Ikuti Blog Ini

Saturday, June 30, 2012

Tawajjuh pada amal tetapi bukan Jabariyah





Wajid bagi setiap muslim beriktikad dengan iktikad yang betul/soheh seperti mana iktikad ahli sunnah wal jamaah.Meyakini kewujudan Allah Swt dengan mengimaninya seperti imannya baginda rasul  Saw yang mulia.

Masalah kita sapa yang selesaikan
Apabila kita mempunyai masalah,perkara yang pertama yang kita tujui adalah asbab-musabab,sebenarnya cara untuk menyelesaikan masalah kita adalah amalan Nabi Saw yang mulia.Kerana adalah di dalam amal,adanya janji Allah Swt,dan janji Allah tidak ada pada asbab musabab,Janji Allah hanya pada amalan agama.Maka masalah kita hanya akan dapat diselesaikan dengan perantaraan amal Nabi Saw dan berpaksi kepada ketauhidan yang soheh kepada Allah Swt.

Contoh-contoh mereka
Diriwayatkan daripada Hazrat Huzaifah r.hu katanya,”Apabila Rasulullah Saw mengalami sesuatu kesulitan/masalah,baginda Saw segera mengerjakan solah.”(Hadith riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).

Hazrat Abu Darda r.hu berkata”Apabila angin bertiup kencang,maka Rasulullah Saw bersegera ke masjid dan tidak akan keluar sehingga angin itu berhenti.Begitu juga semasa gerhana matahari atau gerhana bulan,rasulullah Saw bersegera mengerjakan solah.”(Di petik daripada Fadhilat Solat karangan Syeikh Zakaria Kandhalwi)

Hazrat Sohaid r.hu meriwayatkan daripada Rasulullah Saw :”Bahawa para Nabi  yang dahulu pun melakukan amalan yang sama sedemikin.Sekiranya mereka menghadapi sebarang kesusahan,mereka akan segera mengerjakan solah.”(Di petik daripada Fadhilat Solat karangan Syeikh Zakaria Kandhalwi)

Jumhur ulama bersepakat di dalam hal ini bahawa adalah satu tanda daripada kesyirikan-kesyirikan kepada Allah Swt adalah dengan menyandarkan keyakinan/iktikad terhadap sesuatu perbuatan dapat memberikan bekas kepada sebab musabab.Kesyirikan jenis ini lebih dikenali dengan kesyirikan asbab.Contohnya beriktikad/berkeyakinan makanan itu dapat mengenyangkan dengan sendirinya,ubat itu dapat memberikan kesembuhan dengan sendirinya (dengan zatnya,bukan dengan keizinan Allah Swt).Biasanya juga kesyirikan jenis ini berlaku kepada ahli falsafah dan saintis.

Hukum syirik jenis ini.
-      Jika seseorang beriktikad/berkeyakinan bahawa sebab sesuatu itu dapat memberikan bekas (kesan) dengan sendirinya (bukan dengan dengan izin Allah Swt) maka kafirlah ia.

-      Jika diiktikadkan/di yakini baahwa sesuatu itu memberikan bekas dengan sebab kekuatan yang telah di masukan oleh Allah padanya,maka ianya adalah fasiq.

Kami bukan ahlul Jabriyah/Jabariyah

Fitnah mereka
Mereka melemparkan tuduhan bahawa apabila meninggalkan asbab adalah disebut sebagai ahlul Jabariyah,tetapi perlu diingatkan bahawa kami bukan ahlul Jabariyah.Asbab adalah salah satu daripada ujian Allah Swt kepada hamba-hambanya.Ketika berhadapan dengan asbab,kedepankan amalan Nabi Saw  dalam asbab tersebut dengan pengharapan penuh kepada Allah Swt.Contohnya,ketika berniaga,berniagalah dengan cara Nabi Saw dan keyakinan bahawa Allah Swt yang memberikan rezeki kepada kita.

Definisi ahlul Jabriyah/Jabariyah

Berasal dari kata Jabr (terpaksa), iaitu semua dipaksa dan tidak ada kekuasaan dan kebebasan dalam dirinya (manusia). Mereka adalah termasuk dalam aliran yang sesat. Mereka berfahaman dengan tidak mengakui adanya kekuasaan dan kebebasan dalam diri manusia, serta mereka menolak adanya hikmah serta maslahat dalam perbuatan dan ketentuan (hukum) Allah (permasalahan qadar). (Rujuk Maqalat Islamiyyin juz I, Syarah Khalil Tahqiq as-Saqqaf, hal. 186). Berpandangan bahawa manusia dalam segala hal (perbuatan, gerak-geri, dan tingkah lakunya) adalah dalam keadaan terpaksa, tidak memiliki kekuasaan dan kebebasan. Dan semua itu (gerak-geri, tingkah laku, dan perbuatan manusia) adalah perbuatan Allah semata-mata iaitu manusia tiada haq langsung untuk menentukan tindakannya. Termasuk dalam aliran ini ialah Jahmiyah, mereka turut berpandangan seperti itu. (Rujuk Maqalat al-Islamiyyin, al-Milal, jil. I, Wasathiyah Ahlussunnah, hal. 374-375)

Satu hadith ,nasihat Baginda Saw ketika berdepan dengan asbab.

Terjemahan: Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin al-Mutsanna] dan [Muhammad bin Basysyar] - lafazh ini milik Ibnu Mutsanna keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin Ja’far] Telah menceritakan kepada kami [Syu’bah] dari [al-Hakam] dia berkata; Aku mendengar [Ibnu Abu Laila] Telah menceritakan kepada kami [Ali]:

Bahawasanya Fatimah r.ha merasa sakit tangannya kerana menumbuk tepung dan ketika itu ada seorang pelayan yang menawarkan dirinya kepada Rasulullah Saw Fatimah r.ha  datang menemui Rasulullah untuk meminta seorang pembantu. Tetapi ia tidak berjaya menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan ‘Aisyah r.ha. Kemudian Fatimah r.ha menyampaikan pesanan kepada ‘Aisyah r.ha untuk disampaikan kepada Rasulullah Saw. Ketika Rasulullah tiba di rumah, ‘Aisyah r.ha pun memberitahu beliau tentang kedatangan Fatimah r.ha.

Ali bin Abu Thalib  r.hu berkata; “Lalu Rasulullah pergi ke rumah kami ketika kami sedang baring hendak tidur. Maka kami segera bangun, tetapi beliau mencegahnya lalu berkata: ‘Tetaplah di tempat kamu! ‘ Kemudian Rasulullah duduk di antara kami sehingga aku merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada-ku. Setelah itu, Rasulullah bersabda: ‘Inginkah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? Apabila kamu baring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali(34), tasbih (Subhanallahtiga puluh tiga kali(33), dan tahmid (Alhamdulillahtiga puluh tiga kali(33). Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kamu daripada seorang pembantu.’

Di dalamnya ada tambahan,

Ali r.hu berkata; ‘Aku tidak pernah meninggalkan bacaan tersebut semenjak aku mendengarnya dari Rasulullah.’ Seseorang bertanya kepadanya; ‘Wahai Ali, adakah kamu juga tidak meninggalkan doa ini pada malam perang Shiffin? ‘Ali menjawab; ‘Ya. Aku tidak pernah meninggalkan bacaan ini pada malam perang Shiffin sekalipun.’ Sedangkan di dalam Hadits Atha dari Mujahid dari Ibnu Abu Laila dia berkata; aku bertanya kepada Ali; ‘Apakah kamu juga tidak meninggalkan doa ini pada malam perang Shiffin?’

Rujukan: Shohih Muslim, 13/259, Kitab: adz-Dzikr wad-Du’a wat-Taubati wal-Istighfar, Bab: Tasbih di Ketika Awal Siang dan Hendak Tidur, no. 4906. Maktabah Syamilah.



Tulisan ini ditahqid oleh guru saya dari Pondok Penanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini