi/wahabi  yang agak ekstrem dengan kewahabiannya dalam juzuk-juzuk agama.

Apa yang menariknya ialah kerana,amat jalang-jalang berlaku di Malaysia ini,agamawan aliran Salafi/wahabi melibatkan diri dalam kegiatan dakwah/tabligh dengan amalan khuruj seperti yang di lakukan oleh Jemaah Tabligh yang terkenal dengan bilangan angka tertentu dalam menetapkan tempoh untuk belajar dan melakukan kerja dakwah.Kebiasaannya kita akan melihat dan mendengar ada saja kritikan dan tohmahan di lontarkan oleh golongan ini (Salafi/Wahabi) kepada Jemaah Usaha Dakwah/ Tabligh.Mereka telah mempakej bahawa setiap amalan dalam Jemaah Tabligh adalah bida’ah yang tidak pernah di lakukan Nabi Saw dan para Salafus sholeh kita yang terdahulu.

Sekiranya teman-teman daripada luar Negara yang sangat giat/aktif berdakwah atas Jalan Dakwah/Tabligh ini tidak menghairankan saya,kerana saya mempunyai pengalaman berikhtilat/bercampur dengan mereka.Rata-rata rakan-rakan yang beraliran Salafi/Wahabi ini adalah datang daripada Arab Saudi sendiri,bahkan tidak kurang juga dari Jordan dan Mesir.Walaupun aliran ini sangat cenderung kepada pandangan yang ekstrem dalam juzuk-juzuk agama tertentu,tetapi penglibatan mereka-mereka yang beraliran ini dalam kegiatan Dakwah/Tabligh amat meningkat sekali.Hal ini jika dapat lihat mengenai jumlah kehadiran saudara-saudara kita dari Arab Saudi yang terkenal dengan aliran Salafi/Wahabi di Ijtimak-Ijtimak (perhimpunan) yang di kendalikan oleh Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh sangat tinggi.

Walaupun fatwa demi fatwa dan pandangan demi pandangan di keluarkan oleh Ulamak-Ulamak mereka  mengenai kegiatan Jemaah Tabligh,hal ini tidak sedikit pun merencatkan semangat mereka untuk bergiat akktif dalam lapangan dakwah ini.Mereka-mereka yang beraliran ini seakan-akan mencari satu medium untuk pembaikan diri /islah diri.

Alhamdulillah,inilah pengalaman seorang Ustaz yang beraliran Salafi/Wahabi ini yang di kongsi bersama saya sepanjang khuruj kami.Banyak perkongsian beliau,di kongsi bersama saya.Beliau menceritakan kepada saya bahawa kenapa beliau rasa terpanggil untuk melapangkan diri di Jalan Dakwah/Tabligh  adalah kerana  3 perkara,yang mana beliau merasakan 3 perkara ini merupakan usaha yang akrab/hampir dengan kehidupan Sayyiduna Muhamad Musthofa Saw atau dalam istilah lain adalah hampir kepada Sunnah Nabi Saw.Perkara-perkara itu ialah :

1.Dalam Jemaah Tabligh adanya proses pengislahan diri (tarbiah rohani).
2.Dalam Jemaah Tabligh adanya proses muafakat/pepaduan Ummat.
3.Dalam Jemaah Tabligh adanya proses melatih dan mengajar  kita bagaimana berfikir seperti Nabi Saw berfikir iaitu “Fikir Risau” atas saudara seIslam/seaqidah dengan kita.

Beliau memberitahu saya bahawa,3 perkara ini yang membuat beliau tertarik untuk mengikuti kegiatan Dakwah/Tabligh  meskipun beliau mempunyai beberapa persoalan yang di kurang di persetujui olehnya iaitu Hadith-hadith yang bermasalah dalam kitab Fadhilat A’mal  dan sebagainya.Namun saya hanya mendengar dan mendiamkan sahaja komentar beliau,kerana masa ini belum waktu yang sesuai untuk saya menerangkan segala permasalahan yang membelenggu di fikiran beliau.Seharusnya saya berfikir untuk saya elakan berbincang tentang permasalahan ini kerana ,permasalahan ini akan menggugat keharmonian Jemaah kami.Justuru itu yang menjadi keutamaan di fikiran kami ialah bagaimana setiap masjid yang kami kunjungi di hidupkan dengan amalan masjid seperti mana hidupnya di zaman Nabi Saw  dan bagaimana semua lelaki mempunyai hubungan dengan masjid.Hal inilah yang menjadi keutamaan fikiran kami daripada kami membuang masa,membincangkan perkara-perkara yang yang boleh merosakan hubungan sesama kami.

Sepanjang khuruj bersama beliau,saya melihat kesungguhan beliau dalam melakukan dakwah amat luar biasa sekali,cita-cita beliau supaya setiap masjid di hidupkan,masyarakat di budayakan dengan  majlis ilmu,Sunnah Nabi Saw di junjung tinggi dalam kehidupan setiap orang Islam.Banyak manfaat yang saya dapat daripada beliau sepanjang khuruj kami .
Semoga apa yang saya kongsikan disini semoga ianya menjadi asbab hidayah buat kita semua,dan seterusnya menjadi jambatan penghujung antara mereka yang beraliran Salafi/Wahabi dengan Jemaah Usaha Dakwah/ Tabligh. 


Jemaah  Usaha Dakwah/Tabligh merupakan satu gerakan dakwah,namun ianya agak mustahil akan terjadinya kesatuan dalam satu satu mazhab fiqh.Justuru itu,salah satu amalan yang diamalkan mesti ada sandaran dan asal dalam syariat,dan setahu saya tidak ada amalan bidaah yang zahir yang diamalkan atas nama Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh,dan jika adapun,ianya adalah bersifat individu dan jumlahnya sedikit dan inshaAllah kita semua sama-sama berusaha untuk membaikinya,dan jika ada amalan-amalan yang bertentangan dengan amalan mana aliran di dalam masalah fiqh,maka ia bukanlah dasar dari jemaah ini,bahkan ia dibahaskan dan diperincikan atas dasar mereka ulamak hadis dari India/Pakistan bukannya atas sifat mereka adalah masyaikh Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh.

7 comments:

  1. Semoga insaf membaca kisah ini.

    ReplyDelete
  2. Allahu robbi,seronok membacanya.

    ReplyDelete
  3. teruskan lagi usaha tuan, semoga Allah berikan hidayat untuk mereka dalam usaha kenabian ini..

    ReplyDelete
  4. tuan , apa kaedah yang terbaik bila (saya yang jahil ni) nak muzakarah enam perkara dengan orang Alim atau (contohnya wahabi),bagaimana nak mula ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,terima kasih kerana mengunjungi blog ini.Kebiasannya apa yang saya akan buat ialah bawa akan bentangkan 6 sifat Sahabat r.hum ajmain sambil tangan saya memegang kitab Muntakhab Ahadith kerana kitab ini ada di sertakan dalil/bukti kepada 6 sifat sahabat ini.

      contoh yang mudah,jika tuan ceritakan dengan kalimah Tauhid,defenisi kalimah Tauhid seperti yang di jelaskan dalam kitab tersebut (rujuk Muntakhab Ahadith yang baru terjemah Ustaz Abd Hamid dan Ust Abd Razif) .

      Kemudiannya,tuan berikan cara nak dapatkannya,dan seterusnya,tuan berikan fadhilat atas amalan tersebut berlandaskan hadith dan quran yang terdapat dalam kitab Muntakhab Ahadith tersebut.

      Jadi,si Wahabi tersebut tidak boleh bantah lagi.Mungkin dia ada ruang hendak membantah atas status hadith tersebut,tapi dalam hal berkaitan status hadith itu telah berada di luar bidang tugas kita.Kita serahkan kepada mereka yang ahli.w/a

      Delete
  5. Amat kenal dengan Ustaz ini, ustaz Andy yang berasal daripada Indonesia, beliau tak silap saya adalah lepasan MEDIU

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini